Jump to content
civ3

Multi Level Marketing Di Ipt

Recommended Posts

MLM tidak wajar di universiti?

Aktiviti Multi Level Marketing (MLM) atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung memang ada tarikannya. Tetapi, bila aktiviti init menular di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, ianya telah menimbulkan berbagai reaksi. Ikutilah lapuran khas kami.

klik SINI untuk lebih lanjut...aku bukak topik ni sebabnya inilah masalah yang berlaku di kebanyakkan IPT....dan sila bincangkan perkara ini... biggrin.gif

Edited by civ3

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lain bidang akan keluarkan lain kenyataan dan pendapat mengenai perkara ini, aku sebagai seorang students aliran sains teknologi ni mungkin akan memberikan pendapat yg sedikit bias mengenai topik ini... tapi aku amat berminat nak share pendapat aku dan seorang lecturer aku mengenai perkara ini, khasnya untuk mereka yg berada di aliran yg sama dengan aku, lebih spesifik lagi utk budak2 engineering.

Siapa yang tak nak jadi kaya? sapa yg tak nak jadi jutawan? Personally, diakui kita boleh kaya dengan MLM - tapi ada 'catch'nya - kena usaha kuat... dan memang boleh berjaya pun. aku sendiri tahu ada budak tak lulus SPM involve MLM pastu beberapa tahun kemudian jadi millionaire (dan salah seorang member lecturer aku pun jadi millionaire dengan cara ini), hmm..sounds like a good business.

Tapi kalau nak ke skop para pelajar IPT aliran sains teknologi (especially engineering) korang kena tanya diri sendiri - bolehkah korang handle MLM (dengan target = jutawan segera) and by the same time nak handle study? Personally, sejak aku masuk study di IPT skang ni, bagi aku ilmu (engineering) yg aku timba ini terlalu menarik ... dan ia terlalu banyak untuk explore. aku rasa aku takde masa nak involve dlm benda2 MLM cenggini secara serius kalau nak succes dlm study aku.

Dan matlamat aku ialah nak jadi seorang graduan yang cukup handy + knowledgeable. dan yes, kerja di bidang engineering ni bukannya boleh jadi jutawan gitu-gitu saja. Lecturer aku cakap yg member dia tu (yg involve MLM) income jauh lagi banyak dari dia lecturer + researcher di lab (dia cakap bagai langit dan bumi). tp apa yg menyebakan dia terus dgn karier dia ialah - ilmu yang didapati dari apa yg dia lakukan sekarang. Tak semua org boleh dapat ilmu sebegini (engineering dan innovation berkaitan) dengan mudah, dan utk dapatkan ilmu sebegitu, komitmen kenalah tinggi, sudah tentunya tiada masa untuk MLM - dan aku amat bersetuju dengan statement ini.

Bagi aku, MLM adalah untuk mereka yg nak cepat jadi kaya. Yes, gaji graduan engineering (at least yg jadik engineer makan gaji) takleh setanding dengan jutawan MLM. So bagi aku, sesiapa students sci/tech di IPT nak jadi kaya cepat dipersilakan keluar dari course pengajian, jimatkan duit kerajaan bagi subsidi +pinjaman kepada anda sebab anda sememangnya tidak berminat pun utk mendalami ilmu dlm bidang berkaitan, dan joinlah MLM. Atau anda boleh tukar course ke business study dan sewaktu dengannya agar jadi businessman MLM yg bertauliah dan professional. Bagi aku engineering studies ini adalah peluang untuk berikan dedikasi sepenuhnya untuk mengaut ilmu sebaik mungkin untuk pembangunan anak bangsa agar tidak ketinggalan + ditindas (di masa depan, siapa tahu?) oleh bangsa/negara lain.... kerana sejarah dah membuktikan yg org berilmu sahaja yg menguasai sesuatu peradaban, dan ilmu itu luas, bukan sahaja MLM, tetapi engieering dan banyak lagi. so sesiapa yg nak balance populasi mereka yg ada ilmu sci/tech, teruskan pengajian anda di bidang berkaitan. Sesiapa yg nak majukan ilmu MLM dipersilakan ke course berkaitan. dan sesiapa yang nak majukan diri sendiri semata-mata, teruskan dengan business MLM anda sekarang.

