rafizy 1 Report post Posted June 4, 2009 Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia adalah diwartakan sebagai Ajaran Sesat. :-1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu.2) Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga.3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.6) Pengikut tarekat mereka sahaja dijamin masuk syurga.7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.::icon_cool:: Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad.10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin.11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma'unah (pertolongan) Allah.13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya.15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad.16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga.17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah melalui Nur Muhammad yang ada dalam dirinya.20) Boleh memanggil roh orang mati dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.21) Memansuhkan Syariah islam dan mengadakan syariat baru.22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk.23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh.24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang.25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain2 boleh memberikan kesan baik atau buruk.26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi.29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat.30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib sesaorang.31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum32) Menghalalkan nikah adik beradik33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan an dosa.34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya.36) Islam sesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya.37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.38) Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi adam turun menurun di dalam badan semua Nabi nabi dan seterusnya ke dalam badan Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat.39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan sahaja.40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat nabi s.a.w.42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat.43) Jika ada kemusykilan dalam satu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat.45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru.46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapapun apa yang terjadi dengan guru dalam bilik itu.47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalu tidak akan ditimpa bala.49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.52) Percaya kepada makhluk makhluk seperti kayu bata dan dan kuasa ghaib.53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru tarekatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya.54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita wanita yang diminati oleh gurunya.55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.56) Ibadat sembahyang berpada dengan "niat" (terlintas dihati) sahaja.57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat.59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna.60) Islam itu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.bagi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan mana mana perkara di atas segeralah bertaubat "NASUHA" Quote Share this post Link to post Share on other sites
teri-chan 5 Report post Posted June 5, 2009 wah panjangnya!! walaupun bila dibaca jelas kita tau menyesatkan.. tapi ramai yg tak dapat membezakan antara ajaran sesat ke ajaran yg sebenarnya Quote Share this post Link to post Share on other sites
sharul_1 3 Report post Posted June 5, 2009 tu la pasal...tapi bila aku baca mastika dah lupa dah keluaran bila...ora yang ada title ustaz pun bleh terlibat dengan gay...ajaran sesat.pastu yang pasal cite ayah pin ni kebanyakan pengikutnya orang yang berpendidikan tinggi..berpangkat...tapi mudah terpesong lagi... Quote Share this post Link to post Share on other sites
Wan G-Han 2 Report post Posted June 5, 2009 sharul ko tak pegi sembahyang jumaat yer.. hahaha ::icon_cool:: Quote Share this post Link to post Share on other sites
sharul_1 3 Report post Posted June 5, 2009 musafir hehehe... ::drunken_smilie:: baru sampai johor..anak sedara aku nak bersunat.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
sharul_1 3 Report post Posted June 5, 2009 ko pun musafir jugak ke wanjihan? Quote Share this post Link to post Share on other sites
