Jump to content
Sign in to follow this  
Panglima Khalid

Bekas Air Dikatakan Diminum Anjing/babi

pembentangan ini  

2 members have voted

  1. 1. adakah boleh difahami?

    • ya
      2
    • tidak
      0
  2. 2. bahasa yang mudah?

    • ya
      2
    • tidak
      0


Recommended Posts

[code]""jika, kita berada di kawasan yang sukar dapatkan air, kita tadah setiap malam dari air paip yang meleleh untuk berwudhuk dan minum esok pagi, esok paginya sebelum berwudhuk ada orang mengatakan ada anjing atau babi telah minum dari dalam timba tersebut, adakah boleh kita gunakan air dalam timba tersebut untuk digunakan berwudhuk? ini persoalan asas sebelum nak solat, wajib setiap muslim tahu selesaikannya. wudhuk benda yang penting! takkan nak tunggu berjam-jam lagi untuk solat subuh? terlepaslah waktu! tayamum tak boleh sebab ada air walaupun meleleh dan lambat sangat.""[/code]

[b]pendedahan/pengenalan masalah[/b]:

# - dalam hadis menyebutkan secara jelas "jika anjing minum dari bekas air seseorang dari kamu maka hendaklah dibasuh dengan tujuh basuhan satunya dengan air tanah"
ulamak katakan babi seumpama anjing bahkan lebih teruk. = sama tahap kenajisan, najis berat.

permasalahan ini tiada khilaf dalam mazhab. sekalipun mazhab maliki mengatakan anjing tidak najis, namun dalam masalah anjing minum dari bekas air maka airnya tidak boleh digunakan dan bekasnya mesti dibasuh juga, seperti mazhab lain.

# - air sukar untuk diperolehi namun ADA! maka menafikan keharusan untuk tayamum.

# - waktu subuh adalah waktu yang singkat. kebiasaannya dalam tempoh satu jam dan setengah atau 2 jam sahaja.



[b]penyelesaiannya[/b]:
1 - [u]jika dirasakan jika ditunggu sempat untuk menghimpunkan air semula dalam bekas lain yang bersih[/u] (bekas tadi perlu dibasuh / disertu terlebih dahulu) dan boleh berwudhuk dengan sempurna dan tunaikan solat sekalipun di akhir waktu [b]maka wajib tunggu[/b].

2 - jika ditunggu pun [u]dijangkakan air terhimpun takkan cukup[/u], maka [b]WAJIB cari di kawasan sekitar[/b] air bersih yang boleh diambil wudhuk.

[i](takrif kawasan sekitar)[/i]
[b]2.1 - WAJIB CARI[/b] dalam jarak sejauh panah boleh pergi (lebih kurang satu KM) dari tempat berada
[b]2.2 - harus cari dalam jarak kurang dari 3km[/b] jika dirasakan [b]MUNGKIN[/b] ada air di kawasan tersebut. [b]tetapi wajib cari jika yakin[/b] ada air kurang dari 3km dari tempat berada.
[b]2.3 - harus cari pada jarak melebihi 3 km [/b](tak wajib) samada jika dirasakan ada air [u]mahupun jika yakin[/u] ada air melebihi jarak 3 km tersebut.


3 - jika tiada sumber air lain setelah dicari mengikut kaedah 2.1-2.3, atau jika dicari dijangkakan akan terlepas waktu solat, [u]boleh bertayamum tetapi setelah terhimpun air perlu berwudhuk dan ulangi solat tersebut sekalipun di luar waktu[/u] (waktu subuh dah habis, dah terbit matahari) kerana air masih ada dan tiada penghalang ntuk menggunakan air seperti sakit.
- pendapat ini mengikut mazhab syafie yang diikuti majoriti muslimin di malaysia. manakala ada satu mazhab mengatakan wudhuk diutamakan dari solat dalam waktu, maka perlu cari air dan bersuci dahulu sekalipun terpaksa solat di luar waktu.

[u]tiga situasi di atas [b]jika YAKIN[/b][/u] air dalam timba itu najis.


namun situasi masalahnya adalah : berdasarkan perkhabaran seseorang bahawasanya peristiwa itu berlaku.
ianya menimbulkan syak, adakah benar ianya ternajis atau tidak??

