Jump to content
am_enieyâ„¢

Gerakan Anti-MLM

Recommended Posts

askum, ok kt sini aku kongsi pendapat skit, kt sini aku x berpihak kt mane2 pihak k
jgn slh anggp...

oleh krna page ni sapai 9, so aku x smpt nk baca smua...


sape pernah dgr KING GROUP kat klntn...

KING GROUP merupakan salah satu kumpuln yg mnjln bisnes MLM iaitu LUXOR, kalo aku cpk ni terpulang la nk caya ke x...

+hampir 40++ ahlinya mempunyai kereta bernilai RM100,000 ke atas seperti : EVO 8, LNCER GT, SUBRU IMPREZA, BMW 5 & 7 series, SILVIA DAN LAIN2...

+hampir 100++ ahlinya memiliki kereta RM100,00 ke bwh seperti PROTON, PRODUA, HONDA, DAN TOYOTA (bkk http://www.youtube.com/watch?v=3iJQp-NDYTI sebagai bukti)

+awal2 aku tau LUXOR mcm x caya baru umur 19 dah pakai EVO 8 dan BMW 3series

+setiap hujung bulan mengadakn function di hotel, dewan dan laen2 tmpt sekitr KOTA BHARU

+kesemua ahlinya bekerja termasuk upline dan downline, sbb sblom upline bergaji RM10.000 die kene pastikan downline die bergaji RM8,000

+dlm LUXOR, x pakai prinsip "sape atas die yg kaya" tp pakai prinsip "sape rajin die yg kaya"

+sebagai contoh ade sorng upline ni dh join LUXOR 10 bln tp still pakai 125ZR, tp membe aku br 3 bln dh pakai HONDA JAZZ

+bleh kate 70% yg menyertai LUXOR di kelantn bkn org berada...

+peratus yg berjaya aku x tau...

+kebykan anak org kaya x bermint masuk MLM, aku pon x tau asal...

+aku rase LUXOR x menipu dan x slh kalo nk join, nk tau asal? PM aku... jgn risau, aku x join lg LUXOR...

+kalo ade upline LUXOR kt sini, pleze, PM aku

ok!

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(abow @ Dec 24 2008, 01:35 AM) <{POST_SNAPBACK}>
+sebagai contoh ade sorng upline ni dh join LUXOR 10 bln tp still pakai 125ZR, tp membe aku br 3 bln dh pakai HONDA JAZZ

dia beli honda jazz tu cash ke? kalau cash, tahniah la

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(soulseex @ Dec 24 2008, 08:04 AM) <{POST_SNAPBACK}>
dia beli honda jazz tu cash ke? kalau cash, tahniah la

loan 100 tahun aku pun bole da...

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (abow @ Dec 24 2008, 01:35 AM) <{POST_SNAPBACK}>
askum, ok kt sini aku kongsi pendapat skit, kt sini aku x berpihak kt mane2 pihak k
jgn slh anggp...

oleh krna page ni sapai 9, so aku x smpt nk baca smua...


sape pernah dgr KING GROUP kat klntn...

KING GROUP merupakan salah satu kumpuln yg mnjln bisnes MLM iaitu LUXOR, kalo aku cpk ni terpulang la nk caya ke x...

+hampir 40++ ahlinya mempunyai kereta bernilai RM100,000 ke atas seperti : EVO 8, LNCER GT, SUBRU IMPREZA, BMW 5 & 7 series, SILVIA DAN LAIN2...

+hampir 100++ ahlinya memiliki kereta RM100,00 ke bwh seperti PROTON, PRODUA, HONDA, DAN TOYOTA (bkk http://www.youtube.com/watch?v=3iJQp-NDYTI sebagai bukti)

+awal2 aku tau LUXOR mcm x caya baru umur 19 dah pakai EVO 8 dan BMW 3series

+setiap hujung bulan mengadakn function di hotel, dewan dan laen2 tmpt sekitr KOTA BHARU

+kesemua ahlinya bekerja termasuk upline dan downline, sbb sblom upline bergaji RM10.000 die kene pastikan downline die bergaji RM8,000

+dlm LUXOR, x pakai prinsip "sape atas die yg kaya" tp pakai prinsip "sape rajin die yg kaya"

+sebagai contoh ade sorng upline ni dh join LUXOR 10 bln tp still pakai 125ZR, tp membe aku br 3 bln dh pakai HONDA JAZZ

+bleh kate 70% yg menyertai LUXOR di kelantn bkn org berada...

