azir 0 Report post Posted November 23, 2008 QUOTETNB tak turun kadar tarifJASIN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak akan menurunkan kadar tarif elektrik walaupun harga minyak semakin menurun pada masa ini, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.Beliau berkata, ini kerana tenaga elektrik yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia tidak menggunakan minyak sebaliknya banyak menggunakan gas dan arang batu.“Di Semenanjung Malaysia kita dapat tenaga elektrik daripada tiga punca iaitu dihasilkan oleh gas 60 peratus, arang batu (30 peratus), enam hingga tujuh peratus dari tenaga hidro dan bakinya dari sumber lain,†katanya.Beliau berkata demikian selepas perasmian program Sehari Bersama Pelanggan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Dewan Alamanda, di sini, semalamShaziman berkata, beliau menjelaskan perkara itu kerana terdapat pihak tertentu cuba mengembar-gemburkan isu itu seolah-olah kerajaan tidak mengambil berat dari segi kepentingan orang ramai dengan tidak menurunkan tarif elektrik pada ketika harga minyak semakin menurun.Beliau berkata, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas kepada pihak industri yang mengeluarkan tenaga elektrik pada kadar RM14.31 per mmBtu (juta unit termal British), harga itu lebih rendah daripada kos yang Petronas perlukan antara RM20 dan RM25 untuk menghasilkan gas sebanyak satu unit mmBtu.“Tetapi Petronas jual pada sektor tenaga hanya RM14.31 per mmBtu, maknanya subsidi yang besar diberikan kerajaan melalui Petronas kepada sektor tenaga berhubung dengan gas ini,†katanya.Bagi harga arang batu pula, beliau berkata sejak kenaikan tarif elektrik pada Julai lepas hingga sekarang, harga arang batu tidak pernah turun bawah pada AS$75 satu tan metrik malah adakalanya naik kepada AS$80 hingga AS$90 satu tan metrik.“Kalau aliran harga arang batu turun bawah AS$75 satu tan metrik maka kementerian ini akan meminta TNB membuat semakan semula tarif elektrik ke bawah (turunkan harga tarif elektrik),†katanya.Beliau berkata semakan kadar baru tarif elektrik akan dibuat pada Jun tahun depan dan akan diumumkan pada Julai. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Superbandung 2 Report post Posted November 23, 2008 Walaupun harga Minyak turun,barang makan dan lain2 masih sama..harap kerajaan dapat bantu. Quote Share this post Link to post Share on other sites
MADReaLJL 3 Report post Posted November 24, 2008 QUOTE(Datuk_Seri @ Sep 22 2008, 12:16 PM) <{POST_SNAPBACK}>Assalamualaikum...pendapat aku, payah kalo kerajaan nak turunkan harga minyak mendadak.. sbbnya kiter kena pikir pengusaha minyak gak. sebelum ni stock minyak, pengusaha beli dengan harga ketika itu iaitu sebelum harga minyak turun.. kalu mendadak turun, teruklah pengusaha minyak tanggung rugi.. beli dengan harga pasaran 145dollar setong, tp sbb minyak dah turun diorang kena jual dengan harga pasaran 100dollar setong.. kan teruk diorang... itulah antara pro dan contra apabila harga minyak dikawal kerajaan.. kalu negara lain, harga minyak ditentukan oleh syarikat minyak itu sendiri, maknanya kerajaan tak cuit sket pun, cuma ambik hasil cukai jer, maknanya minyak diorang takda subsidi... huhuhuhuWassalam...ok la dari malaysia sekarang ni.. kita yang bagi subsidi kat kerajaan Quote Share this post Link to post Share on other sites
Evilngenious 0 Report post Posted November 24, 2008 chait orang yg pentingkan diri sendiriok gak tu Quote Share this post Link to post Share on other sites
