Jump to content
roszaidah

Nak Bukak Cyber Cafe

Recommended Posts

salam,

wah seronoknya. skarang ni turn saya pula nak cerita. saya kerja cybercafe sejak 1998 smasa form 1. :)

sekarang ni still kerja di cybercafe. panjang cerita... :)

bila lama berkerja di cybercafe, banyak pengalaman yang saya dapat. tak kurang, dapat juga idea-idea baru untuk cybercafe. pada tahun 2002 saya berkerja di SkyNet Internet Cafe (di setapak) sebagai technician + cashier. Kemudian berhenti dan berkerja sebagai Streamyx Contractor.

Skynet INternet Cafe ni ada lebih kurang 20pc. Kesemuanya Pentium3. Sales lebih kurang pada tahun 2002~2004 RM 150~RM200 sebulan. Tanpa bayaran kepada mana-mana lesen games. Jadi, total keuntungan memang banyak.

Tahun 2004 saya berkerja semula di tempat yang sama sebagai sambilan. Pada masa tu, telah banyak cybercafe bukak di sekeliling kawasan ni. Sehingga kini, terdapat lebih 10 cyber cafe, purata sebuah cybercafe memiliki 50komputer. Jadi, sales terus merudum. Pernah sehari hanya dapat RM 10.

April 2005, saya mengambil tindakan berani utk mengeluarkan idea kepada boss. Boss saya seorang berbangsa Cina yang bukan bersikap perkauman. Alhamdulillah, idea itu diterima. Lalu penjenamaan semulapun berlangsung. Tetapi modal untuk penjenamaan semula bukanlah banyak. Pada waktu itu, tak mampu nak upgrade ke pentium 4.

Apa yang dibuat, kami upgrade ram dan hdd 10pc daripada 20pc. dan sedikit touchup pada hiasan dalaman cybercafe. Juga sedikit perubahan pada harga. Jika dulu RM 2 sejam, kini RM 1.50 sejam.

Setelah berlangsung penjenamaan semula, kampeni berjaya meraih RM 150~ RM 200 sebulan. Cukup tinggi bagi komputer pentium 3, dan waktu operasi 10pg ~ 7ptg.

Tapi setelah setahun berlalu, sales mula turun kembali. Kebetulan saya dapat tawaran berkerja di shah alam sebagai IT Assistant; gaji lebih tinggi. Tawaran tu saya terima. Pekerja baru diambil bagi menggantikan tempat saya.

Beberapa bulan berlalu, pekerja demi pekerja menipu dalam berkerja. Boss saya tak tahan. Dia contact saya, dia mahukan saya berkerja bersamanya semula. Rupanya jiwa saya sebati dengan cybercafe. saya berkerja hanya 5bulan di sana. Saya berhenti, dan menyahut panggilan untuk membantu cybercafe ni. (Nyawa2 ikan dah).

Apa yang berlaku ketika ini, saya hanya sedang mencari seseorang yang berani melabur. Bukan apa, idea tu ada. Tapi saya ni hanyalah seorang kuli.

Risiko memang tinggi. Berdasarkan pengalaman, pelaburan yang dibuat dulu, betul2 berkesan. Cuma perlukan semangat kental.

Kalau anda berani melabur, boleh bertemu saya. Boleh kita berbicara dan berbincang. PM saya untuk nombor hp. Saya di KL.

Anda juga boleh melihat sales lepas2. :)

Opss.. mesti anda tertanya2 kenapa nak mencari pelabur...

panjang ceritanya... :) penat pula menaip. Kita jumpa dan bercerita lagi best.

wassalam

Lesen Games

ada kampeni :

1. e-club malaysia

~ menawarkan games seperti counter-strike, half life, etc. http://e-clubmalaysia.com

~ RM 300 untuk 10pc sebulan.

2. Sendi Mutiara Multimedia

~ Top games: Winning Eleven, Warcraft+DOTA, StarCraft,

~ RM 1,250 untuk 20pc sebulan

3. Gamers.com.my

~ AOE3, EA Games --> NFS, FIFA, BF2, etc.