+peratus yg berjaya aku x tau...

+kebykan anak org kaya x bermint masuk MLM, aku pon x tau asal...

+aku rase LUXOR x menipu dan x slh kalo nk join, nk tau asal? PM aku... jgn risau, aku x join lg LUXOR...

+kalo ade upline LUXOR kt sini, pleze, PM aku

ok!


ko sembang lebih siap dgn berpuluh2 fakta dan mcm2..
hehehe... ok laa aku cuba percaya ko x masuk.. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku setuju dengan pendapat sir pyan... hehehe kalau dah join mlm patut dah tahu yang benda ni bukan setakat duduk2 jer lepas join... kena berusahalah bos... banyak lah mlm di malaysia ni yang ok mcm DCL, mayfirst, Amway, Cosway...etc... semua ni bila dah join kena kerja keras lah... kalau nak anti mlm anti ler... kali yang anti mlm ni penah ikut mlm pastu terbayang kaya terus tapi takda buat apa2... then salahkan MLM... apalah.... mana ada bisnes kat dunia ni bole kaya kalau tak berusaha...

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE
GURUN - Sebulan lalu, Nazri Ismail dinobatkan sebagai seorang jutawan dalam satu majlis gilang-gemilang di sebuah stadium di Shah Alam, tetapi kelmarin dia terpaksa tidur di lokap selepas didakwa atas tuduhan menipu.

Nazri, 34, didakwa di Mahkamah Majistret Gurun atas tuduhan dengan curang cuba menipu sembilan pelabur melibatkan wang berjumlah hampir RM380,000.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahzal Farid Ahmad selepas Nazri ditahan di Kuantan seminggu lalu berkaitan laporan polis yang dibuat oleh sembilan pelabur terbabit di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Nazri yang berasal dari Kampung 10, Sungai Limau, Yan bergelar jutawan setelah berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM500,000 dalam masa tiga bulan melalui penglibatannya dengan sebuah syarikat jualan langsung (MLM).

Dia bukan saja diraikan pada malam 8 November lalu, tetapi wajah dan ceritanya turut tersiar di dada akhbar keesokan harinya dan dijadikan contoh untuk menarik lebih ramai orang menyertai syarikat MLM tersebut.

Ketika dibawa ke mahkamah untuk didakwa petang kelmarin, Nazri diiringi oleh seorang peguam dan beberapa ahli keluarganya.

Sebahagian daripada pelabur yang membuat aduan merupakan kenalan sekampungnya. Mereka turut berada di pekarangan mahkamah.


Sumber Edited by am_enieyâ„¢

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(am_enieyâ„¢ @ Dec 26 2008, 08:10 AM) <{POST_SNAPBACK}>


hehehe... untuk sesapa yang anti mlm terutama org yang start thread ni... ingat kalau nak join mlm jangan setakat join jer tapi mesti keja keras ... kalau dah tau yuran mahal sangat buat apa ikut... takda fikiran langsung lah korang yang anti mlm ni... bila dah tertipu salah kan mlm plak... don't blame the game but blame the players... hehehehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(aspalela @ Dec 26 2008, 09:36 AM) <{POST_SNAPBACK}>
hehehe... untuk sesapa yang anti mlm terutama org yang start thread ni... ingat kalau nak join mlm jangan setakat join jer tapi mesti keja keras ... kalau dah tau yuran mahal sangat buat apa ikut... takda fikiran langsung lah korang yang anti mlm ni... bila dah tertipu salah kan mlm plak... don't blame the game but blame the players... hehehehehe


aku tak penah pun join MLM, yang dipersalahkan adalah 1 = sistem MLM, 2 = top ranked, 3 = players....semua salah. jangan join satu apa pun. PONZI

Share this post


Link to post
Share on other sites
adoi...

aku br x on9 2 hari byk giler pandangan2 dan idea2 yg ditingglkan...

camni arr kite selaku org melayu yg berwawasan 2020....

ape kate sape nk msk die msk, sape x nk sudeh walaupon pada tujuan asal topik ni ialah membenteras GERAKAN MLM...

orite?

Share this post


Link to post
Share on other sites
SALAM..

