Jump to content
LanoV

Kelab Bina Game: Tutorial Buat Game 2d

Recommended Posts

KELAB BINA GAME
logokbg2.png


Tutorial Asas Menghasilkan Game Tembak Menembak 2D
oleh
LanoG (February 2007)


Baiklah, aku akan mulakan thread baru nie untuk menyahut seruan bagi menambahkan lagi koleksi tutorial membuat game. Oleh kerana game 2D juga adalah seronok untuk dimainkan, maka adalah elok untuk kita bermula dengan menghasilkan game 2D jugak. Bagi sesiapa yang merasakan membuat game 3D amat komplek, sekarang mari kita belajar dari asas penghasilan game 2D casual yang cukup ringkas dan senang nak difahami. Jangan bimbang kepada sesiapa yang langsung takde experience dalam programming sebab aku akan elaborate sedikit demi sedikit...

Baiklah kawan2 sekalian kita mulakan dengan artikel ringkas yang aku petik dari e-book yang aku buat pada 2006 yang lepas. Ini adalah introduction dulu.. hehehe. Nanti aku sambung.

SEBELUM MULA MENULIS ATURCARA

Perancangan Untuk Kejayaan! Ini adalah ayat yang sering kita dengar pada mana-mana sahaja bidang; tidak kiralah dalam perniagaan, pendidikan, ketenteraan, sukan dan sebagainya. Syarikat kenderaan pastinya akan memulakan model baru dengan membina terlebih dahulu prototaip dan konsep rekabentuk sebuah kereta sebelum melancarkan secara besar-besaran dalam pasaran. Begitu jugalah halnya dengan menulis aturcara, sama ada secara professional atau sebagai hobi, perlunya perancangan dan pengujian kod-kod yang hendak dimasukkan nanti.


Seorang pengaturcara yang tidak sabar sering kali ingin segera menyiapkan program yang dibentuk tanpa adanya perancangan atau garis panduan untuk diikuti dan akhirnya projek tersebut tinggal separuh jalan. Pengaturcara yang baik cuba untuk mengelakkan ini daripada berlaku walaupun ingin menulis kod aturcara yang ringkas!

Pada suatu masa dahulu, carta aliran (flowchart) digunakan oleh pengaturcara untuk memulakan perancangan sebagai garis panduan. Pada hari ini, kebanyakan pengaturcara menggunakan kod pseudo (pseudocode) yang meringkaskan apa sahaja yang hendak dilakukan pada sesebuah projek. Ini bergantung kepada kaedah yang paling mudah bagi pengaturcara berkenaan. Sebelum memulakan aturcara, apakah misi dan objektif anda sebenarnya. Ini boleh jadi sebagai PERNYATAAN MISI (mungkin dalam sector korporat dan jabatan kerajaan juga terdapat pernyataan misi masing-masing). Pernyataan ini boleh bermula dengan OBJEKTIVITI yang hendak dicapai dan TUGAS yang akan dilakukan sama ada secara umum atau pun memecahkannya kepada sub-sub untuk memudahkan pengurusan nanti.

Tugas-tugas dan objektif tidaklah semestinya ditulis atau dicetak dengan kemas terutama bagi projek-projek yang ringkas. Kadang kala kita boleh membentuk sikap yang teratur dan seterusnya membentuk mentaliti yang lebih teratur dalam diri kita. Jika projek yang hendak dirancang memerlukan masa yang panjang misalnya beberapa hari, minggu atau bulan adalah baik kita membuat senarai atau ‘checklist’ untuk memantau perkembangan pembangunan yang sedang dilakukan. Kata pepatah melayu ‘jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’. Jika ilmu pengaturcaraan ini kita ibaratkan kail yang sejengkal ini sebenarnya boleh dipanjangkan lagi dengan mengasah skill dan menambah pengetahuan. Sepanjang mana pun kail anda tetapi tanpa perancangan, sudah pasti ikan tidak dapat ditangkap dalam lautan yang luas itu, bukan.

