Jump to content
am_enieyâ„¢

Gerakan Anti-MLM

Recommended Posts

MLM bkan sume piramid.. company yang mengamalkan piramid ni sebenarnye menggunakan nama 'MLM' untuk cover aktiviti skim piramid company diorang..

menda ni jadi keliru sebab ramai tak betul2 faham apa yang dikatakan Multilevel Marketing. dan ramai pulak buat2 faham apa yang dimaksudkan MLM tu. sekadar mendengar cerita orang yang gagal, atau orang yang tertipu, atau orang yang tak terlibat dan sibuk komplen sana sini, bukan satu cara yang baik untuk menilai dan memahami apa itu MLM sepenuhnya. kalau anda terlibat dalam MLM sekalipun, saya yakin tak sepenuhnya anda akan faham apa itu MLM. MLM satu bisnes yang kite perlu pelajari peringkat demi peringkat.

kita imbas balik bagaimana 10 tahun lepas MLM betul2 berkembang di Malaysia. pada masa tu, tidak ada company2 yang menggunakan nama MLM untuk cover skim piramid. tapi hari ni, company2 skim piramid macam ni dah mula wujud sebab golongan cerdik pandai mengolah sendiri pelan pemasaran yang menyebabkan orang ramai nampak mudah/senang untuk buat duit dan mula bukak macam2 company.. dah memang perangai orang kita mencari sesuatu yang mudah, dan akhirnya tertipu. ini bukan disebabkan MLM, tapi sikap masyarakat yang nak dapat duit dengan mudah dan cepat, tanpa memahami apa itu MLM dan terus menyertai mana2 company yang konon2nya MLM. dan apabila tertipu, MLM disalahkan.

jika kita lihat golongan profesional seperti dr fadzilah kamsah dan beberapa lagi golongan profesional lain, ada beberapa buku yang mereka tulis berkenaan MLM. mereka menyokong MLM di Malaysia, dan sekeras2nya menegah dari tertipu dengan company2 skim piramid yang menggunakan nama MLM. sila ke kedai2 buku berhampiran, pergi seksyen 'Business' ataupon 'Network Marketing' (bergantung pada kedai buku tu), cari buku2 berkenaan MLM yang ditulis oleh golongan profesional ni. beli dan baca. baru buat penilaian sama ada nak anti-MLM ke, nak support MLM ke, tak nak ambik tau MLM ke.. jangan terus buat penilaian melalui 'cakap-cakap' golongan yang kurang layak untuk menilai sesuatu perkara.

aku pernah beli satu kaset rakaman ceramah daripada dr fadzilah kamsah bertajuk "langkah bijak usahawan terbilang". aku beli bkan sebab aku buat MLM dan kaset tu bkan utk pengusaha MLM tapi kepada semua jenis usahawan.. aku seorang peniaga konvensional dan nakkan tips2 dari dr fadzilah kamsah jadi aku beli lah kaset tersebut. dalam kaset tersebut, dr fadzilah kamsah turut mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk berikan tips2 kepada pengusaha MLM. jadi di sini, aku terfikir, kalau MLM tu karut, kenapa seorang profesional macam ni bleh beri tips plak pasal MLM ni..

dan kenapa kementerian2, jabatan2, JAKIM tidak mengharamkan MLM kalau MLM ni tak betul? MLM ni pon bkan setahun dua kat Malaysia, tapi dah berpuluh tahun..

ada masyarakat yang kata produk MLM mahal.. huhuhu.. tak semua company jual mahal.. dan ada yang mahal kaji lah kenapa mahal.. jangan hentam je.. kalau malas beli, tak payah lah bising sana-sini bkan kite rugi apa2 pun, kita tak beli. pure MLM company habiskan berjuta2 ringgit untuk research sesuatu produk.. contoh, ubat gigi. ubat gigi jenama Serigama (dr company MLM mana aku tak sebut), berharga RM 5.50 seunit jika anda ahli company tersebut. contoh, colgate yang sama saiz juga rm 5.50.

