Jump to content
TemanX

Pembentukkan Kerajaan Baru.

Recommended Posts

aku dengar ceramah anuar ibrahim macam tak dengar pulak dia kutuk abdullah?

ke aku yang salah dengar?

dengar dia cakap pasal najib adela kot?

Buka TV1,TV2,TV3 dan berita harian mmg ada :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

wah wah.. panas tul topik ni... jgn gado2

pada aku lah...

sejak sekian lama BN memerintah sampai kita tak merasa corak pemerintahan yang lain.

pilihanraya baru2 ni ramai drpd pihak pembangkang menang... kita tengok cara mereka memerintah pulak..

kalo tak ok.. pilihan raya akan dtg keluarkan la.. selagi kita tak merasa pemerintahan org lain .. kita tak kan tahu..

tak kira BN ker.. pembangkang ker... yang penting rakyat hidup

maju.. aman dan damai.. kita sebagai rakyat perlu menyokong kerajaan .. kalo kita tak sokong sape lagi??

biasalah time mengundi macam2 yang dijanjikan.. nama pon kempen.. mesti nak tarik perhatian pengundi...

BN ker... pihak pembangkang ker... sama jer... tak kurang tak lebih... cuma cara tarik perhatian tu jer berbeza..

aku lahir kelantan... dok johor sejak kecik smpi skang.. tak lama lg nak kawen.. bakal suami aku org sbh keje kat johor...

duk johor sbb ikut arwah ayah aku yg keje kat singapore...

tak kisah duk mana2 pon... tempat maju ker tak maju ker...

yg penting hati suka... peace :)

psst... duk klantn best... suasana kg.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hahaha, rasionalnya masih seagama, aku harap bole la semayang sesama kat masjud PAS dan masjid kerajaan cam kat Johor ni,..

pasni tak de lagi istilah extreme, ..pelampau ke.

Dah nampak kerajaan campuran mungkin dalam beta testing untuk satu penggal ni,..sok2 tahun 2012 kite bleh cerita balik pro dan con

Oh yer, yang racist2 dok ngata PAS tu aku no hal punya, but jangan la tak releven, sungguh tak adil kalau nak compare sotong ingan ikan walaupun sesama hidup kat air kan..

Bab ekonomi PAS, plak bagi aku sungguh cetek pemikiran kalau dicompare ngan BN, ekonomi bukan datang dari sebelah pihak bai,..kan ada faktor pihak ke 2 dan lain2 baru lah boleh cepat berkembang.

Hahaha, no doubt :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Masalah sekarang ni org benci dekat kerajaan pimpinan pak lah..itu jer akar umbi yg menjadikan semua nie..pemimpin degil

emm.. kebanyakn org2 tua yg aku jmpe ckp pak lah ok.. tp org2 bawah die tu x gune..bkn semua la..

Share this post


Link to post
Share on other sites

emm.. kebanyakn org2 tua yg aku jmpe ckp pak lah ok.. tp org2 bawah die tu x gune..bkn semua la..

Thats same like me hear,... biaselah pak lah ada style tersendiri ..but dia geakan lupa untuk mengalih pandangan dingin ni..adakah itu perkara sukar baginye :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ada gerakan bawah tanah UMNO untuk manjatuhkan kepimpinan Pak Lah and family Pte Ltd. Hehe, macam-macam

source: PM me

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum, aku dah baca keseluruhan thread. Dan aku terpanggil untuk mengunkap sekata dua kata.

Bagi aku, Pak Lah seorang yang terus terang aku cakap, lembik. Dia ibarat tunggul kayu yang tunggu untuk ditebang je. Kenapa aku cakap camtu? Sebab dia tak mampu memberikan ketegasan kepada orang-orang bawah dia. Aku teringat zaman Dr Mahathir, walaupun dia ada anak tapi dia tak beri peluang anaknya untuk bercakap bab politik disampingnya. Berbeza dengan Pak Lah yang senang-senang menurut kata menantu dia.

Sebagai seorang pemimpin, dia perlulah tegas dan pandai membezakan bab anak dengan negara. Mana boleh dua urusan dicampurkan serentak dalam satu pentadbiran? Dan kenalah pandai mengurus perbelanjaan negara. Pembaziran projek yang mana kesannya terpaksa dibayar oleh rakyat seperti ekanaikkan haraga petrol dan tol (yang sekaligus mendorong kenaikan harga barang) dan keadaan ini menyebabkan rakyat tertekan dan hasilnya, PRU12 yang menunjukkan hasil pilihanraya yang cukup "menakutkan" bagi pemimpin BN.