Sebagai hobi, pengaturcaraan adalah satu keseronokan terutama apabila menyiapkannya. Dengan adanya perancangan ke atas program ini akan dapat mengelak sebarang kegagalan dan melambatkannya. Belajarlah bagaimana menyusun kerja anda supaya proses ini menjadi lebih menyeronokkan dan bukannya menyusahkan hidup anda!
Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

cayalah LanoG...

ada gak panduan aku nk start dari mana...mmndgkn dulu aku cuma ade blajo basic c++, aku tak nampak apakah kgunaan lain slain kalkulator.. :P

jadi kalu dh jadi 2d game, seronok dia lain...btul ka? anyway, slamat memulakan tutorial n slow2 ajar org cam aku...hehe :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

yeyeeeaaaa.........ada tutorial game 2d. :lol:

Aku rasa ni mungkin mudah skit.

ko nak ajar buat game skali ker..!!??

Nak pakai language apa?

Aku tak kisah apa-apa pun language ni....... B)

Yang penting nanti aku tau asas nak buat game 2d.......

yeeeee.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Walaikum salam. Thank u. Nanti aku teruskan... korang jangan bimbang, selagi tak siap game nie, selagi tu aku teruskan tutorial nie...kekeke.

PENGENALAN

Kebanyakan orang yang menjadikan pengaturcaraan sebagai hobi biasanya memiliki cita-cita untuk menghasilkan permainan mereka sendiri. Ini adalah tidak mustahil dengan bermacam-macam bahasa pengaturcaraan sebab kebanyakan bahasa pengaturcaraan banyak menyokong arahan untuk animasi grafik dan juga boleh memainkan format bunyian dan muzik. Sebagai hobi, kita tidak memiliki keupayaan dari segi masa, wang dan tenaga untuk menghasilkan permainan komersil yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat pembangunan permainan komputer terkemuka. Ini disebabkan mereka memiliki kepakaran dan pasukan yang sepenuh masa bekerja untuk sesebuah projek. Namun ini tidak bermakna kita tidak boleh menghasilkan permainan interaktif yang menyeronokkan hasil daripada idea dan aturcara kita sendiri. Kadang kala permainan yang ringkas dan mudah boleh memberikan kepuasan kepada diri pengaturcara itu sendiri iaitu anda, malah anda boleh menjemput orang lain untuk mencuba dan mengujinya.

Dalam bahagian ini, kita akan meninjau perkara-perkara yang paling utama yang harus diambil perhatian oleh seseorang pengaturcara sebelum dan semasa menghasilkan sebuah permainan interaktif. Permainan komputer memiliki berbagai-bagai kategori misalnya permainan tembak-menembak (shooting), silang platform (cross platform), perspektif orang pertama (first person shooter), strategi masa nyata (real time strategy), perspektif orang ketiga (role playing game), sukan (sport), simulasi (simulation) dan sebagainya.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

SUMBER2 UNTUK MEMBINA GAME 2D

Jika kita melihat internet sebagai sumber maklumat yang tanpa sempadan, kita boleh mencari pelbagai sumber di dalamnya. Cuma yang paling penting ialah kita gunakan 'keyword' yang bertepatan dalam engine carian. Kali ini kita lihat dulu berkenaan sumber yang diperlukan untuk membina sesebuah game yang terdiri daripada banyak perkara. Antara yang utama termasuklah:

1. Sumber Grafik Game

Sumber grafik adalah terdiri daripada yang bersangkutan dengan grafik yang digunakan pada sesebuah game seperti karektor utama, monster, latarbelakang, watak sampingan, objek2 lain dan sebagainya. Sumber grafik 2D boleh terdiri daripada bermacam-macam format biasa seperti BMP, JPG, GIF, PNG, TIFF dan sebagainya. Selain itu, kita boleh hasilkan sendiri dengan perisian penyuntingan imej seperti MS Paint, GIMP, etc.

2. Sumber Muzik dan Bunyi Game

Sumber bunyi2an seperti efek tembakan laser, bunyi letupan, bunyi perlanggaran dan sebagainya boleh juga dihasilkan sendiri dengan merakam dalam komputer anda menggunakan perisian penyuntingan bunyi. Selain itu, muzik boleh juga digunakan untuk menambah kerancakan sebuah game. Antara format biasa ialah WAV, MID, MP3 etc.

3. Sumber Pengarangan Game

(i) Bahasa Komputer yang mampu digunakan untuk menghasilkan game antaranya termasuklah Dev-C++, Deplhi, Python, BASIC dan sebagainya. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2, namun begitu bahasa apa pilihan bergantung kepada kemahiran anda menguasai bahasa berkenaan.

