Jump to content
Puteri Salju

Kenyataan Yang Terjadi Di U Aku

Recommended Posts

Ni kes yang berlaku kat U aku la...

Aku dah belajar kat U ni dalam course IT. Sebab utama aku amik course ni sebab bidang IT tu bidang yang paling aku minat. Tapi masalah yang berlaku kat U ni ialah, pensyarah menguji student hanya dalam teori SAHAJA, dan langsung tak tekankan pada bidang praktikal. Bila jadik macam tu, keuntungannya pada student yang rajin menghafal lah. Diaorang rajin sangat menghafal tapi praktikal 0% takde kualiti langsung. Tapi pointer adalah sampai mencecah 3.5-3.8. Satu lagi masalahnya student-student macam tu dipandang tinggi. Maksudnya macam ni, lagi tinggi pointer lagi mahir la kemahiran komputer student tu. Aku sendiri yang mahir dalam komputer tak dipandang langsung malah dianggap bodoh oleh student yang dapat pointer yang tinggi-tinggi. Lagi satu, student yang macam tu projek hampir semuanya diupah kat kedai ngan kat orang lain.Pas tu bila dapat anugerah dekan, mulalah diaorang berbangga dengan keputusan tu sampai student-student lain dipinngirkan. Macam nilah fenomena yang berlaku kat U aku. Kalau korang belajar kat U ni la, aku jamin kemahiran praktikal korang tak akan bertambah langsung. Yang aku tak fahamnya, kenapa macam ni penilaian seorang pensyarah it terhadap student yang berkemahiran?Macam mana pulak dengan peluang pekerjaan?Kalau macam nilah yang berlaku kat U aku, macamana pulak dengan U korang? sad.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Maksudnya macam ni, lagi tinggi pointer lagi mahir la kemahiran komputer student tu. Aku sendiri yang mahir dalam komputer tak dipandang langsung malah dianggap bodoh oleh student yang dapat pointer yang tinggi-tinggi

kalau pointer tinggi,tinggi gak kemahiran..ko yg mahir komputer pon tergolong dlm bebudak yg mempunyai pointer tinggi laa..

Pas tu bila dapat anugerah dekan, mulalah diaorang berbangga dengan keputusan tu sampai student-student lain dipinngirkan

aku dapat anugerah dari dekan tak berbangga ponn..tengok orgg gakk.. tongue.gif

Macam nilah fenomena yang berlaku kat U aku. Kalau korang belajar kat U ni la.......

U aper ni..lerr...ape yg nk d sorokkan..

Yang aku tak fahamnya, kenapa macam ni penilaian seorang pensyarah it terhadap student yang berkemahiran?

kalau ko nak tau..something wrong dgn sistem pendidikan peringkat tinggi dekat malaysia nih..trust me on thiss...

Share this post

Link to post
Share on other sites

U aper nih

biar aku suh edisi siasat wat siasat

iskk

nanti malas ler aku masuk U ko tuh

kalo malu sgt ko PM aku laa bitaw u aper

Share this post

Link to post
Share on other sites

apa U...??

UFO kaa..??

tak kuasa U....

mad.gifhuh.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

erm..U apa nih??

U nih swasta or government??

ker UK hehehe..

merapu jgn x merapu..

erm..baik ko kasik tau je U ko tuh lebey baik mcm tuh..coz nanti kalo ada student yg nak masuk U nih pastuh kena mcm ko kan x elok mcm tuh..kesian kat dak² yg x tau pasal benda nih.. laugh.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

"kalau pointer tinggi,tinggi gak kemahiran..ko yg mahir komputer pon tergolong dlm bebudak yg mempunyai pointer tinggi laa.."

tak lah. Pointer aku lebih kurang 2.3-2.6 jer. Maknanya bila pointer tu rendah, lagi rendah la kemahiran komputer individu tu.tak patut, tak patut. Budak pointer tinggi kat sini la yang dapat semua kredit.

