Jump to content
cikgureza

Geng Bundle Putera.com

Recommended Posts

Salam..

Dari aku budak form 1(1991) sampailah ke sekarang, 'butik' bundle (barang second hand) masih menjadi 'Pojaan hatiku.." entah kenapa, aku pun tak tau..

banyk tempat yg aku pernah pegi, dan perkara pertama yg aku cari (in the sense of shopping) adalah bundle lah dulu. Ketagih ke syndrome ke aku pun tak tau. tapi kalau tak jumpa bundle, rasa mcm tak lengkap ..siot (mengambil bahaasa bebudak zaman sekarang)

dan bnyk tempat lagi yg aku tak pegi, dan aku rasa masih ramai kaki2 bundle kat putera.com ni yang masih tak jumpa tempat yg best untuk membeli fesyen kegemaran mereka.

Jadi, thread ni di buka untuk berkongsi 'buying guide' ataupun 'bundle travelling guide' untuk yang *hardcore.

* definisi hardcore: 95% pakaian dan lifestyle terpengaruh dengan bundle punya barang.

Tujuan nya bukan apa, tapi, untuk korang mengenengahkan bundle2 yg best2 yg korang pernah pegi,dan bagaimana untuk ke sana. dan apakah barang yg ada kat sana. dan apakah barang yg korang pernah dapat dari bundele tersebut.

Okeh,aku mulakan:

Lokasi: Bundle Memory lane, Ipoh, Perak. (belakang The Store Ipoh Town).

Hari: Setiap minggu hari Ahad.

Barang2 baik kat sini:hampir 98% barang kat sini adalah used item/collectibles/memoribillia

1) Baju: kalau korang minat branded clothing, (designer) maka, kat sini ada,cumanya kena rajin selak bundle baju tu kat lebih dari 5 khemah bundle yang besar.

-dia mix barangnya. Dulu bnyk bundle USA, tapi semenjak duit mahal ni, diorang banyak ambik Jepun, dan kadang2 ada juga terlepas barang Korea.

Tips untuk Baju:

Datanglah ke kehemah tu dengan memakai pakaian bundle di badan, dan korang boleh mintak tawar tarak hati punya. Kecuali baju yang di gantung,dan dlm plastik balut, sebab, baju yg dua ni selalunya less dlm 30% je dari selling price. It's agood bargain thou, sebab baju2 yg kategori dua ni dlm mint(perfect) condition.

kalau korang datang dengan memakai baju kategori kedai (beli baru) di badan. Maka bersiap sedia lah untuk tidak mendapat tawar menawar. Tokey2 tu layan korang mcm Nepal/Tibet/Myanmar yg datan nak beli baju kat diorang.

- Brand name yg ada dan price range:

Kalau korang layan designer2 mcm Katherine Hamnett, Versace, Gorgio/Emporio Armani, Burberry, Moschino,Chanell, Michiko London,Hiroko Koshino dan lain2, jgn risau, sebab tokey2 ni tak tau brand name2 tu semua. (Trust me... been there, done that, have the t-shirt.). Selalunya kalau paling tinggi selling price dia adalah di bawah RM15 ~ RM 18. tapi lepas tawar, dapatlah RM7~ RM5 (kehkehkehkeh).

manakala, kalau korang layan brand2 yg common mcm Levi's,Diesel dsbgnya (sorry,aku tak tau bebudak zaman skrg ni pakai brand apa),maka, bersiap sdia untuk mendapat selling price yg tinggi. Tu semua di sebabkan permintaan, iaiatu, oleh kerana selalu kaki2 bundle ni beli, maka,harga pun naik lah.

Sluar Jeans:

- mcm2 jenis jeans ada kat sini. Jadi terpulang pada brand apa yg korang nak. Commonly memang banyak Levi's, tapi beware of immitation, nanti rugi duit beli. Price range, kalau levis yg mcm 501 dan yg top2 tu semua, bermula dari (yg paling murah) RM60 ke atas. Boleh tawar,jgn risau.

- jeans jenis mahal yg kena di peratikan:

501 Levi's gerenti mahal. Kecuali yg dah ada bynk cacat celanya. ADa dua kategori, iaitu 501 Jepun dan 501 US. Yg jepun ni pun ori, cuma dia murah sikit dari US. Tapi ,kalau tokey tu cuma ada selai je 501, tak kira le jepun ke apa ke, mesti letak harga kaw2 punya. (boleh mencecah ke RM300 sehelai)

-Levi's Engineered jeans: semua version dari awal sampai yg sekarang ni. Bermula dari RM120.

