Jump to content
Sign in to follow this  
Helghast

Larangan Yang Berkaitan Ubat Permata Hijrah Dan Nassal Spray 357

Recommended Posts

[b]

UNTUK MAKLUMAN




LARANGAN PENGGUNAAN PRODUK YANG DINOTIFIKASI SEBAGAI PRODUK KOSMETIK TETAPI DIIKLAN DAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN MERAWAT/PERUBATAN[/b]


Orang Awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan menggunakan produk yang dinotifikasikan sebagai kosmetik (toner mata / eye toner) tetapi disyorkan digunakan dengan cara menitis ke dalam mata. Produk-produk tersebut yang pada asalnya dinotifikasikan sebagai produk kosmetik untuk digunakan pada bahagian luaran mata bagi tujuan untuk menghilangkan kesan lebam sekitar mata, melembapkan dan mengurangkan kesan kedut pada kelopak mata. Walau bagaimanapun, ia telah disalahgunakan untuk tujuan merawat mata dengan cara menitis ke dalam mata. Ini termasuk juga produkproduk yang digunakan untuk dititis ke dalam hidung untuk tujuan rawatan seperti hidung berair, bersin dan nafas berbau.


Tuntutan yang lazimnya dinyatakan pada produk-produk tersebut seperti untuk mencerahkan penglihatan, untuk mengurangkan rabun jauh atau dekat, menyegarkan saraf mata adalah dikategorikan sebagai tuntutan perubatan dan tidak boleh digunakan pada produk kosmetik. Selain itu, tuntutan perubatan lain seperti untuk mengurangkan gatal dan pedih mata, mengeluarkan habuk mata, sakit mata dan sebagainya juga tidak dibenarkan bagi produk-produk yang dikatogerikan sebagai produk kosmetik.


Pengguna dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan perihatin semasa membuat pilihan apabila membeli produk kosmetik di pasaran. Memandangkan terdapat pelbagai produk kosmetik dengan pelbagai jenama di pasaran, pengguna perlu lebih bijak dan berpengetahuan apabila memilih produk kosmetik yang sesuai untuk mereka dan mereka harus peka dan tidak terpengaruh dengan testimoni yang diiklankan oleh pihak pengeluar.


Produk kosmetik adalah persediaan untuk digunakan ke atas bahan luaran tubuh manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, dan juga untuk gigi and dalam rongga mulut untuk tujuan membersih, mewangi, mencantikkan/memperbaiki, melindungi /menjaga dalam keadaan baik dan menghilangkan bau badan. Produk-produk yang digunakan dengan cara menitis ke dalam mata dan produk untuk dititis ke dalam hidung adalah diluar takrifan kosmetik dan sepatutnya dikawal sebagai produk farmaseutikal. Produk-produk tersebut juga perlu dikilangkan di premis-premis pengilangan yang bertaraf Amalan Perkilangan Baik bagi produk farmaseutikal, dan untuk tujuan mengilang ubat titis mata, premis tersebut perlu mempunyai kelengkapan yang spesifik untuk mengeluarkan produk ‘steril’. Produk yang dinotifikasi sebagai kosmetik tidak memenuhi keperluan ini.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/dikilang/diedar/dijual dan Pihak Berkuasa telah pun mengarahkan semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

[b]SENARAI PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI KERANA
DIGUNAKAN DILUAR TAKRIFAN KOSMETIK[/b]

NAMA PRODUK, NO. NOTIFIKASI & NAMA PENGILANG
[b]1. TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN (NOT080701826K SERI MH UMMI SDN BHD)
2. TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN (NOT080701825K SERI MH UMMI SDN BHD)
3. TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN (NOT080701824K SERI MH UMMI SDN BHD)
4. PERMATA HIJRAH TONER HIDUNG (NOT080701827K SERI MH UMMI SDN BHD)
5. AINUN SYIFA TONER MATA (NOT07122078KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
6. AINUN TONER MATA (NOT07122403KE AL JABBAR MANUFACTURING SDN. BHD.)
7. ANFUN TONER HIDUNG SEDUAN (NOT07123430KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
8. MAHLIGAI SELASIH TONER MATA (NOT07121813KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
9. MEDI SUNNAH TONER MATA (NOT07123476KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
10. PERMATA HIJRAH AINUN TONER MATA (NOT07122599KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
11. TONER HIDUNG (NOT07090197KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
12. TONER HIDUNG (NOT07123428KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
13. TONER HIDUNG ANFUN SYIFA (NOT07090853KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
14. TONER HIDUNG SEDUAN (NOT07123429KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
15. TONER MATA (NOT07123235KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
16. TONER MATA AINUN SYIFA (NOT07090700KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
17. TONER MULUT FAHMUN SYIFA (NOT07100356KE YAMNI INDUSTRIES SDN BHD)
18. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT I (NOT081201304K PERMATA HIJRAH RESOURCES)
19. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT IV (NOT081201311K PERMATA HIJRAH RESOURCES)
20. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT II (NOT081201313K PERMATA HIJRAH RESOURCES)
21. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT III (NOT081201314K PERMATA HIJRAH RESOURCES)
22. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT V (NOT081201315K PERMATA HIJRAH RESOURCES)
23. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT VI (NOT090100193K PERMATA HIJRAH RESOURCES)
24. AINUN TAHARAH EYE SPRAY NEUTRAL THERAPY I (NOT090400650K PERMATA HIJRAH RESOURCES)
25. AINUN TAHARAH EYE SPRAY NEUTRAL THERAPY II (NOT090400651K PERMATA HIJRAH
RESOURCES)
26. AINUN TAHARAH EYE SPRAY DAY & NIGHT I (NOT090400652K PERMATA HIJRAH RESOURCES)
27. AINUN TAHARAH EYE SPRAY DAY & NIGHT II (NOT090400653K PERMATA HIJRAH RESOURCES)[/b]
Sumber: Persatuan Farmasi Malaysia