beza di sini, beli colgate, apa yg anda dapat? 1 kiub ubat gigi, plastik bungkus dan resit.
beli ubat gigi dengan company tu sebagai ahli, apa yg anda dapat? 1 kiub ubat gigi, plastik bungkus, resit dan point=> bonus..
so, di sini pengguna dapat sedikit bonus daripada pembelian..
colgate habiskan berjuta2 RM untuk promosi di media cetak, TV, radio dan pelbagai media.. manakala company MLM menghabiskan berjuta2 RM untuk research sesuatu produk, dan memberi bonus kepada ahli yang menjadi 'iklan' kepada produk2 mereka.

atas ni contoh je.. jangan flame aku plak bising2 tu ini tu ini..

MLM sebenar tidak piramid kerana tak semestinya A berada di atas, B berada di bawah, A paling kaya. dalam MLM sebenar, sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan tertinggi, bergantung atas usaha dan kerja masing2. pendek kata, A dah 3 tahun dalam MLM, B baru setahun, tapi dengan usaha yang gigih dan telus, anytime je B bleh jana pendapatan lagi tinggi dari A. Fungsi upline (upline yg betul2 la, yg penipu tu lantak korang la sape suruh tertipu) adalah untuk memperkenalkan dan membantu. itu saje. lain2 usaha sendiri, pendapatan masing2..
terus-terang MLM BUKAN BISNES YANG SENANG.. perlu usaha dan ilmu yang cukup untuk berjaya sama seperti bisnes2 konvensional. kalau ada orang menawarkan pelan pemasaran MLM yang senang dan mudah, berhati2lah dengan sistem tersebut.

kenapa orang kena tipu? jawapannya sebab diri-sendiri tak cukup ilmu.

sekian pendapat dari aku yang kurang berilmu dan sedikit hasil dari membaca pelbagai buku tulisan profesional tanpa mendengar pendapat orang yang tak layak..
jika kita tidak terlibat dalam sesuatu perkara secara serius, jangan kita cuba nak beri pandangan sedangkan kita sebenarnya tak cukup ilmu. kelak nanti bila golongan berilmu bersuara, memalukan diri kita sendiri. apa jua perkara sekalipun, pastikan kita betul2 faham konsep/bentuk/sejarah/dan faktor2 lain sebelum mula berbicara.. sebagai contoh, kita bawak kereta, tapi sebagai pengguna biasa kita sure takkan tahu keselurahan pasal kereta yang kita bawak tu, sistem, luaran, dalaman, konsep dan lain2 faktor. so bleh ke senang2 kita nak komplen kereta yang kita bawak tu tak bagus? accident sure mati? langgar lubang terus lari allignment dan balancing? selekoh maut sure terbabas? melainkan kita memang profesional dari segi mekanikal, teknikal, elektronik dan lain2. wink.gif Edited by frostmourne

Share this post


Link to post
Share on other sites
SEMUA MLM mmg takkan mengaku yg sistem diorang adalah sistem piramid... (nnti ade yg cakap, dah memang bukan sistem piramid, watper nak ngaku???... takpe la, terpulang kepada presepsi masing2... )

Buktinye??? stakat ni tak penah lagi aku dengar leader2 MLM yg cakap, "Sistem kami ni sistem piramid" laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
satu je ke bukti? tak cukup kukuh hujah tu untuk membuktikan apa yang nak dibuktikan. anda ada ciri pengkritik yang kurang buat kajian tentang apa yang nak dikritik.

ok la sume. aku malas nak baca thread ni dah memandangkan dah berpuluh topic membincangkan hal sama dah ada dalam subtopic Bisnes kat putera.com ni.. dah bertahun2 pun. pergi la baca balik, ramai jugak aku rasa yang pro-mlm dan anti-mlm dah bincang mende ni bertahun2 sampai dekat 100 page.
semoga gerakan anti-mlm berjaya dan menghasilkan buku2 best-seller di pasaran dan berlawanan dengan hasil2 tulisan best-seller berkenaan positifnya MLM yang dah pun ada di pasaran. selamat maju jaya, gerakan anti-mlm. keep your good work, kalau itu anda fikirkan. semoga dapat pendapatan dari hasil gerakan ini dan bukan sekadar taip2 dan borak2 dalam forum. wink.gif Edited by frostmourne

Share this post


Link to post
Share on other sites
mari kita senarai-haramkan MLM yg mmg terbukti menipu dan mengencing downline dorg...
ader product, tapi mcm sampah~
ni aku senaraikan dulu...

