M3ntary™ 62 Report post Posted January 12, 2006 No prepaid kena daftar ke? Quote Share this post Link to post Share on other sites
locco 5 Report post Posted January 12, 2006 rasenye dah diwajibkan..utk mengelakkan penyebaran fitnah, sms layang gamaknyer tak sure la plak daftar kat mane...kat service center telco jer ker ek? Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 12, 2006 aku just tertanye perlu ke org yg pernah hantar yg borang kecik dulu tu kene daftar balik? mcm digi aku dah lame hantar yg ade nama,ic etc tu sumer..tapi skrg kalu tak salah tarikh akhir daftar utk sumer prepaid user tu bulan 6 nie..kalu tak line putuussss....... Quote Share this post Link to post Share on other sites
ahmades 2 Report post Posted January 12, 2006 Bagi aku daftar lagi baik sebab senang nak amik balik no yang kita hilang pasal krcurian ka, apa ka. X payah nak bagitau 5 nombor yang kerap dihubungi atau kena bawak frame sim card Quote Share this post Link to post Share on other sites
Balthazor 1 Report post Posted January 12, 2006 aku just tertanye perlu ke org yg pernah hantar yg borang kecik dulu tu kene daftar balik? mcm digi aku dah lame hantar yg ade nama,ic etc tu sumer..tapi skrg kalu tak salah tarikh akhir daftar utk sumer prepaid user tu bulan 6 nie..kalu tak line putuussss.......←detailkan lagi................. Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 12, 2006 Kepincangan Dalam Pendaftaran Talian PrabayarOleh Shahrullizan RosliKUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Langkah pendaftaran talian prabayar telefon mudah alih yang sedang berlangsung di seluruh negara sekarang dijangka tidak akan mencapai matlamat sepenuhnya berikutan beberapa kepincangan dalam pelaksanaannya.Seorang pakar dalam bidang telekomunikasi, Kashminder Singh berkata daripada pengamatannya, syarikat telekomunikasi seperti Digi, Maxis dan Celcom perlu memberikan komitmen sepenuhnya untuk menguatkuasakan arahan kerajaan itu dan membaiki kelemahan yang ketara.Katanya selain daripada kaedah pendaftaran yang begitu longgar, syarikat telekomunikasi juga tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya kerana bimbang kehilangan pelanggan sedia ada."Sebagai contoh, pembeli kad prabayar hanya perlu mengisi borang pendaftaran mereka tetapi tidak perlu memberi salinan kad pengenalan."Tanpa pengesahan sesiapa sahaja boleh memberi maklumat palsu. Kalau beli kereta pun orang boleh palsukan maklumat, inikan pula kad telefon bimbit prabayar," katanya kepada Bernama.Mengikut arahan kerajaan, semua pelanggan telefon mudah alih prabayar baru atau sedia ada di negara ini dikehendaki mendaftar dengan pembekal-pembekal perkhidmatan masing-masing mulai 1 Jan lepas.Pendaftaran adalah percuma dan pelanggan perlu mengisi borang pendaftaran yang menyenaraikan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon mudah alih mereka, manakala rakyat asing mestilah menunjukkan pasport atau permit kerja mereka yang sah.Kashminder yang juga Editor majalah "Mobile World" berkata langkah pendaftaran itu mungkin dianggap perkara kecil bagi sesetengah orang tetapi berdasarkan pengalaman Kashminder, telefon bimbit merupakan alat teknologi yang amat berkuasa dan boleh jadi berbahaya."Telefon bimbit dan kad sim sebenarnya merupakan teknologi yang amat canggih dan mampu menjadi alat peletup oleh pengganas seperti yang berlaku di Thailand, menjadi alat pengintipan dan segala perbuatan jenayah yang mungkin," katanya.Kerajaan mungkin belajar daripada pengalaman negara jiran tetapi Kashminder berpendapat bahawa jika kerajaan ingin mengelakkan sebarang perkara buruk, arahan pendaftaran itu patut dikuatkuasakan dengan lebih serius."Sepatutnya, kad prabayar tidak boleh dijual merata-rata. Ini sampai ke restoran mamak pun kita masih boleh beli kad prabayar. Jadi perlu ada kawalan," katanya.Katanya keadaannya berbeza di luar negara di mana kemudahan prabayar sukar diperolehi seperti di Singapura dan United Kingdom.Kashminder menjangkakan terdapat kira-kira 12 juta penduduk Malaysia menggunakan kad prabayar, dan arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia sejak tahun lepas itu sudah pasti menjejaskan perniagaan syarikat pembekal perkhidmatan seperti Maxis, Digi dan Celcom."Orang gunakan kad prabayar kerana mudah dan prabayarlah yang paling menguntungkan syarikat terbabit. Kalau kena daftar, baik pakai pascabayar. Sedikit sebanyak