Edited by Puteri Salju

ooo macam tu...tapi u apa nak tau gak... dry.gif...ataupun bg tau jerr kawasan u cth macam shah alam ke, skudai ke, gombak, bangi atau PJ ker...kan senang

Edited by ohayo

Share this post

Link to post
Share on other sites

mana2 U pon ........kat malaysia atau overseas pon memang lebih mementingkan tiori.....practikal ......lebih kepada usaha student tu sendiri jadi ko blaja la menghafal......untuk dapatkan pointer tinggi ....sambil tu ko praktikanlah ilmu tu.....ini akan jadikan ko lebih berkualiti daripada student lain......aper leh buat kalau adat tempat ko blaja camtu.....sape yg leh ubah???takderkan......so tawakal jer n blaja sunguh2........adat U pelik tapi benar hehehehe tongue.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

kalau org tu skill komputer die power, camne teori die leh kantoi?

teori tu lbh kurang basic la,kalau basic kantoi camne die leh mengaku power komputer?

so org yg mengaku die power komputer ni, kemungkinan besar mmg die betul power tapi assignment malas buat, kelas malas pergi

sepanjang masa dok depan komputer tu yg pointer rendah je memanjang, xm fail/kene barred

time nak xm, org stadi,die rilek je main komputer. biase aa,dah power buat ape nak stadi kan?time xm ambek ko, bende yg die ingat die dah power die tak reti nak terangkan.

kalau org lain tak nampak kepoweran kau, tu sbb kau takde inisiatif nak kasi org tau kepoweran kau tu.

kasi la service repair komputer ke,setup network ke,consultation ke pape la ikut kemahiran ko yg ko rase ko power.

start la ngan housemate/member2 , kang kalau betul ko hebat ikut word of mouth je dah boleh tersebar kehebatan ko. org ade masalah komputer je terus cari ko mintak tolong settlekan.

baru la org2 yg stakat rajin menghafal je rasa tercabar, respek ngan mad skillz ko.

Edited by Gam3rX

Share this post

Link to post
Share on other sites

ooo macam tu...tapi u apa nak tau gak... dry.gif...ataupun bg tau jerr kawasan u cth macam shah alam ke, skudai ke, gombak, bangi atau PJ ker...kan senang

haaa area skudai jangan sebut eh..u nie mmg best..tak buat benda mcm nie..hehe biggrin.gif ..cakaplah u ape??

Share this post

Link to post
Share on other sites

jap²...mula² ko tulih..

Maksudnya macam ni,lagi tinggi pointer lagi mahir la kemahiran komputer student tu. Aku sendiri yang mahir dalam komputer tak dipandang langsung malah dianggap bodoh oleh student yang dapat pointer yang tinggi-tinggi

so aku anggap ko mahir dlm komputer dan mesti dapat pointer tinggi punyee..than ko jawab..

tak lah. Pointer aku lebih kurang 2.3-2.6 jer

so ko duduk dlm kategori mana nih..sebab ko ader plak tambah..

Maknanya bila pointer tu rendah, lagi rendah la kemahiran komputer individu tu.

u r tryin to play with da words ere huh.gif ..

aku nak komen lelebih pon tak boleh sebab aku pon wub.gif bace ayat koo.. tongue.gif

p/s:UM kerr..?? ohmy.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

ok macam ni la..

kes 1

kat sini ada satu subject yang dianngap paling menyusahkan iaitu data structure. Bagi yang minat subject ni memang berkebolehan buat semua aturcara tanpa perlu merujuk buku atau nota yang pensyarah bagi. Bagi aku plak subject memang best, dapat belajar buat linked list la, oop la. Bila lab test pun bleh dapat markah 100%. Tapi bagi golongan menghafal kat u ni pulak diaorang hafal line by line dengan konsepnya langsung tak paham satu benda pun. Yang teruknya bila exam last pulak tak ditekankan pada bahagian aturcara pun. Sumernya hafal-penghafal contohnya "apa itu OOP". Soalan memang mudah untuk dijawab bagi student yang manghafal. Tapi bila student jenis ni ditanya "Bagi sontoh OOP yang boleh digunakan dalam aturcara" atau "Buat aturcara penuh linked list yang mengandungi...", diaorang langsung tak leh jawab. Masalahnya logik ke subject aturcara macam ni di test kat kertas sahaja dengan soalan tak berkait rapat langsung dengan aturcara?Peluang kepada student yang rajin menghafal sahaja la.

