Jump to content
Sign in to follow this  
rojak

Dirt 2,Biler nak kua?

Recommended Posts

Salam,otai2 takde info ker pasal game Rally yg best dari codemaster nie?Dulu dirt 1,mmg best,tapi takde ker dgr cite yg dirt 2 nak kuar?

Share this post


Link to post
Share on other sites
haah.. die je Puteranian keje kat codemaster.. tp tak tau la kalo dah ade yg lain keje kat codemaster gak..

Share this post


Link to post
Share on other sites
rojak wrote:bro peanut tue,keje kat codemaster ker?


mmg bro peanut tu keja kat codemaster, dah lama x nampak dia, dia kata dalam Dirt2 nanti ada litar rally kat malaysia yang bertempat di Rawang, pehhh x sabar nak tunggu games ni nak rally kat kawasan kelapa sawit hehehhe,

aku tgh tunggu F1 dari codemaster ni.........


litar Rally kat ladang kelapa sawit Malaysia dlm Dirt2

Share this post


Link to post
Share on other sites
yg pasti kena beralih ke DX 11 ::icon_lol::
Spoiler:

ARKIB : 15/01/2009
BAGI tujuan memperkukuh komitmennya membangunkan tunas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), bioteknologi dan sektor berdaya maju lain, Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), baru-baru ini menandatangani perjanjian bersama Codemasters Studios Sdn. Bhd.

Ia bertujuan membangunkan Colin McRae: DiRT 2 (DiRT 2), sebagai lanjutan daripada permainan DiRT yang telah terjual sebanyak 1.3 juta unit di seluruh dunia.

Dana kedua sebanyak RM36 juta daripada MDV itu adalah bagi tempoh 16 bulan dan akan digunakan untuk pembangunan DiRT 2.

Permainan DiRT2 akan menampilkan pelbagai variasi gaya perlumbaan rali dan mendedahkan para pemain kepada kaedah pemanduan rali agresif secara berkumpulan ataupun solo dengan persekitaran yang mencabar seperti kanyon, trek hutan dan juga stadium dalam bandar.

Sementara DiRT menampilkan pelbagai variasi gaya perlumbaan dan lokasi perlumbaan pemotoran yang sebenar di serata dunia, DiRT 2 pula akan memberikan pemain pilihan perlumbaan kontemporari off-road melalui penerapan acara perlumbaan dunia sebenar yang meluas dan mencabar.

Garaj DiRT 2 menempatkan koleksi kereta rali rasmi yang terbaik dalam kelasnya dan juga variasi kenderaan off-road yang mampu memberikan perlumbaan yang agresif dan pantas.

Tambahan pula, DiRT 2 berbeza berbanding permainan lumba kereta biasa, kerana ia dijana oleh kuasa generasi ketiga Enjin EGO yang telah memenangi pelbagai anugerah teknologi permainan.

DiRT 2 turut menawarkan tahap pandangan visual sebenar yang dipertingkatkan dan lebih maju yang menjadikannya dua kali ganda lebih terperinci berbanding paparan Racedriver GRID.

Usahasama yang pertama merupakan dana berjumlah RM44 juta bagi membangunkan permainan komputer buatan Malaysia yang pertama bertajuk GRID yang telah dilancarkan tahun lepas.

GRID merupakan permainan konsol generasi baru dan bertaraf tiga-A yang pertama dihasilkan di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV. Md, Zubir Ansori Yahaya berkata, usaha sama dengan Codemasters Studios merupakan satu lagi perkembangan dalam usaha MDV memupuk dan membangun bakat tempatan.

Beliau berkata, sebagai pembiaya dan penggerak pembangunan ICT, bioteknologi dan sektor berdaya maju lain, MDV berbangga kerana dapat membiayai dan menjadi penyumbang aktif kepada kemajuan Codemasters Studios.

''Kami berhasrat bukan sahaja melibatkan pembangunan industri ini, tetapi juga turut membangunkan pasaran tempatan dari segi meningkatkan peluang pekerjaan, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa,'' katanya.

Pada majlis tersebut, Md. Zubir Ansori mewakili syarikatnya, manakala Codemasters Studios diwakili Pengurus Besarnya, Maxime Villandre.

Sementara itu, Villandre berkata, pertambahan pesat bilangan pekerja dari hanya seramai 30 orang pada tahun 2006 kepada 76 orang pada hari ini, memberi perangsang kepada mereka untuk menambah jumlah tenaga kerja kepada 100 orang dalam tempoh 12 bulan yang akan datang.

''DiRT 2 merupakan salah satu projek terbesar kami selepas kejayaan GRID, yang merupakan permainan komputer rekaan tempatan yang pertama di Malaysia,"

Menurutnya, pemindahan pengetahuan dan teknologi telah berjaya membangunkan bakat tempatan melalui penguasaan kepakaran yang dahulunya hanya dalam bidang animasi.

Namun kini, syarikatnya kini berjaya mengembangkan kepakarannya meliputi bidang pengaturcaraan, yang merupakan teknik pembangunan permainan yang lebih maju.