(ii) Perisian Pengarangan Game merupakan sebuah perisian yang khusus untuk membina game. Biasanya, ia lebih mudah dengan GUI yang tersedia, selain dapat menjimatkan masa pembangunan sesebuah game. Antara yang terdapat di pasaran sekarang misalnya Game Maker, Game-Editor, SGDK dan sebagainya.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

oh aku penah buat gune gamemaker.. tapi tak btol2 explore lagik keupayaan die.. and game yg aku buat simple gile..

tapi gamemaker ni bagus utk newbie dlm bidang ni mcm aku..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Betul tu lipas, memang Game Maker mudah nak guna bagi yang beginner. Selain tu, ia turut menyediakan banyak tutorial untuk hasilkan macam2 genre game 2D yang biasa.

Baiklah kita teruskan.... :lol:

GRAFIK DALAM GAME 2D

Kali ini kita cuba hasilkan karektor yang akan digunakan dalam game kita nanti. Sama ada anda boleh cari di webisite dan gunakan karektor ready-made mahupun, anda buat sendiri. Ini bergantung kepada usaha anda dan kreativiti anda. Antara perisian penghasilan imej 2D yang baik dan direkemenkan (sebab FREE) ialah GraphicGale. Anda boleh cuba download kat website: http://www.humanbalance.net/gale/us/

Selain itu, kalau anda tak mau nak install apa2, boleh gunakan sahaja Ms Paint yang tersedia kat Window tu. Sebagai demonstrasi, saya cuba buat sebiji UFO kecik dengan MS Paint... mudah dan simple jek... cubalah sendiri.

paint-draw1.jpg

paint-draw2.jpg

paint-draw3.jpg

paint-draw4.jpg

Tidak sampai 5 minit, sebiji UFO dah disiapkan, bukan! Kalo yang ada kreativiti tu boleh cuba tambahkan lagi bentuk2 karektor anda. Jika pakai GraphicsGale tu, anda boleh buat lagi banyak objek yang kemas dan cantik. Selalulah praktis dan uji kebolehan anda tu yek.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

aku baru try GraphicGale (blom habis xplore lgi), stakat nih mmg bagus software nih...siap anim. avi lagih..

okeh aku nk kongsi plak program image editor yg OPEN SOURCE:(aku blum try lagi nih..)

1. GIMPshop - http://www.gimpshop.net/ - ala2 photoshop

2. PAINT.NET - http://www.eecs.wsu.edu/paint.net/

Share this post


Link to post
Share on other sites

ANIMASI DALAM GAME 2D

Kali ini kita menyentuh pula tajuk bagaimana hendak menghidupkan sesebuah watak misalnya animasi pergerakan orang berlari, kapal terbang bergerak, monster berjalan dan sebagainya. Sememangnya animasi dan game tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu... hehehehe. Tanpa animasi, game nampak kaku dan sebagai pembina game, kita perlu gunakan animasi untuk menarik orang bermain game kita. Dalam perbincangan kali ini, kita melihat satu persatu konsep asas animasi.

Animasi biasanya digambarkan sebagai objek yang seakan2 bergerak seperti kartun kat tv. Setiap pergerakan sebenarnya adalah mewakili satu frame/bingkai gambar. Gabungan frame2 ini tadi akan membentuk animasi yang kita lihat dalam game berkenaan. Tidak seperti dalam movie, kita tidak memerlukan banyak frame untuk menganimasikan watak dalam game. Biasanya untuk menganimasikan orang berjalan misalnya perlukan dalam lebih 3 frame bergantung kepada jenis pergerakan yang digunakan.

Sebagai contoh, berapa bingkai yang digunakan untuk menganimasikan karektor cendawan ini?

mushrom-move-left.gif

Jawapanya ialah 3 imej! Ianya adalah gabungan daripada imej-imej berikut:

mushrom-lef1_p1.GIFmushrom-lef1_p2.GIFmushrom-lef1_p3.GIF

Gabungan bingkai/frame daripada imej2 berkenaan telah membentuk animasi karektor cendawan melompat ke kiri berkenaan. Harus diingat bahawa pemasaan/ timing pertukaran antara imej2 berkenaan perlu juga diambil kira untuk mengelakkan penggiliran tayangan imej yang terlalu pantas dan terlalu perlahan. Diharap konsep asas animasi ini dapat difahami oleh semua kerana ianya amat penting dalam pembinaan sesebuah game nanti.