Sebab apa rakyat menujukkan sokongan terhadap pembangkang? Jawapan aku mudah sahaja, sebab tindakan bodoh BN sendiri yang bercakap tanpa bukti dan bercakap lebih tanpa hasil. Aku tanak sebut panjang-panjang. Sebelum pilihanraya, ada iklan BN yang menyebut tentang keselamatan rakyat yang terjamin. Tapi, apa yang terjamin sebenarnya? Sewaktu Pak Lah naik, jenayah mengikut statistik PDRM menunjukkan peningkatan hampir 70% bagi semua jenis jenayah berat.

Tak perlu cakap banyak, sesiapa yang berbangga duduk di KL. Meh aku nak tanya. Korang sekali kilas pandang suasana di KL apa yang korang perasan? Rasa seperti duduk di Malaysia atau dah rasa seperti duduk di Indonesia? Terlalu banyak kemasukkan pendatang asing hasil tindakkan Pak Lah yang memberikan mereka "Kerakyatan Kesian" sebab berlaku tsunami di Indonesia. Tapi, dah lama peristiwa tu berlaku, kenapa tak halau pendatang ini pulang ke Indonesia? Inilah faktor utama jenayah berleluasa di Malaysia.

Lain cerita, harga minyak. Harga minyak ini sesuatu yang teramat sensitif untuk disebut. Ramai yang cakap, kenaikkan harga minyak pasaran mendorong kepada pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan. Orang bodoh yang tak tau ekonomi memanglah akan cakap begitu. Tetapi bagi mereka yang memahami keuntungan dan situasi Petronas itu sendiri, kenaikkan harga minyak Antarabangsa itu sepatutnya boleh mengandakan keuntungan Petronas yang boleh membawa kepada pengekalan subsidi itu sendiri. Minyak Malaysia diantara minyak termahal dijual di Pasaran Antarabangsa disebabkan peratus plumbum dan sulfur yang terkandung didalam minyak Malaysia diantara yang terendah sekali. Ini menjadikan minyak kita adalah minyak yang paling berkualiti.

Rakyat Malaysia sebenarnya tidak menikmati minyak Malaysia sebenarnya. Minyak yang dijual di stesyen petrol di Malaysia merupakan minyak tukaran yang datang dari Timur Tengah. Minyak yang datang dari Malaysia digunakan di negara Eropah sebagai memenuhi peraturan standard transmisi pengeluaran asap di negara sana.

Dan, perkara yang paling utama yang menyebabkan BN kalah teruk adalah propaganda mereka itu sendiri. Mereka menggunakan habis-habisan media arus perdana sehingga ke berita-berita utama untuk menyerang pembangkang. Rakyat masa kini bukan buta seperti dulu dah. Kebanyakan mereka ini pun tahu mengenai media arus perdana yang diekplotasi oleh BN untuk kepentingan sendiri. Apa yang dilihat di Televisyen tidak boleh dipercayai lagi. Tengok, selepas pilihanraya pun masih lagi cuba untuk menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai tohmahan seperti kes Menteri Besar Perak, Kes Melayu di P.Pinang, Kes Janji PKR-DAP untuk pembangunan Selangor dan bermacam-macam lagi kes yang sepatutnya tidak diekplotasi oleh BN.

Aku tertarik dengan kes Melayu di Pulau Pinang, sampai ada pemimpin UNMO negeri pun sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu susah untuk mendapat pembelaan dari DAP. Yang dulu GEREKAN menguasai P.Pinang, ada ka Melayu yang mendapat pembelaan? Sampai kes tsunami, kes tenah, kes perumahan, ada ka mendapat pembelaan kerajaan negeri? Tapi tanak sebutlah dalam post aku nih. Padanlah dengan Melayu yang duduk kat sana pun, ada tanah jual kat orang. Pantang ada tanah jual. Padanlah kalau Melayu kat sana kalau merempat pun. Dan Melayu bakal merempat di negara sendiri kalau sikap suka jual tanah diamalkan.

