Jump to content
Datuk_Seri

Wajarkah Suami Jadi Suri Rumah?

Wajarkah suami jadi suri rumah?  

34 members have voted

  1. 1.

    • Fenomena Sihat - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
      3
    • Keluarga Jadi Pincang - Dr. Loâ?? Loâ?? Mohd. Ghazali
      24
    • No komen
      7


Recommended Posts

Assalamualaikum...

Tujuan poll ni diadakan supaya dapat kita melihat pendapat warga Putera mengenai isu ini.. Harap dapat memberi pendapat bukan atas jantina memasing, tetapi atas dasar kepercayaan diri anda. Warga Putera lelaki or perempuan bleh memberi pandangan termasuk Mod dan Admin (dialu2kan)...

Pendapat aku, keluarga akan pincang. Dalam Islam sendiri mengatakan bahawa tugas lelaki adalah untuk mencari nafkah manakala perempuan sebagai pembantu. Berdosa jika seorang lelaki yang mampu, tetapi tidak bekerja untuk mencari nafkah untuk menyara keluarga.. pendapat anda?

Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku kurang setuju sebab lelaki ni sebagai pembela nasib wanita,tapi kalau wanita yg membela boleh punah rumahtangga,kalau setakat laki tolong isteri tak mengapa tapi kalau laki duduk rumah isteri keja,mcm2 masalah akan timbul.percayalah.

sebab kalau korang tgk drama pun byk ader citerkan masalah ni.oleh itu aku bantah kata2 datuk seri shahrizat tu,tgk?datuk tu asalnye utk laki,nape x gelar nenek?

datu siti la :angry: off topic la pulak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape2 pon lelaki tetap jadi ketua...keputusan sume ditgn laki(utk pasangan yg berkawin)..hmm,,,pompuan kalo buat keputusan ikut emosi laki buat keputusan ikut akal..(ade aku terbace kt mna ntah)..

#mcm off topic je aku ni....

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape2 pon lelaki tetap jadi ketua...keputusan sume ditgn laki(utk pasangan yg berkawin)..hmm,,,pompuan kalo buat keputusan ikut emosi laki buat keputusan ikut akal..(ade aku terbace kt mna ntah)..

#mcm off topic je aku ni....

Assalamualaikum...

Sememangnya teringin sangat nak dengar pendapat dari pihak wanita dalam putera ni...

Sbb tu dlm Islam, perempuan takleh/tak digalakkan (correct me if i'm wrong) jd pemimpin... mestilah ada sbbnya, contohnya ialah mengandung, pantang, period, susukan anak dan sbgnya.. Kepada Datuk Seri Shahrizat, no credit for you..

Assalamualaikum...

Share this post


Link to post
Share on other sites

lelaki layak jadi pemimpin..

pasal suri rumah zaman nabi sendiri, nabi tolong isteri memasak (salah betulkan, aku terbaca kat hadis mana ntah..)

satu lagi aku rasa nisbah student kat U skarang ni tak seimbang

dan... aku tertanya2... mana pergi semua laki? sebab aku selalu tengok perempuan kat U, lelaki kat warung, kedai mamak, lepak2, serenti... huh~

atau sekarang jumlah perempuan dalam dunia dah mengatasi lelaki :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tak setuju. <_<

walau mcamana bjaya sorg pompuan tu, tetap perlu dipimpin lelaki. pompuan skang lupa diri pasal fikir diri dah bkuasa. tak ingat agaknya syurga isteri terletak pd suami...

bukan la aku nk tunjuk baik...tp aku mmg fikir camtu dr dulu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tak setuju. <_<

walau mcamana bjaya sorg pompuan tu, tetap perlu dipimpin lelaki. pompuan skang lupa diri pasal fikir diri dah bkuasa. tak ingat agaknya syurga isteri terletak pd suami...

bukan la aku nk tunjuk baik...tp aku mmg fikir camtu dr dulu...

nie seswai jd calon isteri mtali nie.. hahaha :lol:

sokong ngan cik wawa, bg aku(wlpn aku x kahwin lg :wub: ) suami isteri mesti saling bantu membantu... that means, bhw suami mesti menolong isteri dirumah sekiranya terdpt kelapangan or else, and isteri lak must membantu suami skiranya suami menghadapi masalah samada ditempat keje or else... sekian, lau salah tlg tjkkan :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

wajarkah suami jadi suri rumah?

aku dah kawin tahun 2004, anak sorang umur 1 1/2, bini tak keje,....

pada pandangan aku, kalau laki2 jadi full time suri rumah sedangkan dia berkemampuan/ berkelayakan/tak uzur,...maka tu dah langgar fitrah,...jadi aku

tak setuju,... tapi, kalau sesekali isteri kene outstation pasal keje / sakit / urusan mendesak yang lain,kemudian suami jaga anak/ kemas rumah / masak

dan segala bende2 / perlakuan lain yang menjurus kepada ke " suri- rumahan "(!??), maka itu sepatutnya tak menjadi halangan bagi para suami beri

kelepasan pada isteri mereka,.. :rolleyes:

Edited by chang_kong

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah tak de isu nak bincang ke.. benda nih dah lapok ... masa zaman aku ngaji kat Universiti pun cam tu gak ...benda sama ajer..