~ RM 500 untuk 20pc sebulan

4. New Era

~ Tony Hawk Skaters, apa lagi ntah.

~ tak tau

Lesen Meniaga

Kalau nak under PBT, jangan lupa letak "Cafe". Tapi, internet cafe, cyber cafe etc yang ada cafe, telah dibekukan pengeluaran lesennya. Lainlah kalau anda ada jalan belakang.

Tapi jangan risau, ada cara lain. Buang aja Cafe. Sebab lesen yang dibekukan hanya Cyber Cafe dan Internet Cafe.

Jadikan lesen anda:-> Pusat Komputer Berinternet. :) Hanya perlu daftar ROC, dan bulan2 bayar renewal ROC jer. Tak perlu nak bayar cukai taksiran PBT (kalau guna Cafe).

Wassalam

Edited by xdsl

Share this post


Link to post
Share on other sites

askum...lagi satu nak tanya...SSM pun kte perlu register gak kan? kat dalam tu kene letak gak ke pasal internet dalam jenis perniagaan...kalu kte letak sebagai pusat komputer je xleh ker...?

pahtu lagi yang kduanye...utk daptkan kebenaran PBT ni...macm kalu d bwh prbandaran kajang,aku tgk mcm2 dia nak seperti

1. perjanjian sewaan bangunan

2. sijil kelaayakan menduduki bangunan (CF)

3. salinan cukai taksiran

4. surat sokongan keselamatan kebakaran dari jabatan bomba.

pastu maslahnye kalu kdai tu jenis yang persendirian punye,xde CF n cukai taksiran xpenah bayar pun......camaner kte nak register PBT tu...? bole ke diaorng bg kebenaran kte berniaga? dan camaner kalu kte stakat daftar SSM jerk? bole ke pihak polis atau PBT ni amik tindakn ek??

sekian trima ksih...

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmmm...dan lg yang ketiganya aku nak tau....camaner ek bole ke klu kter buka jer cc tu dlu tnpa ader ape2 lesen...tp SSM aderla,dftar sbgai pusat komputer je...pastu bile dah buka bru kte g apply sumer lesen2 yang patut...camaner ye kalu ader polis ke PBT yang dtg sdangkan lesen kter xder lg...bleh ke kte ckp kt diorang yg lesen2 tu sumer sedang dlm proses kelulusannya...hmmm...k mekasih....

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam

pertama: letak PUSAT KOMPUTER BERINTERNET ajer.. contohnya:

1. PUSAT KOMPUTER BERINTERNET TAPIRNET

2. PUSAT KOMPUTER BERINTERNET Kg Melayu Majdee

3. PUSAT KOMPUTER BERINTERNET LANGITNET (SKYNET)

dan sebagainya.

kedua

rujuk jawapan pertama. PBT tak masuk campur utk yg bukan menggunakan permit under PBT. yang akan masuk campur hanyalah POLIS DIRAJA MALAYSIA jika terdapat sebarang unsur-unsur ganas dan perjudian.

ketiga

jawapan ada pada pertama dan kedua

Bila dah daftar SSM, tak perlulah daftar PBT.

Harap dpt membantu anda. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam

ketiga

jawapan ada pada pertama dan kedua

Bila dah daftar SSM, tak perlulah daftar PBT.

Harap dpt membantu anda. :)

eh betul ker camni..? maknenyer kalu dah daftar Suruhanjaya Syarikat Mlaysia maknenyer dah tak perlu daftar untuk daptkan lesen dari majlis perbandaharan ker..? x pernah lak aku dengar ni...cam x cayer lak...yela utk dapatkan lesen dari SSM cuma bayar 60 jer stahun sedngkan lesen PBT sampai 500 lebih gak kan...pahtu nk dftar lesen PBT tu plak kter perlu lampirkan skali lesen SSM kter...x logik la palk klu stakat SSM dh leh buka kedai ni...hmmm....ader komen dr sesaper lg x..?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ape yang aku tau lah kan, kita perlu mendapatkan kebenaran berniaga/lesen berniaga dr Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tetapi...

sebelum membuat permohonan dr PBT, diorg nak tengok sama ada kita ada lesen perniagaan yg dikeluarkan oleh SSM. Kalo xde, korang tak boleh berniaga kat kawasan tuh.