Jadi... adakah ini bermakna mereka yang tak ceburi MLM dan dedikasi pada sci/tech takleh jadik jutawan? NO! sebenarnya banyak lagi peluang yg boleh diterokai di dunia enterpreneurship yg boleh diterokai..lihatlah sekeliling anda beberapa tokoh dari bidang sci/tech yg berjaya jadi millionaire.

mod, banyak lagi sebenarnya yg aku nak bagi idea + personal points of view, termasuklah pendapat ramai yg kata MLM ni utk sudents buat 'duit tepi' je, bukannya jadi jutawan; konsep piramid; MLM studies dan banyak lagi isu.. tapi mau jadi satu buku nanti..hahahha.. so sekian sajalah untuk kali ini. Nak hantam balik aku pun dipersilakan reply pada topik ini.... tapi seperti yg aku katakan, ini pendapat bias dari aku seorang students yg berorientasikan sci/tech.. sekian wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

wahaha....satu pandangan yang bagus daripada electroboy... biggrin.gif maklumlah cikgu sandarankan?.... tapi yang membimbangkan pada masa kini, ada sesetengah student yang menceburi MLM tetapi tidak dapat membahagikan masa.....ada member aku warga UiTM Dungun yang nak pinjam rm500 semata-mata untuk menceburi MLM(L****) dan aku menolak untuk berikan pinjaman rm500 tu.... aku bukan apa, aku takut kalau dia rugi bagaimana? tak ke hangus duit aku nanti?....hurm...tetapi aku sebagai student menolak untuk menceburi apa jua bidang berkaitan MLM semasa tengah study! kita sebagai anak-anak harus ingat, kita masuk ke IPT ni untuk apa? fikir-fikirkanlah kepada pada student IPT...

Selagi kita masih hidup, selagi itulah kita akan terus mencari ilmu dan belajar...

Edited by civ3

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dari segi akademik, memang betul lah pendapat electroboy dan rakan-rakan yg lain. Aku sendiri menyaksikan seorang yg rapat dengan aku, menubuhkan stokis sendiri (usahawan termuda di Malaysia yg ada stokos sendiri), akhirnya extend sehingga 7 tahun di universiti dan akhirnya jatuh kerana terlalu sibuk dengan side-income. MLM pun jatuh, studi pun lingkup.

Tapi dari segi personal development, mungkin ada kelebihannya. Mereka ni, lebih banyak meneroka dunia luar. Sekarang - orang yg aku cakap ni, dah jadi kontraktor kelas D.

Tapi begitulah. Ini bergantung pada pilihan masing-masing. Kalau sendiri ambil risiko, sendiri mahu tanggung. Jangan salahkan siapa-siapa. Aku separa setuju dengan electoboy. Kalau agak-agak masuk IPTA tapi tak ada nafsu utk mendapatkan sijil, lebih baik keluar IPTA, jimatkan duit kerajaan dan beri peluang kepada orang lain yang lebih laparkan sijil tersebut.

Ada orang letak kaya sebagai keutamaan. Ada orang letak ilmu sebagai keutamaan. Terpulanglah. Pilihan di tangan masing-masing.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tu lah padahnya kalo tak bleh nak handle dua kerja dengan baik..so nasihat aku kat sini..kalau tak boleh nak handle 2 kerja tu pilih satu jer cukup.Dan buat bebetul..Tapi kalau rasa diri tu mampu..teruskan..

Setakat nih aku belom pernah dengar..orang yg sucsess dalam MLM setelah berenti belajar di IPTA..sesapa dah pernah dengar?

malah benda nih boleh digunakan sebagai modal untuk buat kerja2 MLM esok hari selepas habis belajar esok..

Sebenarnya kalau pembawaan tu betul takda masalhnya..in fact,MlM ni banyak bagi positifnya..kerana menerapkan nilai2 murni dalam diri.tabah,kental kuat hadapi cabaran boleh memimpin dll.

tentang jatuh bangun tu..adatlah..memane pon kalau dah namenye MLM banyk cabaran!tapi ingat jangan gopoh-gapah..jangan jadi bahlul!(pinjam kata2 azuan)perniagan MLM tu kalau dgn cara betul..takde masalah,ni yg si pembawa yg bermasalah memang bawa masalah betul!pastu gi kondem MLM ni KARUT!