Cuba tengok media arus perdana, hampir kebanyakan pemimpin BN memulakan propaganda mereka menakut-nakutkan rakyat dengan isu bangsa. Yang UMNO cara UMNO, yang MCA, MIC, PPP, Gerakan cara diorang pulak. Bila ini terjadi, aku secara terus terang memberitahu yang peristiwa 13 Mei bakal berulang untuk kali kedua. Ini yang kata pemimpin takda hala-tuju, sanggup buat apa asalkan pembangkang boleh menerima tekanan. Yang mana tengok berita pastu percaya dan membawa kepercayaan mereka dalam putera.com melalui post mereka disini pun ada jugak. Tapi tak boleh kata apalah sebab mereka mudah terpedaya dengan berita yang terang-terang dimanipulasi oleh parti pemerintah.

Kalau kita tanya orang tua-tua, faktor mereka menyokong BN adalah disebabkan BN sewaktu zaman Perikatan berusaha menuntut kemerdekaan dari British. Itu kita tak nafikan, tetapi itu sewaktu hendak menuntut kemerdekaan. Sekarang ini kita sudah merdeka dan kita perlu memikiran ekonomi, kebajikan dan perpaduan rakyat.

Nah, sekarang rakyat dah tunjuk petanda yang tak baik untuk BN. War-war Koridor pun tak kedengaran dah sekarang ini. BN bakal jatuh merundum kalau apa yang mereka janjikan di Koridor (yang mana, jumlah semua melibatkan perbelanjaan hampir RM1 trillion) gagal dilaksanakan. Dan, seperti biasa, kerajaan yang baik yang pandai menjaga kebajikan rakyat akan terus berkuasa dan berkuasa.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sorang lagi bijak pandai yang mengatakan pasaran harga minyak antarabangsa tak mempengaruhi subsidi yang dikeluarkan kerajaan. Agak-agaknya berapa juta rakyat Malaysia yang gunakan minyak subsidi setiap saat, minit, jam, dan hari berbanding dengan keluaran dan keuntungan jualan minyak oleh negara setiap hari? Tu belum kira rakyat negara lain yang masuk ke Malaysia dan tuang minyak subsidi ni dalam tangki dorang .. :lol: . Lagipun, tahukah anda bahawa harga minyak meningkat hari demi hari, dan kerajaan menanggung kos tersebut sehingga masa ini (harga terbaru $ AS 109.92)? Dan satu lagi yang pasti, rasa-rasa duit keuntungan minyak tu gunanya untuk tanggung kos minyak rakyat je ke? Benda lain takde nak tanggung?

Kira-kira ahli ekonomi yang kasi kenyataan tentang pasaran minyak dunia tu bodoh lah yek. Kesian dorang sebab belajar susah2 .. :) . Walaupun aku x belajar ekonomi, tapi sekurang-kurangnya aku x kata diorang tu bodoh sebab keluarkan kenyataan tuh .. isk isk isk .

Share this post


Link to post
Share on other sites

hangat sungguh topik ni.. :rolleyes: ..papepun aku tgu je dlm 1-2 tahun ni..tgk ade perubhan x..ke sama jer..tp hrp makin bertambah maju...yg penting, n plg aku puas hati..menidakkan 2/3 di parlimen..biarla bn n ba same2 berganding bahu mencapai matlamat..semoga gitula hendaknye..

p/s: korang x join main boling antara forum?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa yang aku nampak , masing-masing seolah-olah tak boleh nak terima pendapat orang lain yang berlawanan pendirian. Bila ada je orang yang berlainan pendapat, habis dihentam seolah-olah apa yang orang tu cakap seratus peratus total salah. Masing-masing ada hak untuk mempercayai, menyokong atau pro pada sesuatu yang mereka nak. Kalau tak setuju, cakap je la tak setuju. tak payahla nak dibodohkan, di sekularkan, dan macam-macam lagila. Ada tu yang gelar pengundi Johor kalau "letak kambing pun undi". Setakat yang aku baca, orang tu tak tarik pun lagi kenyataan tu.

