Jump to content
Sign in to follow this  
kindaichi_hajime

Subjek SPM Dihadkan Kepada 10 Subjek.Setujukah Anda?

Recommended Posts

??????????? wrote:
sementara_waktu wrote:baiklah encik ???????????.... my bad.
I hope I don't offend u by my statement.. :-\


none taken. no worries... cheers ::icon_biggrin::

belle wrote:hurm lg satu..kalo boleh saya nk mintak anda2 semua fikir2kan nasib sbjek2 yg tidak termasok dalam list high demand for scholar..adakah subjek2 tersebut sudah tidak relevan untuk diajar/dipelajari semata-mata pelajar perlu mengutamakan subjek2 yg diperlukan untuk mendapatkan scholar..


good point. ::icon_flower::

Share this post


Link to post
Share on other sites
sape punye idea sebenarnye had kan kepada 10 paper?.. Actually, bukan ramai pun student boleh amek paper banyak2.. Berapa ramai sebenarnye yang dapat lebih dari 10 A dalam SPM?.. Ada cecah 10,000 orang tak?..

Aku tak nampak langsung kebaikan hadkan student amek paper ni.. Sepatutnya student tu sendiri boleh ukur kemampuan diri masing-masing nak amek brape paper.. Dah la kuantiti paper tu banyak.. Nak faham subjek untuk setiap paper lagi.. Nak ingat/hafal rumus untuk exam.. Nak faham konsep.. Hish..

Tapi kalau ada yang betul2 genius sampai leh amek 20 paper, biar laa.. Apa yang kita nak dengki dengan dorang?.. Sebab takut persaingan nak masuk Universiti?.. Kamon laa.. Rezeki Allah tu tetap ada...

Kalau kat Universiti, ada had bilangan unit/kredit untuk satu sem.. Maybe 20-24 jam kredit setiap semester.. Tapi Universiti lain dari sekolah.. Kat sekolah, hampir semua bersuap.. Kat Universiti, hampir segala ilmu kena carik sendiri ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Betul tu ,kat universiti kalau takde buku teks , rujuk internet , library,member power memang susahlah .Masa sekolah semua ada dalam satu buku rujukan SPM tu . ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku setuju sesgt dgn ncik ?????????... kebnyakkan yg genius 1 subjk hnya akan genius masa sekolah/belajar jek, pastu 'genius' bab lain yg menyimpg dr hidup manusia sebenar..tapi pelajar yg terbaik lam spm still terbaik hgga hari ini. insyaallah...so, kesimpulannye tak perlu la nak sekat2 bebudak nieh nak blajr...biarkan mrk tuntut ilmu sebnyak yg mrk nak...
ilmu yg baik jgn la di sekat2...ilmu yg tak baik tu patut di sekat...
alasan nk sekat amik lebih sploh sbjk dalam spm adalah kerana biasiswa. tak berapa logik la alasan tu... masih boleh di pertikaikan... lain kali kalo nak had2 kan cam nie cari la alasan yg logik, fantastik n bombastik sikit...jgn alasan plstik...
(mgkin semakin dekat dengan kiamat, benda baik nak sekat2,benda tak senonoh di biar jek..) ::icon_study::
waallahu'alam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Betul tu cik naza.

Sekarang ni negara kita sedang sibuk nak hapuskan mat rempit (sekarang: samseng jalanraya), peragut dan sebagainya yang rata-ratanya dilakukan oleh remaja.
Terbaru dalam akhbar semalam, ada pelajar sekolah mensia-siakan musim cuti sekolah ni dengan menyamun. Pastu kena tangkap, memalukan mak bapak.
Kenapa? Sebab tak banyak kerja rumah. Di sekolah ambil 10 subjek jer. Tak banyak nak kena study macam budak yang ambil lebih dari 10 subjek. Cuti 14 hari, rata-rata 1 hari study 1 subjek, ade baki lagi 4 hari untuk disia-siakan...oleh itu mari menyamun.

Sekarang nak dihadkan pula supaya semua pelajar cuma boleh ambil 10 subjek. Maka budak-budak yang patut boleh manfaatkan 14 hari untuk study 14 subjek, sekarang ada masa terbuang selama 4 hari sebab hanya boleh ambil 10 subjek nett.