Lampe Berger (bakar pelita, dpt CO2, sedut tiap2 hari pelita 'beribu ringgit' harganya tu)
UpTrend2u (aku x nampak product dier, lebih kepada bisnes jual air liur utk dptkan downline)
LUXOR (dah berkubur, tapi banyak plak perwaris dier)

yg 3 ni aku kaji, semua pakat2 mengencing org bawah a.k.a downline dorg...
early bird je yg boleh kaya...
yg lambat join, jadi kambing hitam je tongue.gif Edited by diamondclow

Share this post


Link to post
Share on other sites
haha malangnya kakak aku dah join pun lampu burger ni smile.gif aku condemn jer 100% ,tapi apa boleh buat duit dia suka hati dia la ..hehehe
sabar la botnet aku dah up nanti siap la site tu kena ddos

Share this post


Link to post
Share on other sites
ak xtau la nk komen camne..
ak ni pn bleh kate msuk mlm la kot..
tp coz ak nk jual prepaid..
ko pk la.. 1 uni, nk bli topup, dorg makap 50 sen..
gila.. pas2 ak jual rege besa, sume org happy..
so nk kata sume mlm ni xok gak pn xleh gak..

dan pling pnting skali, ak xpnah cari org..
org join ak pasal dorg tgk ak wat, pas2 dorg pn nk ikut sama jual prepaid..

tp mnde2 cam lampu burger, uptrend, dan pling ak fck skali luxor,
mmg ak xjoin la.. mmbe ak xbrani pn nk cite ngn ak psal luxor..
mmg kna tabur la.. lol.. Edited by mono_demon

Share this post


Link to post
Share on other sites
tu la mono_ demon tak semua mlm ni tak betul depends la dengan dia punya produk ,business plan tapi tengok barang lampu burger ni nampak cam takdak nilai komersial jer ... pendapat aku la ...jangan marah plak nanti n cara dapat untung pun nampak macam bukan disebabkan usaha jual barang tapi sebaliknya macam kita makan duit rekemen downline jer apa kebendanya business tak cukup orang slagi tu tak masuk duit

Share this post


Link to post
Share on other sites
AMWAY aku jamin dia tak menipu sebab semua barang dia berkualiti dan mempunya perlbagai produk yang berdaftar dengan kementerian dan jabatan agama islam.

Tak semua skim MLM ni menipu,ada sesetengah MLM ni jenis nakkan duit tapi barangnya kita tak nampak lagi.Bayar pendaftaran sampai beribu2 dan kalau nak dapatkan income lebih kene upkan duit untuk jadi orang tertinggi dalam level.Itu sebenarnya nampak sangat menipu orang ramai.Sedangkan kebanyakan MLM memerlukan yuran pendaftaran sedikit sahaja.
Aku amik sebagai contoh AMWAY,pendaftaran seumur hidup RM85 dan diberi beg berserta keperluan seorang peniaga dan setiap tahun terpulang pada individu untuk membayar duit majalah berharga rm 30 yang mengandungi info berkaitan produk terkini dan promosi.Mereka bekerja di dalam kumpulan dan setiap orang dalam kumpulan akan menerima point sama rata sekiranya salah seorang daripada mereka menjual barang.

Berkaitan dengan apa yang aku baca dari mula hingga akhir,ada yang mengatakan barang yang spatutnya harga RM500 tetapi dijual dengan harga sehingga mencecah RM1000 tidak wajar.Sebenarnya semua peniaga tidak kira bangsa dan agama berbuat demikian.Jika korang arif dan tahu selok belok dari mana barang ini datang,korang akan rasa macam ditipu bukan sahaja dari MLM tetapi dari semua peniaga.

