Jump to content
interferens

Dapat First Class Dah Tak Leh Tukar Ke Biasiswa ?

Recommended Posts

Cemerlang bukan tiket tukar status

Oleh Veena Rusli

KUALA KUBU BARU: Keputusan cemerlang kepujian kelas pertama tidak lagi menjadi tiket penukaran status pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa, berikutan keputusan kerajaan menghentikan amalan itu berkuat kuasa sesi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), bulan depan.

Bagaimanapun, ketetapan itu cuma tertakluk kepada peminjam PTPTN manakala pinjaman daripada agensi lain kekal mengikut prosedur sedia ada.

Keputusan itu bermakna, pertukaran status pinjaman PTPTN kepada biasiswa pelajar yang bakal ke menara gading bulan depan, akan dihentikan mulai 2008 bagi kursus peringkat ijazah yang mengambil masa pengajian tiga tahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Salleh, berkata keputusan yang dipersetujui Kabinet itu bermakna semua peminjam perlu melunaskan bayaran pinjaman PTPTN tanpa mengira sama ada mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir atau sebaliknya.

“Saya sudah membentangkan laporan kepada Jemaah Menteri dan Kabinet bersetuju untuk melaksanakan beberapa langkah supaya kutipan balik pinjaman dapat dilakukan secara berkesan.

“Serentak itu, kriteria penerima pinjaman PTPTN juga akan berubah yang mana hanya pelajar benar-benar tidak mampu diberi kemudahan itu manakala butiran lain sedang diperincikan.

“Untuk memastikan bayaran balik pinjaman berjalan lancar, kita juga akan bekerjasama dengan majikan sektor swasta untuk mengaturkan potongan gaji secara automatik bagi kakitangan mereka yang mengambil pinjaman PTPTN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah Kolej Yayasan UEM (KYUEM) di Lembah Beringin dekat sini, semalam.

Dalam usaha menghadapi persaingan lebih hebat daripada pelbagai universiti terkemuka di seluruh dunia, Shafie berkata, PTPTN juga hanya akan ditawarkan kepada penuntut berkelayakan yang mengikuti kursus kritikal di peringkat ijazah.

Katanya, kerajaan akan menyediakan peruntukan berasingan bagi mereka yang melanjutkan pengajian peringkat diploma di IPTA, politeknik dan kolej komuniti.

aper la ....macam mana nak merangsang pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh...kalau kat jerman tu..yuran pengajian free ajer....

--nasib baik aku jpa...hehe...alhamdulilah..

Share this post


Link to post
Share on other sites

wah..samalah kita..JPA gak aku.

Nak merangsang kebendanya...kalau dah niat nak belajar dan cemerlang, tak perlu la mangkin seperti ptptn, biar atas kesedaran diri. Kita belajar, dapat peluang jangan sia-siakan. Orang bagi peluang belajar pun dah satu rahmat. Takkan kalau dapat duit baru nak berjaya, kalau tak dapat tak mau berjaya, tul tak?

ptptn dah nak bangkrap dah, sampai kwsp parent aku pun diambil biggrin.gif

mmg tak patut diorang buat gitu, tp business is business, tul tak? biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

dalam paper berita minggu semalam ada keluar brita..tapi yg di atas inteferens amik di mana tatau la...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aper la ....macam mana nak merangsang pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh...kalau kat jerman tu..yuran pengajian free ajer....

--nasib baik aku jpa...hehe...alhamdulilah..

mmg la kalau oversea kebanyakan ade bdn2 yg bagi free je kalau lps intebiu dia....

jpa kalau kat u tempatan had pendapatan dia nak bwh rm 80k jugak ke???

Share this post


Link to post
Share on other sites

biasa la..sekarang ni PTPTN tengah ade krisis...tu pasal dia buat camtu..

dulu mase MARA/JPA gawat pun camtu gak..tak bagi biasiswa langsung..tapi sekarang diorang dah open balik..

errr..korang ade dengar tak berita minggu lepas...ari tu mase aku dengar2 berita,JPA ke PTPTN yg ade prob baru...rekod peminjam diorang dah ilang..tak pasti la rekod soft copy ke /hard copy ke..atau dua2 sekali..sape ade cita penuh?