Wan G-Han 2 Report post Posted June 5, 2009 aku? ntah la.. mls kot. hehehe... Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted June 5, 2009 wanjihan wrote:aku? ntah la.. mls kot. hehehe...itu pun ada ciri ciri ajaran sesat nie.... he he he.. ::icon_razz:: Quote Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted June 5, 2009 TJ-Ariff wrote:wanjihan wrote:aku? ntah la.. mls kot. hehehe...itu pun ada ciri ciri ajaran sesat nie.... he he he.. ::icon_razz::bukan ajaran sesat TJ,tapi dia sendiri sesat kehkehkeh... Quote Share this post Link to post Share on other sites
the_ultimatez_najman 0 Report post Posted June 5, 2009 larat bce smpai 40 jer Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted June 5, 2009 loy_azloy wrote:TJ-Ariff wrote:wanjihan wrote:aku? ntah la.. mls kot. hehehe...itu pun ada ciri ciri ajaran sesat nie.... he he he.. ::icon_razz::bukan ajaran sesat TJ,tapi dia sendiri sesat kehkehkeh...huuu... buat nya diajarkan kepada orang lain atau pun anak anak, tak ker jadi ajaran sesat... ha ha Quote Share this post Link to post Share on other sites
Wan G-Han 2 Report post Posted June 5, 2009 hampeh... aku lak yg kena. hahaha Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted June 10, 2009 nk tnya eh nape Sisters in Islam diaorg tak haramkan or masukkn kategori dlm ajaran sesat? Quote Share this post Link to post Share on other sites
BasicCX 27 Report post Posted June 10, 2009 Ya, SIS tu boleh kata ajaran sesat juga sebab diorang mengajar orang bertentangan dengan perintah Allah di dalam Al-Quran dan Hadith.Pasal tak haramkan, tanya pemerintah sebab tak gunakan majlis ulama untuk tentukan keputusan. Jangan menyesal bila akhirat nanti mereka berlepas diri daripada kita.Maksudnya : "Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : †Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kamiâ€. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka." (Ayat 166- 167, Al-Baqarah) Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted June 10, 2009 ada tak ciri ciri dalam SIS tu termasuk dalam 60 diatas? Quote Share this post Link to post Share on other sites
BasicCX 27 Report post Posted June 10, 2009 TJ-Ariff wrote:ada tak ciri ciri dalam SIS tu termasuk dalam 60 diatas?57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.Kebanyakan ahli SIS hanya menggunakan/menerima logik semata-mata untuk mempertahankan ideologi mereka. Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted June 10, 2009 BasicCX wrote:TJ-Ariff wrote:ada tak ciri ciri dalam SIS tu termasuk dalam 60 diatas?57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.Kebanyakan ahli SIS hanya menggunakan/menerima logik semata-mata untuk mempertahankan ideologi mereka.bole bagi contoh yg kukuh ?tapi kalau betul macam tu... patut di haramkan pertubuhan tu.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
BasicCX 27 Report post Posted June 10, 2009 TJ-Ariff wrote:BasicCX wrote:TJ-Ariff wrote:ada tak ciri ciri dalam SIS tu termasuk dalam 60 diatas?57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.Kebanyakan ahli SIS hanya menggunakan/menerima logik semata-mata untuk mempertahankan ideologi mereka.bole bagi contoh yg kukuh ?tapi kalau betul macam tu... patut di haramkan pertubuhan tu..Sebagai contoh ketika fatwa Yoga diharamkan bagi umat Islam. SIS membuat kenyataan dengan menyoal seperti berikut:'Menurut SIS, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti bahawa terdapat individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. "Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" kata Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi.' - Petikan Lihat betapa ceteknya pemahaman mereka mengenai Islam sehinggakan mereka berani merendah-rendahkan keputusan majlis FATWA dan hanya bersetuju jika ianya logik (mempunyai bukti).Kes-kes lain yang bolej dirujuk adalah mengenai isu pengharaman Pengkid oleh majlis FATWA, kes Lina Joy (Isu kebebasan beragama) dan sebagainya. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Phoenixwunin_1 0 Report post Posted June 10, 2009 sharul wrote:tu la pasal...tapi bila aku baca mastika dah lupa dah keluaran bila...ora yang ada title ustaz pun bleh terlibat dengan gay...ajaran sesat.pastu yang pasal cite ayah pin ni kebanyakan pengikutnya orang yang berpendidikan tinggi..berpangkat...tapi mudah terpesong lagi...Assalamualaikum Warrahmatullaahiwabarakaatuh...Hakikatnya.. manusia sentiasa perlu kepada elemen rohaniah.Elemen rohaniah memang sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi daripada seseorang individu.Masalah dengan umat Islam waktu ini adalah kita sudah terlalubanyak terdedah dengan prinsip dan ideologi sekular.Fahaman sekular menerangkan dan menekankan bahawa agama dan perkara-perkara lain tidak boleh sama sekali disatukan. Thatis fine at some point kalau westerners (golongan Nasrani danYahudi sendiri amalkan).Dia jadi masalah bila umat Islam mula teringin nak ikut dan'memaksa diri' secara sukarela untuk jadi followers kepada secularisme atas alasan ia teramatlah 'cool and feels greatto follow' hence kelahiran umat Islam zaman sekarang yang lebih mementingkan hiburan dan harta kekayaan semata-mata.Prinsip sekularisme juga mewujudkan satu fahaman lain iaituuntuk maju agama harus ditinggalkan terus. Kita di Malaysianampaknya dah addopt fahaman ini. Mungkin tidak semua tetapimemang ramai yang berpandangan bahawa kalau ikut agama.. mundur!Maka wujudlah golongan professional yang kaya raya dan berbangsa Islam dengan Ferrari F430, Audi R8, Porsche Cayenne, Mazda RX-8, Integra DC5 dan sebagainya dan masing-masing mereka ini mempunyai kerjaya yang sangat hebat dan berpendapatan sampai USD 100,000 sebulan. Golongan yang bawah sedikit pula ada yang bekerja sebagai doktor pakar, pensyarah, arkitek dan pelbagai jawatan lain yang juga professional serta menjanjikan pendapatan sekitar RM 10,000 sehingga RM 50,000 sebulan.Dan segelintir mereka ini memegang teguh prinsip sekular dan menganggap agama tidak patut disatukan dengan kehidupan harian.Tetapi macam dinyatakan sebelum ini, salah satu elemen penting dalam fitrah manusia adalah agama. Mereka memerlukan agama.. kerana tanpanya hidup kosong.Disinilah mulanya mereka menjadi follower ajaran agama yang sesat. Puncanya.. Islam dilihat sebagai 'dah lama dan tidak releven' sementaraajaran sesat dilihat sebagai sesuatu yang lebih cool dan tentu sekalilebih baik.Ada juga prinsip agama-agama itu yang sengaja diputar belit supayasesuai dengan kehendak golongan professional ini. Supaya halal apa yang haram bagi mereka so that they will feel good about havingreligion.Sebagai contoh.. nak sembahyang tak payah pergi ambil wuduk. Dengan niatsudah memadai. Kononnya memudahkan bagi golongan macam ini.. maka suka hatilah mereka untuk mengikutinya.========================================Kenapa masalah seperti ini mula muncul?Kerana kita semua terlalu lalai dan mengabaikan segala yang penting didalamagama kita.Kita kata kita cintakan agama. Kita sibuk bergaduh tentang isu wahabi, syi'ah,dan sibuk mengharamkan kitab-kitab yang jemaah Tabligh guna dengan bermacam alasan macam hadis palsu dan da'if lah dan sebagainya.Tapi dalam masa yang sama kita tak menunaikan tuntutan agama yang hak dan penting. Paling kritikal adalah solat jemaah. Solat berjemaah adalah salah satu kunci kejayaan umat Islam.Kita fikir sekadar solat dan menunaikan yang wajib sudah memadai. Kemudiansibuk bergaduh di sana sini pasal isu-isu yang rata-ratanya sipi-sipi belakaberkenaan Islam.Tetapi tak ramai pun dikalangan kita yang cuba untuk menegakkan amalan-amalanyang sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama seperti solat berjemaah dan berzikirmengingati Allah setiap hari.Islam sangat susah untuk bangkit sekiranya perkara-perkara ini tidak di perbetulkanterlebih dahulu.Yang seronok tu... orang yang sama yang sibuk mempersoalkan ke'da'ifan dan kepalsuanhadis-hadis yang jemaah tabligh guna.. sibuk menuduh orang itu wahabi orang ini wahabidan berbagai lagi... dalam masa yang sama, sembahyang pun di akhir waktu. Tudung pakaitapi baju seksi nampak aurat.Macam mana Islam nak berkembang.Saya sekadar mengutarakan contoh sahaja... yang datang dari pemerhatian dan pemahaman saya sendiri berdasarkan apa yang berlaku didalam negara kita. Hakikatnya... situasi Islam dalam negara kita dah terlalu kritikal. Artis-artis di biarkan bermaharajalela... setiap yang haram mula dihalalkan... dan mula muncul ustaz-ustaz yang lebih memandang dunia berbanding akhirat. Bila ditanya.. mereka menjawab "Islam tidak menghalang kita mencari rezeki dan mengejar dunia".Memang Islam tidak melarang mencari rezeki... tetapi bukan secara ekstrim sehinggaterabai agama.