malaynux 0 Report post Posted November 24, 2008 Kalau subsidi RM 0.70 tak ditarik.. tentu harga minyak sekarang RM 1.05 seliter. tapi ini dah dibawah harga lantai Quote Share this post Link to post Share on other sites
Evilngenious 0 Report post Posted November 24, 2008 harga lantai dah set ke berapa?kalau dah nak ikut sangat harga pasaran ikut betul2 laQUOTEtime mahal nak ikuttime murah tak nak ikut plaktu percakapan budak2 tadika kat tempat aku labudak2 kecik mana tau apa kan? Quote Share this post Link to post Share on other sites
MADReaLJL 3 Report post Posted November 24, 2008 tak payah la cakap banyak bro robots.. da memang betul pun sekarang gomen jual minyak lagi mahal dari harga sebenartapi aku tak nak kondem sebab mungkin ada sebab2 yang munasabah.. ye la mana boleh turunkan harga secara drastik (naik boleh pulak ye? )apa pun harga minyak makin jatuh secara gradual.. thumbs up for the government.. but actually they can do far better than that Quote Share this post Link to post Share on other sites
Mr Ijan 0 Report post Posted November 24, 2008 Harga naik, peniaga naik .. harga turun, peniaga tak turun .. harga turun lagi bawah harga lama (1.92) peniaga tak turun .. bila naik sikit meskipun bawah harga lama (1.92) , harga pasti naik .. Quote Share this post Link to post Share on other sites
malaynux 0 Report post Posted November 25, 2008 (edited) Masa zaman Anwar + T.D Mahathir, harga minyak mentah dunia USD 30 setong, masa tu minyak di pam RM 1.10 (masa ni subsidi penuh)Zaman sekarang harga setong USD 51 setong (anggaran).. tapi harga RM 2.00 (setelah ditolak subsidi RM 0.70, dan diberi duit rebet). Jika diberi semula subsidi RM 0.70, harga akan balik ke tahun 1993 iaitu RM 1.30. Dan jika ditambah rebet RM 0.12 sen, maknanya harga di pam RM 1.18.Tapi aku tetap naik moto walaupun minyak dah murah.. Ada hikmah juga kesan kenaikan hari tu.. dapat save duit untuk anak bini. Edited November 25, 2008 by malayNUX Quote Share this post Link to post Share on other sites
xmatrempit 0 Report post Posted November 25, 2008 QUOTE(ROBOTs! @ Nov 25 2008, 08:41 AM) <{POST_SNAPBACK}>Aku ada sebab sokong tindakan kerajaan turunkan sedikit sahaja harga minyak dan peniaga tak turunkan harga barang..-Taraf Hidup Makin Meningkat-Taraf Pengangguran Akan Berkurang. -Masyarakat akan mula meningkatkan dan mula ubah gaya hidup diorang.mana ko dapat teori terbalik ni? Quote Share this post Link to post Share on other sites
xmatrempit 0 Report post Posted November 25, 2008 Berapa agaknya harga minyak di Singapura dan Thailand sekarang ni? Sesiapa ada info? kalau blh nak tau juga harga selepas di tukar ke Ringgit Malaysia. Baru senang nak buat perbandingan.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Mr Ijan 0 Report post Posted November 25, 2008 QUOTE(ROBOTs! @ Nov 25 2008, 12:56 PM) <{POST_SNAPBACK}>--EDITED--Ada sedikit pelik, kenapa korang yg tak tahu langsung pasal minyak, import eksport, cukai antara dua hala, risiko keluar masuk, suka suki sound orang yg belajar tinggi2 nak mampos tuh???agak pelik sedikit....hahaha....aku pun x berani sound orang yg lebih bijak dan pandai dari aku...pelik ar...Aku hebat???Aku mmg hebat pun....Kalau seratus peratus ko kasi orang atasan yang dikatakan belajar tinggi2 tu handle semua benda ni tanpa sebarang bantahan, peringatan atau pemantauan .. dah lama dah Malaysia ni hancur dan korup ... ape ingat ada PhD tu hebat dan bijak pandai ke? Tengok pilihanraya dulu pun cukup, tercengang dan berbelit-belit pakar2 kat TV masa BN hilang 2/3 dulu .. masa sebelum result keluar, macam2 pendapat dan andaian yang keluar di mana kononnya mengikut analisis dan kajian yang dijalankan, dah lepas result, macam2 alasan pulak yang keluar .. tu belum masuk lagi yang dikatakan bijak pandai kemudian dijatuhkan hukuman kesalahan rasuah ... bukan sikit .. banyak .. Quote Share this post Link to post Share on other sites