Tugas lelaki adalah untuk mencari nafkah
dan termasuk basuh baju, memasak, mengemas rumah, jaga anak.. ...kenapa tak percaya ke ? heheheh.... isteri boleh tolak semua kerja kerja tersebut di atas . satu ajer yang dia haram tolak.. iaitu berjima' ... so kepada sang suami. jgn marah isteri anda kalau dia lupa nak masak nasik untuk anda..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak wajar la..

Suami patutnya pimpin ekonomi keluarga..

isteri hanya menolong suami saja..kalau suami jadi suri rumah..samalah maknanya suami tu makan hasil bini.. :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tak wajar la..

Suami patutnya pimpin ekonomi keluarga..

isteri hanya menolong suami saja..kalau suami jadi suri rumah..samalah maknanya suami tu makan hasil bini.. :ph34r:

Betul la ko cakap tu,habis ego lelaki kena siang ikan pastu masak asam pedas2 tiap2 hari heh...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pun tak setuju langsung. aku penah dengar kat al kulliyyah ataupun forum perdana kalo tak silap.. panel tu kata, walau apa pun, selagi lelaki tu berkemampuan utk bekerja, dia perlu bekerja utk membiaya keluarga dia. dan isteri wajar utk membantu atas izin suami. bia la gaji sang suami lebih kecil dari isteri, tapi suami perlu beri nafkah kepada keluarganya.

perempuan ni dijadikan dari tulang rusuk lelaki, mana mungkin perempuan akan mengatasi lelaki... dan lelaki juga takkan mampu hidup tanpa sang perempuan.. kita saling lengkap melengkapi kan.... :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Dalam sesebuah syarikat, biasanya jabatan paling kuat ialah finance department. So, who manages the money, the person will have the last say.

Macam tu jugak keluarga. Siapa yang bawak masuk duit, dia akan rasa lebih berkuasa. Aku tak kata lelaki tak boleh jadi suri rumah. Tapi aku kata tak sesuai. Sampai bila bila pun tak sesuai. Bukan sebab ego, bukan sebab superiority. Lelaki ada tugas yang sesuai untuk lelaki, perempuan ada tugas untuk perempuan. Dan tak ada yang lebih tinggi antara satu dengan yang lain. Sama taraf, berbeza tugas.

Yang kelakar, setiap kali ada "pihak2" yang memperjuangkan "persamaan gender", semakin aku rasa "perempuan adalah inferior". If you can prove you can do it, than you don't talk about it. You do it.

Tak salah perempuan nak perbaiki diri. Aku suka perempuan macam ni. Tapi bila dah start compare2, ungkit2, pada aku itu memang demeaning usaha2 sendiri selama ni.

Lepas tu nak letak lelaki kat dapur sepenuh masa? Minta maaf lah: Ini bukan nilai Timur. Tak salah, tapi tak sesuai dengan agama dan budaya.

dan termasuk basuh baju, memasak, mengemas rumah, jaga anak.. ...kenapa tak percaya ke ? heheheh.... isteri boleh tolak semua kerja kerja tersebut di atas . satu ajer yang dia haram tolak.. iaitu berjima' ... so kepada sang suami. jgn marah isteri anda kalau dia lupa nak masak nasik untuk anda..

Adalah tanggung jawab isteri sebagai pembantu suami. Jika suami keluar cari duit beli beras, maka isteri lah yang kerja memasak beras tu. Jika isteri tak masak, tak bersyukur betul. Dia boleh tolak semua yang bercanggah dengan hukum islam sahaja. Tapi dia tak boleh tolak semua tu yang ko sebut. Jika suami dah katakan 'masak nasi', dan suami pulak yang cari duit untuk beli beras, maka isteri tak ada hak untul 'terlupa'. Jika suami sendiri yang melanggar tanggungjawab, baru lah isteri boleh membantah.

