Jump to content
BasicCX

Mukhriz Dibidas -- Surat Minta Pm Letak Jawatan Tak Bertanggungjawab

Recommended Posts

Mukhriz dibidas -- Surat minta PM letak jawatan tak bertanggungjawab – Hishammuddin

Oleh: HERMAN HAMID dan AZIAN AZIZ

KUALA LUMPUR 15 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mengutus surat meminta Perdana Menteri meletak jawatan sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Katanya, walaupun Mukhriz menjelaskan surat itu bersifat peribadi dan tidak sepatutnya disebarkan melalui Internet, tetapi apa yang telah dilakukannya jelas bertentangan dengan pendirian Pergerakan Pemuda UMNO mengenai kepimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kita Pemuda UMNO akan ambil tindakan (terhadap Mukhriz) ikut saluran sedia ada. Bermakna kita tunggu mesyuarat Exco dahulu yang akan diadakan selepas pengumuman pembentukan Kabinet. Itu merupakan satu keputusan yang saya rasa realistik,†katanya.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda MCA, MIC dan Gerakan di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang menyerahkan kepada Pemuda UMNO untuk mengambil tindakan terhadap Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pergerakan itu.

Kontroversi berhubung Mukhriz bukan pertama kali timbul sebaliknya pada Perhimpunan Agung UMNO 2006, Exco Pemuda UMNO itu ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden, mendakwa tiada perkara baru yang disampaikan.

Sementara itu di SHAH ALAM, Pemuda UMNO Selangor menyifatkan tindakan Mukhriz sebagai perbuatan biadab.

Ketuanya, Abdul Shukur Idrus berkata, Mukhriz sepatutnya membuat kenyataan mengenai perkara tersebut mengikut saluran parti dan bukannya secara terbuka.

‘‘Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menyerahkan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Exco Pemuda UMNO untuk membuat keputusan mengenai Mukhriz.

‘‘Janganlah jadi ‘hero’ dalam keadaan kita tersepit sekarang,†katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat tergempar Pemuda UMNO Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Shukur turut menyampaikan pendirian Pemuda UMNO Selangor yang menyokong penuh Abdullah dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak terus menerajui kerajaan.

Sementara di BUTTERWORTH, UMNO Pulau Pinang meminta supaya Pergerakan Pemuda UMNO memecat jawatan Exco Pemuda yang disandang oleh Mukhriz kerana tindakannya itu.

Sambil menyelar tindakan Mukhriz yang dianggap sebagai tidak berpendirian, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Azhar Ibrahim menyifatkan perbuatan Mukhriz itu sebagai mengambil kesempatan di atas keadaan UMNO yang kini berada dalam situasi ‘gelisah’.

‘‘Apakah jenis manusia ini, adakah ini pemimpin Pemuda yang bakal mewarisi pucuk pimpinan? Kalau satu pendirian, biar satu.

‘‘Jangan sini cakap lain, situ cakap lain. Beliau tidak ada pendirian justeru manusia seperti itu tidak wajar dijadikan pemimpin peringkat nasional. Kalau orang lain naik (ganti Abdullah), beliau dapat jadi menteri penuh, jadi, tindakan ini tidak wajar,†katanya.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan tertutup antara 11 wakil rakyat UMNO yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Sumber - Utusan Malaysia, Ahad, 16 Mac 2008.

Dari aku,

Sebenarnya, ikut aku Tun & Mukhriz & Lim Kit Siang & Lim Guan Eng dua-dua serupa. Mempunyai agenda mereka sendiri. Cuma Tun & Mukhriz membidas apabila xde kata sepakat seperti yang dimahukan berlaku.

Silalah komen.

Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko copy paste artikel dari mana ntah, dan tak pulak bagitau sumber (kalau dari akhbar, apsal tak provide url?)

lepastu ko mintak orang lain komen. jadi apa tujuan ko bukak topik ni? sekadar mintak orang lain komen, sedangkan ko sebagai topic starter langsung takda komen? jadi apa tujuan sebenar ko bukak topik macamni? sekadar nak tengok orang lain komen, sedangkan ko cuma bukak topik, dan biarkan orang lain komen?

bertanggungjawab la sikit. bukak topik, komen dan bagi la pendapat dari diri sendiri dulu sebelum mengharapkan orang lain komen.

komen aku? dia mewarisi sikap dari bapanya sendiri, jadi aku tak pernah hairan kalau kenyataan macamni keluar. bukan bermaksud aku menyokong penuh kerajaan sedia ada, cuma kat sini apa yang berlaku mudah sebenarnya:

1. masalah peribadi. ayah dia tak puashati dengan penggantinya disebabkan beberapa isu, bukan isu seperti yang dibangkitkan, tapi isu peribadi antara mereka berdua. sudahnya melarat-larat, sampaikan si ayahnya pernah bukak pekung di dada pada ceramah umum dia, dan isu ni dieksploitasikan oleh "the other site" yang 10 tahun lepas kemain mencaci dia, tapi tup tup sekarang pakat puji melangit pulak.