tentang harga minyak tu, kalaulah diselidik betul-betul, ada wujudnya chain reaction kalau harga minyak naik. harga minyak naik, maka kos carigali naik, kos pengangkutan bahan mentah naik, kos proses naik, kos distribution process naik, kos produksi naik, kos gaji staff naik, kos lori minyak pun naik. setiap kenaikan ni dipengaruhi oleh harga-harga dan kos lain yang terlibat secara langsung dan tak langsung dengan minyak. Contoh, harga minyak naik, harga matawang turun, maka harga bahan eksport pun naik.Permintaan minyak naik+bahan mentah makin kurang,OPEC letak tanda aras baru=Harga tayar kereta naik. Nampak tak, tiada kene mengena kan? tapi itulah realiti. Agak-agak, cukup tak subsidi tu untuk tanggung semua yang naik tu?

ps: Boling? hehe kalau buat, aku rasa ada yang kene baling dengan bola-bola boling tu nanti

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kira-kira ahli ekonomi yang kasi kenyataan tentang pasaran minyak dunia tu bodoh lah yek. Kesian dorang sebab belajar susah2 .. smile.gif . Walaupun aku x belajar ekonomi, tapi sekurang-kurangnya aku x kata diorang tu bodoh sebab keluarkan kenyataan tuh .. isk isk isk .

bukan bodoh,tapi dpa terpaksa buat kenyataan dengan membandingkan negara2 yg bukan pengeluar minyak,kawan aku di dubai(engineer exxon) ckp,minyak malaysia one of the most expensive dan mmg malaysia export minyak keluar dan import minyak dari luar..so sbb tu jadi mahal,kenapa x gunakan minyak yg terbaik untuk kita?ke dah mmg jadi trend malaysia,barang baik semua antar luar,saki baki baru kita mkan,contoh kereta PROTON,cuba bandingkan dgn proton yg di export..adakah salah kalau dibuat sama rata?salahkah kalau minyak yg di export tu guna untuk malaysia..takut nanti petronas x untung?

media kerajaan diorang kuarkan statement Petronas untung bersih tahun nie rm70 billion..nie aper citer nie?8tahun lepas untung rm30billion pun dah cukup,kuarkan 10billion untuk subsidi,tapi nie untung sampai rm70b still minyak x bole nak turun..mana pergi duit bnyk2?

hari nie dalam Metro,pak lah ulas ttg DEB,apa dia kata,"DEB dilaksanakan dari tahun 1971,tapi tgk kaum mana yg miskin?"

kononya nak bidas DAP nak bagitaw yg statement diorng bahawa DEB nie merugikan bangsa lain selain melayu,tapi ini lah statement yg paling bodoh(maaf terus terang)..bila pak lah buat statement mcmnie lagi lar menampakkan yg DEB TU MMG X BAWAK FAEDAH DAN MANFAAT KEPADA MELAYU SEBAB MASIH LAGI MISKIN DARI DULU!(guna caps untuk tegaskan ayat)

aku xkata DAP betul,PRU12 bukan R&D tapi PRU12 sebagai suara rakyat,DAP x boleh buat sesuka hati,diorang pun ingat..nak suruh melayu hormat diorang,they should respect the malay first..

Lim Kit Siang pun dah mohon maaf,rata2(org cina n india) yg post dalam blog dia pun x setuju time dia bangkang sultan..rakyat malaysia bukan racism mcm dulu,kalau ada pun mmg jenis2 yg xbole pk

just my 2 cents

Versanner,pasal ada gerakan UMNO yg minta pak lah letak jawatan,mmg betul,bos tempat aku ckp,dia kol member dia pemuda K***** *****,BN kalah,malam tu juga diorang pergi minta pak lah suruh letak jawatan

satu lagi,maaf Versanner,hanya pendapat aku..kalau harga minyak naik dan chain lightning watever kepada kos2 lain..kenapa Petronas makin untung?patut keuntungan diorang statik sebab balance kan harga minyak dgn kos2 semua 2

hari nie dekat seberang jaya,bndar sunway..ada BANNER minta PAK LAH letak jawatan

p/s: pasal masjid beratapkan rumbia tu,itu hanya perumpamaan saja kawan,maksud aku,xperlu bina masjid yg terlalu gah..ada yg komen kata masjid biar bina besar2 bagi cantik,tahan lama,baru x membazir kos untuk bina masjid baru..tapi..pk x ttg kos selenggaran masjid yg besar2 nie?air,letrik?..xperlu bina masjid beratapkan rumbia sekarang,jz bina masjid yg indah dan biasa saja..asal ramai yg berjemaah

