Jump to content
Sign in to follow this  
Sir Pyan

Kaedah menonton TV ke monitor PC anda

Recommended Posts

Assalamualaikum & salam sejahtera. Atas demand yang boleh dikatakan bertambah jugak, aku terpanggil untuk menyediakan tutorial ringkas ni. Kat forum asal dulu dah ada, tapi ni kira ulang cetak ler kiranya, he he he...

Ada yang bertanya cara-cara untuk menonton dan merekod rancangan TV ke PC, ada juga peminat game konsol yang nak tau cara bermain game konsol menggunakan monitor PC dan bukannya TV, serta merekod permainan mereka untuk dikongsi rakan-rakan dsb. Ada beberapa cara, tapi ni cara yang aku tau dan biasa guna, jadi aku kongsilah cara ni. Cara ni menggunakan USB TV Tuner, iaitu satu external hardware yang boleh dibeli di premis berkaitan.

=========================================================================

Apa yang anda perlu ada:

1. PC ler - PC kalau boleh yang ok ler spec dia, boleh buat kerja-kerja multimedia ringkas, kalau spec rendah sangat pun sakit jugak takut lembap.

2. TV Box - Aku pun tak tau apa nama sebenar hardware ni, jadi aku panggil je la TV Box. Hardware ni ler yang diperlukan untuk transfer signal dari TV ke PC anda. Jenama ada banyak jenis, tapi yang aku biasa pakai yang ni lah, Gadmei TV Box UTV330 :



Yang jenis ni, support soket signal aerial TV yang biasa tu:


dan jugak support output AV kabel composite yang ada 3 warna tu (merah, kuning, putih):


Cara-cara pemasangan:

Diagram ringkas camni ler lebih kurang:



1. Cucuk AV kabel composite atau TV aerial kabel kat belakang TV Box tu.
2. Pastu dari belakang TV Box tu ada lagi satu set kabel yang akan disambung ke soket USB kat PC.
3. Cara-cara install boleh rujuk kat CD yang diberi sekali masa beli TV Box tu, driver, software semua patut dia dah bagi sekali dalam CD tu, so ikut je lah.
4. Lepas install tu ada ler benda-benda nak kena set sket, frequency TV ke, input output, interface dan sebagainya. Tapi tu mungkin aku terangkan lebih lanjut nanti.

=========================================================================

Jadi, ni ler cara yang aku biasa guna. Kalau ada sesiapa ada info lain atau maklumat tambahan dan sebagainya boleh ler kongsi. Kalau ada sebarang pertanyaan pun dipersilakan. Sekian terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Yang jenama Gadmei UTV330 macam kat atas tu harga seratus lebih. Kalau kat website Lelong dalam RM130+. Yang jenama lain harga pun lebih kurang jugak. Kiranya semua sekali harga sekitar RM120 - RM200.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Alang2 Sir Pyan bukak thread ni,nampak cam pakar jer..nak tanya boleh ? aku punya Tv card leh record siaran tp audio dia tak de.Kenapa ye cik pyan ?

Share this post


Link to post
Share on other sites
sir pyan nak tya skit, tv box tu sebenarnya untuk ape, klau dah ada tv tuner kad perlu tak alat tv box tu, macam samaje fungsinya.

Share this post


Link to post
Share on other sites
benda tu sama je...
tv kad-internal-pci
tv box-external-usb/composite

Share this post


Link to post
Share on other sites
tak semua pelanggan streamyx menikmati internet yang sedap dibuat nonton tv bai.

Share this post


Link to post
Share on other sites
mustahil~~..kalau boleh tengok tv biasa, kemungkinan 99.9% boleh je guna box tu.
lainla cam aku ni tercampak kat tengah2 jengka.tak dapat signal.

Share this post


Link to post
Share on other sites
mosabiro wrote:bro, kalau xde tv box, tp gunakan tv kad buleh x? yg buleh capture video?

Boleh...aku punya TVcard jenis Kworld boleh capture from any source of video cth dari camera, TV, astro etc...harga dalam RM90.00 jer. Boleh connect dari astro decoder ke pc untuk view astro channel...cuma kalau guna antenna pastikan sambungkan ke outdoor antena (cth antena atas bumbung rumah) atau guna booster kalau guna indoor antena

Note: Gunakan S-video cable if available kalau view/capture dari astro decoder..sebab better picture quality..composite cable prone to color bleeding especially red color.


aryala wrote:senang tegok pakai internet settle prob...

x yah nak bli box tv...

emmm ::icon_smile:: tak menyelesaikan semua masalah malahan menimbulkan masalah lagi..internet connection di malaysia still not good....maybe sestengah kawasan internet ok..but kawasan lain tak ok...so internet TV masih belum boleh digunakan sebagai alternatif

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

lagipon tvbox/tvcard tak payah guna line internet..andaikata line prob pon takde hal..tak subscribe intenet pon takde hal..melainkan tak dpt signal je mcm incik razi

Share this post


Link to post
Share on other sites
epi wrote:nk tnye ni...pesal tv kat pc sy xde colour....hitam putih je yg kuar..pe mslh?

Setkan ke PAL system... most tvtuner & capturecard software ada option untuk setkan PAL atau cari option auto detect signal untuk tentukan PAL atau NTSC..

TV kat malaysia guna system PAL...so setkan ke PAL

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...