[b]jika syak[/b] [u]maka buang syak/keraguan dan pilih yang yakin[/u]. asalnya air itu suci dan boleh berwudhuk dengannya, asalnya kita yakin begitu. timbul syak, adakah menjadi najis? maka buang syak itu dan air itu adalah kekal suci seperti asalnya, boleh ambil wudhuk dengannya. tak perlu cari air lain.

perkahabaran itu tetap menjadi syak sekalipun disampaikan oleh yang maksum ucapannya. begitulah apa yang saya ingat ditulis dalam kitab fekah.

[b]tidak menjadi syak jika[/b] kita nampak sendiri ada anjing/babi minum dari bekas tersebut. maka jelas air itu najis dan sepakat semua mazhab katakan air itu mesti dicurahkan (samada disiram tanaman atau dicurahkan ke tanah) dan bekas itu wajib dibasuh sekalipun mazhab maliki tidak mengatakan bekas itu menjadi najis kerana peristiwa tersebut. ianya hanya wajib dibasuh hanya kerana Nabi SAW suruh dan perintahkan, bukan kerana ianya najis.

mazhab syafie katakan dengan sebab hadis itu maka menunjukkan anjing itu seluruhnya najis termasuk bulu dan air liurnya, kerana itu Nabi SAW perintahkan untuk dibuang air dan dibasuh bekas air itu dengan kaedah basuh yang pelik, 7 kali basuh dengan salah satunya dengan air tanah. babi lebih buruk halnya dari anjing maka dari sudut najis maka sama halnya dengan anjing iaitu najis berat.

Allahu a'lam.


erk..boleh difahami x? macam kompleks je ayat aku..!


tambahan dari [b]"tidak menjadi syak"[/b]
[b]jika[/b] ada 2 timba yang ditadah, kita nampak dari jauh ada anjing/babi minum dari salah satu timba tersebut SECARA PASTI tetapi tidak tahu yang mana satu, maka wajib dibuang kedua-duanya, dan ikut prosedur seperti di atas.

atau

[b]jika [/b]contohnya malam tadi tengok dari tingkap rumah nampak ada seekor anjing minum dari salah satu dari dua timba, kita halau, kemudian terfikir yang mana satu dia minum? memandangkan dua-dua timba sama besar dan warnanya kurang jelas disebabkan kegelapan malam. tetap dibuang kedua-duanya dan ikut prosedur seperti di atas.

[b]sebabnya : [/b]ini adalah kerana asal air itu bersih telah diubah menjadi air itu najis kerana anjing/babi dah minum daripadanya. secara yakin, ya air itu najis tapi satu je dari dua atau beberapa timba itu. memandangkan yakin najis cuma tak tahu mana satu, kena buang dua-dua sebab kalau try salah satu timba mungkin itu yang najisnya, atau try dua-dua, kompom salah satunya adalah najis.

Allahu a'lam. Edited by Panglima Khalid

Share this post


Link to post
Share on other sites
faham2..

kene bace 2 3 kali kalo tak paham

btw,...

kalo dibuat no lagi mudah kot..



perkahabaran= pemberi maklumat / penyampai kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites
tambahan,

sesiapa yang ada bela kucing, contohnya ketika kita nak sarapan ada segelas air susu di atas meja, tengah kita kunyah roti, si kucing tu minum dari gelas kita.

air susu tu boleh diminum kerana air liur semua yang hidup adalah suci kecuali anjing dan babi.
tapi mungkin rasa geli lah kot.. :D

[quote name='khairul anwar' date='27 October 2010 - 08:25 PM' timestamp='1288182323' post='1051563']
faham2..

kene bace 2 3 kali kalo tak paham

btw,...

kalo dibuat no lagi mudah kot..



perkahabaran= pemberi maklumat / penyampai kan?
[/quote]
nombor??? erk..boleh bagi cadangan?? aku tak nampak camne nak letak nombor...

aku mudah tulis begini je.. :D


yup, perkhabaran seseorang yakni pemberi maklumat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
haa.. bab kucing aku suka.. hahaha..

aku pon dah biasa berkongsi ngan kucing aku.. siap dia leh tumpang makan dalam pinggan aku lagi.. tapi aku tak penah lagi la tumpang makan dalam pinggan dia.. hahahahaha..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hotfloppy' date='27 October 2010 - 09:22 PM' timestamp='1288185752' post='1051569']
haa.. bab kucing aku suka.. hahaha..

