Jump to content
Sign in to follow this  
TJ-Ariff

Nak Hidup Pun Susah... Mati pun susah..

Recommended Posts

Sekadar untuk renungan bersama.


Oleh DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI

NAK HIDUP pun susah..apatah lagi untuk mati...Dalam kehidupan kita ada beberapa perkara yang tidak boleh kita atur mahupun rancang dengan sebaiknya.

Antaranya, di mana dan bila kita akan dilahirkan, dalam keluarga mana kita akan dibesarkan, bila akan kita meninggal dan di mana kita akan dikebumikan.

Pengalaman yang saya tempuhi baru-baru ini membuktikan kenyataan di atas amat benar sekali. Tiada siapa ingin mengalami kematian yang tragis, apatah lagi kesukaran dalam menyempurnakan jenazah.

Rupanya bukan mudah untuk menguruskan jenazah di bumi Australia ini. Begitu banyak kerenah birokrasinya yang boleh dianggap remeh dan menyusahkan.

Epilog ini bermula dari saat pengkhabaran kematian diterima, sebagai rakan dan juga rakan senegara datang melawat memberikan penghormataan terakhir di hospital. Kita sebagai umat Islam seboleh-bolehnya ingin menyempurnakan jenazah tersebut secepat mungkin.

Namun peraturan di sini adalah sebaliknya. Jika berlaku kematian kita hanya mempunyai dua pilihan - sama ada menggunakan perkhidmatan pengkebumian ataupun menguruskannya sendiri.

Bagi mereka yang berkemampuan, perkhidmatan pengkebumian, menyediakan pakej serba lengkap “hassle free” dan agak selesa, namun harganya amat menyeksakan.Bagi yang tidak berkemampuan, pilihan kedua merupakan pilihan yang terbaik.

Namun, anda perlu mempunyai rakan yang sanggup berkorban, menghulurkan wang ringgit (dollar), tenaga dan masa. Akan tetapi kemahiran berkomunikasi serta melayani kerenah pengurusan amat mustahak pada masa begini.

Untuk mengebumikan mayat, peraturan yang ada di sini ialah perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu. Surat kebenaran ini hendaklah didapati sebelum urusan mencari tanah perkuburan dilakukan.

Antara persoalan yang ditanya oleh “local council”, siapakah yang akan menguruskan jenazah? Hanya mereka yang mempunyai kelayakan serta diiktiraf di sini, yang boleh melakukannya.

Amat mudah mencari siapa yang sanggup menguruskan jenazah tapi agar sukar mencari mereka yang diiktiraf oleh pihak berkuasa sini. Ketika inilah terfikir betapa pentingnya hubungan baik dengan pihak berkuasa jika berlaku sesuatu kesusahan begini.

Setelah surat kebenaran dari pihak berkuasa diperolehi, tanah kubur hendaklah dibeli. Anehnya satu lot tanah kubur di sini, dimiliki oleh dua orang. Ini bermakna, satu tanah boleh dikebumikan dua mayat.

Selalunya suami isteri akan membeli satu lot, dan mengharap, satu hari kelak mereka akan disemadikan bersama-sama.Harga bagi satu lot dewasa lebih kurang AUD5,000 (RM 16,000) manakala satu lot untuk kanak-kanak mencecah AUD2,000 (6,400). Kubur tidak akan digali sehinggalah dibayar jumlah yang dipinta.

Untuk menjimatkan kos pembelanjaan kami bercadang untuk menggali sendiri tanah kubur tersebut, namun peraturan di sini, memerlukan setiap penggali kubur membeli insuran khas kerana takut berlaku sebarang kecelakaan ketika proses penggalian.

Jika dikira akan kos membeli insuran dengan mengupah pihak berkuasa melakukannya, maka adalah lebih baik pihak berkuasa melakukannya.

Epilog ini tidak berakhir begitu sahaja. Jenazah tidak boleh dibawa keluar jika tidak menggunakan kenderaan jenazah. Kenderaan ini hendaklah disewa dari senarai yang diberikan oleh pihak berkuasa sahaja.

Ketika ini teringat akan dialog dalam filem P.Ramlee, madu tiga, “mahu hidup pun susah, mahu mati pun lagi susah”.

Memasuki hari ketiga, barulah jenazah dibawa keluar dari hospital menggunakan kereta jenazah yang di sewa ke masjid berhampiran. Saya diberi penghormatan oleh masyarakat setempat untuk memandikan jenazah serta mengimamkan solat jenazah di masjid tersebut.

Selesai sahaja solat, jenazah dibawa ke tanah perkuburan, yang pastinya tanah perkuburan “multi-faith”. Sesuatu yang tidak mungkin berlaku di tanah air kita. Sampai sahaja di situ, tanah sudah digali, hanya ditutup dengan kayu-kayu disusun rapi.

Saya mengarahkan seorang untuk turun dan mengalih kayu-kayu tersebut. Bertambah terkejut saya apabila tiada liang lahad disediakan.

Terkasima para jemaah melihat suasana begini, dan saya diarahkan pihak berkuasa untuk segera mengkebumikan jenazah berserta dengan keranda. Setelah berunding seketika, akhirnya pihak berkuasa membenarkan jenazah dikebumikan tanpa keranda.

