Jump to content
gaman80

Nazrin Hilang

Recommended Posts

pelik betul..merata-rata dah tampal gamba budak nih,bapak dia pun dah jalan satu kl cari tapi kenapa tak jumpe-jumpe lagik?

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku syak musti ade org sembunyikan budak nh ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku syak musti ade org sembunyikan budak nh ...

sebab selalu kalau kes budak hilang ni boleh jumpe. tambah-tambah lagi dah tersebar mesti boleh jumpe punye.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Cctv kat Sogo dapat gamba budak tu jalan sorang2....

Ako cadang check kat cctv yg ada kat luar Sogo tu atau bangunan yg berhampiran....

Mana tau dia tumpang kete org ke...bas ke....

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku harap xda pape yang jadik kat dia,

aku rasa dia ada dam msia lagi...bukan kat negara luar

sbb polis da buat pemeriksaan kat sempadan negara thai...

jgn ada org yang amek kesempatan tunggu nilai ganjaran naik

baru nak bertindak, kite ssama rakyat msia.

kesian kat parents budak tu, idup diorang dah xhepi cam dlu lg.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku pun pernah hilang gak di tengah-tengah crowd time parent aku sibuk shopping masa umur aku exactly lima tahun. Tapi seingat aku kejap je polis peronda jumpa aku nangis sensorang di tgh jalan dan bawak aku ke balai. :P

Kalaulah betul adik nazrin ni disembunyikan oleh org yang nak amek kesempatan wang ganjaran... memang nak kena belasah la mamat yang sembunyi tu bila tiba masa dia collect reward. Tapi manusia ni perangai pelik-pelik... maybe ada yg simpan sebab ingat yin tu anak dia..or maybe ada yang simpan utk menda lain yang lebih ngeri yang malas aku nak speculate. Apa-apapun aku percaya pada polis kita... aku respect kecekapan diorang.

Aku tumpang simpati dengan parent Yin, jom sama-sama kita doa agar ditemukan semula yin dgn keluarganya. Doa lah satu-satunya senjata umat Islam yang kuat yang kita miliki. Kejap je 15 saat lepas solat lima waktu.

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites

muhammad nazrin@yin telah dijumpai di masjid sentul petang tadi,kenyataan pemangku ketua polis kl SAC Zul hasnan najib baharudin.

maklumat lebih lanjut,ikuti berita jam 8 nanti di semua stesen tv.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku baru dapat tau brita nh ... mujur x der ape2 terjadi kat budak tuh ... alhamdulillah .. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yin Ditemui Wanita Myanmar Ketika Cuba Melintas Jalan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Wanita warga Myanmar menemui Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, ketika kanak-kanak itu cuba melintas jalan dan hampir dilanggar sebuah kereta di Jalan Raja Laut berdekatan jejantas STAR LRT ada 31 Mac lepas.

"Saya lihat seorang kanak-kanak cuba melintas dan hampir dilanggar sebuah kereta. Saya sempat menarik tangannya lalu memimpinnya ke tepi," kata Rasidah Nur Islam, 27, wanita yang menemui Yin dan menjaganya selama dua minggu sebelum diserahkan kepada keluarganya hari ini.

Rasidah berkata dia cuba mendapatkan maklumat daripada Yin di mana ibu bapanya berada dan Yin hanya berkata "Besan... besan".

Dia yang tidak memahami maksud kata-kata itu kemudiannya mengambil keputusan menunggu selama satu jam di tepi jalan bersama Yin dengan harapan ibu bapa Yin akan mendatang mencarinya.

"Kerana khuatir dengan keselamatannya, saya ambil keputusan bawa dia (Yin) ke rumah setelah ibu bapanya tidak muncul," katanya.

Sepanjang tempoh dua minggu itu, Rasidah menjaga Yin seperti anaknya sendiri malahan anak perempuannya turut menganggap Yin sebagai abang.

Ketika persidangan media itu berlangsung, jelas kelihatan Yin begitu rapat dengan Rasidah sehingga memanggil Rasidah dengan panggilan `mak'.

"Oleh kerana tiada baju untuk pakaian hariannya, saya juga membelikannya beberapa pasang baju," katanya.

Malahan sepanjang tempoh menjaganya, Yin pandai menunjukkan reaksi apabila dia ingin membuang air kecil dan air besar.

"Senang nak jaga dia. Dia budak baik. Cuma dia susah nak makan. Saya paksa dia makan," katanya.