Dalam pertandingan lumba lari. At the end of it siapa yang keputusannya bagus dapat hadiah wang tunai.
Kita tahu kita boleh lari 100 meter seminit. Kawan-kawan yang lain mampu 90 meter seminit.
Penganjur pertandingan tiba-tiba tetapkan dalam pertandingan ni kita hanya dibenarkan berlari tidak lebih dari 90 meter seminit.
Adilkah?

Jom relate kepada SPM:
SPM itu pengukur kebolehan pelajar. At the end of it siapa yang keputusannya bagus dapat hadiah biasiswa.
Kita tahu kita mampu ambil lebih dari 10 subjek. Kawan-kawan lain mampu ambil 10 subjek.
Kementerian Pelajaran tiba-tiba tetapkan dalam SPM kita hanya dibenarkan mengambil tidak lebih dari 10 subjek.
Adilkannn?

Share this post


Link to post
Share on other sites
budak2 ni kalau nak buat benda tak elok bglah banyak mana pun keja umah atau subjek tapi kalau takde pemantauan ibu bapa jadi jugak.kalau tgk balik subjek banyak pun tetap berlaku kegiatan tak bermoral,dolu2 matapelajaran sikit takde pun masalah ni,so kesimpulannya masalah remaja bukan sebab matapelajaran yang sedikit,sekian.

P.S aku dulu byk keja umah pun leh pegi merayap..last minit baru buat...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dulu keadaannya lain bro loy.
Sedangkan dalam dunia komputer pun banyak update-update dalam sistem operasi.
Sebab? Banyak ancaman baru.
Gitu juga dunia pendidikan.
Perlu ada update, kita tak boleh berada di takuk lama.
Sebab? Banyak ancaman baru juga. ::icon_smile::

Share this post


Link to post
Share on other sites
had maksimum 10 subjek adalah langkah mengundur kebelakang,kenapa n apa objektif sebenar kerajaan buat mcmnh?alasan biasiswa?hahahaha.,.,xkukuh pun,boleh di patahkan hujah tu dgn mudah,sebab alasan yg rapuh. Adakah kita hendak menyekat kebolehan dan kemampuan pelajar tersebut?kita tahu level kita dimana,mcm ??????????? ckp td kn.tidak adil orang yg boleh belari 100min seminit terpaksa patuh dgn kemampuan org lain yg boleh berlari 90meter seminit.Kalo cmtuh bek tak payah buat pertandingan kn.

Lebih baik kerajaan buat dasar/ cari kaedah dan silibus yg bersesuaian dengan peredaran masa.Tidak perlu membuat sesuastu arahan & dasar mundur kebelakang.Asalnya hendak memastikan pelajar nh betol2 kompetan & berkebolehan didalam 10 subjek?kalo thn depan 20,000 pelajar dapat 10'A1 mcmna?penempatan IPTA?tidak banyak yg berjaya ( ikut logik dan kemampuan kapasiti kan ).Sudah tiada zon selesa & peluang pelajar yang berjaya mendapat 10'A1 sebab pastinya banyak pelajar lain yg mendapat keputusan yang sama.

Share this post


Link to post
Share on other sites
betul tu .. budak2 sekolah agama misalnya.. diorang minat bidang agama so nak pelajari ilmu alquran sunnah, syariah, b. arab tinggi, b. arab komunikasi.. dll.. dan pada masa yg sama minat juga dgn ilmu2 sains.. so akan ambil juga add math, fizik, kimia, bio dll.. kan bagus kalau dpt lahirkan jurutera, doktor or saintis islam yg lebih ramai.... mcm adik madihah tu.. insyallah..
cendikiawan Islam dulu pun ramai yg bagus kedua2 bidang ilmu dunia dan akhirat,.. alasan biasiswa tu mmg tak kukuh la utk hadkan subjek kpd 10 jer..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Fizi wrote:betul tu .. budak2 sekolah agama misalnya.. diorang minat bidang agama so nak pelajari ilmu alquran sunnah, syariah, b. arab tinggi, b. arab komunikasi.. dll.. dan pada masa yg sama minat juga dgn ilmu2 sains.. so akan ambil juga add math, fizik, kimia, bio dll.. kan bagus kalau dpt lahirkan jurutera, doktor or saintis islam yg lebih ramai.... mcm adik madihah tu.. insyallah..
cendikiawan Islam dulu pun ramai yg bagus kedua2 bidang ilmu dunia dan akhirat,.. alasan biasiswa tu mmg tak kukuh la utk hadkan subjek kpd 10 jer..