Share this post


Link to post
Share on other sites

errr..korang ade dengar tak berita minggu lepas...ari tu mase aku dengar2 berita,JPA ke PTPTN yg ade prob baru...rekod peminjam diorang dah ilang..tak pasti la rekod soft copy ke /hard copy ke..atau dua2 sekali..sape ade cita penuh?

nak cite 'pengalaman', bila keluar paper kata rekod peminjam berterabur, malah ada yg terlepas dari bayaran, baru aku teringat kes member aku - mamat ni,dia dapat ptptn full loan dua sem, dapat RM3500 x 2sem . pastu mamat ni terminate sbb dpt JPA. yg peliknya, member2 aku lain yg terminate juga sbb dpt JPA kena bayar balik full (RM7000), tapi mamat ni hanya kena bayar balik RM1700++ saja, pelik kan? Nak kata result gempak, gempak skit saja dari aku...

mmg rezeki mamat ni...... huh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Okeiss.. orang PTPTN sdiri mari nie...

Okey... benda kat atas tu memang perancangan yg dah akan lama dah dari pihak atasan PTPTN.. dan..

baru sekarang diutarakan untuk dibincangkan oleh dato'2 (lebih kurang parlimen dan org2 atasan lah)

Sebetulnyer, aku sendiri rasa cam tak adil biler benda nie akan di kuatkuasakan...

bagi aku, sekurang-kurangnyer, bleh bayar separuh jadi ha..

Tapi ada sebab musabab yang perlu kiter reramai pk gak..

ader gak reason yg bagi agak kukuh benda ni perlu dikuat-kuasa kan:

PTPTN memerlukan dana sendiri untuk menanggung adik-adik seterusnyer untuk menyambung study. Ini bermaksud, PTPTN telah sedia menanggung hutang yg byk sekarang semata-mata nak adik2 yang sedia ada skarang untuk study. Dan sekarang kerajaan suruh PTPTN sediakan dana sendiri plak. Mmm... dari mana nak cekuk duit, dah lah yg bayar brapa kerat jer. Skim Simpanan Pendidikan Nasional pun tidak cukup memberangsangkan. So, supaya tidak menangung hutang yg semakin byk, malah kerugian disebabkan berapai ramai yg dpt 1st class dan tidak lingkup terus PTPTN ni disebabkan terus menanggung hutang yg kini dah BERBILLION-BILLION... cadangan seme loan diwajibkan byr tidak kira dpt 1st ker 2nd ker atau wat ever.. so kalo tak berapa setuju, bleh lah mintak loan pendidikan ngan bank2 dan trylah compare ngan loan PTPTN.. haaa... barulah korang tau camner...

Dan berkenaan data yg serabut kat PTPTN tu.. aku sebgai staff PTPTN terasa cukup malu walhal aku baru jer kat PTPTN nie dan kecelaruan data ini berlaku ketika aku masih tadak lagi kat KL nie..

Data2 ni ble jadi camnie kerana ketidak-teraturan merekod data ketika awal perkhidmatan PTPTN dahulu...

Banyak kelemahan2 yang memang aku sendiri tak pasti..

Walaubagaimanapun, pihak PTPTN kini sedang dalam penganalisaan balik data2 tersebut...

Edited by Zulkifli

Share this post


Link to post
Share on other sites

wah..samalah kita..JPA gak aku.

Nak merangsang kebendanya...kalau dah niat nak belajar dan cemerlang, tak perlu la mangkin seperti ptptn, biar atas kesedaran diri. Kita belajar, dapat peluang jangan sia-siakan. Orang bagi peluang belajar pun dah satu rahmat. Takkan kalau dapat duit baru nak berjaya, kalau tak dapat tak mau berjaya, tul tak?

ptptn dah nak bangkrap dah, sampai kwsp parent aku pun diambil biggrin.gif

mmg tak patut diorang buat gitu, tp business is business, tul tak? biggrin.gif

Pendapat aku la kan... sumber kewangan ni penting. Macam aku nih, bakal masuk u 2 minggu lagi. Bila isu ptptn ni kuar, semangat nak blajar jadi lemah. W/pun aku nih tak tergolong dlm kategori org susah, pinjaman nih penting sebagai backup. Susah senang tak blh dijangka, adakala kewangan family stabil, adakalanya tidak. So, ptptn nih penting sebagai backup. Lgpun duit ptptn tu bukan untuk dihabiskan, tapi sebagai jaminan kewangan ketika susah. Emosi ketika di u ni penting bagi aku, sebab tu mak bapak aku tekankan hal ni supaya kewangan bukan problem utama aku xleh blajar. tongue.gif