kes 2

Ni semua U rasanya ada subjek ni. Subjeknya "MULTIMEDIA". Bagi subject ni pulak pelajar diajar bagaimana untuk membangunkan perisisan multimedia sendiri. Tapi walau pun dibahagikan kumpulan sekurang kurangnya 5 orang, hanya sorang jer yang wat projek tu, yang lainnya siapkan dokumentasi. Diorang bagi alasan " tek pernah la pakai macromedia director" ataupun "Tak minat nak belajar" ataupun yang paling teruk yang biasa didengar "awak jerlah yang buat projek tu nanti kitaorang bayar".Yang selebihnya pulak upah kat kedai atau kat student macam aku ni. Macam ni ker kalau nak jadi student IT kat U ni?Lagi satu bila exam last pulak, sama la dengan subject data structure teori jer kesemuanya. Tu la saya nak terangkan kat sini, kalau korang nak amik course IT kat U ni korang buta komputer pun bleh dapat 3.5. Student kat sini konsep pun tak faham cuma hafal jer.

kes 3

Peluang untuk menjadi demonstrator cuma ditawarkan untuk pelajar yang mendapat pointer yang tinggi sahaja. Sentiasa jadi macam ni bila masuk dalam makmal komputer yang budak 3.5 menjadi demonstrator, "macamna nak tukar format bmp ke jpg" demonstrator tu bagi pulak alasan "boleh ke macam tu?" sedangkan demonstrator tu tengah mengajar adobe photoshop. Lagi satu kes pulak "macamana nak buat gif animasi sendiri" alasan yang dia bagi "tak boleh la, kita boleh cari gif animasi kat internet jer, mana boleh buat sendiri". Budak yang dapat pointer tinggi kat U ni menggap diri mereka tahu kesemuanya mengenai It sebab diaorang ingat pointer menentukan kemahiran it sepenuhnya. Jika dibandingkan dengan student 3.0 kebawah yang menjadi demonstrator, diaorng bleh menjawab soalan yang student kemukakan dengan slambanya tanpa perlu rujuk buku, pas tu betul plak tu.

kes 4

Kat U ni kitaorang tak diajar macamana nak merepair komputer yang bermasalah. Tapi student course-course lain anggap budak It boleh buat kesemua tu terutamanya yang dapat pointer tinggi. Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Penah tak korang dengar alasan macam ni "jangan pakai cd writer untuk baca cd nanti rosak cd writer tu" atau "cd writer cuma bleh pakai untuk burn 200 cd jer, lepas tu tak boleh pakai dah, kena beli yang lain" atau "windows ni tak stabil la, install jer yang lain"(tapi masalahnya cuma driver belum install). Diaorang ni rajin mengkelentong pelajar couse lain.Logik ker alasan-alasan macam tu? Bila aku cakap apa yang benar pun diorang tak percaya. Kalau korang nak tau la, budak-budak jenis ni nak buat homepage pakai frontpage pun tak tau malah ada yang tak pernah pakai powerpoint pun ramai.

Semua kes-kes ni benar-benar berlaku kat U ni sampai la sekarang. Pernah aku tanya diaorang ni kenapa tak mahu belajor pasal komputer diorang bagi alasan yang pointer yang lebih penting sebab "membolehkan diaorang sambung master dan kemahiran komputer tak penting langsung". Daripada kesemua reply yang aku baca. Nampaknya cuma U aku jer yang mengalami masalah macam ni. Beruntung la korang belajar kat U lain. Kalau aku nak bagitau U apa ni. Nanti malulah pulak. Jadik la kes lain la plak. sad.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