Karekteristik yg menjadikan seluar2 tu mahal:

~ Dark blue jeans. Selalunya Levi's dan Lee bnyk style gini. Tapi kadang2 tu brand mcm Evisu tu semua pun ada gak, dan kadang2 Evisu lagi mahal dari 501. Brand ntah2 apa2 pun,asalkan kain dia jenis dark blue jeans yg seakan2 Levi's pun menjadi mahal gak.

~ Levi's 501 & 201 Big 'E': Nak tgk dia senang je. Semua perkataan kat jeans tu yg ada tulis Levi's akan di eja dengan hurup besar (LEVI'S). Lee pun ada gak big 'E' ni. dan selalunya tokey bundle memang tahu perkara ni.

~ Jeans 'Kepala Kain' : aku tak tau korang panggil apa bende 'kepala kain' tu, tapi memang common name 'kepala kain' tu di kalangan orang2 lanjut usia yg masih main bundle. Tak caya tanya budak siam yg kerja kedai tomyam kat umah korang tu.

Kepala kain ni makna nya ,lepas lipat kaki seluar tu, korang akan nampak dua line merah dengan kepala jahitan seluar tu.Tu lah kepala kain. yg jeans type gini, jgn kata Levi's, jeans cap badak yg ntah apa2 pun jadi mahal.

* Ni antara koleksi aku (jeans brand Jepun, termasuk yg mula2 belah kiri tu Evisu 'Yen' Jeans:

michiko.jpg

Jeans jaket:

Brand yg popular mcm Levi's 201 & 501, Lee,Evisu, Engineered Jeans, Big E, yg kepala kain, yg dark blue memang mahal2. tapi berbaloi dengan apa yg korang dapat. Item ni memang rare. Once in blue moon je keluar. Kadang2 tak sempat tokey nak bawak pegi bundle, depan rumah dia dah kena beli dah..

range Price : dlm RM250 ~ RM 500 (mana nak dapat dah yop! kat kilang dia pun dah takde sesetngah jaket tu. kategori vintage ni)

Jam:

bagi kaki jam, bundle ni memang sesuai. Ada lebih dari 4 booth yg menjual branded punya jam. Dan brand2 yg korang boleh jumpa:

- Rolex = confirm lebih dari RM2000 ~ RM3000 ke atas. (tak kira tali kulit ke tali besi ke)

-Pagol = range price dari RM 150 ~ RM300 ke atas.

- Titoni = sama mcm Pagol

-Swatch = below RM50 (nego)

-casio G-Shock= RM60 ke atas (tgk tokey)

-Omega = sama mcm Pagol dan Titoni

Kena hati2 jugak,sebab kdang2 ada sesetngah tokey ni jahat, dia tukar enjin jam tu. So, better suh tokey tu bukak sebelum decide untuk beli. Kena berani tawar, dan mintak dia bukak, sampai ke tahap letak duit depan dia, dan suruh dia bukak enjin untuk menunjukkan ke gunine nan korang pada dia. (bukti yg korang nak beli).

kasut:

kasut tgk musim, kadang best2 kadang tak. Common brand mcm nike, adidas, Fila, timberland,Prada dsbgnya memang selalu ada. Cuma kena tgk apa pesen yg korang main je.

Cthnya, kalau main Jepun, maka, kena lah cari nike2 yg rare, mcm 'Air Jordan' ke, 'Air Force one' ke, Air max 98 ke. kalau kasual untuk kerja, boleh lah layan loafers timberland dan Prada.

range price, bermula dari RM120 tapi boleh tawar wayy below dari harga tu. Kadang2 tu kalau kau mula dari "RM50 buleh bang?", maka, tokey tu bagi le.. so, jgn risau nak tawar.

lain2 item:

mcm2 ada kat bundle memory lane ni (dulu panggil Loken- Lok King), antaranya:

1) Produk antik

2) Buku dan majalah

3) Barang motor

4) Barang2 rumah

5) barang2 elektrik

6) barang komputer

dan lain2.. harga boleh tawar.

----------------------------------------------------------

Tu antara bende yg ada kat bundle memory lane ipoh ni. AKu jugak pernah ke bundle kat Hatyai, tapi nanati aku citer balik..

sementara tu,korang kongsi lah bundle guide korang...