Lagi satu, cadangan menyekat pinjaman ptptn ni adalah berkesan kepada student yg menyalahgunakan wang ptptn untuk tujuan lain. Tapi, adalah tidak rasional cadangan ini kepada student yg memerlukan wang ini untuk blajar.... dry.gif

Jgn la disebabkan peminjam tak bayar hutang, abis punah harapan student² baru. Mungkin ada cara lain yg lebih rasional untuk menyelesaikan masalah ni. Dulu ader gak dgr peminjam akan dikenakan tindakan mahkamah, tapi apsal media tak siarkan saper peminjam tu? Baru la terdetik hati diorg nk bayar pinjaman....

P/s: Pendapat peribadi jer nih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pendapat aku la kan...  sumber kewangan ni penting. Macam aku nih, bakal masuk u 2 minggu lagi. Bila isu ptptn ni kuar, semangat nak blajar jadi lemah. W/pun aku nih tak tergolong dlm kategori org susah, pinjaman nih penting sebagai backup. ................................................

P/s: Pendapat peribadi jer nih.

aku faham..sesangat faham apa yg ko luahkan, kita, kita sesama student tongue.gif .

Apa yg aku komen sebelum ni bukannya aku bermaksud "duit tak main peranan bagi merangsang pelajar berjaya", tapi maksud aku ialah " Takkan bila nak offer pengecualian bayaran balik baru reti nak cemerlang" ko dah salah faham maksud aku nih. smile.gif

Aku akui duit penting (sapa kata bukan, aku tak mau kata apa2, aku bukannya dari family org kaya), tak dak duit tak dak semangat nak blaja. Yelah...ikat perut, pastu study dlm lapar, duit tak cukup nak beli reference book lain, peralatan-peralatan lain serta kemudahan asas.

So kita perlukan duit, Kita pinjam, eg dari PTPTN. So bila dah pinjam kena la bayar balik. So bila PTPTN kata 1st class pun tak leh convert jadi loan maka terimalah. Sebab memang kita pinjam pun, takkan sebab ni lak nak dijadi alasan malas nak cemerlang? dan mengabaikan tanggungjawab kita

Yg jadi masalahnya ialah ex-student yang tak bertanggungjawab TAK BAYAR BALIK, so PTPTN adalah satu bentuk pelaburan, pelaburan adalah business, dan dalam business ada yang menang dan ada yg kalah. So PTPTN pun nak menang , dan inilah salah satu cara yg PTPTN gunakan untuk menang - iaitu stop convert ke biasiswa, dan stop bagi ke student IPTS. Macam En Zulkifli cakap la....nak bagi peluang juga pada adik2 kita yang betul2 berkelayakan mendapatkannya. Memang bunyi macam tidak adil....tapi inilah hakikat business...dan PTPTN masih boleh dianggap 'bermurah' sebab bagi lagi peluang pada adik2 kita, walaupun terpaksa pinjam duit parents kita (KWSP la tongue.gif ) untuk terus membantu walaupun desperate. sebaliknya kita yang senior menjadi mangsa keadaan.

Harap aku telah jelaskan pendirian aku loud and clear, OK wink.gif

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku faham..sesangat faham apa yg ko luahkan, kita, kita sesama student tongue.gif .

Apa yg aku komen sebelum ni bukannya aku bermaksud "duit tak main peranan bagi merangsang pelajar berjaya", tapi maksud aku ialah " Takkan bila nak offer pengecualian bayaran balik baru reti nak cemerlang" ko dah salah faham maksud aku nih. smile.gif

Aku akui duit penting (sapa kata bukan, aku tak mau kata apa2, aku bukannya dari family org kaya), tak dak duit tak dak semangat nak blaja. Yelah...ikat perut, pastu study dlm lapar, duit tak cukup nak beli reference book lain, peralatan-peralatan lain serta kemudahan asas.................

