FryShadow 90 Report post Posted October 1, 2007 (edited) Assalamualaikum,Rasulullah SAW bersabda: "Sedekah pasti akan membuat harta makin melimpah. Maka bersedekahlah, nescaya Allah SWT akan mencurahkan rahmat-Nya" (Riwayat :Ibnu Abi Dunya). "Harta itu sungguh tidak berkurang dengan sedekah" (Riwayat: Muslim dan Turmuzi).Kami dari warga Data Comm and Networking (Nets) UiTM Malaysia telah merancang satu program amal bersempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, yang mana objektifnya untuk membantu anak-anak yatim. Kami telah mengenal pasti rumah anak yatim iaitu RUMAH AMAL LIMPAHAN KASIH (RALK), PUCHONG, SELANGOR.Sejarah ringkas RALK :RALK mula beroperasi pada tahun 2006 bagi membantu anak-anak yatim, keluarga miskin dan juga saudara baru. Bermula dengan asrama perempuan yang disewa di Bandar Bukit Puchong. Kemudiannya diikuti denga asrama lelaki yang mula beroperasi pada Januari 2007 di Kampung Sri Aman, Puchong . Penghuninya seramai lebih kurang 60 orang berusia dari 3 tahun sehingga 16 tahun. Tujuan penubuhannya adalah untuk menolong dan memberi harapan dari segi fizikal, material dan rohani kepada mereka yang memerlukan.Untuk makluman RALK tidak mempunyai sebarang kelengkapan komputer mahupun printer sebagai alat bantuan untuk mereka mengurus dan bagi penghuni RALK sendiri terdedah kepada arus pembangunan teknologi masa kini.Sehubungan dengan itu, kami warga ajk ingin meminta jasa baik warga putera.com apalah kiranya dapat memberikan sedikit derma dan bantuan untuk membantu rumah anak yatim tersebut.Sumbagan anda insyallah Allah sahaja yang akan membalasnya.. Insyallah...Sumbangan boleh dibuat ke akaun Bank Islam seperti dibawah :Mohd Yusof B Mohd KhalidNo akaun : 12038023170788Untuk kepastian dan maklumat lanjut sila hubungi kami di :FTMSK Yusof : 0129072241Pn.Rahayu : 0192361615 Edited October 1, 2007 by FryShadow Quote Share this post Link to post Share on other sites
slaughters 1 Report post Posted October 1, 2007 kasi komputer seken.. lowyat melambak.. Hehe.. RM600 aje.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Helghast 31 Report post Posted October 2, 2007 kasi komputer seken.. lowyat melambak.. Hehe.. RM600 aje..ko ni itu kena beli,ini sumbangan...tapi umah aku takde komputer lebih la... Quote Share this post Link to post Share on other sites
slaughters 1 Report post Posted October 2, 2007 owh, dari Data Comm and Networking (Nets) UiTM Malaysia.. hermm.. korang takde ke amik gambar tempat tu ? Maybe warga putera boleh datang melawat nanti.. hehe.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Gunso 12 Report post Posted October 2, 2007 ko ni itu kena beli,ini sumbangan...tapi umah aku takde komputer lebih la...boleh ajer~ tolong beli pastuh bg lah kat dia org~ de arimasu~ Quote Share this post Link to post Share on other sites
FryShadow 90 Report post Posted October 2, 2007 kalau korang takde lebih takpe...harap dpt bagi sumbangan ikhlas bila lg nak sedekah ye tak ja mata Quote Share this post Link to post Share on other sites
FryShadow 90 Report post Posted October 4, 2007 sumbangan ikhlas anda masih lg dibuka utk warga Putera.cominsyallah.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
raf 0 Report post Posted October 8, 2007 bagus sggh kalau nak beramal camni..tp encik pemula, boleh x bg segala dokumen yg mengesahkan encik berhak meminta sumbangan dan tidak diletakkan dibwh enakmen menipu org ramai dalam hal ni...bkn niat nak menjatuh atau tidak percaya yer encik, tp skrg ni macam2 perangai org cari duit..lbh2 dalam alam maya ni..diharap encik lampirkan salinan dokumen2 pengesahan dr pihak polis ke atau apa saja yg bole meyakinkan kami disini..terima kasih..semoga jasa yg baik dibalas rahmat dan limpaan kurnia dr yg esa..kami tetap menyokong segala usaha yg murni lbh2 dibln yg mulia ini... Quote Share this post Link to post Share on other sites
FryShadow 90 Report post Posted October 8, 2007 Insyallah kalau smpat sy post surat kebenaran tu yer. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Raja_Kayangan 0 Report post Posted October 8, 2007 Aku cadang nak lawat tempat ni dalam masa trdekat...kalo everything ok, kita buat kutipan sesama ahli putera, and kita beli apa yg patut...ok? dari segi kewangan tak de masalah, tp aku lebih suka kalo kita wat sama2...... at least kita dpt kongsi peluang ni Quote Share this post Link to post Share on other sites
slaughters 1 Report post Posted October 9, 2007 Aku cadang nak lawat tempat ni dalam masa trdekat...kalo everything ok, kita buat kutipan sesama ahli putera, and kita beli apa yg patut...ok? dari segi kewangan tak de masalah, tp aku lebih suka kalo kita wat sama2...... at least kita dpt kongsi peluang niaku maybe boleh follow.. tapi maybe la kalo tak bz. Quote Share this post Link to post Share on other sites
raf 0 Report post Posted October 9, 2007 aku akan bantu apa yg terdaya..lebih2 anak yatim.. islam menggalakkan kita kasih dan sayang akan mereka..dan melarang menganiaya atau makan harta mereka...harap2 lain kali ada lg program mcm ni... Quote Share this post Link to post Share on other sites
FryShadow 90 Report post Posted November 24, 2007 Quote Share this post Link to post Share on other sites