Jump to content
nonama

Bawa H/phone

Recommended Posts

kalau le cadangan utk membenarkan h/phone dibawa ke sekolah oleh pelajar diluluskan, susah le cikgu-cikgu kat sekolah.

budak-budak boleh intip kat mana guru disiplin ada, so kerja-kerja kenakalan dia orang ditanggung beres.

pastu macam-macam le terjadi...

ko tanya aku.....aku kate x stujuk..pasal nak buat hape?........dah la kat masjid atau kuliah pun Hp berbunyi.........cukup la tu stkat sekolah x sampai braper 12 jam nak pakai HP ke?....ala rase susah skit jalan kaki x bleh ke?....suma nak senang.....kalo bawak HP ader credit....x pe.....ni kalo bwk kosong..x gune jugak

cadangan aku.....

1) pakai HP yg gune postpaid jer........kalo ape2 hal senang bleh trace

2) buat trial version 11 bln dulu.............nengok kesanya............

Share this post


Link to post
Share on other sites

kat berita pun tunjuk PROS dia hanya ada 2 je..1. biler emergency ngan apa lagi ek 1 lagi..lupa da..tapi CONS nye lagi byk dari PROS so..x yah la..aku rasa benda nih tetiba jadi cerita nih..mesti gara2 anak2 menteri suruh bapak diorank gubal undang2 benarkan bawak hp gi skola.. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ish, try baca betul-betul posting aku tuh.

ko ASSUME. bukan fakta. sila baca posting ako bebetul.

ko assume kalo hp dah dibenarkan maka orang akan start bawak benda2 tu. nape, once henpon dah halal, maka lepas ni rokok lak? mengarut.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tu masalah parents die la yang pandai sangat bagi barang mahal2 kat anak suruh bawak pegi skolah. orang gila je yang bagi anak beribu2 ringgit ke sekolah, sama macam orang gila je yang bagi anak pakai 10 gelang emas ke sekolah.

BUKAN SALAH HENPON. SALAH MAK BAPAK.

and seriously, ko tak pernah tengok keadaan telepon public ke? ko serius ke nak suruh bebudak gune telepon public yang "amat reliable" tu?

Kan aku dah cakap.Letak jer public phone kat depan bilik guru.Takkan budak2 nak bantai public phone kat situ.Nak cari nahas????

Tapi pasal mak bapak tuh,betul la aper yg ko cakap.Mak bapak patut tahu yg bawak hp ke sekolah tuh merbahaya kpd anak2 diorang(Ye la.Nanti kena ugut)

Edited by Hitman66

Share this post


Link to post
Share on other sites

Budak-budak sekarang, dia punya "ayat" kat parent dia bagus punya. Dia kelentong sikit pasal teknologi, ternganga mulut mak bapa dia, pastu apa nak beli, semua jalan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku pon hanya suarakan pandangan prihatin, kalau diikutkan sebenornya malas aku nak campor, aku bukan ada anak, aku bukan sekolah lagi, wakakakakaka....... biggrin.gif lariiiiiiiiiiiiiiiii.......

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko ASSUME. bukan fakta. sila baca posting ako bebetul.

ko assume kalo hp dah dibenarkan maka orang akan start bawak benda2 tu. nape, once henpon dah halal, maka lepas ni rokok lak? mengarut.

Ish.... macam ni lah, tgklah keputusan pada 19/1/2006 nih. Orait? Pasal HP ni bukan sama ngan rokok. Rokok sedia maklum dari segi Islam pun haram dah. Kerajaan Malaysia penat2 buat kempen tanak merokok kenapa aku nak assume rokok akan dihalalkan? Tak masuk akal. Fakta yang jelas adalah, HP akan membawa banyak kesan negatif berbanding kesan positif. Sokolah kat sini bukan sama ngan sekolah kat barat. Ko timbanglah sendiri.

Kalau mereka (pihak kementerian) benarkan, mereka akan bagi sebab. Kalau tidak benarkan, mereka akan bagi pandangan mengapa.

Edited by ahmades

Share this post


Link to post
Share on other sites

betol2...mawi pon cakap.. BELIA BENCI DADAH..hehehe

...tp tol gak...letak je public phone tuh dpn bilik guru..atau letak ng pondok guard..

msti xrosak pny..

Share this post


Link to post
Share on other sites

xyah ltak tepon

ltak jer tepon betol2 nyer

free o charge

hohkohk

ltak kat pejabat

khas ntuk bebudak jer tapi leh cakap under 5minit

kan senag tuhhh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kan aku dah cakap.Letak jer public phone kat depan bilik guru.Takkan budak2 nak bantai public phone kat situ.Nak cari nahas????

ex skola aku, ade gak public phone dpn bilik guru,

hancor gak! hehe~

kdg2 , ade public phone pon tak gne ape~

nak carik syiling lagi, kdg2 dah dpt syiling, nak call,

" emergency call "

tensen~ + lagi ade yg gne tepon nak call awek la...

kalo student kat asrama ada 400++ (laki jerk,)

public ade 6, tp 4 rosak...

tak gne gak kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

surat pembaca berita harian (18hb)

Telefon bimbit di SBP pererat hubungan

SEJAK kebelakangan ini isu membabitkan sekolah, guru dan pelajar mendapat perhatian serius masyarakat. Daripada mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kepada isu paling remeh tapi boleh memberi faedah besar kepada banyak pihak iaitu penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar.

