Jump to content
Sign in to follow this  
BasicCX

MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA...

Recommended Posts

.:MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA~:.


Assalamu'alaikum...

"Muslimah memang tak guna..???"
Buat sahabat muslimah terutamanya.....
Tetap tenang dan teruskan membaca dengan teliti....=)

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.



7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A



:: Rujuklah Eksiklopedia Larangan Bagi Muslimah sebagai panduan ::

[Ana pun tak ade lagi buku ni..mungkin ade di jual di kedai2 buku agama di Malaysia, di Indonesia..tak tahu la ade ke tak]


*~*Hmm?so..muslimat sekalian, dah terjawab ke ape yg "tak guna" tu....?hehe=)
Artikel ni dijumpai time tengah berjalan2 di website2 kegemaran..tibe2 ternampak 1 tajuk artikel di I Luv Islam yg menarik perhatian...MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA??? Dalam hati ni.."Aih..ape pulak yg tak gunanya...nak kena ni...sabar2.kena tgk isinye dlu.."..hehe. Tengok2..btul la..sekadar tajuk ni..boleh di nilai lebih kepada negatif berbanding positif..sebab tu kena baca isinya..baru tahu ape yang tersembunyi di sebalik tajuk..kalau tak mesti salah faham jadinya..don't judge an article by its title..=) ada 'mutiara' di sebaliknya..
Moga bermanfaat dan menjadi peringatan buat yg bergelar muslimah=)

"Hendaklah mereka (wanita) menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya (auratnya) kecuali kepada
mahram mereka.” (Surah an-Nuur 24: 31)


Kredit: http://abidsakina.blogspot.com/2008/06/muslimah-memang-tak-guna.html

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam.....

Tahniah....semoga MUSLIMAH akan 'tersentap' dengan nasihat2 tersebut....

Apapun, harap read dengan mata hati bukan dengan ikut nafsu....

Terima hakikat bahawa muslimah khususnya di Malaysia ni semakin 'advance'... ::icon_question::

Dan aku dengar orang kata, kalau nak cari MUSLIMAH macam saidatina FATIMAH R. A kena jadilah macam saidina ALI R.A

Moga KITA semua dapat kembali pada LORONG yang betul...amin...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
Lelaki sebagai pelindung wanita semakin kurang..

DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki". (Bukhari dan Muslim)

Ia adalah satu topik menarik yang selalu dibincangkan dalam pelbagai forum kebapaan iaitu seolah-olah kini nilai kelelakian semakin pupus sama ada dari segi bilangan mahupun tanggungjawab. Mengapakah fenomena ini terjadi, apakah puncanya, dan bagaimanakah langkah terbaik untuk mengatasinya? Mungkin ramai yang beranggapan ia membawa maksud bertambahnya bilangan 'lelaki lembut' yang meniru gaya hidup wanita, seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan suatu masa dahulu, atau semakin kurangnya bilangan lelaki di dunia pada masa ini.

Pada hakikatnya yang dimaksudkan ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai 'qowwamun' (pelindung) kepada wanita. Allah berfirman di dalam surah an Nisa' ayat 34: Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Lelaki mendapat dua bahagian lebih daripada kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka, lelaki dikehendaki membayar mahar apabila berkahwin, lelaki dikehendaki menggauli isterinya dengan baik, lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4 orang isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah lelaki diberi kelebihan oleh Allah daripada wanita dalam banyak perkara? Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin perempuan, bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak pula sama kedudukannya.

Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya dan begitulah seterusnya.

Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.

Merujuk kepada matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan perkataan 'qowwamun' yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan baginda tidak menggunakan perkataan 'ar-rijal' yang membawa makna lelaki di dalam bahasa Arab. Maksudnya, golongan lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini.

Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu.

Lihatlah laporan yang selalu dipaparkan di media cetak dan elektronik mengenai moral atau akhlak masyarakat kita, khususnya orang Melayu Islam yang semakin hari semakin tenat.

Peningkatan kes rogol, sumbang mahram, bunuh, samun, ragut wanita, dera isteri, anak dan pembantu rumah, jelas menunjukkan betapa hilangnya nilai serta peranan ramai lelaki di negara ini. Fenomena ini bukanlah merujuk kepada hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina, tetapi disebabkan tidak menjalankan tugas sebagai lelaki yang sebenarnya sebagai pelindung kepada wanita, seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan hadis nabi.

Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.

Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak akan malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang setiap hari. Selain itu mereka tidak akan memukul atau mendera sama ada isteri mahupun anak, tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit manapun masalah yang dihadapinya. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus bilangannya dalam masyarakat hari ini.

Namun, wanita juga turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyamaratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari akan risikonya. Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang kaum lelaki. Pada masa sama, semakin ramai pula wanita yang rela diri mereka dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata, hingga wujudnya golongan Pelayan Pelanggan (GRO) atau pelacur yang dianggap bukan lagi suatu masalah dalam masyarakat.

Media massa berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apa logiknya wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta baru yang hendak dilancarkan? Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari mereka wajib dilindungi, bukan dieksploitasi atau diperalatkan untuk kepentingan duniawi.

Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menyedarkan kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dengan lelaki sebagai pelindung martabat tersebut.

Jika lelaki Muslim sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia wajib menurut perintah Allah. Jika ingin mengikuti perintah Allah, dia wajib patuh ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung terbaik iaitu baginda Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita, terutama isteri baginda sendiri. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung kepada wanita. Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis :

Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud)


*** Moralnya : Islam itu agama yg indah..tak perlu nak saling tuduh menuduh salah siapa bila kemungkaran terjadi. sebaliknya,marilah kita sama2 nasihat menasihati anak2 kita, adik2 n kakak abg kita serta saudara mara kita..bila mereka menyimpang. itulah yang sebaiknya..sama2 mencegah benda yg tak baik dr berlaku. hukun zina sebagai cthnya.. Allah takkan jatuhkan hukum berzina itu hanya pada kaum wanita sahaja atas sbb dia berpakaian mengoda..sebaliknya hukum zina tertulis dalam Al-Quran sebatan 100 kali utk kedua2 pasangan manakala yg sudah bersuami isteri hukumnya disula.. itu tandanya Islam itu adil.Kita sebagai hambaNya sama2lah menjadi apa yg sepatutnya.. moga sama2 mendapat keberkatan.Amin.

Share this post


Link to post
Share on other sites
ryna168 wrote:

*** Moralnya : Islam itu agama yg indah..tak perlu nak saling tuduh menuduh salah siapa bila kemungkaran terjadi. sebaliknya,marilah kita sama2 nasihat menasihati anak2 kita, adik2 n kakak abg kita serta saudara mara kita..bila mereka menyimpang. itulah yang sebaiknya..sama2 mencegah benda yg tak baik dr berlaku. hukun zina sebagai cthnya.. Allah takkan jatuhkan hukum berzina itu hanya pada kaum wanita sahaja atas sbb dia berpakaian mengoda..sebaliknya hukum zina tertulis dalam Al-Quran sebatan 100 kali utk kedua2 pasangan manakala yg sudah bersuami isteri hukumnya disula.. itu tandanya Islam itu adil.Kita sebagai hambaNya sama2lah menjadi apa yg sepatutnya.. moga sama2 mendapat keberkatan.Amin.


Alhamdulillah....

kita semua kena sedar....dan PERUBAHAN mesti dibuat dari rumah..Ibubapa kena jadi contoh pada anak-anak. Bapa mesti ajak dan bawa anak-anak ke surau atau masjid untuk berjemaah, suami isteri kena selalu pesan berpesan antara satu sama lain secara bijaksana, suami nasihatkan isteri dan anak perempuan supaya memakai tudung hatta walaupun di halaman rumah. Bapa harus tegas pada anak-anak...dan tunjukkan TANGGUNGJAWAB anda sebagai bapa, sebagai suami, sebagai anak lelaki...

Segala keruntuhan akhlak yang berlaku jangan tuding-menuding jari pada orang lain...cek diri sendiri..dan Anak-anak hendaklah patuh pada tunjuk ajar ibubapa yang membawa kebaikan..

PERUBAHAN DARI RUMAH...


p/s Saya suka lihat MUSLIMAH pakai stokin bila berjalan...kaki pun aurat kan ::icon_question:: Apatah lagi tempat-tempat lain...Alahai...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
things happen for a reason. and until now, boys will say girls fault, and vise versa. its normal. but then, please back to Quran & Sunnah. and most important thing, see yourself in your own mirror, and you'll know who you are. are we near to perfect? or too far from better?

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku pernah dengar

"perempuan yang baik2 hanyalah untuk lelaki2 yg baik dan begitulah sebaliknya"

so pandai2 lah memilih......