Untuk melatih diri anda tentang konsep animasi nie, aku rekomenkan beberapa software ringkas yang bagus untuk dicuba dan donload iaitu:

1. Pivot Stickfigure Maker

2. MS GIF Animator dan Coffecup GIF Animator

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

ALATAN MEMBANGUNKAN GAME 2D

Ini adalah persoalan paling penting apabila seseorang cuba membina sebuah game 2D mereka yang pertama. Adakah mahu menggunakan bahasa pengaturcaraan atau mahu menggunakan software pembina game yang ada dalam pasaran. Persoalan ini harus difikirkan semasak-masaknya sebab tempoh membangunkan sesebuah game kadang2 mengambil masa yang lama dan juga kesukaran yang bakal dihadapi untuk membina game berkenaan. Mari kita perhatikan dulu perbezaan membangunkan game dengan bahasa pengaturcaraan dengan perisian pembangunan game.

KELEBIHAN BAHASA PENGATURCARAAN UNTUK BUAT GAME.

1. Bebas membuat apa sahaja jenis game.

2. Bagi yang dah ada asas, mudah digunakan dan senang difahami.

3. Banyak bahan rujukan daripada buku2 dan laman web.

4. Ramai rakan2 yang pernah belajar bahasa yang sama.

KELEMAHAN BAHASA PENGATURCARAAN UNTUK BUAT GAME.

1. Jangka masa lama untuk siapkan game.

2. Memerlukan seseorang menguasai bahasa pengaturcaraan berkenaan.

3. Bermula menulis skrip code dari awal hingga akhir.

4. Memerlukan perancangan rapi dan daya imaginasi yang tinggi.

KELEBIHAN SOFTWARE PEMBINA GAME

1. Pantas dan ramah pengguna apabila digunakan.

2. Dokumentasi dan tutorial yang mudah difahami.

3. Tidak memerlukan penulisan kod yang panjang (atau tiada langsung!)

4. Masa pembangunan game yang cepat.

KELEMAHAN SOFTWARE PEMBINA GAME

1. Terhad untuk fungsi2 yang disediakan dalam software.

2. Biasanya perlukan lesen untuk menggunakan secara komersial.

3. Perlu membiasakan diri dengan konsep dan GUI software berkenaan dahulu.

4. Kurang kawan2 yang boleh membantu dan untuk berbincang.

Mungkin setelah diteliti kelebihan dan kelemahan yang ada pada kedua-dua jenis alatan pembangunan game ini, anda boleh membuat keputusan yang mana satu pilihan hati. Sememangnya senarai diatas tidak lah begitu lengkap dan anda sendiri boleh membuat analisis terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, alatan apa yang hendak digunakan.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

LanoG boleh ko tolong jelaskan pada member coding nak animationkan sprite... aku rasa tu yang paling penting... keep up the good work.

Thank u ZX. Aku sebenarnya baru buat introduction tu... belum lagi sampai bab coding nie... hehehehe. Sebab utama ialah nak bagi semua paham dulu konsep asas, baru terus masuk buat game.

SUSUNAN TUTORIAL

Oleh kerana tutorial ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu menghasilkan game dengan bahasa pengaturcaraan (100% coding) dan satu bahagian lagi ialah dengan menggunakan alatan pembangunan game (5% coding). So aku bercadang untuk bermula dengan yang mudah dahulu iaitu menggunakan alatan pembangunan game yang freeware yang ada dalam laman web iaitu Game-Editor.

Sebab aku memilih Game-Editor ialah:

1. Game anda nanti boleh dimainkan di Windows, Linux, Pocket PC, Window Mobile, GP2X, Smartphones.

2. Antaramuka yang intuitif dan mudah dikendali seolah-olah anda menyusun game anda atas meja.

3. Konsep berasaskan peristiwa (event-driven) iaitu tindakan terhasil akibat sesuatu peristiwa sebelumnya.

4. Merekabentuk protoip dengan pantas dan mudah tanpa banyak coding (cuma klik butang je).

5. Fleksibility input dengan kebolehan menggunakan pelbagai format imej dan audio.

6. Jika anda dah mahir, boleh dapatkan lesen dan semua game anda boleh dijual (royalty-free).

path.jpg

Oleh itu, sesiapa yang ingin mengikuti tutorial ini, boleh muat turun trial version game-editor dahulu. Kita akan sambung kemudian nanti untuk hasilkan sebuah game yang boleh dimainkan.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

hehe..sbab trial jadi tpaksa la sudahkn wat tutorial guna gameeditor sblum xpired yer tak??