Tumpang lalu.. Aku tertarik ler ngan geng2 anti MLM nie.. kenapa yer? erm mungkin ada sejarah lampau yang buatkan group anti MLM ni memberontak.. Aku networkers (buat MLM) secara full time.. mungkin aku pun diantikan nanti.. hehehe.. anyway aku just nak kongsi..

Dulu aku makan gaji.. Gaji aku mula dari basic RM700 hingga last gaji aku RM2500... Sebelum tahun 2008, aku dah join hampir 10 syarikat MLM.. macam biasa, aku tak pun berjaya.. macam biasa juga, aku join 10 syarikat tue, sekadar join.. aku tak blaja macam mana nak buat biz secara MLM nie.. Aku tak buat Kira2 utk akaun aku...

On 1st Januari, aku join ngan 1 biz MLM.. jual Ubat kuat.. peringkat awalnya, aku dah frust.. income aku bulan pertama ja Rm118.. so aku balik buat perkiraan, pikirkan.. tapi tak sampai juga nak mikir macam mana nak berjaya dengan MLM (maklumlah, aku nie hamba ja.. so aku buat isthiharah)... lepas ja buat.. aku rasa macam confidance utk jalankan biz MLM.. so aku buka kitab2 MLM yang lama aku.. blaja balik... aku bina 1 website free, aku iklankan dalam forum2, aku iklankan dalam tempaat2 iklan dalam internet.. semuanya without any charge.. hasil yang aku dapat, RM4000 utk bulan kedua, RM8+++ utk bulan ke 3, Rm1++++ utk bulan ke 4 hingga bulan ke 7... lepas tue stop atas masalah dengan KKM... aku berenti keje aku pada bulan JUN 2008..

sekarang aku buat biz lain FnR2u.com.. kat sini pun sama.. 1st month aku gagal.. income aku just RM1k ja.. aku check and perbetulkan teknik, sekarang, income aku tak besar mana.. RM6K ke 7K ja sebulan..

*** kesimpulan yang aku buat..
Kesungguhan. biz nie semua sama ja.. cuba kita berniaga nasi lemak.. tak bersungguh2.. meniaga macam tak nak meniaga ja.. ada ke org nak beli ngan kita? aku pernah berniaga, every week aku tukar appearance stall aku.. sampai org kata, cik ni nak masuk pertandingan gerai tercantik ker?...

Produk. Produk yang kita jual tue mesti berpatutan dengan harga dan unik..

Plan pemasaran. plan pemasaran nie penting, jangan sampai menekan ahli.. win win biz.. mudah dilaksanakan.. adil..

Syarikat. Syarikat jangan pilih syarikat yang tak diketahui latar belakangnya.. sampai nak jumpa boss pun susah..


*** Pada aku, BIZ dengan MODAL besar Cth HI-O, LUXOR, or macam2 lagi nie sebenarnya adalah cara cepat utk BIZ GROW.. Sebenarnya MODAL BESAR, RISIKO BESAR..

aku ader buka thread kat ruangan Business.. BIZ FnR ENERGY WATER TREATMENT.. segala kelebihan dan keburukan aku terangkan dalam tue..

ni no tel aku.. mana tau kot2 geng2 anti nak tepon maki aku 014-3470927

** Last sekali.. kejayaan dalam biz nie bukan atas kerajinan kita berusha saja.. Plan saja.. syarikat saja.. produk saja... sebenarnya kebolehan diri kita juga.. sebab ketentuan Allah tue sebenarnya dah tertulis... anggap saja kegagalan tue sebenarnya adalah ketentuan.. untuk berjaya, kita perlulah muhasabah diri...

Share this post


Link to post
Share on other sites
nak cakap banyak pun xguna gak...dari dok melalut, bek cari jalan penyelesaian. aku pun bukan nak sebelah mana2 pihak, tapi kat malaysia ni banyak MLM yang ok. Diorang pun pakai downline gak tapi business tetap jalan. Product pun laku..Elken, Cosway, Avon...sume nye terpulang pada diri masing2, salah pilih MLM, jawabnye kantoi. Yang dah berjaya, tahniah la. laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
bab org atas yang untung disebabkan org bawah tue.. itu kena kira mcm nie la.. aku kienalkan nko peluang, nko patut bersyukur.. kalau aku tak cerita kat nko, nko tak tahu peluang biz nie.. tapi kalau jadi org atas saja, tak semestinya berjaya... org atas ader kejnya, org bawahan pun ada kerjanya.. sama2 kena buat keje.. kalau takat bayar modal join, tapi tak nak gerak, macam mana nak berjaya... utk group aku, aku akan bayar balik jika org kata dia buat biz nie tak untung or rasa tertipu...