Hopefuly thread ni dapat sambutan, sebab, kalau ada yg rekemen bundle diorang best (mostly untuk kain baju punya bundle),maka, bolehlah aku ataupun forumers yg baca thread ni untuk ke bundle tersebut..

Arigatou gazaimasu

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku masih lagi tertanya-tanya ,apa kelebihan barangan bundle ni???

berbanding dgn barang baru??

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rasa sebab bukan harga mati.. macam cikgu dok cakap tu.. boleh tawar menawar.,

tu kelebihan dia...

lagi satu macam2 ada.. semua campur2 dalam satu kroni je... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku masih lagi tertanya-tanya ,apa kelebihan barangan bundle ni???

berbanding dgn barang baru??

kelebihan dia yg paling ketara adalah:

1) tak semua brand kat situ kau boleh dapat kat kedaii, dan kalau boleh dapat kat kedai pun,

2) harga dia akan mahal,erbanding dari yg dapat kat bundle.

3) sesetngah design yg korang pakai tu, kemungkinanan besar hanya korang sorang je paka dalm 24 juta manusia kat malaysia ni. Kira korang sorang je ada bende tu.

4)Kualiti kain dia lebih baik berbanding dari yg baru. Typical US dan jugak Jepun punya kualiti ,memang tinggi.

5) design dia cantik2, dan jarang ada kat malaysia.

6) circle of freinds yg layan sesama barang2 bundle tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok,biasanya diorg dpt dari sapa bundle ni??

kira cam ada org yg tak nak pakai dah, pastu hantar bundle, camtu?

kualiti dia mmg ok lagi kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok,biasanya diorg dpt dari sapa bundle ni??

kira cam ada org yg tak nak pakai dah, pastu hantar bundle, camtu?

kualiti dia mmg ok lagi kan?

bundle ni semuanya di import, kecuali apa yg kitorang panggil sebagai 'bundle malaysia'. Bundle malaysia ni lain sikit, sebab, kadang2 kain2 baju tu di kait dari penyidai rumah orang. So avoid dari membeli barang2 gitu.

manakala bundle us dan jepun ni, semuanya di import. Dan jumlah kain baju tu jadi bnyk, sebab, selepas satu2 musim, orang putih dan jepun ni akan membuang baju2 yg diorang kira dah outdated. Cthnya, masa musim summer, diorang dah pakai satu fesyen ni, tiba2 bila masuk musim falls, fesyen baru keluar pulak, so feseyn yg summer tu dah kira outdated lah. Perlu dingat, baju2 yg kita anggap mahal2 semua tu,bagi diorang mcm beli kerang je harganya..

Kadang2 tak semestinya summer 2007 punya fesyen yg kita dapat, melainkan kita men shopping kan diri kita kat Bundle Bangkok, yng mana kat sana latest fashion memang ada, silap2 awal 2008 dulu punya feseyen pun dah ada.

Tips untuk beli kain baju bundle:

balik, rendam dalam air panas, masukkan dettol dalam kuantiti yg banyak. Paling baik klaua dapat rebus baju tu dengan dettol, pastu baru cuci. bukan apa..takut "shhhh...kuuuuuraaaaapppp" (buat suara mcm p.ramlee)

Kualiti tgk pada pilihan hati.Sebab beauty is in the eye of the beholder. Ada yg kata season (lusuh) tu cantik, ada yg kata nampak baru tu cantik dsbgnya..

Aku beli coat/suit pejabat semua kat bundle. Nak pakai suit apa? Armani? Versace, semua ada. nak beli baru armani punya suit, mau telan RM3000 kut..ni aku beli kurang dari RM100 ..kehkehkehkeh...

cth suit Girgio Armani:

ARMANI10212.jpg

p/s: dah lanjut usi ni kena bnyk layan designer punya fashion le pulak. Dulu masa muda remaja dulu boleh lah trendy2 ni..

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

bundle pon ader jual jam ea?

aku x tau pon..

aku selalu jumpe baju+sluar jer.. ^_^

bundle tempat lain aku tak berapa tau le,tapi kat bundle Ipoh ni memang dari zaman tahun 60'an lagi dah ada jual jam apa semua..

Motor klasik pun ada jual, tinggal bernai dengan tak berani je nak tawar/bid harga...