MlM bukan skim cepat kaya..tapi memang boleh jadi kaya dengan mlm.dan ada cara2 yg betul nak buat nya..terpulang dengan siapa kita berguru(upline)

senang citer sape yg buat MLM tu kat IPTA..aku nasihatkan merangkak jer dulu takpon meniarap je..takyah sebok nak berlari2 kang jatuh parah plak lukanya mcm si kes member Darwan tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku sokong semua pendapat diatas..walaupun parents aku byk gile buat MLM nih but aku mmg x minat langsung benda alah nih..MLM terbaru herbslink main duit USD..mmg dgr diorank ckp pom² mcm best but aku still rasa benda nih x berbaloi dont know la kan duit parents aku bukan duit aku..bak kata electroboy ckp

banyak lagi peluang yg boleh diterokai di dunia enterpreneurship yg boleh diterokai

betul tuh tapi x semua org bole jadi entreperneurship n x dilahirkan jadi entreperneur nih..bak kat lecturer economy aku la tuh..dia yg ckp aku tulung tulis je hehehe..tapi serious ramai gak member2 aku join MLM nih especially Luxor bodo tuh..sekang ramai persoalkan kehalalan Luxor punya ubat tuh ntah la...bak kata darkwan na electroboy kalo dah gatal sgt nak kejer baik benti je dari IPT kejer benda tuh betul2 sampai success..dari korank dok abaikan study & menghadap benda tuh dari siang sampai malam..belaja ntah kemana baik benti dari IPT & kasi kat org lain yg dok x dpt masuk IPT tuh..kesian diorang tuh.. biggrin.gif

semua terletak ditangan sendiri..korank punya matlamat masuk IPT or menjadi student utk apa..utk bekerja ker utk study or utk MLM hehehehe..mmg la kalo dgr diorang ayat mmg pom² la tapi benda MLM nih x guna sebenarnye except la korank dah join masa diorang baru2 gile masa tuh umat manusia kat Malaysia nih x tau pun benda tuh..maybe

la korank bole berjaya menjadi jutawan Segera..mcm Mee Segera..kalo downline tuh dah ramai x yah la join benda tuh..balik2 yg kaya c*nap*k gak yg dok atas tuh..ok tuh je sekian saja Selamat hari Eid Mubarak!! chiowwwwwww biggrin.gif

kalo aku ada salah ckp or terkasar bahasa aku mintak ampun kalo aku ckp x betul korank betulkan la yek..No offense laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

k dah join masa diorang baru2 gile masa tuh umat manusia kat Malaysia nih x tau pun benda tuh..maybe 

la korank bole berjaya menjadi jutawan Segera..mcm Mee Segera..kalo downline tuh dah ramai x yah la join benda tuh..

Tipu(pinjam ayat c-fu) tu bukan MLM tapi pyramid.MLM ni lain dari pyramid.tapi kalo tak tau system die memang nampak mcm piramid..kene paham bebetul bab MLM ngan piramid nih...

balik2 yg kaya c*nap*k gak yg dok atas tuh
..biarlah dia kaya..kita pon kaya gak.walaupon tak sekaya die..ok ape?pilih kaya ker kayap?

Share this post


Link to post
Share on other sites

MLM ni aku perasan suka jadikan budak2 freshies 1st year sebagai sasaran. Di tempat aku belajar, budak2 batch aku ramai betul yg involve MLM masa 1st year, macam2 janji ('bida'ah') yg ditaburkan, sampai aku tgk member2 aku semua cam obsessed abis dah kat benda ni, especially Luxor (lebih2 lagi RnD labnya di sebuah fakulti di UPM, dengar kata). Diorang dah terpengaruh dgn upline senior2 sampai ada yg sesetengah tu aku tgk siap dah pilih 'kereta mewah apa nak pakai semester ini ye..' dan ada plak yg berangan2 ' Income aku nanti kalah pilot airplane'...

... malah ada satu yg paling sedih aku dengar (aku plak yg jadi sedih...pelik tul) ialah member aku sorang ni, dahla pointer berstatus 'amaran', tp bila aku cuba nasihat dia pasal pointer tu ... keluar ayat ini dari mulutnya 'Aku gagal degree ni pun tak kisah, aku ada Luxor'.