;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

aku cadangkan buat game lumba kereta,

x lah pening sangat..

yer ke pingu? aku mmg pntg dgn keta2 nih.... :P

sukanya aku kalu dpt wat game keta...

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

yer ke pingu? aku mmg pntg dgn keta2 nih.... :P

sukanya aku kalu dpt wat game keta...

Hehehe.. korang minat nak wat game kete ke? Oleh kerana setiap genre game mempunyai teknik dan pendekatan yang berbeza2 untuk dihasilkan. Mungkin pada masa depan aku akan cuba bagi special tutorial buat game lumba kete plak. Buat masa sekarang nie aku nak kita tumpukan dulu pada asas pembinaan game berbentuk "Shoot' Em Up" sebab ianya lebih mudah. Lebih2 lagi ini adalah tutorial pertama untuk buat game casual 2D yang ringkas.

Untuk tidak menghampakan korang tentang potensi tutorial buat game lumba kete 2D, disini aku bagi korang donload game demo yang pernah aku hasilkan awal tahun 2006 lepas dengan programming language (pure 100% coding, 500 baris kod.... 7 hari nak siap!). Walaupun simple jer, namun ianya menunjukkan apa sahaja boleh dicapai dengan sedikit kreativiti. Download kat ... http://www.freewebs.com/worbles/permainan.htm ... pilih yang ada gambar F1 Just Racing.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Huhuhu... ganas rupanya En. LanoG nih... teruskan usaha anda.... aku ada teori sket pasal Sprite nih...tak tau betul ke tak...camni

Sprite= animated image(image sequence loop) yg di masukkan kat dalam game sebagai bekground (contoh je) ngan skill coding... betul ke nih...? soalan.. apa jenis file di perlukan (selalunya animated gif)...?

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

alamak LanoG....takleh dload lar game ko tuh... server fail lak...huhuhu :(

xkisah ler LanoG ko nk mula wat game aper, jnji aku dpt follow ko nyer tutorial... :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Huhuhu... ganas rupanya En. LanoG nih... teruskan usaha anda.... aku ada teori sket pasal Sprite nih...tak tau betul ke tak...camni

Sprite= animated image(image sequence loop) yg di masukkan kat dalam game sebagai bekground (contoh je) ngan skill coding... betul ke nih...? soalan.. apa jenis file di perlukan (selalunya animated gif)...?

Ahaa, lebih kurang ler tu...

Sprite Secara Umum

Definisi umum bagi sprite nie ialah ianya merupakan imej atau animasi dalam 2-dimensi yang diintegrasikan pada latar yang lebih besar. Sprite boleh dihasilkan daripada CGI yang dah direndered, 3D grafik yang dinamik, Vektor Grafik, Pixel Art Grafik, Text dan sebagainya. Selalunya sprite nie orang konfuse dengan "pixel art" grafik (grafik yang dibuat dalam video game), ini disebabkan selalunya grafik ini digunakan sebagai sprite dalam game. Oleh itu, sprite dalam ertikata sebenar ialah apa sahaja imej/animasi yang boleh berintegrasi dengan latar scene. Format sprite boleh jadi apa sahaja format grafik seperti BMP, JPG, GIF, PNG etc. bergantung kepada format yang disokong oleh sesebuah engine/software/language yang menggunakannya.

Penggunaan Sprite Dalam 3D

Sekarang nie, ianya lebih banyak merujuk kepada animasi 2D separa transparent yang yang dipetakan pada satu permukaan rata (PLANE) dalam latar 3D. (Mungkin Vibrunica selalu gunakan dalam grafik 3D dia nanti...). Berbeza sikit dengan texture, permukaan yang ada sprite nie sentiasa mengadap view kamera. Imej berkenaan boleh di ubah saiz, diputarkan secara 2 dimensi dan juga boleh menindih/lapis objek lain. Kaedah ini selalu dirujuk sebagai BILLBOARDING.