Aku ada sebab kata demikian,aku sebagai pekerja farmasi dan membantu bos aku menguruskan kedai.Kebanyakan barang yang dijual ada yang di mark up sehingga 50% atas permintaan pengilang sendri dan bukannya bos.Dan ada juga barang yang diberi percuma tetapi untuk dijual dengan harga yang mencecah sehingga RM 400.Jika korang beli laptop dengan penjual,korang tahu harga kos laptop tu berapa? dan harga pembekal untuk penjual berapa? harga pengilang untuk pembekal berapa ??? Nak contoh pergi ke ruang jual beli dan tgk topik cik jamalikram.Berapa harga untuk HD 1TB kat pasaran dan bandingkan harga yang dia jual.Berbezakan?

Tak logik ada sesetengah orang fikir MLM ni menipu...secara asasnya barang dari kilang sehingga ke pengguna memakan sehingga 60 % dari harga sebenar dan ada yang lebih.Kenyataan aku ni tidaklah menyokong ataupun membantah skim MLM ni tetapi terpulanglah pada individu untuk menilainya samada skim ini menipu atau tidak.Jika korang nak,masuk...tak nak diamkan diri dan tgk apa yang berlaku.Jangan menokok tambah sekiranya korang tak pasti akan kebenarannya.

Jangan kata perniagaan menyebabkan korang hilang kawan,di dalam perniagaanlah korang akan dapat lebih ramai kawan berbanding kawan di U.Setiap ahli perniagaan akan berkata begitu.Korang akan kenal perlbagai jenis manusia yang di ada di muka bumi ini.Aku mintak maaf sekiranya kenyataan aku ni membuatkan ada pihak yang kurang senang.aku da jelaskan apa yang aku faham dan ketahui.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(BasicCX @ Dec 13 2008, 11:11 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Jauhkan daripada Lampe Berger @ SYN @ DCHL. Kebanyakan keuntungan besar mereka berdasarkan komisen merekrut ahli baru (Berdasarkan analisa keseluruhan sistem perniagaan mereka). Ada antara orang tertinggi mereka tu ada yang aku kenal. Ya benar, mereka pakai kereta besar2 (x percaya? aku dulu ikut mereka keluarkan kereta Cilica dulu dkt Sunway.). Dah puas aku nasihat jangan mudah terpengaruh dengan mereka tapi seperti sedia maklum ada antara kita yang tidak secerdik & berhati-hati seperti kita. Lagi2 mereka yang tidak kenal dunia (Berdasarkan seorang kawan aku yang baru-baru ni nyaris2 nak masuk benda alah ni, tapi Alhamdulillah dapat diselamatkan...)

Bila mereka 'meracun' fikiran mereka, apa yang kita mampu dan boleh lakukan adalah bertawakkal kepada yang Esa untuk menyelamatkannya. Diingatkan Peganglah Ajaran Al-Quran dan carilah daripada sumber rezeki yang halal.


Aku setuju.. Jauhkan diri dari Lampe Berger @ SYN @ DCHL... Jgn terpedaya dan terpengaruh...
Jgn menyesal mcm aku... Hu hu hu hu....

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 02:23 PM) <{POST_SNAPBACK}>
satu je ke bukti? tak cukup kukuh hujah tu untuk membuktikan apa yang nak dibuktikan. anda ada ciri pengkritik yang kurang buat kajian tentang apa yang nak dikritik.


hehee.. aku tak berminat nak jadik pengkritik.. hahaha... ape yg ditulis kat sini hanyalah pendapat pribadi semata2, bukan satu kajian... skadar nak bertukar2 pandangan...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Bro ahmad,sekiranya kita nak jadi pengkritik kene ada bukti baru boleh bersuara.Kalau tidak jadi macam tu... smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(ogGY @ Dec 14 2008, 06:19 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Bro ahmad,sekiranya kita nak jadi pengkritik kene ada bukti baru boleh bersuara.Kalau tidak jadi macam tu... smile.gif


betul ker??? kalo sekadar pandangan pribadi tak leh nak dibincangkan ker??? owh, susah gak tu... kalo contohnya pandangan aku silap mengenai sesuatu perkara, adakah aku kene diam??? atau aku bersuara dan ade orang lain menegur dengan bukti yg lebih kukuh??? mane satu lebih baik???