arahan ini akan menjejaskan perniagaan mereka," katanya.Merujuk kepada kenyataan terdahulu bahawa kerajaan dan syarikat telekomunikasi amat berpuas hati dengan kerjasama orang ramai yang mendaftarkan talian kad prabayar, beliau mempersoalkan kewibawaan statistik dan maklumat itu."Mungkin yang beri kerjasama itu kumpulan yang baru membeli kad prabayar kerana diberi borang. Pengguna lama macam mana, mereka ambil kisah ke?" katanya.Sementara itu Ketua Bahagian Korporat Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Adelina Iskandar ketika dihubungi memberitahu, pelanggan telefon mudah alih yang gagal mendaftarkan talian prabayar mereka akan dikenakan tindakan.Ditanya siapa yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan itu, beliau menyatakan: "Untuk menjayakan arahan ini, kita berharap pada inisiatif syarikat telekomunikasi untuk menguatkuasakan pemotongan talian mereka yang gagal mendaftar."Apabila diberitahu bahawa kebanyakan penjual tidak meminta salinan kad pengenalan pelanggan mereka sebagai pengesahan maklumat yang akan diproses, Adelina turut terkejut.Katanya perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana hanya akan menggagalkan keseluruhan matlamat proses pendaftaran talian prabayar itu sendiri.Pemantauan yang dibuat oleh wartawan Bernama sendiri mendapati kebanyakan penjual tidak ambil peduli sama ada pelanggan mereka mahu menyerahkan borang pendaftaran malah meraka tidak meminta pun kad pengenalan untuk tujuan semakan.Bernama juga menghubungi syarikat Maxis, Digi dan Celcom untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu tetapi dimaklumkan bahawa mereka juga sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak suruhanjaya.Kebanyakan syarikat yang dihubungi enggan mengulas mengenai arahan itu sebaliknya meminta wartawan untuk menunggu kenyataan media.Mereka mengakui banyak menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai arahan itu. Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 12, 2006 skrg daftar ni lebih utk pembeli baru..try g kedai hnset kalu beli sim kad ade tak penjual tu bg borang?? sesetengah kedai dah ade kene isi borang tu..rasanya belum diperluas lg..so skang kalu nak hantar sms2 ngarut/fitnah pun masih sempat lg... Quote Share this post Link to post Share on other sites
hampeh 21 Report post Posted January 12, 2006 rasanya belum diperluas lg..so skang kalu nak hantar sms2 ngarut/fitnah pun masih sempat lg... ←hehehe ..."jahat" nye ko ..akakaka . aku rase tak sume tempat daftar lagi la ..aku tgk kwn aku bli no baru rilek je Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 12, 2006 hari tu aku ade terbace gak yg bende nie start kat penang dgn melaka dulu...ntah skrg dah kat mane plak pelaksanaan nya.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
paan 0 Report post Posted January 12, 2006 (edited) tuk celcom...bulan 12 lepas aku pi tele center celcom...dier kate start bulan 1 nie register...pastu aku tunggu bulan 1 dan pi sane....sambil bayar bil abah aku...aku tanye le pasal register nie...dgn selambe nye dier kate...sesapa yg antar form yg memule beli sim card...tak yah register....pastu aku pun balik umah ngan selambe nye...sebenarnye aku pun tak yakin apa yg dier kate...kite tunggu je la... Edited January 12, 2006 by paan_lee Quote Share this post Link to post Share on other sites
locco 5 Report post Posted January 13, 2006 tuk celcom...bulan 12 lepas aku pi tele center celcom...dier kate start bulan 1 nie register...pastu aku tunggu bulan 1 dan pi sane....sambil bayar bil abah aku...aku tanye le pasal register nie...dgn selambe nye dier kate...sesapa yg antar form yg memule beli sim card...tak yah register....pastu aku pun balik umah ngan selambe nye...sebenarnye aku pun tak yakin apa yg dier kate...kite tunggu je la...←kalo btul ape dia kata dah register la kebykan kita....rm10 free credit nyer pasal Quote Share this post Link to post Share on other sites
Balthazor 1 Report post Posted January 13, 2006 skrg daftar ni lebih utk pembeli baru..try g kedai hnset kalu beli sim kad ade tak penjual tu bg borang?? sesetengah kedai dah ade kene isi borang tu..rasanya belum diperluas lg..so skang kalu nak hantar sms2 ngarut/fitnah pun masih sempat lg... ←jadik kesimpulanya baik daftar atau x daftar?.......kalo daftar....kene kasi ID kite kat telco.....bhaya btul...........kalo x bagi......msalah gak.......... Quote Share this post Link to post Share on other sites