Edited by Divine Divinitys X

Share this post


Link to post
Share on other sites

satu lagi,maaf Versanner,hanya pendapat aku..kalau harga minyak naik dan chain lightning watever kepada kos2 lain..kenapa Petronas makin untung?patut keuntungan diorang statik sebab balance kan harga minyak dgn kos2 semua 2

Sebenarnya, boleh untuk gunakan duit petronas tu untuk subsidi minyak. tapi dana untuk benda-benda lain terpaksa dipotonglah. Seperti yang kita tahu, Malaysia banyak lagi menggunakan sumber-sumber/eksport dari luar, untuk membeli sumber-sumber ni, kenelah mengikut harga dalam pasaran dunia. harga barang-barang pasaran dunia pula semakin naik. Keuntungan Petronas memang semakin naik, tapi yang jadi masalahnya pula permintaan untuk menggunakan duit petronas pada benda lain pula menjadi semakin tinggi. Antaranya kos maintenance, kos infrastruktur dan pembinaan memerlukan bahan mentah dan kepakaran luar.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ada gerakan bawah tanah UMNO untuk manjatuhkan kepimpinan Pak Lah and family Pte Ltd. Hehe, macam-macam

source: PM me

Versanner,pasal ada gerakan UMNO yg minta pak lah letak jawatan,mmg betul,bos tempat aku ckp,dia kol member dia pemuda K***** *****,BN kalah,malam tu juga diorang pergi minta pak lah suruh letak jawatan

[off topic]

emm..yg macam ni la yg aku dengar gak.. ade pkatan nk kalahkn pak lah kt tmpt die bertanding..pastu nk naikn org lain jadi Pm :ph34r:

semalam dlm tb3 (buletin utama kot) ade org tua ni ckp sape2 melayu yg undi dap tu xde semangat kebangsaan lupe sejarah..merdeka bla bla..

[/off topic]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak guna terang atau taip panjang-panjang untuk orang yang fikirannya cetek untuk baca post yang panjang-panjang :)

Awat? Malaysia hanya ada minyak saja ka? Cukai takde? Pendapatan GLC takde? Sia-sia aku tulis post punya panjang tapi ada jugak yang tak faham apa yang berlaku sekarang nih :rolleyes:

Pemimpin kenalah berotak bisnes bila mengurus hala-tuju malaysia. Zaman Dr M pun naik jugak minyak tapi sekadar menampung kos projek lebuhraya PLUS, projek lebuhraya kat Selangor dan kos Jambatan Pulau Pinang serta penubuhan Proton. Ini mengada-ngada naik tanpa sebab yang munasabah kenapa erk?

P/S:

Dan satu lagi, sebut bab belajar. Kenapa? Ingat semua yang belajar tinggi-tinggi tu kompom boleh buat kerja ke? :P Belajar dari buku dengan belajar dari pengalaman adalah dua entiti berbeza beb. Harap Maklum.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku mmg nak undi dia, tapi dia tak bertanding kat tempat aku.. hdroxy, ko patut jadi mcm makcik ini ada semangat cintakan tanah air tak kisah kalah atau hilang wang deposit, rumah pun makcik sanggup tak repair demi cintakan negara!

itu sudah pasti. aku baca cerita dia pon rasa terharu, rendah diri dan malu. disaat umur 89 tahun, rumah pon x seberapa, masih sanggup keluarkan rm10,000, buat dan tampal poster, buat bilik gerakan seperti org lain, berkempen dsbg kerana memperjuangkan apa yg dia percaya. walaupon fahaman politik dia x seberapa seperti mengatakan bn, pas komunis, pas nak jual trgn ke jpn sebab bendera dekat2 sama, aku respect semangat dier. ternyatalah Maimun Yusuf candidate of PRU 12.