Kalo ada, baru permohonan diterima tp x tau boleh lulus atau tak... Kelulusan bergantung kepada meeting yang diorg buat...

Tetapi, untuk sementara, diorg akan beri surat kebenaran sementara untuk meniaga selagi permohonan belum diluluskan.

Sekiranya permohonan diluluskan, bolehla terus meniaga. Kalo tak, terpaksala tutup dan carikla kawasan lain.

Untuk kes2 PBT nih, better korang tanya sendiri prosedur2 dr setiap PBT sbb lain padang lain belalang, lain kawasan lain PBT.

Mcm kat tempat aku, Jelebu. MDJ akan setelkan semua termasuklah urusan lesen dan bomba. Aku cuma perlu submit sijil ROB dan isi form yg diorg bg berserta yuran dan gambar, dah setel....

Lesen berniaga akan diberi kalo lulus. Bergantung kalo 6 bln, 6 bln la aku mengunggu. Bergantung pada meeting diorg. Cuma diorg akan beri surat kebenaran sementara utk berniaga.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam,

Mungkin juga lain padang lain belalang. Entahlah...

Dulu, saya pernah ke DBKL beberapa kali. Sebab nak pindah premis. Tapi DBKL tak bagi. Alasannya mudah, jika nak pindah, peniaga perlu memohon PERMIT BARU. dan PERMIT BARU untuk INTERNET CAFE tidak dikeluarkan lagi. Nak juga rasanya menumbuk makcik tu kerna dengan bersahaja dia perli, "kalau pindah sebelahpun, memang tak boleh".

Nasib baik tahan2 tumbuk tu, boleh jugak saya tanya kenapa makin banyak CyberCafe baru yang buka bagaikan cendawan tumbuh selepas ujan, sedangkan lesen dah dibekukan. Dengan selamba makcik tu jawab, "dorang bukak sebab bukan bawah DBKL. buka dengan nama PUSAT KOMPUTER BERINTERNET. Kalau kau nak pindah jugak, kau tukar nama jadi PUSAT KOMPUTER BERINTERNET".

Kes ini benar, sebab saya sendiri pernah membaca surat DBKL yang dikeluarkan untuk CYBERTIME internet centre di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. CYBERTIME pernah dilaporkan oleh penduduk tempatan kerana beroperasi tanpa permit PBT. TAPI, DBKL keluarkan surat selepas itu. Surat yang berisi LEBIH KURANG MCM NIE "Setelah menyemak daftar syarikat, dan premis, pihak DBKL tidak menjumpai sebarang kegiatan menjual makanan/minuman di dalam premis. Oleh itu, premis ini berhak menjalankan perniagaan seperti mana yang dipersetujui oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia"

Maksudnya, mana2 yang menjalankan kegiatan menjual minuman/makanan dlm premis berhawa dingin spt INTERNET CAFE, dikategorikan sebagai CAFE.

TAPI.................. Kawan saya ada buka cybercafe di Kampung Melayu Majdee di Johor. PBT kasi pulak. hahahahaha. Tak faham betul. :)

Wassalam

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nie berdasarkan pengalaman aku sendiri buka cyber cafe.

1) Carik kedai utk sewa

2)daftar nama ROC kat SSM (renew setahun sekali)

3)Pi PBT nak aply lesen berniaga -jenis perniagaan, lesen signboard (renew setahun sekali)

4) setel semua leh niaga.