menurut robert kyiosaki.. konsep MLM nie adalah reverse piramid.. Ruang untuk berjaya adalah besar.. cuma usha dan bergerak secara kumpulan.. rajin berusha, pasti akan berjaya.. malah boleh atasi org atasan dia.. keja makan gaji adalah contoh sebenar sistem piramid.. nie robert kiyosaki la yang kata..

Kenapa MLM menjalankan biz secara menaja org?

1. syarikat MLM tidak berbelanja besar dalam bidang pengiklanan.. sebaliknya, peruntukkan utk pengiklanan dibahagikan dalam bentuk bonus kepada ahlinya..
2. Syarikat MLM memasarkan produk. Cth macam Sistem Rawatan Air Bertenaga Nano FnR2u.com. Anda semua boleh beli water treatment kat pasaran luar... dengan harga yang ditawarkan.. cth anda membeli dengan harga RM1+++.. anda beritahu kepada kawan anda, apa yang anda dapat? sedangkan kawan anda pula tertarik dengan produk yang dibeli anda dan turut membeli produk tersebut di tempat yang sama..

** MLM ada satu biz yang menghubungkan jaringan manusia dengan manusia.. bukan sekadar downline dan upline sebaliknya hubungan sesama manusia, sesama insan.. ikatan tue yang perlu dijaga.. jangan buat ibarat ibu ayam yang bertelur, bertelur tinggal.. bertelur tinggal.. ini yang merosakkan bidang MLM nie..

ini sekadar pandangan dari saya.. terpulang kepada anda utk menilai.. jika ada yang menduka citakan, saya minta maaf.. utk bincang mengenai biz FnR sila ke thread saya BiZ Energy Water Treatment FnR kat bahagian business.. @ call or SMS 014-3470927.. insyaallah saya akan terangkan konsep FnR yang saya pasti, belum pernah jumpa berbanding BIZ MLM lain..

Share this post


Link to post
Share on other sites
marilah kita bersama2 istikharah mane satu yg betol ni, mcm aku ckp td, sape nk join, silakan, sape x nk bye2...

aku bkn nk maki atau burukkan bangsa aku sendiri..

tp ade sorng upline MLM yg berjaya ckp "inilah mslh org melayu, x bleh tgk org laen senang..."

aku bkn nk ckp kt sape2, tp itulah hakikatnya, mungkin ade sesetengh org x berjaya sbb salah langkah, tp kalo aku rase dlm 10 org yg msk MLM mgkn 1 org yg x berjaya, secara jujurnya aku memang nk msk LUXOR sbb membe rapat aku sndiri berjaya, tp aku x de modal nk msk...

fitrah alam la sape berusaha die yg berjaya, kalo mls nk wat camne... msk bisnes pe2 pon, MLM ke, jual burge ke, kalo dh mls korek idung je la yg mampu...

aku rase mslh ANTI-MLM ni bkn mslh baru, lame dh bende ni berlaku, mcm kt kolej aku ade sorng senior buat MLM pakai BMW 5 series kene kene parking kete die kt luar kolej atas arahan pensyarah sbb pensyarah just pakai MyVi

aku mntk maaf la kalo bende yg aku ckp ni ade menyinggung mane2 pihak...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ape pndpt korg tntng business seramik plak....mlm gak nie...mmbr aku tarik masuk nieh...modal rm900...bulan dpt rm1000.....pastu tolak rm900 buat modal....akn dtg..kau dpt untung rm100 btul ker?pastu tarik sorg ahli....kau dpt rm60 sorg..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Main tarik2 ahli pastu dapat duit yang tak sedap dengar tu , kalau niaga betul ok la . Kalau tak sanggup kuar ayat pujuk rayu manis2 takyah la masuk MLM jenis yang " cari ahli dapat duit" ni . :\