Share this post


Link to post
Share on other sites

heh..nie mesti x baca dari awal page..tok tu ada org support..ini org panggil nak pecah undi dalam bahasa politik nya..cuba kalau tok tu x bertanding..kemungkinan besar menang 50-50..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pendapatan dari GLC, cukai korporat/rakyat, dan minyak adalah hasil pendapatan yang berbeza. Berapa banyak pula GLC yang untung? GLC yang mempunyai hutang luar negara jangan dilupa jugak. Dan jangan lupa, bukan subsidi minyak yang kerajaan kena tanggung je. Diharapkan cukai rakyat untuk buat pembangunan? X cukup bang.. ada yang gaji beribu2 tapi mengelat bayar seratus lebih je sebab macam-macam di"claim". Tu jangan dikira lagi, yang kerja swasta tapi syarikat tak berdaftar, dan x pernah bayar cukai sesen pun. Banyak lagi dana-dana lain yang perlu diperuntukkan kepada rakyat. Jangan pula kerana terikut-ikut dengan kenyataan yang dikeluarkan parti pembangkang di mana zaman Anwar dulu harga minyak x naik, zaman dia harga setong minyak berapa je? Dan harga sekarang berkali-kali ganda dari tahun dia memerintah dulu dan meningkat setiap hari(bagi yang rajin tengok). Dan masa dia jugak, takdenya rakyat dapat kemudahan cam hari nih. Ada ke buku teks free? Ada ke makmal komputer? Ada ke potongan cukai untuk buku-buku? Pemansuhan yuran sekolah? Jumlah biasiswa yang diperuntukkan? Berapa pula peningkatan kos gaji kakitangan/tentera/polis yang perlu ditanggung oleh kerajaan? Kos subsidi untuk pertanian(sila lawat kampung2 yang mendapat subsidi pertanian dan saksikan mengapa mereka cukup gembira mengundi kerajaan). Kos cukai korporat untuk menggalakkan bioteknologi. Mangsa banjir yang perlu dibantu setiap kali berlaku bencana .Peruntukan yang perlu diberi kepada negeri mengikut jumlah kepala yang bertambah hari demi hari, dan sebagainya. Semuanya tak sama kalau nak disamakan dengan zaman Anwar dulu. Kos sara hidup pastinya berbeza dari dulu hingga hari ni. Pendek kata, keuntungan minyak tu bukan untuk subsidi minyak rakyat je.

Satu soalan ringkas, andai katalah kerajaan gunakan minyak negara untuk kegunaan rakyat sendiri tanpa perlu import, berapa lama minyak simpanan akan tahan dengan peningkatan jumlah penduduk dan penggunaan? Setelah keuntungan kerajaan berkurangan, dari mana kerajaan nak cekau duit nak buat pembangunan? Dan agak2 syarikat minyak lain cam Shell, Mobil, dan sebagainya takkan ada orang pergi lagi sebab minyak Petronas tu berkualiti tinggi? Pernah ke pengguna kisah minyak tu berkualiti atau tidak masa nak isi minyak tu? Kalau ada minyak berkualiti tinggi cam VPower tu pun ramai yang x sanggup guna dan bayar, inikan lagi minyak berkualiti tinggi dan mahal yang dikeluarkan oleh negara yang keuntungannya dapat digunakan oleh kerajaan untuk benda berfaedah lain selain subsidi minyak.

Kalau orang yang dah dipanggil pakar ekonomi pun dipanggil sama dengan orang yang berpengalaman, susah la kan, anyway, pengalaman tu camna nak kira yek? Kerja kat mana dan dalam bidang apa sampai boleh disamakan orang yang dah bertahun dalam bidang ekonomi dan pernah ditemuramah oleh media? Jangan kata "saya kerja sampai tahun 1997 dulu, kantung Petronas tu dari A-Z saya tahu semuanya sebab jawatan saya tinggi dulu-dulu".

Share this post


Link to post
Share on other sites

heh..nie mesti x baca dari awal page..tok tu ada org support..ini org panggil nak pecah undi dalam bahasa politik nya..cuba kalau tok tu x bertanding..kemungkinan besar menang 50-50..

aku ade bace. ade logik gak tp biarlah. semangat tuh penting. haha. jom masukkan dlm wikipedia.