Suatu masa dulu, penggunaan telefon bimbit boleh dianggap produk mewah dan mungkin mampu digunakan golongan dewasa. Namun, dengan teknologi semakin moden, produk itu bukan saja mampu dimiliki hampir seluruh rakyat Malaysia, bahkan sistem pembayaran yang pelbagai membuatkan ia tidak lagi membebankan pengguna.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon perlu diberi pujian kerana terus bertegas dalam membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, termasuk sekolah berasrama penuh (SBP).

Beliau menerima kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk kesatuan guru yang kelihatan ‘kecil hati’ kerana Kementerian Pelajaran tidak berunding dulu dengan mereka.

Benar, ada baik dan buruknya langkah itu tapi akhirnya faedah yang dijangka diperoleh mengatasi segala keraguan yang mungkin ada.

Kumpulan yang akan menerima faedah paling besar ialah pelajar sekolah berasrama penuh. Ketika ini keputusan membenarkan pelajar SBP menggunakan telefon bimbit berbeza, ada membenarkan tapi majoriti SBP belum membenarkannya.

Hakikat yang berlaku selama ini ialah hubungan di antara pelajar SBP dan keluarga, terutama ibu bapa menjadi renggang kerana ketiadaan komunikasi yang kerap sepanjang tiga atau lima tahun pelajar terbabit berada di SBP.

Kebenaran pulang ke rumah hanya sebulan sekali, kemudahan telefon tidak setanding dengan jumlah pelajar di sesebuah SBP antara punca hubungan renggang ini.

Adalah pelik wujudnya peraturan tidak membenarkan pelajar telefon bimbit apabila ia diketahui boleh merapatkan hubungan silaturahim.

Kita sering mendengar cerita bagaimana pelajar SBP menjadi pendiam dan terasing di rumah sendiri kerana jarang berada di tengah sanak saudara. Kehadiran teknologi terbaru ini alat terbaik memperbaiki situasi negatif yang pernah terjadi.

Pelajar di negara ini perlu didedahkan dengan pelbagai teknologi baru yang semakin pantas. Kegagalan memanfaatkan teknologi ini hanya kerana ingin menjaga disiplin, membuatkan kita ditertawakan dunia.

IBU PELAJAR SBP,

Kuala Lumpur.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Keputusan Terkini...leh check kat paper/web site Utusan..paper lain pon ade rasenye

Kabinet arah tarik balik -- Kebenaran pelajar guna telefon bimbit di sekolah

Oleh ZULKIFLI JALIL

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kabinet hari ini mengarahkan supaya kebenaran untuk pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah ditarik balik.

Utusan Malaysia difahamkan, arahan itu dibuat ekoran bantahan besar-besaran daripada pelbagai pihak bahawa kebenaran itu akan hanya membawa keburukan berbanding kebaikan.

Bagaimanapun jika hendak dilaksanakan pada masa depan, Kabinet mahu ia dibuat mengikut prosedur dan peraturan yang lebih kemas.

Arahan Kabinet itu dibuat tujuh hari selepas Kementerian Pelajaran membenarkan semula penggunaan telefon bimbit di sekolah sejak larangan dikuat kuasa pada 13 Mei 1997.

Utusan Malaysia difahamkan, keputusan Kabinet itu juga dibuat atas kebimbangan bahawa pelajar akan menyalahgunakan kemudahan itu.

Pada 12 Januari lalu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon mengeluarkan satu kenyataan membenarkan para pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah.

Kebenaran tersebut yang akan berkuat kuasa secepat mungkin tertakluk kepada syarat-syarat dalam Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Mengikut kenyataan itu, pelajar hanya dibenar menggunakan telefon bimbit sebelum waktu persekolahan bermula, semasa waktu rehat dan selepas sesi persekolahan tamat.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia dalam laporan muka depan keesokannya menyiarkan bantahan pelbagai pihak daripada ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh pendidik yang mahu Kementerian Pelajaran menarik balik kebenaran bersyarat tersebut.

Mereka berpendapat, penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah tidak akan membantu meningkatkan mutu pendidikan, sebaliknya menyumbang kepada masalah disiplin di sekolah-sekolah.

Antara yang lantang membantah ialah Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee yang menegaskan, penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan salah laku moral yang akhirnya menjejaskan dasar pendidikan negara.

``Sebagai contoh, pelajar mungkin akan menghendap dan merakam pelajar atau guru perempuan di dalam tandas.

``Lebih dibimbangi jika gambar itu disebarkan oleh pelajar yang tidak bertanggungjawab menerusi telefon bimbit,'' katanya.

Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Awang Mohamad juga turut melihat implikasi buruk mungkin tercetus sekiranya telefon bimbit di sekolah dibenarkan.

Edited by BraDeRz

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kita sering mendengar cerita bagaimana pelajar SBP menjadi pendiam dan terasing di rumah sendiri kerana jarang berada di tengah sanak saudara. Kehadiran teknologi terbaru ini alat terbaik memperbaiki situasi negatif yang pernah terjadi.

terase sey aku~ huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites

HP je x bole bawak..PSP ngan Gameboy bole apa lagi bawak la... biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...