Penggunaan Sprite Dalam 2D Game

Penggunaan sprite dalam game 2D memang tak dapat dinafikan lagi. Tanpa sprite, game 2d jadi bosan sebosan-bosannya... hehehe. Jika kita guna sprite dalam alatan pembangunan game seperti game-editor, cuma perlu ambil imej tersebut dan terus gunakannya. Sebaliknya, jika kita gunakan programming language pula, setiap SPRITE hendaklah memiliki MASK. Ianya adalah satu lapisan yang membantu penjanaan imej sprite pada latar scene.

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

oo..jadi apa shj imej yg ada di skrin 2d game tuh adalah 'sprite'? cuma kategorinya adlh anim atau tidak...betul ke?

Berbeza sikit dengan texture, permukaan yang ada sprite nie sentiasa mengadap view kamera.

sbg contoh dlm game zx arena tuh... logo kbg tuh adalah sprite dlm scene 3d..?

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum...

alamak LanoG....takleh dload lar game ko tuh... server fail lak...huhuhu :(

xkisah ler LanoG ko nk mula wat game aper, jnji aku dpt follow ko nyer tutorial... :)

Eh.. free webhosting je aku pakai tuh... memang berat website dia.. hehehe. Okey ler, nanti kita teruskan tutorial nie, langkah demi langkah. :rolleyes:

Maklumat selanjutnya berkenaan sprite boleh dirujuk disini, http://en.wikipedia.org/wiki/Sprite_%28computer_graphics%29

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sedikit pembetulan.

Sprite ini tidak semestinya mengadap ke kamera. Sprite dilihat kepada gambar 2 dimensi samada plane atau beranimasi. Sprite juga tidak semestinya mempunyai latarbelakang transparent. Sprite adalah image.

(Sprite adalah img 2 dimensi dan tidak mempunyai sebarang kriteria).. Sprite yang beranimasi adalah dalam bentuk jujukan dalam 1 fail.

antar contoh-contoh format yang boleh dijadikan sprite

*.bmp

*.jpg

*.pcx

*.tga

*.png

Jadi bila korang draw dan save kan image tu, dalam game terus panggil itu sprite...

BEZA SPRITE DENGAN IMAGE 2D?

Tiada sebab (Sprite == Image)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ehehehe.... yup betul, memang tepat sekali zsuperxtreme....

Perlu diingat bahawa setiap penggunaan sprite dalam pelbagai programming language adalah berbeza-beza dari segi terms, coding dan cara ia diguna.... bermakna kita jangan ler terikat sangat pada definisi sprite tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

BUAT GAME 2D DENGAN GAME EDITOR

BAHAGIAN 1

Game editor adalah sebuah alat pembangunan game 2D yang multi-platform. Dengan menggunakannya, anda boleh hasilkan permainan 2D dengan cara visual dan coding yang minimal. Yang paling seronok ialah anda boleh menyusun game anda seperti anda menyusun objek atas meja yang rata. Sekarang mari kita berkenalan dengan Game-editor dulu.

gameeditor-01.jpg

Jika anda dah install dan buka program ini, satu interface yang seperti diatas akan dipaparkan kat skrin. Biasakan dulu dengan menu2 yang ada dan jangan takut mencuba segala-gala yang ada kat sana. Kat tengah2 tulah anda akan buat game anda dengan menyusun segala sumber yang ada. Koordinat tengah2 (tanda '+') ialah pada lokasi (0,0).

Selain itu, anda akan di paparkan juga dengan tingkap berikut:

gameeditor-02.jpg

Abaikan jerlah benda tu.. hahahaha.

KONSEP DALAM GAME EDITOR

1. ACTOR - ialah objek yang anda gunakan (sprite, sudah tentu). Setiap Actor dipautkan pada kumpulan animasi padanya, juga boleh dipautkan dengan lain2 Actor, mengikuti laluan yang ditentukan (path), boleh jadi transparent, dan sebagainya.

2. ANIMATION - animation mewakili sekumpulan imej-imej statik yang mewakili Actor.

3. EVENT & ACTION - Event ialah sesuatu yang berlaku semasa permainan berlangsung misalnya peristiwa anda menekan butang pada keyboard, menggerakkan tetikus, perlanggaran sesama actor dan sebagainya. Action pula ialah apakah tindakan susulan (boleh jadi beberapa tindakan susulan) yang berlaku akibat Event tadi contohnya apabila actor berlanggar (Event) maka berlakunya letupan (Action).

Edited by LanoG

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...