Jump to content
tengkuhaadi

Kereta Negara Kita X Bagus?

Recommended Posts

korang tau ade keta nama "Kijang" ..ntah Brunei ke Indon aku x pasti..

Tu kat indon tu....Toyota Kijang.... B)

Harap2 ngan kutukan2 begini akan menaikkan mutu dan kualiti barangan2 mesia yang lain...especially nya kereta....that's all B):rolleyes:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Seriously aku heran pada sesetengah orang yang lebih suka mengutuk keta tempatan. Kereta tempatan aku rasa lebih affordable berbanding kereta lain yang diimport, sesuailah dengan gaya hidup kita yang rata-ratanya kureng skit masyuk (berpendapatan sederhana).

Aku sendirik pakai Proton Saga Aeroback yang lama dulu tu (14 tahun dah)...alhamdulillah..masih cool dan bolehlah nak ajak fight ngan awek-awek keta besau tu. :P

P/S:Engine korek abis dah... :P

ko lain geng, dah masuk VR4, setakat GTi pun bole ko titik :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ko kata rakyat Malaysia kutuk barangan sendiri,Aku sokong tue,sampai bila nak maju negara sendiri,Rakyat patut bagi dorongan kepada Negara yg sedang mambangun.Ini tidak !! :wacko:

sbb ada rasa prejudis ngan negara kita...

Share this post


Link to post
Share on other sites

sbb ada rasa prejudis ngan negara kita...

tapi, cuba tengok dalam paper kosmo ari nie

tentang kes kereta malaysia yg dibawa ke ttpm

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita kene tukar mindset kita jadik 'buatan malaysia = best!!' kalo kita sendiri tak support memang takleh maju la pasal takde feedback dari pengguna

Share this post


Link to post
Share on other sites

tapi apa pon kita dah leh buat enjin sendirik walaupon banyak ragamnya... kerana enjin adalah senjata utama kepada perkembangan teknologi permotoran termasuklah kapal terbang dan ketenteraan....

nih adalah senarai harga keta sebelom cukai dikenakan.... http://www.customs.gov.my/html/cbu2006warta.htm .... <_< huhuhuhu Golf GTI cuma 50k jer... cisss.... <_<

Edited by tHe_bUgS 08Z

Share this post


Link to post
Share on other sites

tapi apa pon kita dah leh buat enjin sendirik walaupon banyak ragamnya... kerana enjin adalah senjata utama kepada perkembangan teknologi permotoran termasuklah kapal terbang dan ketenteraan....

nih adalah senarai harga keta sebelom cukai dikenakan.... http://www.customs.gov.my/html/cbu2006warta.htm .... <_< huhuhuhu Golf GTI cuma 50k jer... cisss.... <_<

Klau buat enjin sendiri pon,Body tu pemindaan teknology jugak kan !

Share this post


Link to post
Share on other sites

bodo tol kete ako rege 262 je!!!!!!!! :angry::angry::angry::angry:

kita kene tukar mindset kita jadik 'buatan malaysia = best!!' kalo kita sendiri tak support memang takleh maju la pasal takde feedback dari pengguna

wahai pak turut, bukan ke bile orang cakap TAK BEST tu salah satu daripada feedback? :rolleyes:

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites

bodo tol kete ako rege 262 je!!!!!!!! :angry::angry::angry::angry:

wahai pak turut, bukan ke bile orang cakap TAK BEST tu salah satu daripada feedback? :rolleyes:

Jadi pak turut takpe, jangan jadi pak kaduk.

Share this post


Link to post
Share on other sites

eh taktau lak ako jadi pak turut takpe

buang mase je susah payah melayu berjuang dulu2, just untuk jadi pak turut ye.

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak kater x sampai hati tp mmg terok ..

satria , wira , putra - power window problem naik mesti senget

perdana - gearbox senang kong

waja - tah

gentut- bunyi krok krek .

tu yg aku tau n share dr kengkawang

Share this post


Link to post
Share on other sites

memang btul tu kualiti dia tak bagus sangat tapi ikut duit gak ..kalo korang nak yang memang best kene amik kete luar la ...last2 ikut budget duit korang gak ..hoho

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagi aku.. keta Malaysia memang best tapi... yaaaa... ada tapidisitu, Proton aku rasa mereka nih tak cukup budjet kot nak RnD keta yang "berkuasa tinggi" dan "Berkualiti". Rasanya lerr..

ko lain geng, dah masuk VR4, setakat GTi pun bole ko titik :lol:

Aku punya keta just untuk hantar tauhu jer ....Kena lalu jalan yang banyak selekoh dan berbukit-bukit.... kane laju kang tauhu jadi busuk... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

memang btul tu kualiti dia tak bagus sangat tapi ikut duit gak ..kalo korang nak yang memang best kene amik kete luar la ...last2 ikut budget duit korang gak ..hoho

haah btol tu kutuk 2 pon proton still banyak kat jalan rayo ter masuk ler aku pkai protong gak -terpaksa sbb rege murah nak banding yg lain perghh mehey :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahahaaa.. krg kalau puji lak lagi hampeh keta tuh... pasal dia org akan pikir " hehe.. buat keta mcm ni pon org puji bagus..." lagi cincai2 jer dia buat keta tuh nanti... mcm2 kos dia cut... last2 jadik keta pakai buang... rosak terus tak leh baiki...

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahahaaa.. krg kalau puji lak lagi hampeh keta tuh... pasal dia org akan pikir " hehe.. buat keta mcm ni pon org puji bagus..." lagi cincai2 jer dia buat keta tuh nanti... mcm2 kos dia cut... last2 jadik keta pakai buang... rosak terus tak leh baiki...

hahahaha betui tu.puji lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagi aku.. keta Malaysia memang best tapi... yaaaa... ada tapidisitu, Proton aku rasa mereka nih tak cukup budjet kot nak RnD keta yang "berkuasa tinggi" dan "Berkualiti". Rasanya lerr..

berkuasa tinggi dan berkualiti ade proton buat.

cuma di luar mesia sahaja. proton jumbuck (arena kat mesia) murah gile kat ostolia. kete proton uk spec memang kualiti tinggi. proton german spec dapat 500,000km WARRANTY.

ape kate pak turut? adakah bangsa german berhak dapat kualiti lebih tinggi daripada pak turut yang dianaktirikan tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

bape lak harga kete export yang best sangat tuh ? hehe

Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

wuuuuuhuhuhu..... yer ker... nampaknya kita jadik anak tiri dlm rumah sendiri.. sedangkan jiran sebelah rumah kita bagi brg yg best2... lagi satu kita bayor wooo... bukan mintak free... kalau free tuh lain ler.. mmg takde hak nak mintak lebih2....

Share this post


Link to post
Share on other sites

yg berkualiti tu biase mmg export ke luar..tp ade gak yg gune kat dalam negara,tp bukan utk dijual..biase aku tgk digune kat "tempat2 kerajaan" mcm sekolah2..mcm tilam kat asrama aku tgk jenis bagus,takde pon jual kat kedai..terpakse aku cilok satu..hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagi aku.. keta Malaysia memang best tapi... yaaaa... ada tapidisitu, Proton aku rasa mereka nih tak cukup budjet kot nak RnD keta yang "berkuasa tinggi" dan "Berkualiti". Rasanya lerr..

Ape gune dah beli Lotus company tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko rasa la kalau proton tak beli lotus rasanya ada ke enjin buatan malaysia campro ? ;) ..

ko ingat nak buat enjin mcm nak buat goring pisang ke ..

> askum, ni ada sorang hamba Allah yg nak menjawab

> persoalan2 yg dilontarkan terhadap proton, up to u

> to believe it or not..

>

> Assalamualaikum,

>

> Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat

> misinformation.

> Biasanya information yang berpindah dari satu mulut

> ke satu mulut

> yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah

> masyarakat kita. Kita

> bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan

> cerita yang

> telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang

> dalam

> yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

>

> "Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan

> perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan

> beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas

> dia

> adalah buat checking penerimaan barangan proton

> untuk

> di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..

> manakala kontena lain adalah pintu, body dan

> sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga."

>

> Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan

> ternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton.

> Tanda

> tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita

> jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang

> dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.

> Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas

> 1.2

> dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault)

> dan

> 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5,

> 1.6

> proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya

> kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu

> dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat

> pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan

> lah

> 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So

> untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.

> Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy...

> 100%

> body dibuat di Malaysia.

>

> "Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang

> sebenarnya tak

> keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah

> tentu tak mahu

> menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an

> dan 90an yang

> diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini

> dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton

> masih

> belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar

> hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia

> yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah

> berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya

> kenderaan negara sebenarnya."

>

> Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta

> Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy

> kita

> gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja

> kita buat enjin di Malaysia walaupun design original

> dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin

> terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina

> di

> Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi

> terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan

> sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin

> dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin

> ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya

> sekejap.

> Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan

> keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak

> mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak

> tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin

> sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah

> masalah

> orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara

> sendiri.

>

> "Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi

> sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama

> 20

> tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari

> rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah

> melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru

> tidak

> mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi

> lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada

> sekarang ni untuk masa akan datang."

>

> Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi.

> Mereka

> adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita

> berkerjasama

> dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka

> turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang

> Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut

> ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin

> habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang

> idea

> kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula

> menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak

> caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak

> mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun

> dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang

> teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab

> itu

> kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita

> design

> sesuatu yang lebih baik... laju je dia orang hantar

> balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun

> mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama

> diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia

> orang

> dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke

> Malaysia.

>

> Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin

> latest

> dia orang.... Sebab Perodua tu 100% milik

> Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia

> orang

> kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia.

>

> "Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang

> proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan

> Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar

> lambang je.."

>

> Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar

> cerita sensasi yang

> banyak ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang

> pada mulanya kita

> belajar... selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah

> seorang

> yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

>

> Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan

> dan belakang

> sikit.

>

> Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design

> kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa

> setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan

> khidmat penasihat dari UK.

>

> Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer

> Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design

> kereta

> baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2

> tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.

> Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan

> dan belakang share sebab nak kurang kan cost.

> Hasilnya

> Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

>

> Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat

> kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan

> Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan

> Mazda

> 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila

> orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia

> sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa

> bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.

> Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk

> Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft

> tooling

> mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka

> tengok

> dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia

> depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa

> bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok

> dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu

> mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan

> kita

> bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri

> berfikiran

> macam itu.

>

> Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya

> murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang

> dijual pun kena banyak. So kalau nak buat

> Perdana....

> Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang

> kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di

> Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan

> bahagian dalaman.

>

> Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah

> keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan

> dari

> atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

>

> Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan

> kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign

> orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita

> memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah

> dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak

> cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti

> menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant

> dari

> luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf

> dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni

> memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya

> sedikit.

>

> Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant

> dari

> luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin

> ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign

> sendiri.

>

> o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja

> kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin

> bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault

> sudah terbukti bila

> mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu

> disebarkan oleh mereka

> yang tidak bertanggung jawab.Contohnya... Savvy

> adalah Tiara dan

> menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena

> mengena dengan

> Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang

> tahu

> bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile

> High

> Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang

> ada

> terpampang kereta Savvy kemek kerana accident.

> Well...

> kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident.

> Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy

> yang

> accident tu... In fact. Kukuh. Saudara saudari...

> Bila

> kita design kereta ni.. yang paling penting adalah

> keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk

> crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya

> hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan

> kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk

> Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang

> kata

> Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang

> bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy.

> Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang

> lain.

>

> Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh

> cerita

> sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta

> untuk company lain dan ada membuat part untuk

> company

> lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk

> motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita

> tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita.

> Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta

> mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di

> proton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka

> mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

>

> "Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh

> proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini.

> Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh

>

> proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan

> nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba

> mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat

> injin tapi gagal mendapatkan resepinya."

>

> Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang

> terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan

> untuk

> membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar

> kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar

> besi

> dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi

> specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah.

> Transmition yang paling susah. Untuk info lah...

> kami

> masih lagi dalam proses untuk mereka cipta

> transmition

> sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

>

> "Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak

> mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya?

> Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini

> sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan

> bagi membolehkan impian ini tercapai."

>

> Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana

> menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru

> persetujuan dapat

> dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan

> teknikal dengan

> bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu..

> sebab ianya

> adalah OSA)

>

> Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada

> mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta

> bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D,

> Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi

> kita

> pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai

> jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D

> Perodua...bekas Proton, Head of Styling...bekas

> Proton, Head of Planning...bekas Proton, Head of

> Production...bekas Proton (rasa-rasanya dah kena

> kebas

> dekat Naza), Head of Engineering Services...bekas

> Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari

> proton. We trained them... orang lain ambil cara

> senang je.

>

> Naza pulak.. Head of R&D....bekas Proton. Head of

> Production...bekas

> Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan...

> Head dia pun bekas

> proton, Inokom... head dia pun bekas proton. Itu

> kira head

> je...bukan lagi kira engineer dan designer. So it

> meets its objective untuk memajukan orang-orang

> kita.

> Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal

> kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan

> Proton. So... orang Proton tak bagus?