hampeh 21 Report post Posted November 25, 2008 Dari duk lawan sape leh bagi analisis lagi best / tunjuk hebat dalam internet, baik kita harap minyak turun lagi + harga benda tak naik dah ( nak turun takde cerita lak) Quote Share this post Link to post Share on other sites
slymer 0 Report post Posted November 25, 2008 QUOTE (ROBOTs! @ Nov 26 2008, 12:01 AM) <{POST_SNAPBACK}>alah hampeh...bile naik pung pang, sound orang sana sound orang sini...bile turun plak, dikomplen lg cakap harga tak samalah itulah inilah...susah juga nak puaskan hati masing2 ni yer...itulah macam pepatah mengatakan, dah diberi betis nak peha...aku rasa diorang (especially yg suke komplen) lebih suka jadi bagai katak bawah tempurung, kata gaji sekarang RM1000 sampai pencen pun diorang nak kekal RM1000....aku bukan apa, aku follow up gaya hidup sesetengah veteren rakyat malaysia ni yg gaji RM4000 ke atas ni, bile aku dgr cite bagaimana susah payahnya diorang yang bertanpakan pendidikan yg tinggi mcm kita2 ni yang berpeluang melanjut pelajaran tinggi2 sampai ke UK dsb , aku malu bile tgk orang skang ni yg muda2 ni merepek, komen tak tentu pasal tentang kerajaan...Dah diberi hidup di malaysia pun x tahu bersyukur...kalaulah korang dilahirkan di bangladesh, tak tahulah aku nak cakap ape....haha...yup... kenyataan ko kat atas nie aku sokong..mungkin yg tidak berapa setuju bukan dia x bersyukur .. mungkin bg dia sbb dia tidak cukup relevan dgn harga pasaran dgn harga minyak di malaysia mungkin masih di bayangi dgn harga RM 1.92 yg dulunya harga setong puratanya USD 80dan tp kini harga kurang dr 80 USD tp harga masih RM2....mungkin kadang2 kita terlepas pandang mengenai konsep panawaran dan permintaan msti bersilang..mungkin ada logiknya harga kini RM 2... di sbbkan jumlah kenderaan bertambah di semasa ke semasa...sbb yg ini aku pasti kerana ble di katakan kereta di malaysia bertambah dr sehari ke sehari 700 kenderaan per day...di sbbkan ini mungkin tidak cukup releven utk di bandingkan harga suatu masa dulu dgn harga utk hari ini.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Sousuke Aizen 4 Report post Posted November 27, 2008 Org Malaysia x reti bersyukur... Itu kesimpulannya....5-6 kali turun pun masih berbunyi x puas hati...Apapun alhamdulillah harga minyak turun dan rakyat tidak lg terbeban...Cuma harga barang yag masih belum turun-turun...Pemborong dan pembekal dibiar bermaharajalela di Jalan Maharajalela...Peniaga lak tersepit dgn desakan kerajaan dan rakyat...Apa kuasa peniaga nak turunkan harga kalo harga yg diambil dari pemborong dan pembekal masih tggi?Katakan pemborong jual cili api sekilo dgn harga RM 2 kat peniaga...Takkan peniaga nak jual 50 sen kot sekilo? Fikirkan... Quote Share this post Link to post Share on other sites
Evilngenious 0 Report post Posted November 28, 2008 theori ekonomi mana ko pakai ni robok Quote Share this post Link to post Share on other sites