Perghhhh...cisss!!!!!

tp last2 aku tgk ramai member aku yg berhutang piutang, siap perang besar lagi sesama member yg beri hutang... RM2000 bukannya sikit dan duit bukan benda main-main, member boleh jadi musuh kerana duit.

Skang ni aku tgk budak2 batch aku dah tak main dah... dan takde sorang pun yg jangan katakan jutawan, ribuan pun tak lepas.. business tak kena strategi la tu...

Tp ia akan menyerang plak bebudak freshies yg baru masuk next batch. Dan ia berterusan sampaikan dua generasi jr di bawah aku, aku tgk kena 'attack' dengan ejen MLM. Dan as expected, ramai yg terpengaruh (pastu mulai la keluar angan2 kosong dari mulut2 mereka).

Utk memahami apasal lah ramai betul yg terpengaruh ni... aku pergi la satu sesi 'ceramah kerjaya' oleh ejen2 MLM ni...OOo..patutla, ayat dan janji yg digunakan manis betul... sapa yg kurang faham akan MLM nescaya nak involve...

p/s: kohkohkoh.. setiap kali ada ejen MLM cuba dtg kat aku nak bagi 'ceramah kerjaya' mesti kena balik dengan 'ceramah perdana' oleh aku... hahaha, sampai skang aku kena blacklist oleh para ejen MLM di tempat aku. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

ahh..tu satu contoh budak kecik gile nak berlari cepat..even merangkak stail askar pon tak lepas..

tak pepasal jatuh gedebuk..padan!

kalau nak citer psl MLM ni,jangan auta aku la..aku tau teknik2 yg betul nak buat..jangan main taram jer..pelan2 buat mane yg mampu dulu...

jangan kutuk MLM ni..pasal nanti kalo kutuk2 kang malu sendiri..cite benar ade sorang mamat tu bleh kutuk gile MLM ni..last2 die pon terjebak jugak..malugaklah die ngan sorang mamat yg ajak die dulu..even die tak masuk dari die tu.tapi sekrang die ok jer..bolehlah bernafas dlm MLM ni...

Tips kalo ade member2 nak ajak join MLM ni tapi kita tak nak..tolak ngan baik..jangan cube nak bertekak..pasal ayat2 orng MLM ni memang power..ibarat parang yg tumpul kalau dah diasah tajam gile..

Share this post


Link to post
Share on other sites

OFF Topic:

nanti mana tau kalau2 lepas ni takdir aku involved dlm MLM, ko bagi la tips business strategies kat aku ye Faxist, nanti aku cari ko. biggrin.gif

maklumlah cikgu sandarankan?....

hoish..sudahlah, tu bukan karier aku arr... ko ni tak abis2 sindir aku..hehe peace... laugh.gif

ON TOPIC:

..kalau bebudak IPT nak join MLM, aku kurang bersetuju dan aku sokong kenyataan para cendekiawan di link yg civ3 bagitu. kita komited la dulu pada amanah kita. Aku faham semangat nak jadi kaya ni, i mean sapa tak nak jadik kaya, aku pun akui dlm kepala otak aku bukan main banyak strategies enterpreneuhrship yg dirangka (harap2 aku bukan kategori cam lecutrer heavenX cakapkan tu la hehe)..tp kita fikirkanlah dulu keutamaan kita sebagai pemegang amanah ibu bapa dan negara..ok, study first .. wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo nak dpt ilmu + kaya skali x bleh ke??

wakakaka ^^........

tp serius aku ckp.....nk join MLM ni komitmen kena tggi......

sbb aku pernah 'ter'join.....wakakak...tu pun sbb mmber....

p/s: sib baik dpt refund balik....fuhh

Chow.

Share this post


Link to post
Share on other sites

member aku punya crita plak.....mula2 dia ajak aku join gak bendalah nih,aku kata apa kejadahnya Luxor nih suma???..... dia ni memang pandai cakap dalam satu sem dia dapat conquer budak2 junior join dia....skang ambik cuti sem sebab xleh further study sebab dah kaya kot.....tp aritu masa dia balik kampus terkejut beruk aku siap tayang income dlm belas2 k jugak sebulan.....siap bawak Honda Jazz...

tapi aku sedih tengok budak2 lain yg join kat bawah dia....nak beli makan pon xlepas...loan suma abis kat malaun tuh....laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