Selesaikan sahaja tanah dikambus, kayu dipacak berserta nama jenazah dipakukan.Linangan air mata mengalir bersama dengan bacaan doa mengakhiri epilog duka ini.Saya amat simpati dengan keluarga arwah, begitu banyak liku yang mereka hadapi, namun mereka begitu tabah dan cekal.

Bila berlaku begini, terimbau akan tanah tumpah negaraku, alangkah bertuahnya hidup di Malaysia, hidup mudah nak mati pun mudah juga.

Hidup di rantau penuh dengan ranjau dan duri, namun ikatan persahabatan melampaui segalanya. Melalui ukhwah begini, tiada kekusutan yang tidak boleh terungkai, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.


Credit to mStar Online.

Cuba fikirkan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
baru aku tau susahnya hidup di luar sana, namun sabahat aku megkebumikan anaknya di Jepun, Alhamdulillah, tiada masalah yg dihadapi, semuanya diuruskan oleh pasangan suami isteri dan bantuan kakak ipar dan abg iparnya sahaja.

Share this post


Link to post
Share on other sites
sebolehnya kalo ade sedara or adik beradik yg meninggal diluar negara tuh, eloklah dikebumikan disana jugak...tak perlu bwk blik ke sini sbb biasanya akan mengambil masa 3-4 hari bg urusan penghantaran blik jenazah...
kdg2 amik ms smpi seminggu n mgkin jugak lebih bergantung kpd kes kematian...
kesian jenazah tu kalo dibiarkan lm2, tak dikebumikan..

apapun sentiasa la berdoa semoga kematian kita dipermudahkan urusannya..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ada negara yang paham keperluan penganut agama Islam ni tapi ada yang buat tak tau je,aku agak jela pasal yela kan, peratus penganut agama Islam kat negara2 lain ni mungkin sedikit sangat untuk pihak berkuasa amik kisah .

Share this post


Link to post
Share on other sites
sape2 yang bencikan pemerintahan negara malaysia bolehlah pegi sana...bersyukur dgn apa yang kita kecapi...

Share this post


Link to post
Share on other sites
tunfaris88 wrote:kt tempat ak praktikal ni ade sorg manager jepun yg masuk islam..cakap melayu siap..

kt sini org panggil die melayu celup..hehe..


Bestnya kalau dapat beristerikan wanita Jepun Islam ::icon_wink::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku pun ade dengar gak. Kat belah2 kobe banyak orang islam. Pergh.... kalau awek jepun pakai tudung, power gile aa.. lebih power dari amoi kat malaysia ni.... Teringin aku nak pegi kobe.


::affraid::



Syukur atas nikmat ALLAH. Tapi jangan salah guna nikmat ALLAH. Esok kena tanya. Termasuk Teman dan rakan2...

Share this post


Link to post
Share on other sites
TemanX wrote:Aku pun ade dengar gak. Kat belah2 kobe banyak orang islam. Pergh.... kalau awek jepun pakai tudung, power gile aa.. lebih power dari amoi kat malaysia ni.... Teringin aku nak pegi kobe.


::affraid::



Syukur atas nikmat ALLAH. Tapi jangan salah guna nikmat ALLAH. Esok kena tanya. Termasuk Teman dan rakan2...


aku pun teringin nak melihat negara orang..

Kalau difikirkan, memang negara Malayisa telah dianugarahkan kenikmatan hidup yang melimpah ruah.
Bersyukurlah dengan yang ada.. ::icon_cheers::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bukan aku nak menunjuk ke apa, aku dah merantau banyak negara samada dia asia barat, eropah, asia dan australia.. Aku tetap kata Malaysia terbaik. Bukan nak hipokrit kerana aku rakyat Malaysia, tapi melihat keadaan negara-negara lain, Malaysia tetap terbaik.. Kenapa? aku rasa tak perlulah aku nak cerita... Bersyukur dan ingat, hujan emas kuning/emas putih/ berlian di negeri orang, ujan batu kelikir di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri... ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
ujan batu kelikir di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri...

lagipun bukan tiap2 hari hujan + tambah pulak zaman sekarang dah ada rumah atap genting , setakat batu kerikil kecik2 takde hal . ::icon_smile::




::herz::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Jedi wrote:

Bestnya kalau dapat beristerikan wanita Jepun Islam ::icon_wink::
aku nak kawin dgn maria ozawa dalam versi maria ozawa yang suci...tehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau ada niat nak kahwin wanita Jepun Islam, cari kat Kobe ::icon_razz::
Maaf la...aku memang minat giler wanita Asia Timur (Cina, Jepun, Korea etc.) nie ::icon_razz::

Oppss...bahaya woo nama 'Maria Ozawa' tu.
Kalau merujuk pada insan lain takpe.

Bersyukur sangat2.
Dilahirkan sebagai Islam.
Tinggal diMalaysia...bumi rahmat sebab ramai orang Islam dan lokasi strategik.

Cabaran kita; 'Jaga Malaysia ni baik2 ikut perintah Allah SWT'.
Jangan jadi cam Kerajaan Saba'.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...