========================================Dalam hal ini hanyalah Allah S.W.T sahaja yang boleh membantu kita.Sesungguhnya bantuan Allah S.W.T itu hampir.. tetapi yang penting kita perlulah kembalidan berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Dan banyakkan berdoa.Carilah semula nur yang telah mula melenyap dari hati kita. Tak susah nak mulakan.Cuba kita pergi dan mula dengan bersembahyang jemaah. Kalau tak dapat setiap waktumaghrib dan isya' pun jadi la.Kemudian banyakkan zikir dan mengingati Allah S.W.T. Kalau rasa berat nak buat... cuba banyakkan baca hadis-hadis berkenaan fadhilatsesuatu amalan itu.Mungkin ada yang akan kata bahawa kita kalau nak beramal tak boleh mengejar fadhilat.Kerana mengejar fadhilat itu salah.Pada saya.. tidak ada salahnya.. kerana sememangnya fitrah manusia menginginkan sesuatubalasan daripada amalnya. Dan kerana itulah Allah S.W.T menjanjikan syurga kepada merekayang beriman.Kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan rahmatNya. Tetapi bagi sesetengah orang yang nakbermula mungkin sukar kerana kita ini sebenarnya beriman dengan perkara yang ghaib.Kita umat manusia hebat kerana beriman dengan sesuatu yang ghaib. Kita tak nampak Allah S.W.T,Syurga, neraka, malaikat dan sebagainya tetapi kita yakin adanya perkara itu.Tanyakan saja pada semua umat Islam.. mereka pasti menjawab mereka percaya wujudnya perkara-perkara itu. Tetapi tidak ramai yang beramal dan betul-betul menunjukkan bahawa mereka mempercayainya.Cuba lihat beberapa fadhilat yang baik dan bagus dan lebih bersifat akhirat. Hayati dan amalkan.Insya'allah bila banyak amalan sunat yang kita lakukan.. kecintaan kita yang hakiki kepada Allah S.W.Takan mula timbul dengan izin-Nya kerana tiada sesiapa yang melakukan amalan sunat melainkan semakin hampir dia dengan Allah S.W.T.Insya'allah dengan izinNya kita akan dapat menjadi umat Islam yang sejati sebagaimana para sahabatRasulullah S.A.W yang mencari keredhaan dan rahmat Allah S.W.T dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.Dan insya'allah kita akan dapat memperbetulkan segala huru-hara dan haru-biru yang terjadi dikalanganmasyarakat Islam zaman sekarang yang terlalu mementingkan harta benda melebihi agama.Tetapi dalam mencari yang sunat jangan kita sesekali meninggalkan yang wajib.Jangan kerana mengejar tali untuk mengikat kuda, kuda itu sendiri dilepaskan.Jangan sesekali jadi macam itu.========================================Semua yang buruk itu datangnya daripada saya dan yang baik itu datang daripada Allah S.W.T.Jika ada salah silap saya mohon maaf dan saya juga memohon diperbetulkan. Semoga Allah S.W.Tmerahmati kita semua dengan rahmatNya yang meliputi seluruh langit dan bumi.Wa'llahualam. Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted June 15, 2009 BasicCX wrote:Ya, SIS tu boleh kata ajaran sesat juga sebab diorang mengajar orang bertentangan dengan perintah Allah di dalam Al-Quran dan Hadith.Pasal tak haramkan, tanya pemerintah sebab tak gunakan majlis ulama untuk tentukan keputusan. Jangan menyesal bila akhirat nanti mereka berlepas diri daripada kita.Maksudnya : "Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : †Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kamiâ€. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka." (Ayat 166- 167, Al-Baqarah)tue yg memelikkan ana tntg hal nieh bile PAS ketengahkan pasal SIS untuk diharamkan dlm majlis FATWA,kerajaan halang sbb demoraksi...apebende nieh..?nieh hal agama beb...?nieh yg aku hangin....aduh...SIS dah makin mengular skrg..lagi2 ibu tunggal.... Quote Share this post Link to post Share on other sites
naza_1 0 Report post Posted June 15, 2009 tu la pasal bro ...teman dah lame dengor pasal SIS nih...tapi teman cakap2 orang tak pecaye dengan menatang SIS nih...ade yg lagi hebat tak tau pon kewujudan menatang SIS...kalo tak tau menatang sis ni ade kat muka bumi nih...cam ne nak tau ape yg sis nie 'pejuangkan'...dunia akhir zaman dah ... ::icon_study:: Quote Share this post Link to post Share on other sites
TJ-Ariff 40 Report post Posted June 20, 2009 Kesimpitan didalam pemikiran sesetangah orang Islam ini amat merugikan Islam sendiri, sehinggakan ajaran Islam dapat diracuni dengan begitu mudah.Malas belajar dan mendalami Islam adalah salah satu sebab mengapa sesetengah orang Islam mudah terpadaya dengan dakyah yang bertopengkan atas nama Islam. Quote Share this post Link to post Share on other sites
fiza_cute 0 Report post Posted June 20, 2009 nau'zubillah..moga kita ditempatkan di kalangan org yg mendapt petunjuk..amin.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
BasicCX 27 Report post Posted June 22, 2009 Salam,Ini yang terbaru mengenai SIS. Cuba menyebarkan fahaman Islam yang salah melalui buku. - http://malaysiakini.com/news/106950 Quote Share this post Link to post Share on other sites
mon678 48 Report post Posted June 24, 2009 SIS nieh ibarat duri dlm daging...lagi diorg dapt bergerak bebas setelah kerajaan bagi ticket "demoraksi"..ceh Quote Share this post Link to post Share on other sites