OFF Topic:

nanti mana tau kalau2 lepas ni takdir aku involved dlm MLM, ko bagi la tips business strategies kat aku ye Faxist, nanti aku cari ko. biggrin.gif

ok jer..asalkan niat baik aku tak kesah..lagipon sebelom ni pon ade sorang budak putera tanya aku bagus tak join MLM ni,so aku adelah bagi nasihat skit2..taktau lah ape citer die skrang..nick name die pon aku lupe la...

mcm kes kat atas tu..sian lah gak ek?kat bebudak tu?tu lah kalau silap langkah..aku tak tau samada si yg dah berkete honda jazz tu ok ke tak?

nasihat aku kalau join bende ni carik yg sesuai ngan kita..contohnya produk2 yg memang kita pakai(ubat gigi,minyak rambut,dan lain2)..so gantikan lah jenama2 produk yg kita pakai sebelum ni dengan produk syarikat yg kita join.so setidak2nya kita dah pon lepas untuk dapatkan point kan?pastu kenalkan pada kekawan memasing bagi diorang try..tu jer..pastu lelama diepon suke ngan barang tu dan join polak bawah kita ,dan dia pon buat mcm kita mcm memula kita nak tackle join MLM ni,kalau die taknak pon,setidak2nya jadi pelangan tetap kita,esok2 takyahlah die susah2 nak gi keluar,semata nak beli ubat gigi..pasal kita dah stanby barang sikit..kan??SO KAT SINI aku tak nampak kenapa mesti berabiskan puluhan ratus atau ribuan ringgit semata2 pasal MLM?dan aku memang terkejut bende nih berlaku gak kat IPTA ek?memang sadis... sad.gif

ade sorang yg dah berjaya gak dlm MLM ni bagi ceramah..lebih kurang bunyinya mcm nidie kata.."walauapepon yg anda lakukan lakuakn dengan yg paling terbaik..tak kira anda seorang petani..pekerja kilang, boss,peniaga,seorang suami ,seorang isteri dan apa jua yg anda lakukan?LAKUKAN DENGAN PALING TERBAIK!"

so itulah kesimpulannya..lakukan dengan terbaik!!!jadilah seorang pelajar yg paling terbaik!

Edited by faxists

Share this post


Link to post
Share on other sites

nasihat aku kalau join bende ni carik yg sesuai ngan kita..contohnya produk2 yg memang kita pakai(ubat gigi,minyak rambut,dan lain2)..so gantikan lah jenama2 produk yg kita pakai sebelum ni dengan produk syarikat yg kita join.so setidak2nya kita dah pon lepas untuk dapatkan point kan?pastu kenalkan pada kekawan memasing bagi diorang try..tu jer..pastu lelama diepon suke ngan barang tu dan join polak bawah kita ,dan dia pon buat mcm kita mcm memula kita nak tackle join MLM ni,kalau die taknak pon,setidak2nya jadi pelangan tetap kita,esok2 takyahlah die susah2 nak gi keluar,semata nak beli ubat gigi..pasal kita dah stanby barang sikit..kan??SO KAT SINI aku tak nampak kenapa mesti berabiskan puluhan ratus atau ribuan ringgit semata2 pasal MLM?dan aku memang terkejut bende nih berlaku gak kat IPTA ek?memang sadis... 

aku ada jumpa MLM/pyramid mcm ko ckp tuh yg jual barang2 kite pakai..nama benda tuh Egamat/ Gamat Mas ntah la..ada la parents aku dok kasi aku pakai..ubat gigi dia..ngan kopi nye sekali aku balun..tapi mmg beza ek MLM ngan Pyramid ek..ingat sama huhuhuhuhu malu seihhh~

faxist nak tanya ko nih dulu buat MLM gak ker? byk ko tau ek pasal benda2 nih..siap tau teknik2...just askin je!!~ smile.gif

No Offense

Share this post


Link to post
Share on other sites

faxist nak tanya ko nih dulu buat MLM gak ker? byk ko tau ek pasal benda2 nih..

biggrin.gif nak kate aku tau semua takde la..tapi kalo tanya tentang marketing plan or teknik2 buat MLM ni aku bleh lah skit2..ni pon akibat aku mase memule join MLM dulu..biasalah..aku pon dulu tak berapa paham sangat pasal MLM ni,tapi pas selalu gi meeting die..barulah aku paham..itupon tak full gak.

tapi sekrang aku slow skitlah..tapi still jalankan lagi..aku pon tak tau lah bape akunyer downline sekarang..hahah..maybe ade yg dah slow atau yg dah potong aku..bagus lah..ni pon kire jasa gak kat dieorang pasal kenalkan MLM ni kat die orang...hehehe biggrin.gif

yg dah slow tu tak kesahlahkan..maybe rezeki dieorang ade tempat lain..