hujah yang baik,dh boleh patahkan alasan had limit SPM

Share this post


Link to post
Share on other sites
kalau sekolah agama setahu aku dikecualikan.benda ni bukan ape,bukan nak menyekat kreativiti budak2 namun ianya untuk mereka betul2 fokus pada mata pelajaran yang betul2 penting,namun aku stuju kalau limit 12 mata pelajaran.
tak perlulah berlumba2 nak kejar 12A - 20A,yang penting agar lebih ramai pelajar dibandar mahupun luar bandar dapat fokus pada mata pelajaran Core atau teras.
kalau dibandar bolehlah mereka mengulangkaji atau mengambil kelas tambahan mata pelajaran yg mereka ambil,namun kalau diluar bandar berapa byk tempat2 untuk mereka mengambil kelas tambahan? kalau ada pun berapa ramai mak ayah yang sanggup menghantar anak2 mereka ke kelas tambahan,tambahan pula keadaan ekonomi yang tak berapa nak stabil ini?ini semua perlu diambil kira...
bukan apa yang kita banggakan,namun apa yang akan kita jadi pada masa akan datang.
Fokus paling penting...!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
ape yg ncik ????????????? kate n ncik toyo ckap mmg betul...
agaknya dunia dah nak kiamat..akhir zaman semakin dekat...
had2kan matapelajaran mmg langkah mengundur ke belakang... alasan biasiswa mmg langsung tak releven..
nenek jiran sebelah rmh aku pon leh pertikaikan...huhuhu

lagi satu nie, korang setuju dengan cadangan k'jaan nak letakkan b.i sbgai sbjk wajib lulus barulah spm di kira lulus...setuju ker?skg kan b.m lulus,maka spm lulus..layak dapat sijil...so b.i pon nak wat cam tu...
u all pikir le sndri... ::fresse::

Share this post


Link to post
Share on other sites
loy_azloy wrote:kalau sekolah agama setahu aku dikecualikan.benda ni bukan ape,bukan nak menyekat kreativiti budak2 namun ianya untuk mereka betul2 fokus pada mata pelajaran yang betul2 penting,namun aku stuju kalau limit 12 mata pelajaran.
tak perlulah berlumba2 nak kejar 12A - 20A,yang penting agar lebih ramai pelajar dibandar mahupun luar bandar dapat fokus pada mata pelajaran Core atau teras.
kalau dibandar bolehlah mereka mengulangkaji atau mengambil kelas tambahan mata pelajaran yg mereka ambil,namun kalau diluar bandar berapa byk tempat2 untuk mereka mengambil kelas tambahan? kalau ada pun berapa ramai mak ayah yang sanggup menghantar anak2 mereka ke kelas tambahan,tambahan pula keadaan ekonomi yang tak berapa nak stabil ini?ini semua perlu diambil kira...
bukan apa yang kita banggakan,namun apa yang akan kita jadi pada masa akan datang.
Fokus paling penting...!!!



Sepatutnya berlaku begini wahai pencinta Ilmu....
Menurut Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah, sesungguhnya org yang menuntut ilmu akan berada dalam kecelakaan sekiranya dia mencari ilmu adalah kerana mahu menjadikan dirinya digelar sebagai pelajar terbaik atau semata-mata mahu cemerlang dalam peperiksaan.

kita sebagai umat islam, carilah Ilmu macam2 ats dunia ni samaada ilmu dunia mahupun akhirat asalkan ilmu tersebut bleh memberi manfaat kepada mayarakat Islam keseluruhannya. mencari ilmu dunia jgn lupakan ilmu agama begitulah juga sebaliknya.

