Jump to content
Sign in to follow this  
Datuk_Seri

Geng - Pengembaraan Bermula (feat Upin dan Ipin)

Recommended Posts

Guest
Hi semua.. saya salah sorang staff Les Copaque. Kalau nak tunggu DVD lama lagi... mungkin 6-7 bulan lepas tayangan... kepada semua peminat, kalau ada masa follow la roadtour GENG. Kat blog ada updates.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku Tak Sengal wrote:penangan upin&ipin.. agak2 bole smpai hollywood tak citer ni??


Tak mustahil kalo filem upin&ipin satu hari nanti jejak kt hollywood...
aku bnyak dapat feedback yg baik dari orang luar ttng animasi upin&ipin...
amat memberangsangkan....ANAK MALAYSIA BOLEH......... ::icon_bounce::

Share this post


Link to post
Share on other sites
mediahor wrote:Hi semua.. saya salah sorang staff Les Copaque. Kalau nak tunggu DVD lama lagi... mungkin 6-7 bulan lepas tayangan... kepada semua peminat, kalau ada masa follow la roadtour GENG. Kat blog ada updates.


wah ada staff LC kat sini. Ni dah kira cantek sgt. blh la sumbang kan sedikit sbyk ilmu kat bhg multimedia tu. LC x der ambk student paktikal ke? rasanya ramai student bidang multimedia kat putera.com ni yg nak cari tempat praktikal tu. Slaughter ko x der banner putera.com ke? kalau ada blh bwk masa ko g alamanda tu nti. letak dkt booth LC mesti famous putera.com lepas nie. Erm kenapa citer Upin n Ipin ni dkt gsc summit subang rm10 hari ni? citer lain aku tgk semua rm7. Citer nie je lain price dia.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku baru nak tengok hujung minggu ni. Dari dulu lagi masa keluar siri kat TV, first impression aku teringat cerita Jimmy Neutron dari segi grafik dia. Memang berkualiti, dah ikut sikit-sikit memang menarik. Salute team LC. Bukan setakat kualiti, aku tengok work environment diorang pun, staff semua nampak sangat passionate, tu yang penting. Voice acting, pergh, memang berbakat besar walaupun bukannya pelakon-pelakon popular. Apa-apa pun, tahniah, dan teruskan kerja-kerja berkualiti korang.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sesape yg ada wallpaper2 geng yg mnarik tu, share2 la skit link nye.. hehe..

Sblm ni search pun dpt yg resolution kcik2 je.. Klau dpt yg resolution 1024x768 pun ok gak..

Dan di dahulukan dgn ucapan trima kasih.. ::icon_cheers::

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku rasa cukup berbangga anak malaysia(kebanyakkan budak2 melayu) dapat menghasilkan filem animasi 3d pertama di malaysia..apa2 pun masa katun upin ngan ipin main kt tb aku x penah miss tgk..huhu apa2 pn mmg layan betul laa..teringat masa zaman kecik2 dulu...mmg saspek abih la kt budak2 yg menghasilkan citer2 cam nie...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum...

umang aih... ramai giler manusia... dah masuk minggu ke dua ni, sold out jugak ek? mau blockbuster cecah juta2 nih... tabik lah Les Copaque!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
nih sebab budak2 mmg suka UPin dan Ipin nih...

tapi orang dewasa pun suka gak...

walaupun nih cerita geng tetapi dgn adenye aura upin dan ipin..citer nih meletup.. ::lol::

Share this post


Link to post
Share on other sites
assalamualaikum...

upin ipin mmg aku slalu tgk episod2 kat tv puasa dulu...animasi les copaque 'geng: the beginning' dulu yg menang kat anugerah filem pendek 2006 kat RTM tu..

teruja jugak nak tgk yg filem nih.. ::icon_bounce::

Share this post


Link to post
Share on other sites
harap2 citer GENG nie ade kuar dlm format blu-ray...biar high definition sket....kalo tgk full HD mesti lg best....biar filem nie filem pertama melayu & malaysia yg ade blu-ray...aku mesti beli yg ori punyerr...cayalah malaysia!! syabas!! btol...btol...btol....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum...

Credit to TechTarik.net

Dengan berani dan bangganya saya ingin mengumumkan bahawa blog TechTarik.net memberikan rating 10 Bintang kepada filem animasi 3D pertama Malaysia iaitu GENG : Pengembaraan Bermula.

Susah saya nak buat review filem ini sebab selepas saya menonton filem ni malam tadi, saya tak dapat cari apakah perkataan yang lebih hebat dari BEST.