Codemasters Studios Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2006, bagi memenuhi permintaan industri permainan komputer yang kian berkembang.

Codemasters® today announced that the Games For Windows® LIVE edition of DiRT 2, the thrilling and stylish sequel to the award-winning off-road racer, will support the wealth of new performance enhancing features that will be available in DirectX 11.

With DirectX 11 hardware expected to ship in the second half of 2009, and DirectX 11 coming to home computers with the release of Microsoft Windows 7 on October 22, 2009, Codemasters also announced that the Games For Windows® LIVE edition of DiRT 2 will benefit from an extended development program to take advantage of DirectX 11 and is now scheduled to be published in December 2009.

Share this post


Link to post
Share on other sites
harap x derla problem spt Operation Flashpoint2 tue.
banyak bugs aja utk PC ::icon_smile::

Gentlemen, Switch On Your PC!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
beli la gc 5series nyer

5850 & 5870 ade free dirt 2..

tp bukan semua vendor/distro bagi

jimat duit hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
ahaksz28 wrote:release date game ni dah dilanjutkan ke Q1 2010 untuk PC platform..untuk touchup lagi untuk DX11.. ::icon_smile::


sape cakap tahun 2010?

tk silap still dec 2009..b4 christmas..

kalau ada duit beli ati 5 series even the cheapest 5750 pun quite good + cucuk 3 monitor + dirt2 = gempak siyot!!nie la future gaming beb!!





actually nothing much different pon dx11 dirt2.. cuma pakai tessalation efek on certain model(lopak air, flag, crowd) jadikkan dia high polygon (kalau korang penah guna software 3Dmax its like add turbosmooth on it..but dx11 hardware render


a bit info about f1 2010.. 70% siap ::icon_cheers:: aku buat certain building n granstand kat track bahrain n pokok kat sepang..
tapi skarang aku team buat game lain..game baru new IP yg tak boleh diberitahu lg hehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
hola bro peanut, lama x nampak? hehe
b4 krismas?..kena sabo la menunggu..
aku tgk youtube, splash air pn macam gempak.

mungkin kontrol kereta pun lebih kurang mcm dirt1 ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
welcome back bro PeeNutt! ::icon_cheers::

p/s: beli ngan direct ngan nko leh dapat spesel price x? hehe.. ::icon_rabbit::

Share this post


Link to post
Share on other sites
waaaa kerja kat pejabat pembikin games..memang best bro!!!aku kalo bley nak join gak la berkerja dengan syarikat pembikinan games ni.cita2 nih..tapi susah ke nak dapat masok dan sampai bley berjaya cam bro peanut

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku harap fi2010 bkn la arcade utk kanak2 mcm dicanang oleh noob2 console kt tenet tuh ..tp pure simulation mcm title f1 yg lain..malu kalo arcade,xbebaloi CM ade lesen FIA kalo bwat arcade game ngn F1...huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
ArchNide wrote:welcome back bro PeeNutt! ::icon_cheers::

p/s: beli ngan direct ngan nko leh dapat spesel price x? hehe.. ::icon_rabbit::


ade special price tp tak tahu bile dorang open sale for staff yg pc version.. sbb tk kluar lg

Share this post


Link to post
Share on other sites
Nasi-Lemak wrote:waaaa kerja kat pejabat pembikin games..memang best bro!!!aku kalo bley nak join gak la berkerja dengan syarikat pembikinan games ni.cita2 nih..tapi susah ke nak dapat masok dan sampai bley berjaya cam bro peanut


err.. aku tk berjaya lg pon ::icon_redface::
nak masuk sini base on portfolio werk korang..rasa nya kelulusan tk perlu..(rasa nye kot..dorang tk mintak pon).. n position yg ada hanya 3D modeler(model n texturing)
.. tp rase skarang mcm susah sket nak dpt.. ari tu ade 2 org budak melayu interview tk lepas.. staff kat sini ade lebih 70 org..budak melayu tk smpai 10 kot.. ::icon_sad::

Share this post


Link to post
Share on other sites
NazCYPHER32 wrote:aku harap fi2010 bkn la arcade utk kanak2 mcm dicanang oleh noob2 console kt tenet tuh ..tp pure simulation mcm title f1 yg lain..malu kalo arcade,xbebaloi CM ade lesen FIA kalo bwat arcade game ngn F1...huhu


tk tahu lg cam mane .. maybe mcm grid/dirt.. default mayb arcadish sket.. boleh change to pro kalau nak simulation

sbb kalau telampau simulation..sales tk brapa sgt..

Share this post


Link to post
Share on other sites
ooo...aku masih budak lagi ni..baru ja tingkatan 4..taon depan amek SPM..
walaupepun slamat berjaya kepada bro kita nih penut(kacang lembu).bro penut,codemaster takder ke bincang nak realease game bola2 ke hehehe..kasi lawan pes ngan Fifa ke

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...