Jump to content
Sign in to follow this  
kurt_yezzed

Kewibawaan Pdrm Tercalar Lagi...

Recommended Posts

KAJANG 22 Jan. - Laporan bedah siasat hospital terhadap Kugan Ananthan, 22, yang mati semasa dalam tahanan polis Selasa lalu disebabkan jangkitan paru-paru berair.

Sehubungan itu, polis menolak dakwaan pihak tertentu sebelum ini yang mengatakan kematian mangsa adalah akibat didera semasa dalam tahanan reman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, laporan mengenai bedah siasat itu dikeluarkan oleh Hospital Serdang malam semalam.

Beliau berkata, laporan bedah siasat itu turut mengesahkan beberapa kecederaan dialami oleh Kugan semasa kematiannya tidak mendatangkan maut.

Mengenai tindakan sekumpulan orang awam yang menceroboh bilik mayat hospital itu kelmarin, beliau berkata, polis akan mengambil keterangan daripada mereka termasuk timbalan menteri.

"Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh untuk melakukan jenayah dan Seksyen 506 kerana membuat ugutan terhadap kakitangan awam," katanya ketika diminta mengulas hasil bedah siasat hospital mengenai kematian Kugan.

Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Lebuh Raya Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2009 di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Beranang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Muhammad Razali Othman.

A. Kugan Ananthan yang merupakan suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan.

Dia bagaimanapun disahkan mati empat hari kemudian selepas muntah-muntah pada pukul 11.30 pagi di Hospital Serdang.

Sehubungan itu, tiga laporan polis dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Subang Jaya oleh peguam, N. Surendran, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan seorang ahli keluarga si mati.

Diminta mengulas tindakan sekumpulan orang awam menyerbu bilik mayat di Hospital Serdang itu, Khalid berkata, tindakan seperti itu adalah tidak patut kerana menganggu tugas pihak hospital.

"Mereka patut bersabar dan beri peluang agar polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Khalid mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sewaktu memandu terutamanya dalam musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

"Saya berharap kempen sebegini dapat mengubah sikap pengguna semasa berada di atas jalan raya, jika tidak, kempen hanya tinggal slogan," katanya.

-Sumber : UTUSAN MALAYSIA-




http://2.bp.blogspot.com/_UXXtCpkeKiA/SXdD...n-nosebleed.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_UXXtCpkeKiA/SXdD...gan-torture.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_UXXtCpkeKiA/SXdT...ugan-wounds.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_UXXtCpkeKiA/SXdT...n-neckwound.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_UXXtCpkeKiA/SXdD...kugan-grief.jpg


Kecederaan si mati ni, macam takde kena mengena dengan penyakit paru-paru berair. Patutnya polis tak layak untuk menyiasat kematian yang berpunca kemungkinan disebabkan oleh polis sendiri. Patutnya diwujudkan satu Badan Bebas untuk menyiasat punca kematian seperti ni. Baru tahu yang hak dan batil. Edited by azuan
jangan link gambar jenis macamni menggunakan tag [img], cukuplah guna [url] sahaja. tq

Share this post


Link to post
Share on other sites
mcm kne dera kt lockup jer.. ph34r.gif
memang sah kene pukul..

walaupun org tu buat salah...
jgn la pkul smpai mati..
mad.gif Edited by mat_tz

Share this post


Link to post
Share on other sites
Masalahnya mamat ni belum lagi diputuskan bersalah atau tidak. Dia cuma suspek. Aku ingat polis malaysia ni dah desperate sgt kot nak selesaikan sesuatu kes. Allahualam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
hmmm.... polis polis.... disebabkan ko ade kuase la rakyat xdpt wat pe2...

ade samun kena report polis gak.. kalu kena tipu or kena pukul ngan polis..???? nak report sape...??? samseng?? ahlong??? Geng mamak???? punk???

hmmm.... polis polis... polis yg bagus tu bagus la.. tp bbanding ngan polis berlagak.. polis kampung baru nak up... polis nak test kuasa.... dah berapa banyak bbanding ngan polis yg betul2 berkualiti....

polis polis... hmmmmm...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Terlebih "siasat" agaknya , mungkin kematian bukan pasal kena dera tapi kematian dia ni menunjukkan ada deraan dilakukan untuk dapat maklumat.Ataupun kecederaan tu membuatkan penyakit paru-paru berair tu jadi lagi merbahaya(aku tak berapa tau sangat pun penyakit paru-paru berair ni)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tugas polis ni tugas yang baik cuma jangan "double standard" ..kalau yang membabitkan polis sendiri banyak sangat dolak dalih..itu yang tak bagus. Polis sepatutnya menjaga keharmonian dan undang-undang bukan melanggar undang-undang yang dijaga. Edited by tasek16