Harap aku telah jelaskan pendirian aku loud and clear, OK wink.gif

Trima kasih atas penjelasan nih....

Kadang² aku rasa pelik, bila isu ptptn dibangkitkan, trus dibincangkan di parlimen. Tapi, sblm ni pernah timbul isu untuk memberikan laptop percuma kepada student IPTA, apsal tetiber diam jer.... Kalau pasal duit, semua pantas... biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

peminjam lama yang buat hal

tapi student baru masuk yang terima akibat

inilah yang sedang terjadi sekarang...hurm..... unsure.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi aku mudah jek..

dah nama pinjam, kena la bayar balik, kan?

camner nak jadi lelaki benda gini pom nak jadi bising bising ni? laugh.gif

btw, masa aku belajar dulu, kat kolej murahan Kuantan, aku ada gak apply PTPTN ni, tapi tak penah lulus pom.. jadi aku keje la memalam, buat benda yg kasi duit..

meh aku nak berleter sket, kebanyakan bbdak ni dok kecoh pasal PTPTN ni, tapi belaja tak la bagus sangat.. merendek jek banyak, sekurang kurangnya bukak la minda sket kenapa benda ni jadi gini.. jangan sibuk salahkan orang lain, dah tau kita lemah bab kewangan, jadi cari la jalan.. duk bising bising pom duit takkan jatuh dari langit!

masa aku tak dapat loan tu pom, aku rasa nak 'give up' gak, tapi aku cuba dulu, lama lama biasa la, kalu tak rasa susah, camner korang nak tau senang?

kalu aku nak bersembang pasal benda ni, sampai esok lusa tak abis, pokok pangkalnya diri kita tu.. dan kena ingat bebaik la, tak der benda FREE dlm dunia ni..

Harap Membantu! smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Satu jer lah adikx2 semua, Anggaplah kewujudan PTPTN nie sebagai satu rahmat untuk korang sambung study.

Kalo dulu, berapa kerat pelajar dapat sambung satu terutama pelajar di IPTS. yang bleh ambik alternatif ke IPTS bile tak berjaya ke IPTS hanyalah golongan orang berada sahaja. smile.gif

Sekarang, walaupun kiter ada masalah, tapi masih lagi mampu memberi pinjaman kepada adikx2 semua untuk belajar kan?.

Dah lah sebelum aperx2, belum kenal universiti lagi... debug, sampai dah RM1000 hingga RM 1500 kat umah... untuk coverbeli baju baru, tambang minyak nak mari universiti.

Kalo zaman aku dulu, terpaksa pinjam ngan mak sedara nak datang UTM.

10 inchi tebal muka emak aku pegi pinjam semata-mata nak tengok aku bleh masuk U.

lepas tu, kurang sebulan baru kenal U, masuk lagi RM3250 hingga RM3500 (tidak termasuk potongan yuran) untuk korang belanja satu semesta.

Kalo zaman aku dulu, 6 bulan / satu sem guna saki baki duit mak bapak semata-mata nak terus idup kat kampus sebab semesta depan/ke2 baru duit loan akan dapat.

sekarang walaupun lambat, stay masuk kan?, tak pernah lagi dengar loan pelajar tidak terbayar satu sem walaupun sekarang dok kalut PTPTN tadak duit.

Rezeki semua tu dik

tu jer lah aper yg aku nak bagi tau

p/s: zaman aku dulu, dekat nak abis sem loan tak masuk, duk diam jer... sekarang baru dua minggu lewat dah kecoh. Mak bapak siap tepom afice maki hamun.

Edited by Zulkifli

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku sokong apa yang abg zul cakap tu ..

bukan nak kutuk lah .. tapi macam dah jadi satu trend

padahal yuran bayar .. kalau yang belum pun tu urusan pihak HEP

biasalah .. time duit banyak .. nak joli lah

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hai...ptptn..betul la apa abg zul cakapkan tu, saya setuju...tp frankly cakap, tiap2 sem di UPM anywhere, sudents cakap isu ptptn itulah..inilah... cam ptptn dah buruk sgt sampai ada yg tukar ptptn jadi ptpTIPU tongue.gif hai..manusia

tapi yelah...frankly cakap, saya sebelum dpt JPA pun dah bengang dgn ptptn....dia bagi kat kawan saya (seorang yg amat berada....) full loan, sedangkan saya hanya dapat suku saja, mmg la gaji parent saya campur lebih empat ribu...tapi gaji cikgu DG 44 berapa la sgt...lg saya ada 3 adik beradik lain di ipta, semua dapat suku gak...abis camna parents saya nak support semua..rayuan kami mentah2 ditolak sebab kata gaji lebih.... dah lah..malas nak cite panjang2..janji aku dah dapat scholarship JPA tongue.gif

