Helghast 31 Report post Posted November 11, 2010 aku baru dengar berita ni tgh malam tadi dlm berita tv1,terkejut sungguh bila dengar beliau meninggal.namun semuanya Qada & Qadar ketentuan Illahi... Alfatihah untuk Arwah... [IMG]http://img28.imageshack.us/img28/5061/shamrin.jpg[/IMG] PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis. Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang. Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak. “Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya. Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu. Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989. Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997). Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu. Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/11/11/mstar_hiburan/20101111190700&sec=mstar_hiburan Menurut sumber, sebelum Shamrin Fotograf meninggal dunia, beliau baru sahaja hadir di majlis pelancaran Duit Syiling P Ramlee dan tampak sihat seperti biasa. baru je tgh hari tadi aku layan lagu 'Nafas Kekasih' nyanyian beliau... Share this post Link to post Share on other sites
MalaYneuMaya 4 Report post Posted November 11, 2010 assalamualaikum... Tadi aku tau time brader man kidal memula pos kat wall dia. Al fatihah Share this post Link to post Share on other sites
zareight 7 Report post Posted November 11, 2010 kul 6 petang..aku bru je balik dr unikl kt seblah kelab sultan sulaiman tu..al-fatihah utk beliau.. Share this post Link to post Share on other sites
Jedi 21 Report post Posted November 11, 2010 Al-Fatihah. Beberapa hari lepas baru keluar akhbar tentang album baru kot; comeback. Innalillah... Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted November 11, 2010 [quote name='Jedi' date='12 November 2010 - 12:59 AM' timestamp='1289494796' post='1053143'] Al-Fatihah. Beberapa hari lepas baru keluar akhbar tentang album baru kot; comeback. Innalillah... [/quote] hajat tak kesampaian nak buat album baru sebab arwah menunggu sahabatnya Ringgo dibebaskan dari penjara. Share this post Link to post Share on other sites
hotfloppy 19 Report post Posted November 12, 2010 ilang sorang lagi bakat dalam negara kita.. al fatihah.. Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted November 15, 2010 ok topik aku closed sebab tak elok buka lama2...semoga arwah tenang disana... amin... Share this post Link to post Share on other sites