2. pada zaman ayahnya menang cukup makan dulu, tak pernah ada suara mintak dua berundur, bertanggungjawab atas "kekurangan majoriti". jadi kenapa sekarang jadi isu? sedangkan ayah dia dulu tak pernah ditekan untuk letak jawatan?

3. untuk "the other site" pulak. diorang pernah menang dengan majoriti yang tak berapa kuat. cukup-cukup makan, tak perlu aku nyatakan negeri mana, semua orang tau. tapi takda isu pun suruh kepimpinan parti ataupun menteri besarnya untuk undur? takda pun tekanan untuk wujudkan kerajaan campuran, atau re-election semula blablabla. kenapa sekarang jadi isu besar sangat sampai semua orang tak senang duduk?

4. si penulis surat sepatutnya sedar, bahawa "keadaan yang berlaku sekarang" disebabkan apa yang "berlaku pada masa dulu" yang diteruskan oleh pengganti ayah dia. jadi takboleh la salahkan sebelah pihak je, sedangkan yang mewujudkan kelemahan yang nampak sekarang ni adalah?

politik kat malaysia ni sebenarnya takda jadi satu masalah yang besar pun. yang jadi masalahnya adalah penyokong-penyokong dibawahnya yang:

1. ada agenda sendiri, tak kira la pihak pencadang ke atau pihak pembangkang.

2. kuat melagakan orang sampai orang yang dilagakan tu hilang pendirian

3. berperang sesama sendiri, sedangkan kepimpinan tertinggi diorang dok rilek je. jadi boleh ke dalam hal ni si penyokong dianggap sebagai "diperbodohkan", padahal dalam masa yang sama, memasing membodohkan memasing.

tu jela kot komen aku. sebenarnya harini aku tergerak nak reply topik macamni sebab aku dah naik bosan dengan beberapa user dalam forum ni yang masuk forum bukan untuk contribute benda berfaedah, berbincang pasal IT, pasal teknologi, tapi lebih suka berbincang benda yang takkan ada kesudahan dia. walaupun admin wujudkan "serious discussion" sekalipun, tapi banyak digunakan oleh beberapa orang untuk menyebabkan yang "serious" jadi hilang arah.

Share this post


Link to post
Share on other sites

takpe ker saye nak komen?.... sori... jgn marah yer...

saye cume nak cakap... ayah dier mmg dah ader track record yg camtuh...dari dolu sampai sekarang, sesape jer yg dier kasi naik dier akan jatuhkan.... contohnyer? semua org pon tau...takyah saye tulih..... dier sorang jer la yg betul agaknyer.... saper yg melawan cakap dier semua dier hentam.... tahape2......

sindrom besar kepala....

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe xpe la..nanti dah besau aku gi bertanding kat pilihan raye.

korang jgn lupe vote aku jd PM melesia lak. :lol:

confirm aku bg korng MC hari2 :rolleyes: .

p/s: ok sori lari topic

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe xpe la..nanti dah besau aku gi bertanding kat pilihan raye.

korang jgn lupe vote aku jd PM melesia lak. :lol:

confirm aku bg korng MC hari2 :rolleyes: .

p/s: ok sori lari topic

ape la ko melalut nih.

neway . PBU dah lepas .

ape yg belum lepas isu diorg . hmm entah la bila nak settle .

yg pelik nye org melayu g Undi party bukan melayu ape kes. Dulu penat2 kita nak menuntut kemerdekaan.

zzz

no offense

Share this post


Link to post
Share on other sites

tipikal user baru dlm forum nih skang, suka dgn topik camnih.. ekekekeke, nengok jer la dgn 2 topik yg dah closed sbelum nih. udah-udah ler tuh, org lain sume dah maju, tapi org mesia dok pot pet pasai politik, saper betul saper salah. yg dok bertanding tuh yg menang either jawatan parlimen or dun, confirm dapat gaji 10k sebulan, tapi yg dok memekak dalam nih pung pang cakap tuh betui tuh salah, ape dapat? dok junjung orang tuh melangit, dok maki orang tuh sebakul, leh dapat duit ker?

buat ler keje berpekdah sket weh. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

AKu memang sokong mukhriz... Semua orang tau PM skang ni lembik.... Cuba korang pikir mcmana PM skang ni jadi PM masa dulu....

Demi kepentingan negara PM skang ni mesti lepaskan jawatan tu... Kalo buat poll ... aku rasa ramai sokong PM skang ni letak jwtn..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ye la kang kalo isu ade org bg surat yg menyuruh PM kite letak jawapan nih heboh satu dunia,

ade gak la terjejas name melesia kat persada dunie..melesiakan aman, damai lg makmur..

so harap2 xde la nnti negare kite huru hara ke sebab kes nih..tp walo mcm ne pon, aku suke la

kalo Dr M yg mentadbir, tp aku xkisah la sesape pon yg mentadbir asalkan sumenye flow dgn smooth