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tgk kat cite gerak khas, polis ni soal siasat suspek macam bagus je. Sikit pun tak sentuh suspek. Paling kuat pun bertekak je lah. Agaknya inspektor Mazlan dgn Puan Aliza je kot yg macam tu. Pttnya, suspek dilayan macam suspek. Jgn lebih2 pulak sampai naik kaki tangan. Tak semua polis macam ni. Ramai jugak yg ok dan bertimbang rasa. Cuma kerana segelintir yg berperangai tak elok ni, yg elok2 pun dapat taiknya skali. Ptuih... dry.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
yg buat bedah siasat tu bersubahat sekali ke sampai report kematian disebabkan paru2 berair? paru2 berair apa kalau mcm tu sekali keadaaannya. konfiden je aku tgk ketua polis selangor hari tu bila dia umum kematian disebabkn paru2 berair. sekali kantoi la plak laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku baru tgk berita ni dlm buletin utama td..mmg sah kena pukul dia ni.....lebam sana sini...dasyat sungguh sape yg pukul dia tu....agak2 la klu nak siasat kes...kdg2 aku rasa ada jugak dikalangan polis sendiri yg tdk ada jiwa kemanusiaan....bkn semua...jgn slh phm....ada beberapa org sj...ramai polis yg baik2 aku jumpa....ini yg jenis kaki samseng jugak kot....

Share this post


Link to post
Share on other sites
kemungkinan ianya kebetulan juga mungkin ada
tengok dari gambar torture, wound dgn neckwound tu pun, cedera dan luka yg tak ke tahap membawa maut.
yg nosebleed tu mungkin kena tumbuk kat muka. kalau separuh hari berdarah hidung tu patut pitam dan polis patut sempat hantar ke kecemasan dan boleh selamat

tapi yg sampai berbuih mulut tu apa sebab?

mcmana ya pdrm kita ni rekrut org baru dia, adakah diorang ambik org2 yg tak bagus pelajaran so tak dapat lanjut pelajaran, pendidikan islam atau pendidikan moral tak lulus, atau lebih teruk lagi, bekas pelajar kena buang sekolah sebab langgar peraturan sekolah?...
teringat cerita lama full metal jacket. umpama org yg baik2, rajin belajar semua lanjut pelajaran, takder yg nak jadi polis. tapi yg kaki buli, jahat kat sekolah pulak jadi polis, dah jadi polis ambik rasuah la, buli org kat lokap la, itu la, ini la... Edited by DRS

Share this post


Link to post
Share on other sites
utk pengetahuan umu la kan...
lagi banyak rekod kes dengan pihak polis (zaman remaja, nakal-nakal)
x kira la curi motor ke, merempit ke (ni feveret dorg utk direkrut) mengintai org mandi ke~
lagi senang utk direkrut jadi konstable...

habis latihan, dpt la badge,
pegi lagi latihan, dapat plak lesen senjata api...
lepas tu tembak2 la mcm dlm counter strike tu~ biggrin.gif

al-kisah~

Share this post


Link to post
Share on other sites
susulan dari kes ni...ader orang mencadangkan
agar meletakkan camera litar tertutup pada setiap bilik siasatan....

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Batista @ Jan 25 2009, 02:20 AM) <{POST_SNAPBACK}>
susulan dari kes ni...ader orang mencadangkan
agar meletakkan camera litar tertutup pada setiap bilik siasatan....


Itu bagus jugak tu. Lagi satu kalo nak soal siasat, biarkan peguam suspek ada sekali sewaktu soalsiasat dijalankan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Adoi...gila2.........sapelah yg blasah dier nih.....mmg malu polis...malu.....rakyat nak percaya kat sapa skang nih.......polis pun dah mcm apa ntah.......huhuhu..~!

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(digitaltech @ Jan 25 2009, 04:15 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Adoi...gila2.........sapelah yg blasah dier nih.....mmg malu polis...malu.....rakyat nak percaya kat sapa skang nih.......polis pun dah mcm apa ntah.......huhuhu..~!


polis yg buat mcm tu mmg mcm polis rahsia GESTAPO dan Kempentai daaa~~

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku harap jangan polis bising
bila balai kena bom cukup la.. masa tu baru tau padan muka

oit polis ambik ni
Edited by the 0ne

Share this post


Link to post
Share on other sites
polis mkn rasuah.....dah skrang nie.....balik2...pow org....kalo yg xbuat rasuah tu pun....kira species yg pupus.....hoho..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tunggu keputusan autopsi kedua. Aku rasa elok kita tak buat andaian terlalu awal, walaupun setakat sekarang cuma Malaysian Insider saja yang dah buat statement pasal keputusan autopsi kedua tu, mana source depa dapat tak tau ler, kat berita NTV7 malam tadi pun dah keluar. Kita tunggu lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku bukan nak defend polis, sebab depam nih pon tau la, banyak penyakit gak. tapi la nih, depa main tembak ja. sebab law ita nih, yelah law buatan manusia..terlalu banyak loophole. kene ngan lawyer hebat, depa terlepas lagik. buat jenayah lagik. satu kerja lagik polis nak tangkap depa balik. nak senang, tembak ja. cakap ja yg penjenayah tuh lepaskan tembakan dulu. bukan ada saksi pon.

pasal mamat nih, ada sikit gray area. sebab selalunya, geng curik luxury cars nih samseng. maybe dia ada ugut polis ke wallahualam. tapi yelah, dia baru suspek, tak patut la polis adi dia sampai camni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...