Share this post


Link to post
Share on other sites
tue ar....aku nk carik duit tepi nieh..huhu...tak cukup ar a[pe yg ade...ade mmbr aku lagi sorg plak....die ckp kau beli duit foreigner pastu kau peram duit tue..tnggu duit foreigner naik pastu jual balik....blh dpt untung ker?mmmm
tue yg carik2 ahli nieh pastu kau kene mantain org bwh kau untuk dptkan rm60 tiap2 bulan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
bagus topik nih...aku pernah terjebak ngan mlm ni iaitu hai-o, buat rugi je mad.gif .....masuk pun under sepupu, sebeum masuk dia janji dia nak jual barangan hai-o tersebut, lepas masuk dia paksa pergi kursus macamana nak tipu orang supaya ble jadi downline, aku x pegi...lastly sepupu pun lesap.......haram punya sepupu mad.gif .....kalo dia mati pun aku x akan pergi melawat dia...20 ribu burn gitu je....say no to mlm mad.gif hai-o penipu mad.gif ...dia makin kaya ngan cara menipu, downline miskin bayar hutang mad.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
dah 10 page dah bong bang bong bang.. ramai btol yang anti..

so takkan golongan anti-mlm nak bising kat sini je. cara yang aku kasi kat page 3 dulu tak de sape nak buat lagi ke?
ni aku paste balik, so bagi penganti mlm tegar, gi la buat ni. ambil tindakan segera sekiranya anda fikir ramai rakyat malaysia jadi 'mangsa' MLM. tak yah la dok bong bang bong bang sangat kat sini je nak tunjuk perasaan keantian yang melampau2 pasal MLM. aku tengok ada yang kat sini asyik kluar masuk thread ni je. ape putera.com ni tempat bincang anti-mlm ke atau forum IT? sesungguhnya keantian golongan ni pada tahap terhebat sekali sehingga aura-aura kebencian dan keantian terhadap MLM meresap ke urat saraf dan salur darah.. hokhokhohkohkohkohkohh..

chow. tunggu thread ni dah page 20, aku masuk balik.. hokhokhokho

ingat tau, bermula dengan cara di bawah ni paling mudah. wink.gif jumpe lagi di page bong bang bong bang yang ke 20 yang akan datang.. ohkhokhokhokhokhokhokhokhoh

QUOTE (frostmourne @ Dec 14 2008, 06:55 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Menurut Akta Jualan Langsung 1993, terdapat 3 jenis jualan langsung iaitu, Single level marketing(SLM), Multilevel marketing(MLM) dan Mail order.

so, sebagai langkah utama, bagi mereka yang bersemangat dan beriya-iya dalam Gerakan Anti-MLM ni, aku cadangkan korang pergi naik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dan suruh kementerian buang Multilevel Marketing dari Akta Jualan Langsung, dan copy paste hujah2 mengapa Gerakan Anti-MLM ni nak anti-MLM. Keluarkan semua idea2, dalil2, hukum2, sumber2, fakta2, teori2, praktikal2 dan apa sahaja yang berkaitan teruknya MLM sehingga gerakan ini anti kepada MLM. bincang bersama Kementerian secara teliti. harap2 kementerian akan layan sesi ini dengan baik dan dengan pintu hati wakil KPDNHEP yang handle perjumpaan ni terbuka dengan luas tongue.gif
Sumber : gunakan fungsi carian di : http://www.kpdnhep.gov.my/ ... cari la dan baca sampai habis Akta Jualan Langsung tu.. tapi aku tau ramai yang malas so aku kasi je la link. ambik ni http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?option...&Itemid=372.. aku dah kasi tu.. 44 bab. jangan setakat scroll2 mouse ataupun tekan button Page Down kat keyboard laju2 macam orang pemalas tapi bab komen dan kritik, rajin tahap dewa. bab bong bang bong bang, 1000 pages thread ni pon takde hal. hokohkohkhok