Jadi, kesimpulan yang bleh saya buat, tuntutlah sebanyak ilmu yg dikehendaki moga2 ia memberi manfaat kita bersama.. InsyaAllah

Share this post


Link to post
Share on other sites
tuntut ilmu sebanyak mana dlm islam itu tidak terhad kepada matapelajaran untuk mengambil peperiksaan sahaja,ilmu ini luas,pergi belajar cara2 hidup tempat lain tu pun ilmu juga.
en. khairudin pun cakap Imam Ghazali kata berada dlm kecelakaan kalau cari ilmu hanya untuk cemerlang,kita kena fokus pada matapelajaran yang akan kita ambil dan disitu kita boleh sasarkan ape yang kita nak ambil subjek seandainya kita berjaya pergi ke menara gading.

Share this post


Link to post
Share on other sites
naza wrote:
had2kan matapelajaran mmg langkah mengundur ke belakang... alasan biasiswa mmg langsung tak releven..
nenek jiran sebelah rmh aku pon leh pertikaikan...huhuhu


kadang2 kita kena berundur sedikit untuk memperbetulkan kembali keadaan,lagi satu nenek jiran rumah anda tu adalah cerita rekaan semata...
bab biasiswa tu tak perlu kena mengena...

Share this post


Link to post
Share on other sites
sape kata 'sekat' nak belajar?
jgn samakan situasi ni dgn zaman kegemilangan islam dulu..
dlu x wujud lg 'pengkhususan' dalam pelajaran...
ilmuan islam dlu belajar ntuk cemerlang dlm hidup dan bukan ntuk cemerlang dlm peperiksaan..
ilmuan islam dlu blajar dan mengkaji ntuk menguasai bidang2 tersebut..
sedangkan sbjek spm hnya belajar,belajar dan belajar...bknnyer mengkaji..
kajian hnya dilakukan pada peringkat university..
kalo nak gne istilah 'sekat belajar',itu salah..
sbb spe larang kite blajar seberapa byk subjek?
krjaan cme nk hadkan jmlah matapelajaran ntuk spm shj dan bukan nk sekat minda mereka..
jika mereka blajar ntuk 'cemerlang dlm spm' itu menunjukkn mereka hnya mahu NAMA...
dimana ada kemahuan,disitu ada jalan...
jd belajar la beratus2 subjek pn...
blom ada akta lg sekat minda org malaysia..

mereka bleh blajar seperapa byk subjek skalipn cme x dimasukkan dlm peperiksaan..
lgpun,sbjek2 SPM hanya belajar ASAS dalam matapelajaran tersebut..
adakah mereka layak digelar SARJANA jika dpt 25A1 dalam SPM??
tentu skali tidak kerana ia hanya asas..
ntuk lebeh advance mereka perlu ambil diploma,ijazah dan seterusnya phd...
ttp adakah mereka nk ambil berpuluh2 phd pada masa akan dtg??
tentu skali mereka akan memilih hnya 1-2 bidang shj..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ilmuan dulu nak cemerlang dalam hidup sebab SPM tak wujud time tu.
Sekarang SPM wujud, of courselah kita nak kejar kecemerlangan dalam SPM tu.
Kalau tak cemerlang SPM, susah nak masuk IPT.
Kalau nak masuk IPT, kena cemerlang SPM.
Jadi sekali lagi of courselah kita hendak cemerlang SPM.

Cemerlang dalam hidup tu apa? Salah satunya apabila diterima masuk ke IPT dan berjaya di menara gading kan?
Tiket untuk masuk IPT tu apa, bukan SPM ek?
Huhuhu.

Bukan salah pelajar kalau mereka belajar untuk mengejar kecemerlangan SPM.
Sebab kecemerlangan hidup bagi tahap pelajar sekolah adalah cemerlang SPM.
Kemudian bila dah masuk universiti, tahap kecemerlangan hidup adalah bila dapat Diploma, atau Ijazah, atau PHD.
Kemudian dah abis semua tu tahap kecemerlangan hidup bertukar pula kepada realiti kehidupan seperti menjadi usahawan berilmu dan berjaya, etc...
Pendek kata, kecemerlangan hidup bukan bererti kecemerlangan SPM.
TETAPI, kecemerlangan SPM membantu kita mencapai kecemerlangan hidup.