Share this post


Link to post
Share on other sites

nampaknya saudara faxists arif dalam MLM ini...mungkin boleh dikongsi tips-tips atau teknik-teknik berguna semasa menceburi MLM ini? smile.gif maybe boleh jadi panduan kepada student diluar sana yang telah join MLM ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

EMM KESIMPULANYA... "BE REALISTIC NOT FANTASTIC"

...jangan jadi macam bidalan org tue tue kite cakap

..yg dikejar x dapat yang digendong pon x dapat ...

emmm kesian org itteuw

tongue.giftongue.gif hahahhaha

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wajarkah MLM di IPT?

~~~>Rezeki tu datang dari Allah. Kenapa kita perlu tutup salah satu peluang rezeki kalau dah tu yang kita minat dan kita nak buat? Lagipun bukan semua student tu akan buat MLM, silap2 dari 10 orang, hanya sorang je yang akan buat. Cara diorang cakap macam benda tu salah.

"Jika tidak, seluruh institusi tersebut akan musnah kerana perkara ini,"

~~~>Kata2 seorang yang akalnya pendek dan membuat kesimpulan secara membuta tuli.

Pada tahun lepas, Jabatan Hal-Ehwal Pelajar UKM menerima lebih kurang 5 kes pelajar yang membuat aduan akibat mengalami kerugian di dalam jualan langsung mereka

~~~>Timbul benda ni sebab ramai yang nak cepat sangat jadik kaya sampai mengeluarkan pelaburan yang besar secara membuta tuli, walhal bila semakin besar modalnya, semakin TINGGI risikonya, pastu takde pengalaman, main ikut cakap orang je, walhal teknik yang paling asas dan konsep utama MLM adalah TIDAK PERLU MODAL TINGGI, so risikonya patutnya dah hampir 0. Cepat sangat nak kaya, pastu rugi, salahkan syarikat, padahal terang2 marketing plan dia camne. Orang suruh gi kursus bisnes taknak, degil sangat.

Satu je aku nak ingatkan, kalau sesapa ingat boleh kaya cepat buat MLM, baik lupakan je lah. MLM adalah salah satu cabang keusahawanan yang murni, dan seperti semua orang tau, BIDANG KEUSAHAWANAN TAK BOLEH KAYA CEPAT, ia perlukan satu jangka masa yang panjang. Kalau nak kaya cepat, memang selalunya akan gagal.

Edited by Sir Pyan

Share this post


Link to post
Share on other sites

Betul apa yg Sir pyan comment tu..!

nampaknya saudara faxists arif dalam MLM ini...mungkin boleh dikongsi tips-tips atau teknik-teknik berguna semasa menceburi MLM ini? smile.gif maybe boleh jadi panduan kepada student diluar sana yang telah join MLM ni...

ishh malula...biggrin.gif

okey skit panduan dari aku..

1.pastikan syarikat yg kita join tu benar2 kukuh..contohnya:berapa lama dah bertapak,lagi bagus kalau boleh dah ade kat BSKL dn lain2 lagi.

2.Pahamkan dulu marketing plan die..(paham skit pon jadikla)pastu tengok diepunya level/tangga/pangkat..sebaik2nya 5 hingga 7 sahaja..sebab ditakuti kalau banyak sangat takut compeni tu tak mampu nak bayar bonus..pastu bungkus..

3.pilih upline yg bagus

4.buat perlahan2 dahulu...kalau rasa diri tu tak mampu nak berlari..merangkak ..kalau tak mampu nak merangkak..meniarap..tu je..sebab lagilah kuirang diepunya risiko nak jatuhkan,walaupon lambat nak naik pangkat/level

gunakan barang2 tersebut sebelum cuba nak menjual kepada orng lain..sebab hanya selepas kita sudah mencuba produk tersebut,baru kita mengetahui kebaikkannya..dan yakin hendak menjualnya..ni penting..sebab orng akan tanya macam&pelik2:P sebelum nak belinya..so bila kita dah cuba..bolehlah kita jawab ngan yakin.