Share this post


Link to post
Share on other sites

politik itu kotor :rolleyes: apabila kenyataan atau keputusan yang dibuat disertai dengan emosi maka wujud pelbagai kesan-kesan negatif. benda-benda yang salah pon boleh jadi betul. inilah bahayanya sistem demokrasi yang di perkenalkan oleh orang putih terhadap kita. kalau diimbas kembali sejarah PM yang sebelum Pak Lah nak tergelak pon ada, tapi itulah namanya politik macam saudara azuan huraikan serba sedikit. sejujurnya saya memang tak suka terhadap sistem demokrasi nie tak kira ler berpelembagaan ker atau tidak kecuali pemimpin yang dipilih memang menonjolkan sifat2 kepimpinan dan jujur. apa yang saya lihat demokrasi ini hanyalah satu shield kepada ahli-ahli perniagaan. yang peliknya kenapa kurang cendiakawan2 di malaysia nie kat parlimen padahal saya rasa bersepah-sepah ada. haiz macam lari dari tajuk laks nie :P . saya rasa bagusnya di wujudkan satu dewan lagi yang berkecuali tidak memihak mana mana pihak dan sukar untuk dipengaruhi bagi membahaskan apa yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang. dengar2 ada juga golongan artis nak masuk bertanding jadi calon PRU akan datang, kalau benar rumor nie parah betul dah sistem yang kebanyakkan di amalkan di kebanyakkan negara di dunia nie :lol:

soal Pak Lah letak jawatan atau tidak sebenarnya tidak timbul, macam orang Jepun kalau dah gagal confirm buat "harakiri". <<<cth paling tak sesuai digunakan untuk penganut beragama islam. letak ler sesapa pon kat atas kalau org bawahan dia corrupt hasilnya pon corrupt walaupun perancangan tu dah sempurna. lagi-lagi yang atas memang dah corupt :lol: itu sahaja pendapat saya yang kurang matang.

Edited by Lynux

Share this post


Link to post
Share on other sites

Komen aku..

Sokong Mukhriz, ni soal Leader..bukan soal party la..parti dah ok.

Hahaha, apa korang ingat Mukhriz tu tekan dengki ngan Pak Lah ker? Kepentingan peribadi? Mana hujah untuk sokong statement ni? please lah..

Mukhriz tu hanya main akal, dengan istilah lain hanya menggertak Pak Lah, aku yakin dia sendiri dah boleh agak akan ada counter macam ni, sebagai bukti adalah artikel ni. Ayah dia memang lebih bagus dari pak lah dari pelbagai sedut yang boleh dikenalpasti dimata rakyat. So, takkan tak nampak lagi?

Kalau dia nak, dia takkan direct camni. Kalau benar dia utus surat untuk minta Pak Lah letak jawatan, ianya tak lain tak bukan hanya untuk bagi ransangan kepada rakyat untuk lebih alert kepada Pak Lah. Mungkin Pak lah akan lebih sedar dan tak lembik lagi. Nyatanya ia adalah untuk kesenangan rakyat, negara dan pencapaian.

kita plak, sebagai forumer tak boleh la singkat2 fikir sebelum bagi komen, tak banyak skit forum internet sering menjadi perhatian umum beb. Biasanya komen-komen tak matang yang menyebabkan segelintir user counter..balas dan akhirnya panas dan berbalah..pastu kene tutup pulak topik, padahal ada segelintir user lain masih nak post benda yang relevan. :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Biasa ler tu.. politik nie memang macam tu.. Hari nie jadi kawan, esok jadi lawan. Hari nie sokong, esok sokong orang lain...

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam...

bagi aku..aku memang sokong mukhriz supaya pak lah letak jawatan...kekalahan BN pun kira besar gak la...

Pastu kepada forumer yang berkenaan sila taip nama negara kita dengan betul iaitu MALAYSIA bukan nya ikut suka hati korang jer....nama negara pun korang tak nak hormat macam mana nak berbahas..sory la aku ni patriotik sikit...bukan nya aku ckp korg x patriotik....

nak tanya sikit la kepada yang suka eja nama negara salah..cuba kalo org lain eja nama ko ikut suka hati bapak diaorg...aper perasaan korng...mesti angin kan...

sorry..........

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok ok, ape2 pon sori le..

aku le tu :lol: ..sori again.

sejak aku msk forum nih, asyik kene marah je ;)

sori je :huh:

Tu ler ko.. lain kali jangan malas nak menaip. Jangan pakai tulisan SMS tu... nanti kena sound. Satu lagi, pastikan ejaan tu seboleh2nya betul jangan ler typing error banyak sangat... orang nampak macam fail bahasa melayu plak... :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebenarnya surat tu hanya bersifat peribadi...

so...x pyh...kta nk mrh-mrh....

mukhriz kan ank Tun sudah tentu ....bapa borek ank rintik.....hihihihihi

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dah... tak perlulah ulas panjang panjang lagi...

Cubalah ko orang perhatikan, kemana peginya tuan punya rumah nie... (pemula topik)

Sejak dibukak, tak jengguk2 pun...

Aku malas dah nak tutup topik korang nie... biar sipemula yang tutup..

Kepada BasicCX, harap anda bertanggung-jawab apa yang telah anda mulakan..

Wasasalam...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...