aku pon dah biasa berkongsi ngan kucing aku.. siap dia leh tumpang makan dalam pinggan aku lagi.. tapi aku tak penah lagi la tumpang makan dalam pinggan dia.. hahahahaha..
[/quote]

laa hang nih sama arr ngan mak aku.. makan 1 pinggan ngan kucing kat umah makan sebelah2... hehehhehe.. ok jer... kucing manja makan pung nak kongsi2..

anyway thanks pang5 bagi ilmu...yang pasai no tuh aku rasa better letak situasi and then letak step by step 1,2,3 apa perlu buat..ha camtu laa kot maksud letak no tuh...

Share this post


Link to post
Share on other sites
family aku memang tak suka sangat kucing ni, lagi2 wife aku. memang pantang hehe.. tapi kalau ada lauk lebih ke memang aku letak luar kasi kucing makan(kucing liar). Kucing ni pon binatang kesayangan Nabi.. so kena buat baik jgak la hehe..

bagus info ni tambah lagi pengetahuan aku. walaupun tak pernah terjadi kat diri aku, tapi mana la tahu akan datang kan :)

ada sapa tahu kenapa perlu 7 kali dan 1 kali air tanah. setahu aku air tanah je yang boleh hapuskan kuman2 pada anjing dan khinzir nih.. betul ke ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='FryShadow' date='28 October 2010 - 12:30 AM' timestamp='1288197042' post='1051583']
family aku memang tak suka sangat kucing ni, lagi2 wife aku. memang pantang hehe.. tapi kalau ada lauk lebih ke memang aku letak luar kasi kucing makan(kucing liar). Kucing ni pon binatang kesayangan Nabi.. so kena buat baik jgak la hehe..

bagus info ni tambah lagi pengetahuan aku. walaupun tak pernah terjadi kat diri aku, tapi mana la tahu akan datang kan :)

ada sapa tahu kenapa perlu 7 kali dan 1 kali air tanah. setahu aku air tanah je yang boleh hapuskan kuman2 pada anjing dan khinzir nih.. betul ke ?
[/quote]
katanya begitulah...hanya tanah yang boleh hapuskan kuman tersebut.
tapi ulamak kata, sekalipun jika telah dicipta sabun canggih yang boleh bunuh kuman tersebut, tetap perlu basuh dengan 7 kali basuhan salah satunya air tanah. sepertimana mazhab maliki walaupun anjing dan babi tak najis tak kotor tapi sebab nabi suruh buat gitu buatlah.


tak kiralah yang pertama air tanah atau ketiganya air tanah atau terakhirnya air tanah. yang terbaik adalah yang terakhir bukan air tanah sebab kalau terakhir air tanah camne nak hilangkan kesan tanah tu?



aku masih blur camne nak pointkan/nomborkan...huhu..sebab hari2 aku tengok buku dengan tulisan je...semua tu aku asingkan dalam otak nak bagi faham.



aku tuliskan di sini sebab dah dipersoalkan (oleh aku sendiri huhu..sapa suruh susahkan diri sendiri)..tapi kalau aku tak jawab kang ada orang cuba jawab kang kalau tak betul terkena pulak yang aku tulis kemudiannya, so biarlah aku jawab terus, supaya takde yang terkena apa yang diletakkan selepas persoalan tersebut di bahagian lain. susah jugak nak creat soalan ni supaya susah nak buat jawapan. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
maksud aku dengan "NOmbor" tu


kan ade 3 situasi berbeza

maka no kan la dia
macam

[b]situasi pertama[/b] (1)
bla bla bla

[b]situasi kedua[/b] (2)
itu ini itu ini


macam tu kot,, heheh :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='khairul anwar' date='29 October 2010 - 03:13 PM' timestamp='1288336419' post='1051746']
maksud aku dengan "NOmbor" tu


kan ade 3 situasi berbeza

maka no kan la dia
macam

[b]situasi pertama[/b] (1)
bla bla bla

[b]situasi kedua[/b] (2)
itu ini itu ini


macam tu kot,, heheh :D
[/quote]
erm...ok???

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...