Jump to content
Sign in to follow this  
FryShadow

Amal Jariah Di Bulan Ramadhan

Recommended Posts

Assalamualaikum,

Rasulullah SAW bersabda:

"Sedekah pasti akan membuat harta makin melimpah. Maka bersedekahlah, nescaya Allah SWT akan mencurahkan rahmat-Nya" (Riwayat :Ibnu Abi Dunya).

"Harta itu sungguh tidak berkurang dengan sedekah" (Riwayat: Muslim dan Turmuzi).

Kami dari warga Data Comm and Networking (Nets) UiTM Malaysia telah merancang satu program amal bersempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, yang mana objektifnya untuk membantu anak-anak yatim. Kami telah mengenal pasti rumah anak yatim iaitu RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK), PUCHONG, SELANGOR.

Sejarah ringkas RALK :

RALK mula beroperasi pada tahun 2006 bagi membantu anak-anak yatim, keluarga miskin dan juga saudara baru. Bermula dengan asrama perempuan yang disewa di Bandar Bukit Puchong. Kemudiannya diikuti denga asrama lelaki yang mula beroperasi pada Januari 2007 di Kampung Sri Aman, Puchong . Penghuninya seramai lebih kurang 60 orang berusia dari 3 tahun sehingga 16 tahun. Tujuan penubuhannya adalah untuk menolong dan memberi harapan dari segi fizikal, material dan rohani kepada mereka yang memerlukan.

Untuk makluman RALK tidak mempunyai sebarang kelengkapan komputer mahupun printer sebagai alat bantuan untuk mereka mengurus dan bagi penghuni RALK sendiri terdedah kepada arus pembangunan teknologi masa kini.

Sehubungan dengan itu, kami warga ajk ingin meminta jasa baik warga putera.com apalah kiranya dapat memberikan sedikit derma dan bantuan untuk membantu rumah anak yatim tersebut.

Sumbagan anda insyallah Allah sahaja yang akan membalasnya.. Insyallah...

Sumbangan boleh dibuat ke akaun Bank Islam seperti dibawah :

Mohd Yusof B Mohd Khalid

No akaun : 12038023170788

Untuk kepastian dan maklumat lanjut sila hubungi kami di :

FTMSK

Yusof : 0129072241

Pn.Rahayu : 0192361615

Edited by FryShadow

Share this post


Link to post
Share on other sites

kasi komputer seken.. lowyat melambak.. Hehe.. RM600 aje..

ko ni itu kena beli,ini sumbangan...tapi umah aku takde komputer lebih la...

Share this post


Link to post
Share on other sites

owh, dari Data Comm and Networking (Nets) UiTM Malaysia.. hermm..

korang takde ke amik gambar tempat tu ? Maybe warga putera boleh datang melawat nanti.. hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko ni itu kena beli,ini sumbangan...tapi umah aku takde komputer lebih la...

boleh ajer~ tolong beli pastuh bg lah kat dia org~ de arimasu~

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagus sggh kalau nak beramal camni..tp encik pemula, boleh x bg segala dokumen yg mengesahkan encik berhak meminta sumbangan dan tidak diletakkan dibwh enakmen menipu org ramai dalam hal ni...bkn niat nak menjatuh atau tidak percaya yer encik, tp skrg ni macam2 perangai org cari duit..lbh2 dalam alam maya ni..diharap encik lampirkan salinan dokumen2 pengesahan dr pihak polis ke atau apa saja yg bole meyakinkan kami disini..terima kasih..semoga jasa yg baik dibalas rahmat dan limpaan kurnia dr yg esa..kami tetap menyokong segala usaha yg murni lbh2 dibln yg mulia ini...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku cadang nak lawat tempat ni dalam masa trdekat...kalo everything ok, kita buat kutipan sesama ahli putera, and kita beli apa yg patut...ok? dari segi kewangan tak de masalah, tp aku lebih suka kalo kita wat sama2...... at least kita dpt kongsi peluang ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku cadang nak lawat tempat ni dalam masa trdekat...kalo everything ok, kita buat kutipan sesama ahli putera, and kita beli apa yg patut...ok? dari segi kewangan tak de masalah, tp aku lebih suka kalo kita wat sama2...... at least kita dpt kongsi peluang ni

aku maybe boleh follow.. tapi maybe la kalo tak bz.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku akan bantu apa yg terdaya..lebih2 anak yatim.. islam menggalakkan kita kasih dan sayang akan mereka..dan melarang menganiaya atau makan harta mereka...harap2 lain kali ada lg program mcm ni...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...