Kalau ko berniaga jugak tapi tanpa ader lesen dari PBT tempat ko..maka apabila ada rush ko akan dikenakan kompaun.. ok clear..

sebenarnya bergantung kepada PBT la..PBt kat M'sia nie byk..byk ragamnya jugakkan...sometimes bleh menyebabkan kekeliruan dgn undang2 dier..So sblm berniaga kena bertanya dahulu pBT tempat anda jika ingin berniaga secara legally. OK ngammm

Share this post


Link to post
Share on other sites

4. New Era

~ Tony Hawk Skaters, apa lagi ntah.

~ tak tau

Yuran Tahunan = RM500/year

Lesen Game = RM40/PC tp ada pakage lagi bnyk lg murah... :rolleyes:

mana pemula thread dah bukak CC ker?

bg aku kalau nak buka CC nie kena invest dlm jumlah yg banyak sekali gus...

maksudnya modal tue kena bnyk pada awal2 lagi....

spec PC mesti agak2 bleh tahan (relevent) utk min 2 tahun sbb than ke3 dah kena upgrade @ tukar PC baru...mesti LCD ekk - nmpk Hi-Tech customer suka.. tambah2 lagi nk VISTA dah nie spec kena tinggi sbb mungkin thn 2008 nnt dah ramai pakai VISTA...

PC mesti bnyk (modal pon bnyk la) (x lah bnyk giler mcm kt subang tue 300 PC)(at least 40PC)

pasal bila pesaing buat harga murah cth RM1.50, kita x ada masalah nk turun kan harga pasal PC kita bnyk..

software kena up to date selalu maintain

k, lah tue jer buat masa nie.. :)

Edited by amin

Share this post


Link to post
Share on other sites

Yuran Tahunan = RM500/year

Lesen Game = RM40/PC tp ada pakage lagi bnyk lg murah... :rolleyes:

mana pemula thread dah bukak CC ker?

bg aku kalau nak buka CC nie kena invest dlm jumlah yg banyak sekali gus...

maksudnya modal tue kena bnyk pada awal2 lagi....

spec PC mesti agak2 bleh tahan (relevent) utk min 2 tahun sbb than ke3 dah kena upgrade @ tukar PC baru...mesti LCD ekk - nmpk Hi-Tech customer suka.. tambah2 lagi nk VISTA dah nie spec kena tinggi sbb mungkin thn 2008 nnt dah ramai pakai VISTA...

PC mesti bnyk (modal pon bnyk la) (x lah bnyk giler mcm kt subang tue 300 PC)(at least 40PC)

pasal bila pesaing buat harga murah cth RM1.50, kita x ada masalah nk turun kan harga pasal PC kita bnyk..

software kena up to date selalu maintain

k, lah tue jer buat masa nie.. :)

Salam,

Sokong sangat tu. :)

Tapi harga sewaan utk games adalah tidak berpatutan juga. :) Nak pula sekarang ni games yg top:

1. DOTA - kena ada Sendi Mutiara Multimedia

2. Battlefield, FIFA, Need For Speed Carbon - kena ada gamers.com (EA LAN Games)

3. Counter-Strike Source, Half-Life 2: Episode One - kena ada e-clubmalaysia

Hehehe.. nak tak nak, kena sewa games dari 3 kampeni. :)

Tapi hati2, jangan cepat terpedaya dengan games provider. Mcm SMM perdaya beberapa peniaga. SMM mengatakan dia pemberi lesen untuk Counter-Strike, Half-Life etc.

Lesen untuk pengguna akhir (End User) dengan reseller (mcm cybercafe) adalah berbeza.

CyberCafe make profit berbanding End User. Sebab itu CC perlu buat bayaran bulanan/tahunan.

Wassalam.

Edited by xdsl

Share this post


Link to post
Share on other sites

boleh bertanye sikit...skarang nie boleh lagi ke nak buat lasen untuk cc nie...

ok...itu aje selamat membantu kepada semua warga putera...