Sebab utama aku amik course ni sebab bidang IT tu bidang yang paling aku minat. 
Dah Yang ko minat kat IT, apsal tak study rerajin...
Tapi masalah yang berlaku kat U ni ialah, pensyarah menguji student hanya dalam teori SAHAJA, dan langsung tak tekankan pada bidang praktikal. Bila jadik macam tu, keuntungannya pada student yang rajin menghafal lah. 
teori ke, praktikal ke... semua penting... rajin memang penting
Diaorang rajin sangat menghafal tapi praktikal 0% takde kualiti langsung. Tapi pointer adalah sampai mencecah 3.5-3.8. Satu lagi masalahnya student-student macam tu dipandang tinggi. 
sebab budak U nie di "create" untuk jadi System Analyst, Analyst Programmer, System Admin, bukan jadi Technical Support
Maksudnya macam ni, lagi tinggi pointer lagi mahir la kemahiran komputer student tu. [b]Aku sendiri yang mahir [/b]dalam komputer tak dipandang langsung malah dianggap bodoh oleh student yang dapat pointer yang tinggi-tinggi. 
Satu je masalah engko, Ko tak sedar kelemahan ko... Ko sendiri yg judge diri ko Mahir .. pernah masuk alam IT betul ke ?... Dah keje ke skarang ? ... Kalo blum jangan Dok bangga diri laaa... Byk benda yg perlu blajar bro... Dunia IT nie tak dak penghujung
Lagi satu, student yang macam tu projek hampir semuanya diupah kat kedai ngan kat orang lain.Pas tu bila dapat anugerah dekan, mulalah diaorang berbangga dengan keputusan tu sampai student-student lain dipinngirkan. 
Bulan lepas baru buat selection untuk penjawatan baru kat tempat aku... permohonan untuk Pegawai / Penolong Pegawai Sistem Maklumat lebih 2000 Naknyer 1 jwt utk Pegawai dan 1 jwtn utk Penolong Pegawai.. So... HR buat keputusan, just org ada pointer 3.0 saja layak ditemuduga ... Ni dunia IT sebenar, bukan study lagi... Ko jgn berangan dengan sedikit skill yg ada kat U ko dah anggap ko sudah mahir... Kat luar nie... byk benda lagi kene ko PK
Macam nilah fenomena yang berlaku kat U aku. Kalau korang belajar kat U ni la, aku jamin kemahiran praktikal korang tak akan bertambah langsung. Yang aku tak fahamnya, kenapa macam ni penilaian seorang pensyarah it terhadap student yang berkemahiran?Macam mana pulak dengan peluang pekerjaan?Kalau macam nilah yang berlaku kat U aku, macamana pulak dengan U korang? :(

so... PK la sebaik mungkin..

aku dah menyesal byk dah...

kalo tak kerana rezeki terus dapat keje lepas study..

aku rasa sampai skarang takkan laku dgn ber pointer 2.05 nie...

aku hanya nak nasihat adik2 seme agar study rerajin... korang dok universiti, grad universiti bukan bertujuan nak bina pekerja2 suruha... korang sebenarnyer kene make decision ... macam mana kalo teori tak cukup, nak buat praktikal...