------------------------------------------------------------


[b]Henti penggunaan ubat semburan hidung 357 Nasal Spray[/b]


KUALA LUMPUR 19 Mei - Orang ramai yang mengalami masalah hidung tersumbat hari ini dinasihati supaya mengelak daripada membeli atau menggunakan produk tradisional ubat semburan hidung [b]“357 Nasal Spray” yang dikeluarkan oleh syarikat Three Five Seven Sdn. Bhd.[/b]

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, ini kerana pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh [b]Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD)[/b] berikutan [b]pengesanan racun berjadual[/b], [b]dexamethasone[/b] yang terkandung dalam produk tersebut.

"Ubat-ubatan yang mengandungi Dexamethasone hanya boleh dibekalkan dengan preskripsi doktor. Penggunaannya dalam perubatan tradisional tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan kesan advers serius seperti [b]tekanan darah tinggi, edema iaitu bengkak pada tisu lembut dan sindrom Cushingoid yang menyebabkan muka menjadi tembam dan berat badan meningkat[/b],” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, produk itu telah disahkan dicampur dengan dexamentasone dan orang ramai dinasihati supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Mengenai produk rawatan mata keluaran [b]Syarikat Permata Hijrah[/b], beliau berkata, [b]produk itu telah dinotifikasikan sebagai produk kosmetik [/b]yang hanya untuk digunakan di bahagian muka sekitar luar mata untuk tujuan estetika dan bukan bermaksud untuk menyembuhkan penyakit mata. - Bernama

Share this post


Link to post
Share on other sites
byk jugak ye yg telah dibatalkan notifikasi nya..
info yg bagus untuk sume..

macih loy... :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Permata Hijrah cabar kementerian uji produk

Posted on the December 4th, 2009 under BHO Blog by admin
Evolusi Minda

KUALA LUMPUR: Syarikat Permata Hijrah, semalam mencabar Kementerian Kesihatan supaya mengambil sampel produknya untuk dikaji bagi melihat sejauh mana kandungan produk itu boleh memberi kesan sampingan dan berbahaya kepada pengguna.

Pengasas Produk, Mohd Zulkifli Dollah, berkata pihaknya kesal apabila Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya semalam, melarang produk syarikatnya diedarkan, digunakan dan dijual kerana dianggap melanggar syarat ditetapkan.

“Kenyataan itu seolah-olah menganggap produk keluaran syarikat kami beracun dan berbahaya walhal bahan digunakan ialah Air Zam Zam dan Mutiara tanpa campuran bahan kimia

“Saya cabar Kementerian Kesihatan mengambil sampel produk untuk dikaji bagi melihat kandungan yang digunakan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merugikan kami.

“Kalau betul produk kami bahaya, saya bersedia menerima sebarang keputusan kementerian kerana dengan cara itu saja kami boleh meyakinkan pengguna produk yang kini sudah hilang kepercayaan terhadap kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kenyataan akhbar semalam, Kementerian Kesihatan melarang penggunaan 27 produk yang dinotifikasi sebagai bahan kosmetik tetapi digunakan untuk tujuan perubatan dan rawatan, termasuk digunakan bagi menitis dalam hidung atau mata.

kredit- bharian 27Nov

sumber : http://berita-harian-online.com/permata-hijrah-cabar-kementerian-uji-produk/

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku try tgk website dia
tak leh bukak la


btw, ade ke dalam product dia tulis boleh "[b]menyembuhkan??"[/b]

setau aku product nie memang kosmetik
kalo orang yang pakai tu memang ade penyakit katarak,selaput dan sebagainya
memang operation je jalan terbaik tuk sembuhkan penyakit sebegitu...

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rasa dia ubat-ubatan namun mereka menotifikasikannya sebagai kosmetik dimana ianya melanggar peraturan.dan bukannya mengatakan ianya beracun atau tidak,mcm kata dalam beg ade gula padahal ade beras...lebih kurang kategori tak jujur la senang citer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...