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa guna keuntungan kerajaan kalau harga barang dan minyak still jugak naik,buku teks free?buku teks mmg free,tapi kita nie nampak ker yg itu free,yg lain kena beli,sekarang nie almost semua subjek kena da buku amalinya sendiri,tambah2 subjek sains..so apa yg free nya kalau buku tu pun kena beli?lagipun selama nie mmg golongan berpendapatan rendah dpt buku teks free.

zaman anwar dulu pun ada krisis minyak juga..baru naik 30 sen,rakyat dah bising,turunkan blk..guna subsidi dari Petronas.

hujah2 lain ada yg betulnya

cuma...masalah sekarang bila rasuah n kronimisme dah x terkawal,xguna juga kalau wujudkan cukai semua tu,mana da org main rasuah nak buat rekod dan bayar dekat LHDN..itu pasal jadi corruption,org dah nampak sekarang nie,kita bukan nak bertegang urat,sebab buat apa pun slagi 2 benda yg disebut still ada,xguna jugak..rakyat dah buat pilihan,so tggu perubahan yg akan dilakukan.itu gunanya demokrasi,

btw..xkan ko nak betulkan jugak pemimpin yg terang2an salah?yg betul2 tahu ilmu agama...tapi pasal pegang2 pompuan..mmg nampak kan..

terang korang nampak ..jgn selindung..nak ker jadi org yg bersubahat?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau betul Yuran buku teks dimansuhkan, kenapa aku masih mengeluh bila anak aku mintak duit utk bayar itu ini? KERAJAAN TIPU

Kalau betul ada yang mengelat bayar cukai, kenapa kerajaan tak ambik tindakan keras? KERAJAAN LEMAH

Kalau betul ada syarikat tak berdaftar, kenapa kerajaan bagi muka? KERAJAAN MANJA

Kalau betul dana diperuntukkan kepada rakyat, mana dia dana-dana tu pergi walhal projek-projek mega dah banyak dibatalkan? KERAJAAN TAK AMANAH

Kalau betul harga minyak tak boleh turun sebab bergantung kepada harga pasaran dunia, KERAJAAN TIPU. Kalau tak macam mana tahun 1997 Anwar boleh turunkan harga minyak? Dalam hal ni Mahathir akan sokong kerajaan sebab dia ada share dengan Petronas.

Kalau betul ada makmal komputer? kenapa sekolah anak aku makmal komputernya tak siap-siap sampai la dia dah habis UPSR dah tukar sekolah dah pun.

Kalau betul kerajaan bagi biasiswa, kenapa anak aku tak dapat biasiswa berbanding anak kakak aku yang duduk Kelantan? Result sama. KERAJAAN DOUBLE STANDARD sebab tu ramai budak2 kelantan kat U. Motifnya tak lain sebab politik. Kerajaan memang nak rampas kelantan.

Kalau betul mangsa banjir dibantu, aku nak ko pergi kat Kedah dan masuk salah satu rumah yang dah siap. Tinggal tengok sehari dua. Boleh tahan ke tak.

Bulan lepas aku pergi bayar bil telipon. Muka pegawai kerajaan macam ****.

Minggu lepas aku bayar cukai pintu, pegawai dia macam haram, aku cakap terima kasih, jawab pun tak.

Nak bayar bil internet pun macam tu, hari tu kena beratur panjang sebab bukak counter 2 je. Yang lain dok sembang cuit-cuit bahu.

Tahun lepas apply internet berbulan2 kena tunggu. Mintak support sorang pun tak datang.

Kau ni mesti pegawai kroni kerajaan, sebab tu naik lemak. Hidup senang, Rumah dapat, semua dapat subsidi itu ini. Sebab tu pondok UMNO kat kawasan ni ramai yang menganggur. Bukan main bagus lepak tak kerja. Sapa tanggung?

Memang sah selama ni Kerajaan tipu rakyat samada kerajaan tak amanah, tak tegas, lembik atau memang tak pandai nak uruskan harta rakyat.

Akibatnya, inilah yang berlaku pada keputusan pilihanraya lalu. Bila rakyat bersuara.

Kita kena ajar kerajaan, macam mana rakyat Terengganu menghukum kerajaan pada pilihanraya 1999. Nah rasakan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa guna keuntungan kerajaan kalau harga barang dan minyak still jugak naik,buku teks free?buku teks mmg free,tapi kita nie nampak ker yg itu free,yg lain kena beli,sekarang nie almost semua subjek kena da buku amalinya sendiri,tambah2 subjek sains..so apa yg free nya kalau buku tu pun kena beli?lagipun selama nie mmg golongan berpendapatan rendah dpt buku teks free.

Tentang perbelanjaan beli buku anak untuk study pun jadi hal...beli je lah, bukan untuk siapa. untuk anak-anak belajar jugak. aku faham, bukan hal buku teks free ni adalah isu utamanya, tapi aku rasa amat tak patut bila sesetengah ibu bapa berkira sangat tentang hal buku ni.