Dan, suruh kementerian batalkan kesemua lesen-lesen Company Multilevel Marketing yang telah diberikan lesen sah berdasarkan syarat2 dan Akta Jualan Langsung 1993 seperti dalam list ni : http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?option...&Itemid=436 ataupun list dari Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri antaranya negeri Selangor di http://www.mhepnselangor.gov.my/statistik/Stat1.pdf.. Nyatakan kepada Kementerian bahawa company2 ni semua adalah penipu besar dan pengaut keuntungan dengan sumber haram dan sistem yang tidak adil dari kebodohan dan ketamakan rakus segelintir masyarakat dan rakyat Malaysia..
Sumber : http://www.mhepnselangor.gov.my (Website Rasmi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor)
Terdapat banyak lagi list2 dari majlis hal ehwal pengguna negeri lain, memandangkan aku tak beriya dan tak bersemangat dalam gerakan ni, korang yang bersemangat keantian aje la cari sendiri. aku just kasi pembayang kalau betul2 nak membasmi MLM dari bumi Malaysia. jangan sekadar gerakan ni just berada di dalam subtopik paling bawah dan kurang ilmiah (bkan takde langsung ilmiah, bergantung pada thread) dalam putera.com ni iaitu subtopik Sembang. berjuang hingga ke titisan darah terakhir walaupun ianya cuma sekadar menitiskan dan memercikkan air liur dan peluh akibat bong bang bong bang berforum tentang keantian kepada MLM .. hokhokhokhokh

hantar la surat rasmi ke KPDNHEP. jangan lupa screenshot surat rasmi tu untuk rujukan warga putera lebih2 lagi bagi mereka yang membenci dan menanam rasa anti-MLM jauh di lubuk hati dan sanubari ohhh.. wink.gif
kalau betul2 nak banteras MLM, kite banteras cara profesional dan dengan cara yang betul melalui saluran yang tepat. so tunggu apa lagi, tempat untuk bermula dalam gerakan ni aku dah kasi.

ni aku sertakan alamat KPDNHEP bagi yang korang yang berdekatan dengan putrajaya..
NO 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya.. signboard KPDNHEP putrajaya ni gedabak besar, tak yah alamat pon bleh nampak. tak biasa ke putrajaya dan takut sesat? jangan risau, ni nombor telefon KPDNHEP Putrajaya, Hotline : 1800-886-800, Telefon : 03-88825550.

yang jauh dari putrajaya, jangan risau KPDNHEP ada cawangan di setiap negeri.. nak alamat? klik je link di bawah dan pilih kat negeri mana korang menetap.. dah dapat alamat pergi je la ke cawangan KPDNHEP ni dan buat seperti cadangan yang aku kasi kat atas ni.. baru la jadi 'wira' penyelamat negara dari cengkaman MLM yang berleluasa.. kekeke :
http://www.kpdnhep.gov.my/index.php?option...&Itemid=144

ataupun kalau rasa tak cukup berani nak hantar surat rasmi ke KPDNHEP ataupun takut nak berdepan dengan KPDNHEP menggunakan nama sebenar, bleh hantar cadangan Gerakan Anti-MLM melalui email KPDNHEP : [email protected].. so bleh guna nama samaran @ nickname macam Saya_antiMLM, BeliaBenciMLM, BongBanGBongBanG, MLMer_GagaL, AkuTakdeKerjaLain, Takleh^Tengok^Org^Senang, kpdnhep_bodoh, nape_kerajaan_benarkanMLM, SukaBorak2008, Xxaku_best_skalixX, jutawanMLM_pakai_BMW_hutang, Ko_upline_Ku_downline, UplineTipuAkuBodohKenaTipu atau sebagainya.. biggrin.gif

untuk lebih berkesan, daftarkan secara sah Gerakan Anti-MLM menjadi sebuah persatuan, mungkin Persatuan Anti-MLM, Persatuan dan Gerakan Anti-MLM Malaysia, Persatuan Menentang Dasar Kementerian Berkenaan MLM, MLM Haters Organization ataupun Bong Bang Bong Bang MLM Semalaysia. Lebih ramai penyertaan ahli, lebih baik. Kat putera.com saje aku rasa ramai orang nak join persatuan ni.. ditambah lagi plak TS ada bkak topic yang sama secara copy paste kat forum lowyat.net dan mesra.net.. dan mungkin ada forum lain dan ada blog2 yang TS atau orang lain yang mempunyai pemikiran yang sama dengan TS bukak.. rajin dan bersemangat sungguh fuyoooo.. dari situ saje dah ramai sangat dah aku rasa ahli persatuan ni nanti.. bleh ada ibupejabat, suratkhabar, majalah, talian hotline dan iklan di media massa sendiri.. hokhokhokhok.... lantik TS la jadi pengerusi persatuan dan wakil ke KPDNHEP nanti bersama2 barisan pimpinan persatuan ni yang dilantik.. Secara logik dan berdasarkan keadaan, suara individu kurang dilayan oleh Kementerian melainkan melalui Persatuan diiktiraf, sah dan berdaftar.. apatah lagi isu anti-MLM..

