Jump to content
Sign in to follow this  
maa93

Sebulan Jadi Hamba Seks

Recommended Posts

HULU SELANGOR: Tiga remaja perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, di sini, sebelum diselamatkan polis, Rabu lalu.

Ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.


Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan oleh keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu. “Seorang daripada ibu mangsa membuat laporan anaknya yang berusia 16 tahun keluar bersama suspek dan selepas itu tidak pulang ke rumah. Ibu mangsa memberitahu dia menghubungi suspek, tetapi suspek enggan memberitahu di mana anaknya berada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, selepas menerima laporan ibu mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 38 tahun pada 30 November lalu, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.


Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dia kini direman empat hari sehingga 3 Januari ini.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 22 tahun membuat laporan mendakwa dirogol rakan teman lelakinya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, di sini, pada 22 hingga 27 Disember lalu.


Sumber polis berkata, sepasukan anggota forensik pergi ke lokasi kejadian semalam bagi mencari bahan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. “Namun, polis menyiasat kemungkinan kejadian berlaku kerelaan wanita itu,” katanya.

metro

Share this post


Link to post
Share on other sites
adoiii...dah takde cara lain ke nak sihatkan diri selain dari yoga...apa yang aku tahulah yoga nih ade kaitan dengan kamasutra...tu yang guru yoga tuh nak gi ke "next level" tu :77: pedo sungguh!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='nocturnal' timestamp='1293964283' post='1058351']
metro did it again.
[/quote]



[img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/125.gif[/img]

kita boleh expected ape muka depan metro esok dan seterusnya

rogol
kemalangan
kes bunuh
artis

pilih satu... [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/155.gif[/img]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tapi walau banyak mana pun korang tak suka... Metro tetap maju dan pembaca pun ramai... siap boleh bukak satu thread khas lagi bincang isu berita dari suratkhabar berkenaan... hehehe. Ia memiliki audien yang tersendiri dan bergantung kepada kreativiti diorang untuk melariskan jualan berita diorang. So, kepada pembaca2 sekalian, tepuk dada tanya ler selera... anda suka kan tajuk2 sensasi sedemikan atau tidak... :D

Back to topik:

Yeah aku ada baca hari tu pasal guru yoga nie... siap makbapak hantar anak dan bermalam lagi kat rumah guru yoga nie. Percaya bulat2 pulak tuh... ish2...

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='myee' timestamp='1293812294' post='1058272']
adoiii...dah takde cara lain ke nak sihatkan diri selain dari yoga...apa yang aku tahulah yoga nih ade kaitan dengan kamasutra...tu yang guru yoga tuh nak gi ke "next level" tu :77: pedo sungguh!!!
[/quote]
Cari la cara lain selain yoga. Kalau orang India tu lain la.

[quote name='Hijikata Toushiro' timestamp='1293852374' post='1058288']
suspek ade 11 rekod jenayah pun boleh jadi guru yoga???
[/quote]
Ibu bapa ni kadang tak ambil berat sangat. Bayar je duit dah selesai. Kalau bawah sekolah tu ok la. Ni mesti kat luar.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='K.A.' timestamp='1293970459' post='1058357']
[img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/125.gif[/img]

kita boleh expected ape muka depan metro esok dan seterusnya

rogol
kemalangan
kes bunuh
artis

pilih satu... [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/155.gif[/img]
[/quote]
memang metro banyak unsur begitu,tapi metro jugalah yang banyak membongkar berita2 yang suratkhabar arus perdana atau suratkhabar arus politik tak amik kisah...berapa banyak perkara yang metro siarkan memang benar2 terjadi,bukan semata2 nak dapat publisiti...walaupun ade yang kutuk,tapi yang kaki kutuk ni jugalah yang beli metro hahaha!!!

back to the topic,tempat yang diajar yoga tu mcm asrama ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...