Rasidah turut menjelaskan kepala Yin terpaksa dibotakkan berikutan Yin mengalami demam campak sehingga timbul bintik-bintik merah pada keseluruhan badannya, dan penyakit itu menyebabkan Yin mengalami kegatalan pada bahagian kepala.

Dia kemudiannya membawa Yin ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

"Selain bawa ke klinik saya juga ada bawa Yin ke kedai berdekatan dengan rumah, tapi tak pergi jauh-jauh sebab demamnya itu," katanya.

Rasidah dan suaminya Abdul Rahman Doli Rahman, 31, telah menetap 20 tahun di Malaysia. Abdul Rahman bekerja sebagai pencari besi buruk manakala Rasidah surirumah sepenuh masa dan pasangan itu sudah lima tahun tinggal di Sentul.

Ditanya bagaimana Yin berjaya ditemukan dengan keluarganya hari ini, Rasidah berkata dia bersama dengan anaknya pergi ke kompleks membeli-belah Sogo pagi ini dan kemudian terlihat poster Yin yang diedarkan oleh seorang lelaki.

Rasidah berkata dia terus pulang ke rumah dan mendapati wajah kanak-kanak di dalam poster itu sama dengan wajah Yin.

"Saya terus menghubungi nombor telefon yang tertera pada poster tersebut dan maklumkan kanak-kanak yang di dalam poster itu ada bersama saya," katanya.

Katanya, lelaki yang dihubunginya itu kemudiannya datang dan dia menyerahkan Yin kepada lelaki tersebut di hadapan Masjid Sentul Pasar.

"Saya gembira dia (Yin) dapat jumpa keluarganya semula," katanya.

sumber:bernama(berita nasianal malaysia)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Boleh percaya ke statement pompuan mynmar tu?2 minggu dia simpan budak tu dan tak report polis pun dia jumpa budak yin tu sedangkan 1 malaysia kecoh dgn berita kehilangan budak tu. Alih2 tiba2 jer baru nak serahkan.Pelik gak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Di Utusan lak dia kata gini:

Nazrin ditemui selamat, dijaga pasangan Myanmar di Sentul

KUALA LUMPUR 14 April — Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 31 Mac lepas ditemui selamat di Sentul hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh kehilangannya, Muhammad Nazrin berada dalam jagaan pasangan suami isteri warga Myanmar, Rasidah Nur Islam, 27, dan Abdul Rahman Doli Rahman, 31, yang tinggal di Sentul Pasar.

“Terima kasih kepada Rasidah dan suaminya kerana menjaga adik Yin dengan baik. Rasidah dan suaminya tidak tahu berita kehilangan Yin ini kerana di rumah mereka tiada televisyen.

“Mereka (Rasidah dan suami) hanya tahu bahawa Yin adalah budak yang hilang setelah melihat poster Yin sewaktu membeli-belah di Sogo hari ini,†katanya pada sidang media di sini hari ini.

Musa berkata, ketika itu, rakan Shamsul Ghazali, Baharuddin Hassan sedang mengedarkan poster Yin di kawasan sekitar kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Musa berkata, Rasidah yang berada di sekitar Kompleks Beli-Belah Sogo kira-kira pukul 1 tengah hari bersama anak perempuannya yang berumur tiga tahun telah terlihat poster Yin sedang diagihkan oleh Baharudin.

Tanpa menyedari maklumat yang terkandung di dalam poster itu, beliau membawa poster berkenaan pulang ke rumah.

“Di rumah, Rasidah telah melihat kembali poster itu dan terkejut kerana gambar yang tertera di dalam poster itu adalah sama dengan kanak-kanak yang tinggal bersamanya iaitu Yin,†katanya.

Rasidah yang tidak tahu membaca mengesyaki sesuatu yang tidak kena, lalu menghubungi nombor yang tertera pada poster tersebut.

Baharudin yang menerima panggilan tersebut kemudiannya terus ke Sentul bagi mendapatkan Yin sebelum membawa ke rumahnya di Setiawangsa.

Beliau berkata, bapa Yin kemudiannya dimaklumkan tentang penemuan itu kira-kira pukul 2 petang tadi.

“Dengan pertemuan Yin itu yang tiada unsur-unsur jenayah, maka kes itu ditutup.

"(Sebelum ini) Kita juga turut meminta bantuan polis Thailand atas info penemuan Yin sebelum ini di Kelantan, dan kita akan maklumkan bahawa info itu tidak betul dan Yin kini telah selamat,†katanya.