>

> Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang

> diambil

> oleh consultant luar negara... dari America, Eropah

> sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah

> memenangi

> pertandingan mereka design kereta anjuran Ford.

> Beliau mendapat

> tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat

> Malaysia. Tapi di

> peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat

> tawaran kerja dari

> syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi

> kami tabik

> bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak

> anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...?

>

> "Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah

> yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan

> sendirinya

> sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata..

> berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun

> nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak

> lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan

> sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata..

> kalau dah tak boleh tutup aja..."

>

> Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada

> tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang

> sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa

> akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton

> untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton

> untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton...

> 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara

> lansung untuk membuat part Proton...100,000 orang.

> Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak

> syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami

> boleh

> membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.

> Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak

> wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan,

> honda? 0... Kosong.

>

> Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara

> baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga

> mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton

> tak

> serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti

> import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak

> check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan

> harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

>

> Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita

> buat

> kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai.

> Kita

> tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau

> banyak

> AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan

> kena

> tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa

> masuk

> ke Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000.

> Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni.

> Paling

> murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia

> ni

> adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan

> dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga

> kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan

> rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza

> untung.

>

> Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan

> perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga

> serta

> melindungi pemilik kereta proton sekarang ini.

> sejauh

> mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan

> bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi

> sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan

> timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu

> dengannya.

>

> Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar

> kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect

> industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah

> yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni.

> Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar

> barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan

> sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu

> mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat.

> Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export

> keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.

> Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri

> disana.

> Nak cari kereta yang bukan dari Korea...susah.

> Sebabnya...

>

> 1. memang mereka patriotik.

> 2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka

> akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata

> mereka

> tentu banyak duit.

>

> Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir

> 80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur

> (baca

> sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan

> tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.

>

> Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara

> bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The

> more people buy, the cheaper things can be. Economic

> of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah

> cost

> pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat

> sebijik

> kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak

> balik

> modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi

> mahal... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau

> kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita

> nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea

> mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba

> ditahap

> ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun.

> Ini

> industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak

> buat

> plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini

> kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak

> kita

> jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak

> duit,

> lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap

> test dan setiap bahan baru yang nak direka

> memerlukan

> wang yang banyak.

>

> Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh

> dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak

> join

> ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

>

> Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna

> euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa

> akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu

> AP

> keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi

> rakan teknikal memang agak sukar.

>

> Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat

> dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab

> tu

> kita jangan dengar saja orang cakap.

>

> Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah

> akan

> timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara

> kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang

> telah

> melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang

> negara

> kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab

> menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara

> Asean yg berkaitan.

>

> Memang kita akan kena penalti sebab ada

> perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam

> tu

> aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain

> boleh ada polisi dia orang yang membantu industri

> kereta mereka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP

> China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia

> (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih

> lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.

> Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba

> pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.

> India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200

> Million. Belum lagi nak set up kilang dan

> infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita

> nak

> jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli

> walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik

> diaorang. Kita... apa yang nama lain selain dari

> barang sendiri mesti bagus punya.

>

> Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan

> kereta German....

> Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar

> harga kereta German

> untuk kereta buatan Malaysia.

>

> Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar

> bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua

> yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design

> bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta

> nasional... Proton sekurang-kurangnya telah mendidik

> ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah

> ramai

> hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil

> untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu

> kumpulan Advance Engine Research Proton terus

> diambil

> oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak

> kerja

> dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class

> upper.

> 1st class berlambak. Selepas berpengalaman...

> Perodua,

> Naza ambil.

>

> Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam

> pasal

> proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang

> kami beri untuk memajukan negara dalam bidang

> teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam

> bidang industri yang betul-betul menggunakan

> kepakaran

> anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak

> belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan

> sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

>

> Tapi bab support selepas jualan.... saya sendiri pun

> tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena....

> Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan

> part tiruan atau lama. Yang kena komplen... proton.

> Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000

> unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak

> sebelah

> sebelah Myvi dan Savvy... check performance dia.

> Then

> baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap

> je... test sendiri. Baru tau.

>

> Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual....

> Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas

> nak tukar gear... swith to auto. Nak main

> ciluk-ciluk... switch to manual. Errr.. siapa kata

> kita guna tecnology 70an?

>

> askum,

http://www.protonclub.com/forumproccv5/viewtopic.php?t=6609

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...