diingatkan skali lagi, aku bukan pengkritik dan ini adalah pandangan pribadi...






p/s: jom kite pakat2 wat kajian, tanye satu soklan jer kepada leader2 MLM... Adakah MLM yg anda buat ni system piramid??? kalo ade yg jawab ya, sila post kat sini... hahaha... Edited by Ahmad2007

Share this post


Link to post
Share on other sites
Boleh dibincangkan cik ahmad...tak de masalah pun kalau nak bagi pandangan peribadi.Cuma pandangan tu biarlah bernas...Kita bincangkan secara aman ok smile.gif

Bagus jugak cadangan ko tu,selain tu boleh senaraikan nama2 MLM jenis yang menipu ni supaya rakan2 kita yang lain tak tertipu.Btl x?

Share this post


Link to post
Share on other sites
adoi modal sama.. tongue.gif ko gi la tanya pastu bawak recorder dan record, pastu convert ke mp3, upload kat mana2 server pastu kasi warga putera dengar.. ambil gambar dan biodata lengkap, company mana, umur berapa, berapa lama menyertai MLM dan lain2 maklumat penting.. kan ko mempunyai semangat yang tinggi dalam perjuangan ni. kekekekek.. buat sendiri dulu pastu baru beri cadangan dan suruh orang lain buat..
pada aku, dari tanya leader dalam company MLM, baik pegi tanyer Pengasas, CEO, Marketing Plan Planner, orang2 penting dalam company tu..

ok, Menurut Akta Jualan Langsung 1993, terdapat 3 jenis jualan langsung iaitu, Single level marketing(SLM), Multilevel marketing(MLM) dan Mail order.

so, sebagai langkah utama, bagi mereka yang bersemangat dan beriya-iya dalam Gerakan Anti-MLM ni, aku cadangkan korang pergi naik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dan suruh kementerian buang Multilevel Marketing dari Akta Jualan Langsung, dan copy paste hujah2 mengapa Gerakan Anti-MLM ni nak anti-MLM.
Sumber : gunakan fungsi carian di : http://www.kpdnhep.gov.my/

Dan, suruh kementerian batalkan kesemua lesen-lesen Company Multilevel Marketing yang telah diberikan lesen sah berdasarkan syarat2 dan Akta Jualan Langsung 1993 seperti dalam list ni : http://www.mhepnselangor.gov.my/statistik/Stat1.pdf
Sumber : http://www.mhepnselangor.gov.my (Website Rasmi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor)
Terdapat banyak lagi list2 dari majlis hal ehwal pengguna negeri lain, memandangkan aku tak beriya dan tak bersemangat dalam gerakan ni, korang aje la cari sendiri. aku just kasi pembayang kalau betul2 nak membasmi MLM dari bumi Malaysia. jangan sekadar gerakan ni just berada di dalam subtopik paling bawah dan kurang ilmiah (bkan takde langsung ilmiah, bergantung pada thread) dalam putera.com ni iaitu subtopik Sembang. berjuang hingga ke titisan darah terakhir biggrin.gif

Nampaknya ahmad2007 beriya2, hantar la surat rasmi ke KPDNHEP. jangan lupa screenshot surat rasmi tu untuk rujukan warga putera. wink.gif
kalau betul2 nak banteras MLM, kite banteras cara profesional dan dengan cara yang betul melalui saluran yang tepat. so tunggu apa lagi, tempat untuk bermula dalam gerakan ni aku dah kasi.
ataupun kalau rasa tak cukup berani nak hantar surat rasmi ke KPDNHEP menggunakan nama sebenar, bleh hantar cadangan Gerakan Anti-MLM melalui email KPDNHEP : [email protected].. so bleh guna nama samaran @ nickname. biggrin.gif
untuk lebih berkesan, daftarkan secara sah Gerakan Anti-MLM menjadi sebuah persatuan, mungkin Persatuan Anti-MLM atau Persatuan dan Gerakan Anti-MLM Malaysia. Secara logik dan berdasarkan keadaan, suara individu kurang dilayan oleh Kementerian melainkan melalui Persatuan diiktiraf, sah dan berdaftar. wink.gif Edited by frostmourne