Share this post


Link to post
Share on other sites

boleh bertanye sikit...skarang nie boleh lagi ke nak buat lasen untuk cc nie...

ok...itu aje selamat membantu kepada semua warga putera...

dh banyak kali ckp, tanya la kt PBT tempat ko, leh bukak/x..

lain padang, lain rumput, lain belalang, lain semut.. :lol:

Edited by roronoazoro

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nie berdasarkan pengalaman aku sendiri buka cyber cafe.

1) Carik kedai utk sewa

2)daftar nama ROC kat SSM (renew setahun sekali)

3)Pi PBT nak aply lesen berniaga -jenis perniagaan, lesen signboard (renew setahun sekali)

4) setel semua leh niaga.

Kalau ko berniaga jugak tapi tanpa ader lesen dari PBT tempat ko..maka apabila ada rush ko akan dikenakan kompaun.. ok clear..

sebenarnya bergantung kepada PBT la..PBt kat M'sia nie byk..byk ragamnya jugakkan...sometimes bleh menyebabkan kekeliruan dgn undang2 dier..So sblm berniaga kena bertanya dahulu pBT tempat anda jika ingin berniaga secara legally. OK ngammm

maaf ..aku keliru plak ape maksud ni daftar nama ROC kat SSM

ROC tu ape maksud??? sori yee

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lesen Games

ada kampeni :

1. e-club malaysia

~ menawarkan games seperti counter-strike, half life, etc. http://e-clubmalaysia.com

~ RM 300 untuk 10pc sebulan.

2. Sendi Mutiara Multimedia

~ Top games: Winning Eleven, Warcraft+DOTA, StarCraft,

~ RM 1,250 untuk 20pc sebulan

3. Gamers.com.my

~ AOE3, EA Games --> NFS, FIFA, BF2, etc.

~ RM 500 untuk 20pc sebulan

4. New Era

~ Tony Hawk Skaters, apa lagi ntah.

~ tak tau

xleh ker kalau beli cd ori jer..

kan cd ori game tersedia ngan cd key original..

takleh ker gune tue jer...?

contoh cam e-club malaysia..

RM 300 tuk 10PC selama sebulan..

so sebiji RM 30...

kalau setahun RM30 X 12 = RM360..

rasa cam mahal jer... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

CC ni sejenis perniagaan yg dikira sbg reseller. bukannya End User.

ni mesti ko tak baca EULA

nasib baiklah windows tak buat bayar bulan2 utk cc.... :) ... (tp sbenarnya ada gak... mcm Open License, kena bayar bulan2)

Share this post


Link to post
Share on other sites

company2 game nie nak royalty jugak...sbb tu kena byr bulan2...

actually diorang tu nk duit jer, company game nie x kisah kta beli [lanun] game.. asalkan kita subscribe dgn diorang bayar bulan2...

Share this post


Link to post
Share on other sites

hanya 4 syarikat nie jer ker yang menawarkan game game...?

takde syarikat lain ker...?

pastue lagi satu haram aku tak faham...

web e-club malaysia tue...

kat mane nak negok jenis jenis penyewaan...?

4 syarikat nie cover 1 malaysia ker..?

ataupun de syarikat-syarikat lain yang cover tuk negeri-negeri tertentu..?

Edited by Akechi~Yukimura

Share this post


Link to post
Share on other sites

stakat ni memang 4 kampeni tu je.

smua 4-4 kampeni punya website, tarak cerita tentang cybercafe secara details. nak tak nak, ko kena call. dia akan datang ke tempat ko. keh keh keh.

kalu macam e-club, aku antara memula yg subscribe. so dia siap dtg ajak minum etc. ada jugak cerita pasal e-club VS smm (atas perebutan hak menjual counter-strike/half-life/etc).

---------------

pembekal komputer? maksud ko apa. sebab komputer terdiri dari pelbagai jenis komponen. setiap jenis komponen ada brand. setiap jenis brand diedar oleh pengedar yang berbeza-beza. Jadi, agak sukar nak usha. kalu retail shop kat lowyat banyak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...