Share this post


Link to post
Share on other sites
ala...diorang tu tak tahu...

terikut2 ngan fesyen dan kawan-kawan...

lagipun..parent sibuk...tak sempat nak tenguk/nasihat anak2 yang membesar

pastu kat ipt...ikut kekawan...

depa ingat...pakai jeans ketat, baju tshirt pastu pakai tudung...kira dah tutup aurat...

Ustaz2 kena turun bagi penerangan...DAKWAH

Share this post


Link to post
Share on other sites
ini semua pengaruh media massa...

kat malaysia nih...klo dilaksanakan hukum hudud untuk Islam ...gerenti ok...

tapi negara kita kan berbilang kaum..

so pengaruhnya susah nk buang..

peranan media massa juga menyebabkan masalah nih semakin teruk...

terutamanya internet dan tv

Share this post


Link to post
Share on other sites
hmm mslh spt ini klu diperdebatkan takkan berpenghunjung...anyway judge urself before others mmg satu ungkapan yg patut digunapakai....aku sbg seorg suami dan lelaki sudah mengabaika byk taggungjwb yg spttnya dilakukan....solat 5 waktu, sosial dan akhlak aku sendiri x betul mcm mana nak didik isteri spy mnjd seorang wanita muslimah...sehingga skrg aku masih berusaha utk mengubah diri aku sendiri agar dpt melindungi wanita yg aku syg dlm hidupku....tp sehingga skrg aku msh x brjaya dan aku berdoa agar satu ari nanti aku akan dpt menjd seorg umat islam yg baik x kira dari segi akhlak, ibadat dan lain2...selagi aku tidak berubah, aku tidak layak utk membandingkan sesiapa maupun isteri dan org2 len trmasuk anakku kerana aku sendiri tidak berubah...wasalam..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam haziqnet,

Untuk mengubah diri kita, mulakan dengan perbanyakkan amalan solat taubat dan rajinkan melakukan solat malam. Cubalah menangis dihadapanNya di atas kesilapan yang telah kita lakukan walaupun tangisan itu hanya dibuat-buat, InsyaAllah kita semua yang ingin memperbaiki diri akan dapat melakukannya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
BasicCX,aku rasa tajuk topik ni kena betulkan sikitlah mcm tak enak aje bunyinya,apakata ko tambah atau tukar Muslimah dimurkai bila....,perkara2 yang tidak diketahui oleh kaum wanita...
tu aku bagi contoh aje sebab tajuk topik tu mcm sedikit kasar...
sekadar memberi pandangan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
kae wrote:ini semua pengaruh media massa...

kat malaysia nih...klo dilaksanakan hukum hudud untuk Islam ...gerenti ok...

tapi negara kita kan berbilang kaum..

so pengaruhnya susah nk buang..

peranan media massa juga menyebabkan masalah nih semakin teruk...

terutamanya internet dan tv



AKu rase...
time ni la peranan ibu bapa...
memang kita tak leh halang kemajuan..time anak2 sekarang ni bukan time cam dulu2...tapi peranan kita sebagai ibubapa, abang, kakak? Contoh, kita leh halang atau larang adik, anak kita dari tenguk kartun2 yang mengarut dan ajar anak jadi kurang AJAR cam shincan ke, hagimaru ke dll..

Ke kita yang tonton sama?!...memang time ni korang tak terfikir dan tak terasa (yang BUJANG)...tapi bila ada anak2 kecil cam aku...tak tergamak tenguk depa tenguk tv dengar perkataan yang KURANG SOPAN, artis pakai yang kurang sopan, nyanyian yang entah apa2....asyik2 hiburan......

Alangkah tenangnya hati..bila anak asyik dengar lagu2 yang membawa kebaikan, anak baca al-fatihah...hhuhuhu...syahdu rasanya..

Kalau kita dah tak betul dan tak nak betulkan diri ke jalan yang betul..bila masa pula nak betulkan orang lain...

kalau nak cari isteri macam FATIMAH R.A, kenalah jadi macam ALI R.A..

p/s sekadar beri pendapat...minta maaf...