Oh ya, saya object statement mengejar kecemerlangan SPM adalah mengejar nama.
Bagi saya itu bukan salah pelajar, tapi salah ibu bapa atau pihak sekolah kerana menguar-uarkan kecemerlangan anak didik mereka kepada akhbar.
Dan akhbar pun bersalah kerana suka mengorek cerita untuk dibuatkan isu hangat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
tapi bukan ker sebab musabab nak had2kan sbjk dlm spm nie kerana biasiswa? ::icon_question::
kalo tak silap aku la...alasan di beri sesiapa yg bnyk dapat A dlm spm akan mendapat biasiswa...so di kurangkan mata pelajaran untuk mengelakkan pljr yg amik 10 sbjk(atau kurang) n dapat 10A tak di'anaktiri'kan kerana kononnya hnya mrk yg dapat bnyk A(10++) saja yg dpt biasiswa...
kalo punye alasan @ sebab yg kuat nak had2kan malah bawa banyak kebaikan di masa akan dtg... fine!
tapi kalo sebaliknya...baik jgn..tkt t 'macam2 ada' masalah yg timbul... ::icon_wink::
tapi yelah kita nie bahaskan mende nie n bagi pandangan masing2 dalam portal ni je...yg wat keputusan k'jaan...suker tak suker kalo dah jadi...ye keter'paksaan' mrk2 yg laluinya... ::fresse::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku lagi bersetuju kalo kementerian nak laksanakan markah lulus SPM dinaikkan dari 50-60,setidakpun 55.AKU amat BERSETUJU cm tu berbanding nk limitkan 10subjek.
Semestinya kadar peratusan akan meningkan ,sebab limit 10 A,sekiranya dinaikkan markah lulus,aku percaya dan yakin,insyallah kita akan lahirkan pelajar yang berkualiti.
MEngundur kebelakang sebab limitkan 10A.,.,huhuhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak hadkan berapa2 aku tak kisah...asalkan dengan alasan munasabah...
bukan saja isu ni, apa2 isu sekalipun...selagi ada rasionalnya, xde hal..pastu jelaskan sebab2 tu bior teghang...jangan kelabu asap...huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
neology wrote:Dengan 10A1-12A1 pun boleh cemerlang ape?xsemestinya 13A1-30A1 baru dikatakan cemerlang..
Tapi masing-masing mahu jadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik?
Antara cemerlang 10A1 dengan cemerlang 20A1, yang mana satu lebih cemerlang?
Antara dapat markah 80 dengan markah 90 yang mana satu lebih cemerlang sedangkan kedua-duanya adalah gred A? :-)

Share this post


Link to post
Share on other sites
??????????? wrote:Ilmuan dulu nak cemerlang dalam hidup sebab SPM tak wujud time tu.
Sekarang SPM wujud, of courselah kita nak kejar kecemerlangan dalam SPM tu.
Kalau tak cemerlang SPM, susah nak masuk IPT.
Kalau nak masuk IPT, kena cemerlang SPM.
Jadi sekali lagi of courselah kita hendak cemerlang SPM.

Cemerlang dalam hidup tu apa? Salah satunya apabila diterima masuk ke IPT dan berjaya di menara gading kan?
Tiket untuk masuk IPT tu apa, bukan SPM ek?
Huhuhu.

Bukan salah pelajar kalau mereka belajar untuk mengejar kecemerlangan SPM.
Sebab kecemerlangan hidup bagi tahap pelajar sekolah adalah cemerlang SPM.
Kemudian bila dah masuk universiti, tahap kecemerlangan hidup adalah bila dapat Diploma, atau Ijazah, atau PHD.
Kemudian dah abis semua tu tahap kecemerlangan hidup bertukar pula kepada realiti kehidupan seperti menjadi usahawan berilmu dan berjaya, etc...
Pendek kata, kecemerlangan hidup bukan bererti kecemerlangan SPM.
TETAPI, kecemerlangan SPM membantu kita mencapai kecemerlangan hidup.