nookief 0 Report post Posted January 13, 2006 kalo btul ape dia kata dah register la kebykan kita....rm10 free credit nyer pasalhehe! btol2!jadik kesimpulanya baik daftar atau x daftar?.......kalo daftar....kene kasi ID kite kat telco.....bhaya btul...........kalo x bagi......msalah gak..........aku daftar pakai ID palsu sume, alamat ntah sape2 ntah aku letak! yg penting , dpt rm 10~ huahuahuaahu! Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 13, 2006 buat masa skrg tak tau elok daftar ke tak..sbb dia tak bgtau lg ape efekj nye kalu tak daftar..aku ada hanya terdengar ajek yg kalu tak daftar dlm bulan 6 nie maka line kite akan di disconnect kan.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
BSkaya 0 Report post Posted January 20, 2006 hehe! btol2!aku daftar pakai ID palsu sume, alamat ntah sape2 ntah aku letak! yg penting , dpt rm 10~ huahuahuaahu!←kalo mcm tu sama jugak dgn sekarang niee.kalo dia suruh daftar kita menipu pun boleh jugak.. sama jugak ngan tak payah daftar Quote Share this post Link to post Share on other sites
nookief 0 Report post Posted January 22, 2006 buat masa skrg tak tau elok daftar ke tak..sbb dia tak bgtau lg ape efekj nye kalu tak daftar..aku ada hanya terdengar ajek yg kalu tak daftar dlm bulan 6 nie maka line kite akan di disconnect kan..kalo tak silap aku la,bukan ujong thn ke? Quote Share this post Link to post Share on other sites
xdenama 0 Report post Posted January 22, 2006 Antara sebab lain ialah masalah kat selatan Thai, meraka guna tel utk aktifkan bom. Ada yang mendakwa mereka guna sim card dari Malaysia... Quote Share this post Link to post Share on other sites
AkuSemakinBlur 0 Report post Posted January 22, 2006 aku tamau daftar.... macam menggangu privacy aku jerk..sebab aku takpernah anto sms lucah ke layang ke..bio laa orang nak kata ape pon yg pastinya aku tamo daftar unless kalau aku guna yg bil punya itu memang wajib daftar Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 22, 2006 jgn derkhaka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 22, 2006 apsal mykad ko tuka plak?????????????? Quote Share this post Link to post Share on other sites
AkuSemakinBlur 0 Report post Posted January 22, 2006 mykad tu logic aaa..tu kan IDENTITY CARD daaaa pakai seumur hidop...ni prepaid yg aku beli tak sampai seploh rengget rege dalam 8rengget pon nak kena register identity aku ke?(walaupon aku sedo aku rakyat jelata biasa)..aku wait n see jee bukan tamau support so far rasa macam betol2 ganggu privacy laaa.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 22, 2006 (edited) eleelele leps nie kene tuka jugak...nanti mcm ne gune henset..nak main2 sms dh x leh dah..nak call org dh x leh dah..hehe ape ganggu privacy plak..isi borang dia nak nama dgn ic ajek..bukan nak tau ape makanan kegemaran kau ke..parti ape nko undi ke..penyanyi kesayangan ke.. Edited January 22, 2006 by BraDeRz Quote Share this post Link to post Share on other sites
dzulcarnine 2 Report post Posted January 22, 2006 aku tamau daftar.... macam menggangu privacy aku jerk..sebab aku takpernah anto sms lucah ke layang ke..bio laa orang nak kata ape pon yg pastinya aku tamo daftar unless kalau aku guna yg bil punya itu memang wajib daftar←ko taknak daftar, tu masalah ko la... tapi, kalo tak daftar sehingga end of this year, maka tak berbunyi lagi la henset ko tu Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 22, 2006 aku tamau daftar.... macam menggangu privacy aku jerk..sebab aku takpernah anto sms lucah ke layang ke..bio laa orang nak kata ape pon yg pastinya aku tamo daftar unless kalau aku guna yg bil punya itu memang wajib daftar←ni pasal prosedur..sape2 pun kene ikut..walupon baik tahap mane pun kene regist..dah nama prosedur..kalu ko pegi hypermarket pakai jubah dgn serban pun pak guard akan suruh ko simpan beg kat kaunter kalu ko bwk beg..tak smestinye nak kate ko nak mencurik ! keke..kalu tak salah aku kalu regist leh dpt hadiah..ye ke..tak sure.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
AkuSemakinBlur 0 Report post Posted January 23, 2006 0-0 DAPAT HADIAH???ko bio betol braderz sampai camtu sekali eh punyalah nak soh org register..tapi aku tengok keadaan laa ..bukannya nak menderhaka sampai bila bila..bila keadaan dah memaksa baru aku pegi register last-last minutes Quote Share this post Link to post Share on other sites