p/s: hanya pandangan

Share this post

Link to post
Share on other sites

kes 1
kat sini ada satu subject yang dianngap paling menyusahkan iaitu data structure. Bagi yang minat subject ni memang berkebolehan buat semua aturcara tanpa perlu merujuk buku atau nota yang pensyarah bagi. Bagi aku plak subject memang best, dapat belajar buat linked list la, oop la. Bila lab test pun bleh dapat markah 100%. Tapi bagi golongan menghafal kat u ni pulak diaorang hafal line by line dengan konsepnya langsung tak paham satu benda pun. Yang teruknya bila exam last pulak tak ditekankan pada bahagian aturcara pun. Sumernya hafal-penghafal contohnya "apa itu OOP". Soalan memang mudah untuk dijawab bagi student yang manghafal. Tapi bila student jenis ni ditanya "Bagi sontoh OOP yang boleh digunakan dalam aturcara" atau "Buat aturcara penuh linked list yang mengandungi...", diaorang langsung tak leh jawab. Masalahnya logik ke subject aturcara macam ni di test kat kertas sahaja dengan soalan tak berkait rapat langsung dengan aturcara?Peluang kepada student yang rajin menghafal sahaja la.
Aku nak tanya... yg takleh jawab tu bleh pointer 3.5 ke atas gak ke? Ko yang dapat jawab 100% tu dapat ponter 2.6 ke bawah ke?.. Ko dah paham takkan tak le jawab? camner peratusan markah kat U engko nie... Tapi aku suke ko psl minat Data Struct Ko minatlah benda nie sampai abis study... benda nie memang penting untuk segala jenis programming.. tu pun kalo bercita2 nak jadi programmer p/s: Aku salah sorang dapat result power data structure ... wakakaka soalan pertama inteview kat Telekom ( skrang TM bhd) adalah data structure)
kes 2
Ni semua U rasanya ada subjek ni. Subjeknya "MULTIMEDIA". Bagi subject ni pulak pelajar diajar bagaimana untuk membangunkan perisisan multimedia sendiri. Tapi walau pun dibahagikan kumpulan sekurang kurangnya 5 orang, hanya sorang jer yang wat projek tu, yang lainnya siapkan dokumentasi. Diorang bagi alasan " tek pernah la pakai macromedia director" ataupun "Tak minat nak belajar" ataupun yang paling teruk yang biasa didengar "awak jerlah yang buat projek tu nanti kitaorang bayar".Yang selebihnya pulak upah kat kedai atau kat student macam aku ni. Macam ni ker kalau nak jadi student IT kat U ni?Lagi satu bila exam last pulak, sama la dengan subject data structure teori jer kesemuanya. Tu la saya nak terangkan kat sini, kalau korang nak amik course IT kat U ni korang buta komputer pun bleh dapat 3.5. Student kat sini konsep pun tak faham cuma hafal jer.
Ko yang tolong buat untuk dia org apsal.. dah dengki giler ngan die org, apsal ambik upah gak..
kes 3
Peluang untuk menjadi demonstrator cuma ditawarkan untuk pelajar yang mendapat pointer yang tinggi sahaja. Sentiasa jadi macam ni bila masuk dalam makmal komputer yang budak 3.5 menjadi demonstrator, "macamna nak tukar format bmp ke jpg" demonstrator tu bagi pulak alasan "boleh ke macam tu?" sedangkan demonstrator tu tengah mengajar adobe photoshop. Lagi satu kes pulak "macamana nak buat gif animasi sendiri" alasan yang dia bagi "tak boleh la, kita boleh cari gif animasi kat internet jer, mana boleh buat sendiri". Budak yang dapat pointer tinggi kat U ni menggap diri mereka tahu kesemuanya mengenai It sebab diaorang ingat pointer menentukan kemahiran it sepenuhnya. Jika dibandingkan dengan student 3.0 kebawah yang menjadi demonstrator, diaorng bleh menjawab soalan yang student kemukakan dengan slambanya tanpa perlu rujuk buku, pas tu betul plak tu.
ko jangan cakap seme bukan pointer tinggi camtu... Member aku dapat 4 x dekat, sekarang power giler... Maybe ko nie dok tengah dengki ngan member sekelas ko nie... ingatlaa... blajar kalo dok slalu dengki, tak berkat tak tau laa, maybe U engko nie ader masalah.. Org yg tak pandai diberi pointer tinggi kot ....wakakaka
kes 4
Kat U ni kitaorang tak diajar macamana nak merepair komputer yang bermasalah. Tapi student course-course lain anggap budak It boleh buat kesemua tu terutamanya yang dapat pointer tinggi. Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Penah tak korang dengar alasan macam ni "jangan pakai cd writer untuk baca cd nanti rosak cd writer tu" atau "cd writer cuma bleh pakai untuk burn 200 cd jer, lepas tu tak boleh pakai dah, kena beli yang lain" atau "windows ni tak stabil la, install jer yang lain"(tapi masalahnya cuma driver belum install). Diaorang ni rajin mengkelentong pelajar couse lain.Logik ker alasan-alasan macam tu? Bila aku cakap apa yang benar pun diorang tak percaya. Kalau korang nak tau la, budak-budak jenis ni nak buat homepage pakai frontpage pun tak tau malah ada yang tak pernah pakai powerpoint pun ramai.
Kalo kes nie.. aku sokong ko.. memang tak patut.. tapi apa yg aku ble simpulkan, bukan masalah U sebenarnyer.. masalah budak2 satu batch dgn ko...
Semua kes-kes ni benar-benar berlaku kat U ni sampai la sekarang. Pernah aku tanya diaorang ni kenapa tak mahu belajor pasal komputer diorang bagi alasan yang pointer yang lebih penting sebab "membolehkan diaorang sambung master dan kemahiran komputer tak penting langsung". Daripada kesemua reply yang aku baca. Nampaknya cuma U aku jer yang mengalami masalah macam ni. Beruntung la korang belajar kat U lain. Kalau aku nak bagitau U apa ni. Nanti malulah pulak. Jadik la kes lain la plak.  :(