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Ahmad2007 @ Dec 14 2008, 01:55 PM) <{POST_SNAPBACK}>
SEMUA MLM mmg takkan mengaku yg sistem diorang adalah sistem piramid... (nnti ade yg cakap, dah memang bukan sistem piramid, watper nak ngaku???... takpe la, terpulang kepada presepsi masing2... )

Buktinye??? stakat ni tak penah lagi aku dengar leader2 MLM yg cakap, "Sistem kami ni sistem piramid" laugh.gif

Definisikan "skim piramid" tu dulu. Dari lepas-lepas aku tengok, ramai yang kata piramid nilah piramid tulah, tapi definisi pun takde. Jangan bagi fakta kosong, kalau tak tahu, tanya, kalau dah tahu baru boleh buat penilaian, semua orang bebas beri pendapat, tapi dari pendapat tu yang menentukan panjang pendek akal dan ilmu seseorang.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(ogGY @ Dec 14 2008, 06:54 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Boleh dibincangkan cik ahmad...tak de masalah pun kalau nak bagi pandangan peribadi.Cuma pandangan tu biarlah bernas...Kita bincangkan secara aman ok smile.gif

Bagus jugak cadangan ko tu,selain tu boleh senaraikan nama2 MLM jenis yang menipu ni supaya rakan2 kita yang lain tak tertipu.Btl x?


Camner cik oggy klasifikasi sesuatu pandangan tu bernas atau tidak???

orang putih kate, "there is no stupid question"... rasenye bende ni kite leh apply kat sini gak kot...

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Ahmad2007 @ Dec 14 2008, 07:10 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Camner cik oggy klasifikasi sesuatu pandangan tu bernas atau tidak???

orang putih kate, "there is no stupid question"... rasenye bende ni kite leh apply kat sini gak kot...

Pandangan dengan question (soalan) tu dua benda berbeza ler. Apa yang orang putih kata tu memang betul, tapi tu untuk question (soalan). Aku bagi dua contoh, tengok mana satu soalan, mana satu pandangan:

1. Adakah MLM penipu?
2. MLM adalah penipu.

Soalan merujuk kepada sikap curiosity atau ingin tahu, malu bertanya sesat jalan. Pandangan lebih kepada isi hati individu. Sebab tu aku cakap, pandangan yang diberi menentukan panjang pendek akal dan ilmu seseorang. Cara yang betul, tanya soalan dulu baru beri pandangan, bukan beri pandangan dulu baru tanya soalan.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Sir Pyan @ Dec 14 2008, 07:10 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Definisikan "skim piramid" tu dulu. Dari lepas-lepas aku tengok, ramai yang kata piramid nilah piramid tulah, tapi definisi pun takde. Jangan bagi fakta kosong, kalau tak tahu, tanya, kalau dah tahu baru boleh buat penilaian, semua orang bebas beri pendapat, tapi dari pendapat tu yang menentukan panjang pendek akal dan ilmu seseorang.


sebenarnye panjang atau pendek akal itu terlalu abstrak... aku disini hendak berkongsi ilmu dan dan bertukar2 pandangan jer walopun thread ni tajuk die lain... hehehe... sekiranya saudara pian lebih arif mengenai definisi skim piramid, ape kata saudara pian takrifkan dengan lebih terperinci (jika sudi lah)

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Ahmad2007 @ Dec 14 2008, 07:18 PM) <{POST_SNAPBACK}>
sebenarnye panjang atau pendek akal itu terlalu abstrak... aku disini hendak berkongsi ilmu dan dan bertukar2 pandangan jer walopun thread ni tajuk die lain... hehehe... sekiranya saudara pian lebih arif mengenai definisi skim piramid, ape kata saudara pian takrifkan dengan lebih terperinci (jika sudi lah)

Aku tak nak perincikan dulu, sebab yang buat tanggapan tu bukan aku. Aku nak orang yang membuat tanggapan MLM adalah skim piramid tu sendiri bagitau definisi dia. So apa dia? Kalau tak tau cakap tak tau, kalau definisi peribadi cakap definisi peribadi.