Memang diakui, malah ramai ahli BN sendiri yang mengakui yang kerajaan bn pimpinan abdullah sekarang ni lemah, tak kuat berbanding dengan kerajaan bn dahulu.

on topic:

Kedua-dua parti BN dan BA nampak macam tak stabil sekarang ni. Indeks KLSE jatuh lagi hari ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

antara cadangan org2 UMNO, "kita tarik balik projek2 mega yang dah bagi kat negeri2 yang ditawan dek pembangkang"

apakah relevannya penyataan diatas.. nak rakyat ajar kerajaan lagi ke? jangan sampai ada rusuhan besar2an nanti...

diaorg tak pikir panjang agaknya sblm cakap :) siap kuar kat tv.. ape cite... publisiti ? nak tunjuk muka? besar sgt kuasa ke? iskk....

adakah projek2 koridor akan ditarik ? kita lihat ape kata PM nnt ehhehe..

orang2 yang berusaha dapatkan kemerdekaan bukan di kalangan orang2 UMNO sahaje :) jgn lupakan mereka.. :)

DEB... dah 50thn merdeka... orang melayu Islam still tak dpt kuasai ekonomi yang dipegang oleh orang2 bukan melayu especially orang cina.. why ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

antara cadangan org2 UMNO, "kita tarik balik projek2 mega yang dah bagi kat negeri2 yang ditawan dek pembangkang"

aku pun ade tgk jugak..

macam lebih berunsur kepada ugutan..

org cmni tak bley terima kenyataan btol ar...

Share this post


Link to post
Share on other sites

heh..nie mesti x baca dari awal page..tok tu ada org support..ini org panggil nak pecah undi dalam bahasa politik nya..cuba kalau tok tu x bertanding..kemungkinan besar menang 50-50..

aku ade bace. ade logik gak tp biarlah. semangat tuh penting. haha. jom masukkan dlm wikipedia.

Tak baik menuduh encik, berburuk sangka sesama manusia. Selagi tiada bukti kukuh, jadi fitnah nanti, dan kalau betul, same2 lah nasihatkan atau buat apa yg perlu.

Kalau betul Yuran buku teks dimansuhkan, kenapa aku masih mengeluh bila anak aku mintak duit utk bayar itu ini?

Buku teks takde yuran encik, buku teks ni sama ada pinjam atau beli (dulu) atau skrg dah dibagi secara percuma kepada semua pelajar. Kalo dalam yuran tambahan anak encik tu ade yuran untuk buku teks, sila flying kick guru besar/pengetua sekolah anak encik. Encik mengeluh tu sebab anak encik mintak duit yuran tambahan kot,utk bayar yuran PIBG, sukan ape sume, bukan yuran buku teks..ooooo patut la encik mengeluh

Kalau betul kerajaan bagi biasiswa, kenapa anak aku tak dapat biasiswa berbanding anak kakak aku yang duduk Kelantan?

Encik pun tau kan rasanya kriteria pembahagian biasiswa ni mcm mana, tak semestinya result power jer kan. Tapi kalo encik miskin maafkan saya, saya salah.

Bulan lepas aku pergi bayar bil telipon. Muka pegawai kerajaan macam ****.

Salah pegawai kerajaan tu la encik, sebab muka dia macam ****. Tapi kalo encik bayar bil telepon kat TM, dia dah swasta skrg encik, maka pegawai yg muke macam **** tu bukan pegawai kerajaan lah. Tapi elok encik buat treatment kat muke dia agar tak menakutkan pelanggan yang lain.

Nak bayar bil internet pun macam tu, hari tu kena beratur panjang sebab bukak counter 2 je. Yang lain dok sembang cuit-cuit bahu.

Tahun lepas apply internet berbulan2 kena tunggu. Mintak support sorang pun tak datang.

Yang dok sembang cuit2 bahu tu cube encik tegur sebab encik ada hak sebagai pengguna. kalo dia tanak berubah gak, encik cuit2 bahu dia sambil melaga2kan pipi encik pada mereka (kalo pompuanlah) kalo lelaki encik laga2kan lah kepale lutut encik kat muke diorang, dan lagi skali kalo encik bayar bil internet kat kaunter TM, tu bukan kaunter kerajaan encik.

Edited by ulex

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...