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

adus..ipoh lak

klu dekat blh laa nak usya jam g-shock.

huhuhu~

aku dapatcasio G-Cool 1st edition bai..warna putih.. kalau kat kedai ni ada lagi yg 1st edition tu,mau cecah ke RM600. Aku dapat RM45 je lepas tawar dari RM80...

cth gambar G-Cool:

gt000gcool2.jpg

mari lah ke ipoh ahad ni.. kalau ada rezeki ada lah jam yg kau nak. tambag dari Kl baru RM13.. tak habis pun seratus nak ke ipoh..

Share this post


Link to post
Share on other sites

cun-nyer..

cekgu reza..nak kirim blh? ^_^

yang bawah rm50 and condition ok.

huhuhu~

aku punya taste lain lah..takut terbeli yang tak kena dgn taste kau. Kau nak G-Shock yg cemana? ada specific ataupun design yg seakan2 yg kau nak tak? pastu color, saiz dsbgnya..

Baby-G pun selalunya ada,..tapi tgk rezeki le..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku mmg layan jarang bundle, lg2 sbb badan aku kecik jadi aku tensen je. Pegi cari barang, xde. Byk yg besar2 je. Lagi2 seluar. Tapi ada membe aku, kecik mcm aku gak, jenis rajin - jumpe je. Aku ni cam malas sikit - tak jumpa .. blah. Ni zaman aku studi camtu la, dlm tahun 2000 camtu.

But since tahun lepas, aku terai mendekatkan diri pegi bundle neh. Nak pegi kedai bundle biasa, cam segan plak sbb aku x pandai langsung cari barang bundle neh. Jadi aku pegi kat pasar malam. Itupun terhad beli pakaian je. Biasa la, orang baru. Ada dapat barang best, ade yg tidak. Memang aku main redah je, sbb xde member sealiran (member yg aku mention kat atas tu ms zaman studi .. ms zaman dah keje ni mcm memasing pun jaga status gitu :P)

Aku rasa la kan, kepuasan pertama aku dapat, masa aku pakai satu kemeja ni pegi opis, membe tanya "beli kat mana ?". Aku balas "Beli kat bundle je, RM10 selai". Pastu ada skali tu aku pakai jaket, member aku yg foreigner tanya kat mana aku beli? Berapa harga? Aku cam malu-malu je ckp tapi jawab je la dgn yakin, aku beli kat area rumah aku. Dia siap nak ikut nak beli lagi. Kikikiki.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku dapatcasio G-Cool 1st edition bai..warna putih.. kalau kat kedai ni ada lagi yg 1st edition tu,mau cecah ke RM600. Aku dapat RM45 je lepas tawar dari RM80...

cth gambar G-Cool:

gt000gcool2.jpg

mari lah ke ipoh ahad ni.. kalau ada rezeki ada lah jam yg kau nak. tambag dari Kl baru RM13.. tak habis pun seratus nak ke ipoh..

heheheheheh....

cikgu, jual kt aku jer la jam ni...

aku angkat rm50....

amcm???? bleh??

untung rm5 tu, seagal urusan pos aku tnggung...

hehehhehehe.... blehhh tk????

peace

Share this post


Link to post
Share on other sites

cikgureza, tak nak buat BundleOnline.com ker. Hehe.

uhuhuh..kalau nak buat bundle on9,maka, aku kena berulang alik ke bundle Bangkok le gini. Pasal G-shock tu pulak, esok aku try tgk,kalau ada aku angkat. kau prepare le duit bawah RM100 ye..aku try the best untuk dapatkan below RM50.

Ada gak brand name yg hanya sesetengah orang je yg layan, dan tau, dan aku rasa tak ramai ambik peduli pasal brand2 tu. Cuma nya kalau korang pergi ke bundle tu dan beli brand name tu, maka, korang termasuk dlm kategori 'cool people'. Dan ketahuilah brand2 ni masih popular kat Jepun dan masih di pakai kat Jepun.

antara brand name yg korang perlu peratikan dan sambar kalau ada:

1) UCB- United Colors of Benetton. Brand ni memang cool, dulu ada butik kat malaysia, skrg dah tutup.Pernah sponsor F1.

2) Michiko London Koshino - ni brand designer Jepun yg popular kat London.Fashion dia bnyk untuk streetware.