Yin, yang ditemui dalam keadaan kepalanya botak akibat dicukur, berada di sisi ayahnya, kelihatan gembira dan sedikitpun tidak merasa takut, walaupun dikerumuni oleh puluhan wartawan dan jurugambar.

Selain Shamsul Ghazali, turut hadir pada sidang media itu ialah ibu Yin, Nor Amizah Ahmad, 25; Rasidah dan suaminya, Abdul Rahman; Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee; dan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC II Zul Hasnan Najib Baharudin. - Bernama

Utusan

Share this post


Link to post
Share on other sites

sob sob...name sentul gak yang naik.. pasni jangan lak orang luar takut nak bawak anak2 g sogo/datang sentul.. wuwuwuuwuwuwuwuwuwuwuuwwuwwuwuwuwuw :(:(:(

yin tu sebenarnya memang mudah mesra dengan orang. dengan sape2 pun dia tak kesah nak salam2,pelok2. budak tu memang baik. tapi botak lak die. sape yang botakkan pale die? padahal mase kat sogo tu rambut dia ade lagi. esok kecoh la bank islam. lagi2 kat HQ Darul Takaful.

Off topic.

mase berita malam tadi, ade tunjuk tentang fiesta media idola tu. aku tengok tengku muda pahang main futsal, takde sape berani nak tackle. wakakakakak yang die pun dengan poyonye gelecek2 bola tu. gile ke ape. sape berani nak tackle. silap2 kene pancung. huhuhuhuhuhuh

Edited by imam

Share this post


Link to post
Share on other sites

Petikan berita Bernama sperti yang telah dipost oleh Shinkoban

Dia kemudiannya membawa Yin ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

"Selain bawa ke klinik saya juga ada bawa Yin ke kedai berdekatan dengan rumah, tapi tak pergi jauh-jauh sebab demamnya itu," katanya.

Pelik2.. Takkan la pegi klinik, doctor yang rawat dia tak tahu pasal kehilangan adik Yin tu?

Takkan takde sape2 nampak kot adik tu kuar kereta ke... Jalan kaki ke... Masuk klinik ke..

Hurm...

Tapi apa pun Alhamdulillah dia dah selamat..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Petikan berita Bernama sperti yang telah dipost oleh Shinkoban

Pelik2.. Takkan la pegi klinik, doctor yang rawat dia tak tahu pasal kehilangan adik Yin tu?

Takkan takde sape2 nampak kot adik tu kuar kereta ke... Jalan kaki ke... Masuk klinik ke..

Hurm...

Tapi apa pun Alhamdulillah dia dah selamat..

so dah boleh close opik nii..

nanti lagi panjang plak...

Share this post


Link to post
Share on other sites

budak tu memang baik. tapi botak lak die. sape yang botakkan pale die?

Rasidah turut menjelaskan kepala Yin terpaksa dibotakkan berikutan Yin mengalami demam campak sehingga timbul bintik-bintik merah pada keseluruhan badannya, dan penyakit itu menyebabkan Yin mengalami kegatalan pada bahagian kepala.

Edited by shinkoban®

Share this post


Link to post
Share on other sites

Alah... entah-entah dah botak kepala tuh tunggu nak dihantar ke luar negara jer tuh... agaknya orang yg berkenaan naik risau bila hangat sangat topik nie... selalu culik budak kampung tak panas macam ini. Sekali dia culik Yin panas mengelegak sampai polis Thailand terlibat sekali... kelam la dia.

*Just assumption sahaja... tapi tang botak kepala tu memang fishy habis...

Share this post


Link to post
Share on other sites

pesal nak pelik kalau budak kena botakkan kepala bila kena demam campak? cuba tanya sesaper yang pernah kena demam campak masa kecik..kulit kepala jadik gatal2, tak selesa..tangan asyik nak menggaru je..kalau botakkan rambut, rasa selesa sikit kot..

=)

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmmm.cuma aku pelik sikit.pasal apa rambut adik yin dibotakkan?dan kenapa pula pihak yang menjumpai (wanita kalau tak silap aku.maaf.tengok akhir berita aje) tidak menyerahkan yin lebih awal?alasan mengenai kenapa dia lambat menyerahkan yin juga semacam pelik.

sorry.timbul lak perasaan su'u zhon.sebab penampilan yin seperti sengaja disembunyikan agar macam tak nampak sama dengan poster yang diedarkan.tu la reaksi spontan aku masa tengok yin yang telah ditemui.kawan2 aku yang menonton berita bersama aku ,turut mempunyai kemusykhilan yang sama. :wacko:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...