5.buat MLM ni hanya perlukan masa yg sikit tetapi berterusan..maksudnya mcm ni..katakan satu hari buat lah dlm 2jam sahaja..tetapi kenalah berterusan.ingat buat MLM ni tak semstinya menjual..tetapi bercerita ngan kawan2,datang meeting dn memacam lagilah hal2yg berkaitan MLM ni...

tu je.buat masa ni..

so... apakah kesimpulannyer utk student2 yg dah join MLM?

pandai bahagikan masa..tu yg penting..kalau tak mcmana nak jadi leader yg baik dalam kumpulan sendiri bila kumpulan kita dah besar dalam MLM nanti???

biasanya yg dah berjaya ni..biasa2nya berjaya dalam kedua2 bidang..walaupon akhirnya fokus kat satu2 bidang ni..mcm yg aku kenal tu siap dapat title doktor lagi..dah ni siap ngan pangkat dato'&sir lagiii..taknak jadi mcm tu ke??biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagi saya, kekayaan boleh beli ILMU dan ILMU boleh beli kekayaan. Pokok utama nya bersikap positif dan berusaha. Macam amanah rasul pada kita ... Berusaha bagai kita akan hidup selamanya, beribadah bagai kita akan mati esoknya.

Saya ambil satu contoh, seorang usahawan Luxor, berumur dalam lingkungan 27 tahun masih belum menghabiskan degree Computer Science dia, but berkat ketekunan dalam kedua2 bidang yang dia lakukan ... degree dia cemerlang dan perniagaan dia pun cemerlang, sampai tak perlukan Loan untuk belajar di MMU (IPT Swasta - kos pelajaran nya mahal). Dan beliau pulak boleh tolong adik2 dia melanjutkan pelajaran ke IPT walaupun tak dapat sponsor dari PTPTN atau mana2 sponsor yang ada di malaysia ni.

Saya amat tertarik dengan cara beliau membahagikan masa dan menguruskan masa dengan begitu teratur dan sistematik.

Bagi saya, apa sahaja keadaan nya, kita perlu melihat pada nilai2 +ve yang di hasilkan ... pokok pangkal nya diri kita sendiri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagi saya, kekayaan boleh beli ILMU dan ILMU boleh beli kekayaan. Pokok utama nya bersikap positif dan berusaha. Macam amanah rasul pada kita ... Berusaha bagai kita akan hidup selamanya, beribadah bagai kita akan mati esoknya.

mana kau belajar kekayaan ni boleh beli ilmu pulak? sepatutnya ilmu tuh kita gunakan untuk mencari kekayaan..contohnya kepada sesapa yang mahu join MLM, seseorang itu harus mengetahui atau belajar dahulu selok-belok MLM ini kemudian baru dia boleh mencari kekayaan dengan setelah belajar selok-belok MLM ini....

Share this post


Link to post
Share on other sites

mana kau belajar kekayaan ni boleh beli ilmu pulak? sepatutnya ilmu tuh kita gunakan untuk mencari kekayaan..contohnya kepada sesapa yang mahu join MLM, seseorang itu harus mengetahui atau belajar dahulu selok-belok MLM ini kemudian baru dia boleh mencari kekayaan dengan setelah belajar selok-belok MLM ini....

kalau ada duit, kita bayar le fees untuk belajar, nak buat master ke ... nak buat degree ke ... nak buat mengaji quran ke ... sekarang ni kalau tak de duit ... susah nak masuk universiti ... itu le maksudnya. Bukan beli ijazaaaah je.

Share this post


Link to post
Share on other sites

mana kau belajar kekayaan ni boleh beli ilmu pulak? sepatutnya ilmu tuh kita gunakan untuk mencari kekayaan..contohnya kepada sesapa yang mahu join MLM, seseorang itu harus mengetahui atau belajar dahulu selok-belok MLM ini kemudian baru dia boleh mencari kekayaan dengan setelah belajar selok-belok MLM ini....

awak ada masuk mana-mana MLM ke ? boleh le bagi input sikit ??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...