Gerakan dalam forum...? hurmmmmmmmm.. bong bang bong bang bong tebabo wink.gif



p/s : kalau nak tempah t-shirt, sticker, payung, pen, lencana, topi, souvenier atau apa2 yang bleh dijadikan simbol Gerakan Anti-MLM, PM je aku kat sini ok. aku bleh kasi harga murah. lagi banyak tempahan, lagi murah harga aku bleh kasi.
satu lagi, sape bleh promote bisnes aku, aku kasi komisen sket. sape yang bleh ada kawan yang tolong promote kat kawan die pasal bisnes aku, aku kasi bonus. Lagi ramai kawan korang yang bleh promote kat kawan2 korang, bonus aku kasi, komisen pon aku kasi.. lagi ramai kawan2 korang promote kat kawan2 korang punya kawan2 lepas tu kawan2 diorang punya kawan2 pon promote pasal bisnes aku kat kawan2 diorang, komisen, bonus, saham syarikat aku pon aku kasi gak sket.. sape paling banyak promote, die aku kasi untung lebih tak kire la sapa start promote dulu.. alaaaa macam MLM yang kasi bonus ngan komisen tu laa.. hokhokhohkohkohkohkohkohkhokohkhok

QUOTE (frostmourne @ bile2 je la) <{POST_SNAPBACK}>
setelah geng2 anti-MLM gagal dan berkubur di beberapa forum2 bertahun2 kebelakangan ni akibat dalil2 yang lebih kepada 'pandangan suka2 hati' dan 'dengar2 cakap orang', muncul balik thread macam ni iaitu di putera.com, lowyat.net dan mesra.net.. tak tau la lagi kot2 dah berpuluh forum thread copy paste yang sama dibukak oleh generasi anti-MLM yang baru.. blush.gif

geng2 anti-MLM kat sini takde lagi ke yang nak bawak isu ni ke KPDNHEP, JAKIM dan Majils Fatwa...? penat aku kasi idea dan cari sumber2 yang betul dan tepat untuk gerakan ni bermula (Rujuk Post #228).. nanti aku kasi panduan macam mana nak bawak isu ni ke JAKIM sebab ada yang cakap hasil berniaga melalui MLM ni adalah duit haram.. untuk Majlis Fatwa tu pon aku bleh kasi panduan.. sebab ramai geng2 anti mlm kat sini cakap MLM ni haram, so bawak lah isu ni ke Majlis Fatwa jugak biar golongan cerdik pandai dan profesional nilai sendiri.. itupun kalau diorang nak layan isu remeh dari orang yang tak study pasal MLM.. gi laaa... pergi laaaa... pergi jeeee...... jangan dok komplen sana sini sampai 3,4 forum nak copy paste menda yang sama.... buang masa je gerakan ni kalau takat macam tu.. dry.gif

dulu aku pernah menentang skim pelaburan internet bersama2 kawan2 aku, nampaknya berhasil melalui saluran yang betul. takde plak dok bong bang bong bang sampai banyak2 forum nak kene copy paste mende sama..

dan ubah la tajuk thread ni.. dah masuk 10 page aku tak nampak apa2 pon aktiviti yang menampakkan sebuah 'gerakan' tetapi lebih kepada cakap2 yang kurang profesional macam "aku benci mlm", "mlm penipu", "mlm mengarutlah", "kawan aku cakap..", "sedara sebelah adik ipar aku cakap.." dan lebih kepada pengalaman kena tipu akibat diri sendiri yang nak cepat kaya tanpa usaha dan akhirnya gagal lepas tu salahkan industri MLM.. dan ada juga yang tak tahu MLM tu apa tapi buat2 tahu ikut teori kepala otak sendiri yang merasakan penggunaan dan aktiviti otak lebih tinggi peratusnya dari aktiviti otak Albert Enstein.. wakkaka... sampai ada plak yang samakan skim pelaburan dan pengutipan deposit dengan sistem MLM... lepas ni nak samakan MLM dengan apa pulak? Peminjam wang berlesen? hokhokhohkohkohkohkhokhokhokhokhhkokhohkohkoh.. kesian masih ramai yang tak reti guna google dan wikipedia... kalau reti gune pon, maybe malas nak membaca sebab jauh di lubuk hati dah tanam awal2 sikap menilai sesuatu ikut penilaian sendiri tanpa rujukan.