Tapi aku nasihatkan...

pointer AMAT PENTING

lantak ko poyos ke, tak poyos ke

pandai ke, tak pandai ke

(sorry, perkataan mahir tak ble digunakan utk student psl tak mencapai tahap lagi)

kalo ko pandai dalam praktikal, ko kene tekan gak dalam teori...

ni nasihat aku yang dah keje 5 tahun dalam bidang IT dan Multimedia

aku sendiri puntak mahir lagi

Study rajin2, ko bukan org pertama aku nasihat camni..

camni gak aku nasihat kat anak buah aku...

agar korang tak tergolong dalam 18000 pengganggur terhormat

Share this post

Link to post
Share on other sites

Ko ikut jer la nasihat abang zul tu... Kalau dah U ko nak buat camtu... buat ajerlaaa... kalau ko terer dah kira bonus la untuk ko sebab dah tentu tak susah nak belaja... To be honest, ada kalanya kita kena buat apa saja (yang halal la) untuk bagi capai pointer yang tinggi walaupun ko kena selalu buat muka tembok ngan lecturer ko jumpa dia tiap2 ari (aku buat dulu ni... dapat A+ ko!). Bagi lecturer kenal ko... perkara-perkara practical ni ko akan develop sendiri masa ko keje nanti (pendapat peribadi), buat masa ni, buatlah apa sahaja untuk menaikkan pointer ko... nanti ko menyesal tak sudah... percaya la cakap aku... Belaja... belaja... dan... Belaja!!!

Share this post

Link to post
Share on other sites

sonang ajer jang.. berenti cam aku dulu.. dah tero sangat pi kerja.. dapat gaji riban riban dari dok makan hati dalam u.. kalu ko kerja sekarang 2-3 tahun lagi ko dah naik pangkat kalu dok u 2-3 tahun grade.. ade kerje ker ??? ramai dah tanam anggur sekarang ni.. jgn poning kepala.. atau sonang.. teruskan jerla aper yg ko dah mulakan.. jgn byk songeh .. ok tu jer.. masa depan kat tangan sendiri.. ada masalah tanggung sendiri baru lelaki namanyer

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku tengok kat tempat aku belajar dulu..

kalo bab mengapal nih orang pompuan la..

kalo prektikal.. bebudak lelaki..

final subjek programming..

kitorang kene buat satu aturcara lengkap..

bukan kat komputer..

tapi atas kertas..

hahah.. kompil la aturcara ko atas kertas tu..

heuheuhe..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Ada betul gak tu. Time aku duduk selatan semenanjung dulu, ramai member aku budak IT buat maintenance PC orang, tapi mostly laki ler banding pompuan. Student laki ramai sket yang lebih tau tang praktikal banding pompuan, ada jugak la tapi tak ramai. Sampai aku yang bukan course IT (time tu ler) pun boleh ler jugak bukak pasang PC, PC student IT plak tu. biggrin.gif he he he Takpe lah, yang penting abiskan je la belajar, pasal pointer ke toksah nak pikir dah, grad, carik kerja. Tapikan ada satu benda yang masih jadik persoalan aku...

U mana tu? Bagi la tau toksah malu... ph34r.gif

Share this post

Link to post
Share on other sites

hahahahahaha!!!! Sama la ko ngan aku... dulu aku kawan ngan budak Pengajian Maklumat kat UiTM, aku siap pinjam buku maintenance PC dari diorang... kat situ la aku banyak blaja pasal hardware... pastu budak IT punya PC pon aku penah repair... Sebelom amik PC tu... aku gelakkkan dier 5 minit dulu baru setuju repair PC dier... kesian awek tu bila ingatkan balik...

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...