Oh ya, saya object statement mengejar kecemerlangan SPM adalah mengejar nama.
Bagi saya itu bukan salah pelajar, tapi salah ibu bapa atau pihak sekolah kerana menguar-uarkan kecemerlangan anak didik mereka kepada akhbar.
Dan akhbar pun bersalah kerana suka mengorek cerita untuk dibuatkan isu hangat.


sbb tu la aku ckp plajar skarng blajar berorientasikan peperiksaan..mereka beranggpn hnye spm dpt menjamin masa dpn mreka...
tp mereka xsedar brape rmai pelajar cemerlang spm yg gagal ketika di university..

kini rmai juga org yg berjaya xder pn spm mahupun srp...
andaian bhawa kecemerlangan dlm spm dpt menjamin kehidupan adalah SILAP..
hal ini krana,ntuk berjya kite kne ader keseimbangan dari semua aspek...
cntohnyer ntuk berjya sbgai seorng promoter,dier mstilah pndai berkomunikasi...kemahiran ini tiada dlm sbjek spm...
ntuk berjaya sbgai seorg saintis,dier juga mestilah mmpunyai kreativiti ntuk mengkaji bkn berdasarkan teori semata2...
di skola sbjek sains hnya berlandaskan teori smata2...
sbb itula jika berjya dlm spm xsmstinyer berjaya pd peringkat lebih tnggi..

berbalik kpd post aku terdahulu...
subjek2 spm hnye sbgai ASAS atau PERMULAAN sesuatu bidang...
ini ntuk memupuk mint plajar ntuk menceburi bidang yg dminati...
jika amik sme sbjek,mne satu nk plih?
andai amik sbjek sains+perdagangan+pendidikan seni...
pastu plih aliran sains...
ape gne blaja perdagangan dan seni?
masa berlalu dan mereka pn lpe sgalanyer...jd useless...

penah tgk x rancangn "are u smarter than a 5th grader"?
rmai peserta mngatakan mereka dpt A dlm sesuatu sbjek tu pada skola rndah..
tp ble ditnye blk,mereka gagal mnjawab even soalan yg sng...
mereka cme dpt mnjawab soalan yg menjurus kpd profesion mereka...
jd xleh pkai la 'tuntut ilmu smpai kenegeri china' kalo lupe ape yg dipelajari....

sabda Rasulullah "tuntut ilmu smpai ke negeri china"..
ini bermaksd KETINGGIAN LEVEL kite...
bknnyer KELUASAN BIDANG...
china pada masa tu mmpunyai pelbagai teknologi yg menenggelamkan mana2 negara pn..
arab ketika itu cme ader teknologi yg rendah..

Share this post


Link to post
Share on other sites
ye..aku setuju dengan encik kindaichi..kita nk lahirkan professional dalam pelbagai bidang..kita ada ramai pelajar yang berpotensi..bukan semua org genius dalam semua perkara..hampir mustahil..ada yg dlm bidang matematik,fizik,kimia,sastera,psikologi,falsafah dll..

pengkhususan itu penting dari peringkat awal lg...kita xnak negara mampu hasilkan individu yg serba boleh dalam semua bidang tp ilmunya hanya ditakuk yg sama..tetapi kita nak lahirkan byk individu yang pakar dalam sesuatu bidang dengan tahap ilmu yg tinggi..

2 org individu yg masing2 ada kemahiran lebih baik daripada seorang individu yg mempunyai 2 kemahiran kerana 2 kepala memberi lebih byk buah fikiran berbanding seorang..

Share this post


Link to post
Share on other sites
naza wrote:tapi bukan ker sebab musabab nak had2kan sbjk dlm spm nie kerana biasiswa? ::icon_question::
kalo tak silap aku la...alasan di beri sesiapa yg bnyk dapat A dlm spm akan mendapat biasiswa...so di kurangkan mata pelajaran untuk mengelakkan pljr yg amik 10 sbjk(atau kurang) n dapat 10A tak di'anaktiri'kan kerana kononnya hnya mrk yg dapat bnyk A(10++) saja yg dpt biasiswa...
kalo punye alasan @ sebab yg kuat nak had2kan malah bawa banyak kebaikan di masa akan dtg... fine!
tapi kalo sebaliknya...baik jgn..tkt t 'macam2 ada' masalah yg timbul... ::icon_wink::
tapi yelah kita nie bahaskan mende nie n bagi pandangan masing2 dalam portal ni je...yg wat keputusan k'jaan...suker tak suker kalo dah jadi...ye keter'paksaan' mrk2 yg laluinya... ::fresse::


Ya.. aku bersetuju dgn naza..rasanya alasan yg diberi oleh kerajaan ialah biasiswa.. mmg tak relevan utk hadkan subjek.. masih boleh pikirkan lagi bagaimana mekanisma utk pemberian biasiswa secara adil kpd pelajar..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...