ubah tajuk kepada "Luahan Anti-MLM Dalam Bentuk Taip2 Suka Hati"

yang aku peliknye, TS dan beberapa orang yang anti-MLM dengan jelas menyatakan tak pernah join MLM kat atas ni dan di page2 lain kat thread ni, tapi dok sibuk bawak isu ni dan copy paste ke forum2 lain... siap ada nak bunuh pengusaha MLM.. wakakkaka sadis giler.. tak paham aku sikap tak pernah buat sesuatu, tapi seolah2 tahu semua mende tentang sesuatu tersebut. contoh macam ni la, tak pernah bawak Ferrari, tapi dengan bersungguh2 sampai bersembur air liur cakap "fuhhh ferrari memang lajuuuu.., gear 1 je dah leh cecah 200km/h... lagi laju dari proton wira bodykit evo... pergh..vroooommm... giler tol laa best ferrari nii... bong bang bong bang..."... "camne ko tau?".. "orang cakap." wacko.gif

p/s:kalau 'gerakan' masih dok bong bang bong bang kat sini je, aku akan delete Post #228 dan aku copy paste ke setiap page terakhir thread ni supaya 'gerakan' ni akhirnya 'tergerak'.. posting kat page sebelumnya, aku akan delete.. wink.gif

So, kepada gerakan. ayuh bermula! Bersatulah anda semua dalam perjuangan menyelamatkan negara dan bangsa dari MLM!
Edited by frostmourne

Share this post


Link to post
Share on other sites
salam..

Aku dah ulas kes-kes main plan nie kat atas.. minta maaf cakap, kalau main plan nie sebenarnya nak mempercepatkan proses ja.. proses bagi upline senang cepat.. bagi aku, kalau mampu.. buat ler.. jangan sampai memaksa diri utk kluarkan modal, sedangkan diri tak mampu..

Contoh HI-O.. HI-O jauh lebih besar MODAL... RM20K... income cuma RM2K jika kita mampu menaja 2 org ahli dengan MODAL RM20K.. sedangkan jadi ahli HI-O baru tak sampai RM50... so? kenapa bayar lebih... Sebab nak pangkat.. jadi jangan salahkan org jika kita terkena, sebaliknya salahkan diri sendiri, sebab tak bertanya terlebih dahulu...

Bila kawan2 guna keta besar, jika jadi teruja.. jangan pandang pada material.. sebab mata kita nie dikawal oleh akal.. akal pulak dikawal oleh hati.. Hati nie lah yang bahaya.. sebab dari hati wujud nafsu.. nafsu nie kalau boleh kontrol tak pe, kalau tak dikawal, pergh mula lah jadi kelam mata... sedangkan yang berjaya tue tak lah berjaya takat mana pun... tetapi sebab keta besar, kita jadi buta..lupa segala.. buat benda yang tak sepatutnya..

aku ader buka thread aku.. BIZ FnR Water Treatment.. bleh la belek2 kat sana... aku tak boleh nak kata biz aku buat nie perfect.. tetapi, kebiasaannya aku mengkaji.. biar aku lambat turut serta, bila aku kata nak on ja, aku akan usha utk jayakan biz yang aku join.. bila aku kata ya tue maksudnya aku dah pikir banyak aspek.. paling utama bab MODAL, bab PLAN, bab SYARIKAT.. bukan pikir utk aku, pikir utk org bawahan.. aku mungkin mampu dan nampak perfect, tapi org bawahan, adakah dia nampak macam yang aku nampak... CONTOH: MODAL.. bagi aku MODAL besar, aku mampu... tapi org lain? adakah aku mampu nak bantu utk tidak menginaya org bawah aku? adakah org lain pula sanggup utk kluarkan modal sebesar tue? sebab semua nia akan berpatah balik ke kepala aku jika org2 nie semua tak mampu lakukan...

sorry.. aku just cakap base pada aku punya amalan dan pengalaman aku.. harap maaf kalau ader yang marah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...