Terus terang saya katakan, dah lama sangat saya tidak menonton filem yang sangat kelakar dan menghiburkan dari awal sampai habis seperti filem GENG ini (Memang kelakar tahap kritikal! Percayalah! Bukan macam satu filem tu yang claim lawaknya tahap kritikal, tapi hampeh…). Dapat saya bayangkan, kalau versi Bahasa Inggeris filem ini telah keluar nanti dan filem ini ditayangkan di negara lain, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Walt Disney dan Hollywood pun akan salute dengan filem 3D pertama Malaysia ini!

Kenapa saya bagi rating sampai 10 Bintang kepada filem GENG?

1. Kualiti animasi 3D yang sangat baik! Jika diberikan budget yang lebih besar, saya percaya tenaga kerja Les’ Copaque boleh menghasilkan animasi 3D yang lebih dahsyat lagi. Hidup local talent!
2. Idea yang segar dan kreatif! Jalan cerita filem ini tersangatlah menarik dan mudah untuk difahami. Anda akan terhibur dari awal sehingga akhir filem. Masa saya menonton kat Metrowealth Riverside Cineplex malam tadi, semua orang dalam cinema hall tu dari budak-budak sampai la makcik-makcik dan pakcik-pakcik gelak bagai nak rak! Bila sampai part sedih, semua orang sedih (Ada la sorang awek yang duduk kat sebelah saya malam tadi keluar air mata masa part sedih tu… huhu… ::icon_razz:: ). Melihatkan fenomena itu, dalam hati saya berkata, akhirnya ada jugak filem yang boleh buat semua bangsa, semua agama dan seluruh masyarakat Malaysia betul-betul terhibur (hasil terjemahan dari bahasa Melayu Sarawak ::icon_razz:: ).
3. Antara watak-watak dalam filem ini adalah kembar kesangan rakyat Malaysia iaitu Upin dan Ipin, Rajoo, Oopet, Badrol, Lim, Ros, Tok Dalang, Mak Uda, Muthu, dan lain-lain. Kesemuanya hebat! Tiada hero atau heroin, tiada watak sampingan, kerana semuanya watak penting.
4. Terdapat scene-scene yang mungkin filem Hollywood tak terfikir nak buat! Anda akan terjumpa satu scene umpama Neo (The Matrix) mengelak peluru secara slow motion, tetapi dalam versi Upin dan Ipin. ::icon_biggrin::
5. Yang paling penting, dalam fikiran anda akan sentiasa teringat dan terngiang-ngiang dialog-dialog lucu dari kesemua watak filem GENG walaupun telah 24 jam (atau lebih) anda habis menonton filem tersebut. Percayalah, fikiran anda akan asyik teringkatkan filem ini walaupun telah lama anda habis menonton. Worst case scenario, anda akan terasa untuk ingin menonton filem ini lagi sekali dan tidak lokek untuk menghabiskan sedikit prepaid anda untuk sms dan mempromosikan filem ini kepada kawan-kawan dan saudara mara anda. hehehe…

Dialog yang saya takkan dapat lupa sampai bila-bila dari filem ini:

Ingat Fikir Masa Depan!

Tontonlah filem ini, dan anda akan tahu apa yang saya maksudkan. ::icon_biggrin::


WOW... huhuhuhu.. arrghhh.. biler aku nk tgk nih.... LCP, mintak2 cepat lah kuar dvd ori.. huuhh

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum...

mestilah celupnya, sbb tak tgk lagi.. heheheh.. tp ada credit tu tau.. kepada web asal.. penting tu.. bukan celup sebarang celup... hehehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam..
tabik spring kat diorang! citer upin dan ipin (geng) ni memang best. hehe.. dah lama tunggu hasil karya gemilang cenggini. keep it up! bila nak wat kuar Game Upin & Ipin lak?

Share this post


Link to post
Share on other sites
heheh...nk game plak?? ok gak tu eh...ade gak game melayu...upin & ipin the game....PS2,PS3,xbox 360,wii & PC...hehehe.....

tp mmg citer nie best...dpd watak2 utama,watak sampingan & binatang2 semua pon best...jln citer pon best...bleh lawan madagascar tuu!! caiyok2!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam..
pergh.. madagascar? hehe.. jangankan madagascar, super duper madagascar pun sure
boleh buat kalau dah 1st step tahap kualiti macam ni. congrats!

GENG 2 ni dah plan mcm mana? kalau nak pendapat, sure GENG-GENG PUTERA leh tolong
bagi idea, pendapat, sumbangan etc. kan? kan? kan? betul betul betull

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...