Share this post


Link to post
Share on other sites
loy_azloy wrote:BasicCX,aku rasa tajuk topik ni kena betulkan sikitlah mcm tak enak aje bunyinya,apakata ko tambah atau tukar Muslimah dimurkai bila....,perkara2 yang tidak diketahui oleh kaum wanita...
tu aku bagi contoh aje sebab tajuk topik tu mcm sedikit kasar...
sekadar memberi pandangan...


bro...

aku rasa la kan...ok je..gempak sikit...

lagipun cam suprise jer...nak tau kena baca...

so bila dah baca..baru faham..

aku rasa la kan..hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam....tahniah dan syabas..suatu topik yang amat mengkagumkan..tapi elok ju andai disertakan sekali tentang mukmin juga yakni lelaki...

pandangan saya..sebenarnya wanita golongan hawa ni,bijak cerdik dan pandai.
berilmu dan berpengetahuan..mana tidaknya,sedari kecil diasuh tentang agama..diajar mana dosa mana pahala..pagi sekolah kebangsaan,petang sekolah agama.ilmu dipelajari makin lama makin menggunung...

bila dewasa diajar itu dan ini.itu salah ini betul.bukan begitu tapi begini...yang itu dulu yang ini hari ini...Al-Quran 3o juzuk khatam habis.nama2 nabi semua dalam kepala,malaikat?sebut saja...

tapi mengapa hal2 yang di atas yang disenarai panjang,bukan senarai pendek berlaku...jika ditanya pe hukum tidak bertudung?dijawab 100 peratus haram.serentak..tapi mengapa tidak bertudung?belum sampai seru katanya..hairan..seru ape agaknya..

tanya lagi..nape suka sangat nak masuk AF tapi bukan AQ..jawabnya,kami tak pandai mengaji,tapi pandai menyanyi...kelakar pulak bunyinya...

hai...dunia makin terbalik..

jom kita sama2 muhasabah diri,
yang ayah nasihatkan anak,
yang suami nasihatkan isteri,
supaya molek dan cantik akhlak,
syurga abadi sedia menanti..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Putera Al-Farid wrote:salam....tahniah dan syabas..suatu topik yang amat mengkagumkan..tapi elok ju andai disertakan sekali tentang mukmin juga yakni lelaki...


jom kita sama2 muhasabah diri,
yang ayah nasihatkan anak,
yang suami nasihatkan isteri,
supaya molek dan cantik akhlak,
syurga abadi sedia menanti..



betul tu..utk berdakwah kearah yg baik..tak wajar salah menyalah ant satu sama lain..lelaki ke perempuan ke..dua2 punya peranan.kpd kaum2 Adam,bantulah para wanita utk berubah..jgnlah asyik nak menyalahkn..berdakwah mmg perlukan kesabaran..

Share this post


Link to post
Share on other sites
dakwah plg bekesan berteraskan tauladan yg berhikmah dan nasihat berhemah

so..repair dri sendri n prepare tego org dgn care terbaik

Share this post


Link to post
Share on other sites
Huh..
Aku ingat muslimah mana la yang tak berguna tu..
Hukhukhuk..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam sahabat2..moga dalam keadaan sejahtera dalam perlindunganNya..
Saya amat yakin forum begini amat baik dan banyak manfaatnya.juga dibaca oleh golongan Adam dan Hawa..
Kita juga tahu bahawa pasangan Adam yakni Siti Hawa dijadikan daripada tulang rusuk nabi Adam..
Jadi hendak memperbetulkan sesuatu yang sedia bengkok amat susah,bimbang andainya rapuh dan patah..
Istilah menegur yang salah,menjadi yang baik terlalu kompleks.kita diajar beberapa cara,pertama menggunakan tangan,kedua teguran yakni lisan dan terakhir doa iaitu selemah2 iman..pilih mana yang termampu..
Saranan saya,ayuh kita senaraikan nama wanita2 srikandi Islam yang hebat agar dijadikan contoh serta teladan seperti saidatina khadijah..
Dari situ,kaum Hawa mendapat sedikit tonik semangat bahawa mereka sebenarnya hebat dan Allah memandang tinggi pada wanita2 yang bertaqwa..
Jadi:
Mulakan niat mengatur langkah,
Perintah rasul jadi amalan,
Sujud dan patuh kpd Allah,
Syurga hakiki jadi jaminan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
mmg la gempak tapi kena faham sensitiviti kaum hawa...tak percaya?tgkquraisya pun dah komen tajuk tu kurang sesuai...

Share this post


Link to post
Share on other sites
walaupun kita kaum adam ..tapi kita mestilah hormat kaum hawa...

tukar jer tajuk tu kepada.. kaum hawa zaman sekarang ::lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam semua...

Memang support sepenuhnya content nih...
Tajuk pun surprise... ::icon_smile::

Teguran sebegini perlu 'keras' sekali-sekala... dalam Al-Quran pun Allah menegur hambanya ada masa keras dan ada masa lembut...

Walaubagaimanapun berhikmahlah di dalam teguran. ::icon_biggrin::

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...