KESIMPULANNYA: Belajarlah rajin2 adik2ku di spm dan matriks...result gempak, org bagi scholarship.....tak yah pening kepala dah biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmm korang sume ni budak2 1st class ke?

fuh power la...

aku tak leh la nak bising sebab mmg bukan dak 1st class n mmg kene byr pun okhkookhokhhokokhokhkohkohkohokh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hai...ptptn..betul la apa abg zul cakapkan tu, saya setuju...tp frankly cakap, tiap2 sem di UPM anywhere, sudents cakap isu ptptn itulah..inilah... cam ptptn dah buruk sgt sampai ada yg tukar ptptn jadi ptpTIPU  tongue.gif  hai..manusia

tapi yelah...frankly cakap, saya sebelum dpt JPA pun dah bengang dgn ptptn....dia bagi kat kawan saya (seorang yg amat berada....) full loan, sedangkan saya hanya dapat suku saja, mmg la gaji parent saya campur lebih empat ribu...tapi gaji cikgu DG 44 berapa la sgt...lg saya ada 3 adik beradik lain di ipta, semua dapat suku gak...abis camna parents saya nak support semua..rayuan kami mentah2 ditolak sebab kata gaji lebih.... dah lah..malas nak cite panjang2..janji aku dah dapat scholarship JPA tongue.gif

KESIMPULANNYA: Belajarlah rajin2 adik2ku di spm dan matriks...result gempak, org bagi scholarship.....tak yah pening kepala dah biggrin.gif

Hmm kes nko ni byk berlaku kat student melayu, tak pandai nak klentong..

apsal nko attach skali slip gaji kedua-dua parent nko tuh...

memanglah nak pohon benda ni kene jujur, tapi agak-agak ah..

tapi betul gak ah cakap dia tu, study power2 awalx2 nie... mintak scholar, tak yah nak pk pasal bayar utang, keje pun senang- abis study terus dapat keje, tu pun kalo scholar memang nak...

sekarang pointer memang penting pasal saingan untuk dapat keje memang tinggi..

so salah satu kelayakan pemilihan calon temuduga adalah berdasarkan ranking pointer... ni berlaku di tempat aku lah...

so ... untuk adik, study dengan aman, takyah nak pk tadak duit, ptptn setakat nie masih bleh lagi supply wang untuk anda.. tak tau ah 2-3 tahun lagi mampu ke tak...

manfaat peluang yanga ada biggrin.gif

Edited by Zulkifli

Share this post


Link to post
Share on other sites

MARA plak camner ?

MARA bl dpt pointer 3.5 above..ko tak yah la byar blk..kalo 3.0-3.5..ko byr 10%...

yg aku tau even ko dapat 2.0 pun ko takkan bayar penuh...ok..??

chow..

Share this post


Link to post
Share on other sites

MARA bl dpt pointer 3.5 above..ko tak yah la byar blk..kalo 3.0-3.5..ko byr 10%...

yg aku tau even ko dapat 2.0 pun ko takkan bayar penuh...ok..??

chow..

hhmmm.. alhamdulillah skrg ni bnyk gak sumber utk mendapatkan pinjaman. zaman aku dulu, terpaksa kerja sambilan untuk tampung kos sara hidup di IPTA. maklumlah asal dai keluarga susah. dah bekerja ni dapatlah hidup selesa sket. bg yg masih dpst pinjamam tu bersyukur lah... masih ada sumber kewangan walaupun terpaksa bayar balik. bg kita ibu bapa ni beringat lah dari sekarang, nanti masa depan, masa anak2 kita, xtau pulak mcmmana keadaan nya. kalau ada simpanan sekurang2nya dapat juga membantu serba sedikit kos pembelajaran anak2 kita nanti.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...