2) Hiroko Koshino Homme - Ni pun designer jepun,dan popular kat jepun.

3) Dr.Junko Koshino - Antara designer jepun yg mencipta nama kat international.

4) Kenzo - designer Jepun yang popular kat Italy. Korang tak amik brand ni memang rugi- siot.Barang2 dia yg baru cecah riban2 RM siot.

5) Giorgio Armani- memang susah nak jumpa Giorgo Armani dah skang ni, sebab dah di ganti dengan EMporio ARmani,Kalau jumpa memang luck korang baik lah. Rezeki betul

6) Versace- Designer Italy yang dah memang terkenal. Barang riban2 punya harga.

7) Katherine Hamnett - ni brand designer UK yg terkenal kat italy.

8) Calvin Klein -brand ni memang bnyk ada kat bundle, tapi cuba cari yang design dia pelik2 sikit. Maybe jenis long sleeves T's ke, kain dia kualiti lain sikit ke. Kalau di pertaikan kain dari Calvin Klein ni bila letak kat muka, lembut je,sejuk je.. sebab kain yg dia guna tu memang gred tinggi punya. So, pilih yang unik2 tapi bukan main amik je semua.

9) MCM- ni designer Italy.

10 ) Evisu -huhuh..kalau korang boleh jumpa brand ni sepah2 je, sila lah amik,dan kalau taknak, tolonglah tolak kat aku. Susah gila nak jumpa barang2 Evisu ni. Kena gi Bangkok baru dapat tu..

sebenarnya banyk lagi.. tapi aku tak larat nak type semua.

Pasal darkwan tu pulak:

orang yg ada fashion conscious mcm kawan kau dan juga foreigner yg tanya kau pasal baju kau tu, memang akan ter perasan kelainan kuliti clothing yg kau pakai. Kira mcm sekali imbas je dah tau bende tu takde jual kat sini.

Cthnya duluu masa aku ada kursus kat Pangkor. Pagi tu aku pakai Jersey ice hockey 'Mighty Ducks' (Aneheim punya ice hockey team). Tiba2 ada salah sorang fascilitator tu tanya kat aku, mana aku beli jersey tu, sebab abang dia ada kirim sehelai jersey tu, exactly mcm aku pakai tu dari New York, sebab abang dai duk kat sana. DIa pun citer bung bang,bung bang, pasal mahal lah..susah nak dapat lah. Kena melawat Disney lah kalau nak beli dsbgnya.. at the end of the coversation, aku simply bagitau kat dia, yang aku beli jersey tu kat Bundle je,dengan harga RM7. Maka ternganga lah dia..

What's cool tips:

Kalau korang berhajat untuk men Jepun kan diri korang maka ini adalah tips yang aku nak perturunkan.

1) Cari sehelai T's yg brand Jepun. mcm Hiroko/michiko. make sure pakai yg ada lable di print kat depan T's tu.Kira orang memang nampak lah brand tu.

2) Pakai seluar Engineered Jeans yang 1st edition tu, yang Takuya Kimura jadi model dulu tu.Itu yg terbaik, tapi kalau takde 501 yg hard jeans dengan kepala kain pun can do jugak..

3) Pakai Jam Casio series G-Shock. Memang bebduak jepun cukup suka dgn G's ni.

4) Cari sepasang Nike yg cool, mcm AirMax 98,99,200. Dapat color putih memang cun giler.

5) cari sebijik sack pack bag brand mcm Outdoor ke,Volcom ke..ataupun dari brand skatewear punya dash cun.

p/s: T's yg nombor satu tu jugak boleh di ganti dengan T's University. Kira cari lah mana2 University..memang cool punya.

Boo.lat zone:

G-cool tu nak jual balik kat kau RM 50? RM500 pun aku tak jual..kau nak cari lah kat kedai...kalau ada..kehkehkehekeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

cikgureza ni susah tol nak nampak dia on ym..

ke invi?

bole gak mintak tips2 bundle :P

jarang on9 dah.keje bnyk.nanti aku ym je, tak siap le keje aku jawapnya..

ada soklan kita discuss kat sini..

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah ada superstar..hadiah dari sum1. :P

sluar levis pun dah ada.

aku slalu je survey bundle nih.

tapi jarang beli..

btw time aku beli tu ada gak brand2 lain mcm timberland, nike..

tapi aku lebih tertarik ngn adidas ni.

Edited by nocturnal

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...