KELAB BINA GAME _______________________________________________ KELAB BINA GAME : GAME DESIGN TUTORIAL BAHAN BAHAN UNTUK MENGIKUTI TUTORIAL Oleh kerana kabel di Taiwan masih belum dibaiki, maka hanya senarai peralatan perisian akan disenaraikan. 1. Irrlicht 1.2 (Free) Digunakan untuk enjin game http://irrlicht.sourceforge.net/ 2. Dev-C++ 4.9.9.2 (Free) Digunakan untuk kompil game http://sourceforge.net/projects/dev-cpp/ 3. Anima8or (Free) Digunakan untuk buat model http://www.anim8or.com/main/index.html 4. G.I.M.P (Free) Digunakan untuk lukis texture dan fx http://www.gimp.org/ Dlm tutorial nie ada guna 3dsmax, tapi tak digalakkan sbb license. Just guna 3dsmax utk mudah buat tutorial. Cara kat Anima8or sama je, just different gui. ASAS GRAFIK (LEVEL TUTORIAL : TERLALU MUDAH) Ok semua tau yang grafik buat game nie mempunyai dua konsep 2d dgn 3d. Tapi mcm mana konsep ini dilaksanakan dalam game? Ok seperti yang kita ketahui 2d nie adalah imej yang rata, boleh dilihat dari depan sahaja (x,y). Manakala 3d adalah objek yang dibentuk melalui vertex-vertex pada (x,y,z) dan mempunyai permukaan normal dan setiap permukaan 3d terdiri dari imej (texture) yang menyebabkan objek itu kelihatan 3 dimensi. VERTEX = Titik biru Kenapa vertex ini penting dalam pembinaan game? Bukankah "Senang sahaja guna 3dsmax utk create vertex". Ok, jawapannya dengan mengenali vertex lebih mendalam, game developer boleh menguruskan UVW, BONE, COLLISION, TEXTURE, dan bermacam-macam lagi... jadi vertex ini bukan sekadar membuat box sahaja dan nilai penggunaan vertex ini perlu difahami sebelum langkah seterusnya. Maka adalah amat penting bagi game programmer mengenali apa itu vertex. Ini adalah 2d imej yang dilukis oleh hackezz Imej 2d itu diletak pada permukaan objek 3d diantara vertex-vertex yang disusun pada satu normal.