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(Sir Pyan @ Dec 14 2008, 07:18 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Pandangan dengan question (soalan) tu dua benda berbeza ler. Apa yang orang putih kata tu memang betul, tapi tu untuk question (soalan). Aku bagi dua contoh, tengok mana satu soalan, mana satu pandangan:

1. Adakah MLM penipu?
2. MLM adalah penipu.

Soalan merujuk kepada sikap curiosity atau ingin tahu, malu bertanya sesat jalan. Pandangan lebih kepada isi hati individu. Sebab tu aku cakap, pandangan yang diberi menentukan panjang pendek akal dan ilmu seseorang. Cara yang betul, tanya soalan dulu baru beri pandangan, bukan beri pandangan dulu baru tanya soalan.


proses pelajaran dan pembelajaran boleh berlaku dalam dua hala... bagi satu pendapat dan dibincangkan dengan hujah2 yg bernas, yg kemudiannye akan menjurus kepada satu kesimpulan, yg mana ia akan membentuk banyak idea2 kreatif, ataupun secara straight foward, seperti cikgu mengajar di sekolah... disini tidak perlu timbul soal "kau pendek akal, aku panjang akal" Edited by Ahmad2007

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE (Sir Pyan @ Dec 14 2008, 07:20 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Aku tak nak perincikan dulu, sebab yang buat tanggapan tu bukan aku. Aku nak orang yang membuat tanggapan MLM adalah skim piramid tu sendiri bagitau definisi dia. So apa dia? Kalau tak tau cakap tak tau, kalau definisi peribadi cakap definisi peribadi.

mungkin die berpendapat cari orang, ajak orang pastu dapat bonus. so jadilah piramid. biggrin.gif
lorrr pendeknye perincian piramid ni yek? kekekekeke

apa itu Skim Piramid dan apa itu bukan piramid panjang kalau nak dibincangkan.
tapi aku kasi satu klu ringkas jek, Piramid sape berada di atas, dia akan paling tinggi income, tak kire la kuat mana orang di bawah buat kerja, yang di atas tetap paling kaya.

tapi dalam pure sistem MLM, orang di bawah bleh potong income orang atas anytime saje bergantung atas usaha masing2. so tak jadilah bentuk piramid sebab dah terabur abis dah ni.. hokhokhokh maybe dipanggil sistem peramud atau sistem poramod?

adoiii google kan ada, kalau tak paham apa tu 'skim piramid' dan 'Multilevel Marketing', manfaatkan la dulu google tu.
wikipedia pon detail gak terangkan pasal Multilevel Marketing dan Pyramid System/Scheme. malangnya ada sumber yang baik tapi tak dimanfaatkan sepenuhnye.


rujuk jer Post #66 dlm thread ni, gerakan ni boleh bermula kat situ jer. tak yah susah2. Edited by frostmourne