kembara 2 Report post Posted November 28, 2008 (edited) apa hubungan kerajaan dgn pembekal,pengilang?situasi harga myk naik menyebabkan harga barang naik-pembekal ni beralasan produk mrk dinaikkan harga sbb minyak naik harga->bahan mentah naik harga->harga barang naik.Hari ini harga minyak dh turun malah lebih rendah drpd masa mrk mendakwa tu dulu tapi knape harga produk mrk hari ini masih tak turun.Sekarang apakah peranan kerajaan utk menekan penipu harga ni utk turunkan harga barangan mrk.atau ada apa hubungan kerajaan dgn mrk sampai jadi lembek(lembut) mcm penari balet jerkk... Edited November 28, 2008 by kembara Quote Share this post Link to post Share on other sites
NeoLogy 74 Report post Posted November 28, 2008 Harga di minyak di pam tanpa subsidi kerajaan = RM1.62 per literHarga yg penggune/rakyat bayar RM2 per liter.Ni bermakna rakyat membayar cukai kepada kerajaan sebyk RM0.38 per liter.Kita seolah-olah membayar kembali rebet yg diberi dahulu oleh k'jaan. (secara halus) mybe ramai yg xsedar.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Evilngenious 0 Report post Posted November 29, 2008 rm1.62 sen bnyk leh jimat tususu anaklampin anaklampin binihuhu Quote Share this post Link to post Share on other sites
xsan 0 Report post Posted November 29, 2008 QUOTE(NeoLogy @ Nov 29 2008, 12:31 AM) <{POST_SNAPBACK}>Harga di minyak di pam tanpa subsidi kerajaan = RM1.62 per literHarga yg penggune/rakyat bayar RM2 per liter.Ni bermakna rakyat membayar cukai kepada kerajaan sebyk RM0.38 per liter.Kita seolah-olah membayar kembali rebet yg diberi dahulu oleh k'jaan. (secara halus) mybe ramai yg xsedar..ade sumber2 yg boleh dipercayai n neutral x?ramai ckp RM1.62 tapi aku google for source xde pon yg relevan.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
memito 0 Report post Posted November 29, 2008 bersbr anda semua...terio alkapacino digunakan di sini Quote Share this post Link to post Share on other sites
azir 0 Report post Posted November 30, 2008 tunggu je la pengumuman mlm nie (kalo minyak turun)esok2 pg leh pegi keje dgn mengisi minyak harge baruhahahhah Quote Share this post Link to post Share on other sites
Sousuke Aizen 4 Report post Posted November 30, 2008 Hu hu hu hu kalo turun lg mlm ni alhamdulillah...tapi aku pelik... manusia tak reti nak bersyukur...minyak turun pun masih bising...Sekali Allah tarik balik nikmat, baru padan muka...Inilah umat akhir zaman... Quote Share this post Link to post Share on other sites
NeoLogy 74 Report post Posted November 30, 2008 Skunk ni harga minyak mentah lebih kurang USD60 setong..kalo sblm kenaikan mendadak jun dulu..harga minyak mentah lg tinggi daripada skunk(USD90 setong xsilap)..tp k'jaan bleh je jual minyak harga RM1.92..skunk xbleh plak...Dulu, DS Najib ader ckp (dlm Buletin Utama TV3)..k'jaan xbleh turunkan harga minyak secara mendadak kerana ia akan menjejaskan sektor2 lain kalo tiba2 harga minyak naik balik...tp beliau xsedar yg kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak dulu jgak menjejaskan sektor2 lain..walhal harga minyak yg mencecah USD160 setong dulu bleh turun sehingga USD60 setong skunk..kenapa k'jaan xpk masa tu..masa nk naik..mendadak je..cepat je..nk turun..liat lak..sket2 lak tu.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Fen-D 0 Report post Posted November 30, 2008 aku terkilan lar ade statement kerajaan yang mengatakan penurunan harga minyak akan menyebabkan kerugian kepada pengusaha minyak?depa tak fikir masalah rakyat ke?harge barang da lar liat nak turun..cam aku tanye mamak kat kedai mamak ni...tanye sal harge tak turun lagi...dorang kate la stok banyak lagi la ape la... Quote Share this post Link to post Share on other sites