Share this post


Link to post
Share on other sites
apabila aku mengamati apa yg diperbincangkan aku dapati kat sini point yg trpenting klu kita nak melakukan sesuatu adalah kita perlu menyelidik dari peringkat A to Z tdk kira dlm apa jua yg kita lakukan. Spt MLM, ye mmg bnr bukan kesemua MLM adalah terkutuk (meaning menyediakan Plan berupa Piramid dan menyuruh ahli2nya mmbyr dgn byk dan seterusnya) but itulah gunanya investigation sblm kita melakukan sesuatu. Bg aku mmg lebih byk MLM terkutuk berbdng MLM yg jujur. Cth MLM trkutuk adalah Luzor (ms aku kat kolej dulu ramai betul kwn aku suruh masuk tp nsb baik aku bijak, last2 kwn aku yg masuk tu berhutang keliling pinggang) Uptrend2u (ni lebih terkutuk, kononnya menggunakan sistem online dgn cara itu boleh cr downline dgn lebih mudah tp hampeh sistem yg dibekalkan x membawa kemana-manapun) dan lain-lain. So diingatkan kita sbg seorg manusia perasaan tamak mmg akan sentiasa meyelubungi diri kita, dan kita haruslah tabah kerana dalam dunia nih mmg xde benda yg mudah dan boleh mmbuatkan seseorg itu kaya dlm sekelip mata. Jd kita haruslah melawan dgn sikap tamak haloba dlm diri kita barulah kita boleh menghalang drpd perkara sebegini berlaku dan merugikan ramai org2 melayu kita yg berfikiran cetek.Jgn kerana wang yg byk kita mnjd buta lantas mmbuat keputusan yg akan membinasakan masa hadapan sendiri. Kalau betul nak mmbuat sesuatu dan ingin menjadi kaya maka berusahalah dan teruskan usaha sehingga berjaya...ok ckplah setakat tu aku ingin sampaikan...klu korg betul2 nak join business yg boleh buat duit ni ha daftar ngan aku jd ahli Mobile-Money mcm2 faedah korg dpt...huhuhu...wasalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Merujuk kepada soalan cik ahmad,aku berkata demikian disebabkan cara ko luahkan pandangan macam tak berfikir.

Aku amik petikan kata Sir Pyan " Pasal retail shop, memang ada company yang bukak outlet. Pasal orang bawah, mula-mula kena definisikan dulu maksud dan fungsi mereka yang dikatakan "orang bawah", dalam MLM dipanggil downline. Kalau kita kaitkan dengan situasi perniagaan konvensional, contoh kita ambik hirarki dalam supermarket. Bukankah promoter, cashier, storekeeper dan sebagainya dikira sebagai "orang bawah"? Atas diorang ada supervisor, manager dan lain-lain, dan mereka ni pada yang sama juga merupakan "orang bawah" kepada bos besar supermarket tersebut. Itulah persamaannya. "

Dari sini aku ada nampak ko macam tak faham ape yang dia cakap,maksudnya setiap produk memerlukan orang bawahan ataupun downline untuk melariskan barang mereka.Kedai aku ada 6 promoter dan bertukar2 setiap minggu.Fungsi diaorang ialah memperkenalkan produk yang tidak masuk dalam iklan.

Jadi bila xmasuk iklan,orang ramai takkan tahu ape fungsi dan produk tersebut,Dengan adanya orang bawahan ni sedikit sebanyak melariskan penjualan mereka dan meningkatkan keuntungan syarikat.Dan penting !!! SETIAP BARANG YANG DIJUAL ADA KOMISEN yang akan diberi oleh pihak pembekal.SEMUA SALESMAN AKAN MENDAPAT KOMISEN HASIL JUALAN BULANAN.



p/s : termasuk aku skali. laugh.gif Edited by ogGY

Share this post


Link to post
Share on other sites
QUOTE(frostmourne @ Dec 14 2008, 07:27 PM) <{POST_SNAPBACK}>
mungkin die berpendapat cari orang, ajak orang pastu dapat bonus. so jadilah piramid. biggrin.gif
lorrr pendeknye perincian piramid ni yek? kekekekeke

rujuk jer Post #66 dlm thread ni, bermula kat situ jer. tak yah susah2.


hohoho.. btw, aku tak penah cakap directly yg MLM adalah piramid, just statement "semua MLM tak ngaku yg die adalah sistem piramid" tu jer... kecuali la aku tambah pada ayat tu, "padahal die memang terang2 system piramid"

sebab ia perlukan perbincangan yg lebih lanjut lagi...


p/s: secara pribadi, mmg aku nampak yg ia menjurus kepada system piramid menurut pemahaman aku ler... tunggu huraian dari org lain lak..

QUOTE(ogGY @ Dec 14 2008, 07:34 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Merujuk kepada soalan cik ahmad,aku berkata demikian disebabkan cara ko luahkan pandangan macam tak berfikir.


thats rude dude... tak sesuai ayat camtu untuk satu2 perbincangan ilmiah kecuali utuk bertekak saje... please take note...

p/s: kite disini bukan nak bertekak kan?? Edited by Ahmad2007

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...