Dan walaupun Islam tak benarkan isteri tolak kehendak seksual suami, tapi kita fikir semula: adakah lelaki semua hanya pentingkan seks dan adakah setiap perempuan itu hamba seks?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Benda ni timbul balik sebab trend berita baru2 ni yang sentuh isu pelajar wanita lagi ramai dari pelajar lelaki di IPTA. Sebenarnya aku nak tengok dari statistik jumlah wanita keseluruhan di Malaysia, termasuk yang ada sekarang dan kadar kelahiran. Aku tak sure nak dapat sumber yang tepat kat mana, tapi kalau nak diikutkan kepercayaan wanita lagi ramai dari lelaki, tak jugak. Sebab last census Jab. Perangkaan tahun 2000, nisbah kelahiran adalah 104 laki : 100 wanita. Dan dari sumber2 lain yang tak rasmi, kadar terbaru sekarang adalah 107 laki : 100 wanita. So sebenarnya jumlah laki lebih ramai sket banding wanita. Actually aku pun ada sket musykil, entah ler. Agaknya golongan laki ni kuat kerja, golongan wanita ni kuat study, kot?

Share this post


Link to post
Share on other sites

da laki rmi jd mat rem...mat pet..mat gan....pastuh sambong study kat pusat pemulihan,penjara...tp xelok la..kalo laki dok umh sepenuh ms...waima gj pompuan tuh bsr,laki tetap kn kerja..kat situ la dtg keberkatannyer..

Share this post


Link to post
Share on other sites

benda ni kita boleh dpt jwpannya kalau kita ikut ajaran islam sebenar.islam kan indah..serba lengkap.

dan termasuk basuh baju, memasak, mengemas rumah, jaga anak.. ...kenapa tak percaya ke ? heheheh.... isteri boleh tolak semua kerja kerja tersebut di atas . satu ajer yang dia haram tolak.. iaitu berjima' ... so kepada sang suami. jgn marah isteri anda kalau dia lupa nak masak nasik untuk anda..

memang betul kenyataan ni.......tapi adakah isteri2 zaman sekarang sama akhlaknya mcm isteri2 zaman nabi dan para sahabat?kalau sama....mereka wajar dilayan sedemikian rupa.

Share this post


Link to post
Share on other sites

benda ni sama2 la kena ada toleransi. kalo isteri turut keluar bekerja atas izin suami utk bantu kekurangan dalam keluarga, dan apa kata suami pun bantu isteri utk melaksanakan tugas2 rumahtangga.

si isteri balik kerja, sibuk memasak utk suami dan anak2, apakata si suami daripada duduk2 bersenang lenang membaca surat khabar tu, gi bawak anak2 mandi ke, siapkan anak2 utk solat jemaah maghrib...

bangun pagi2 si isteri sedang sediakan sarapan, apakata si suami daripada berlengah2 malas nak bangun dari katil, gi tolong siapkan anak2 ke, or kemaskan bilik tidur ke...

kan bahagia hidup...

teringat my mum penah citer, member dia(lelaki) ngan wife dia berebut2 nak wat kerja rumah.. nak rebut pahala. tak ramai yang nak macam tu kan.. berebut2 nak berehat ada la.. including me ar tu.. eheks...

Share this post


Link to post
Share on other sites

benda ni sama2 la kena ada toleransi. kalo isteri turut keluar bekerja atas izin suami utk bantu kekurangan dalam keluarga, dan apa kata suami pun bantu isteri utk melaksanakan tugas2 rumahtangga.

si isteri balik kerja, sibuk memasak utk suami dan anak2, apakata si suami daripada duduk2 bersenang lenang membaca surat khabar tu, gi bawak anak2 mandi ke, siapkan anak2 utk solat jemaah maghrib...

bangun pagi2 si isteri sedang sediakan sarapan, apakata si suami daripada berlengah2 malas nak bangun dari katil, gi tolong siapkan anak2 ke, or kemaskan bilik tidur ke...

kan bahagia hidup...

teringat my mum penah citer, member dia(lelaki) ngan wife dia berebut2 nak wat kerja rumah.. nak rebut pahala. tak ramai yang nak macam tu kan.. berebut2 nak berehat ada la.. including me ar tu.. eheks...

Kalau la aku dapat jadi suami mithali yang macam ko sebut tu,bangga isteri aku tu huhu...tapi ada betul gak ko cakap maksud aku bkn lah suami menjadikan kerja suri rumah sebagai tempat pertama dalam hidup dia,tapi perlu ada timbang rasa dan tolak ansur.

Aku rasa kalau suami pun dapat hulur tangan,sekurang2nya beban kat bahu isteri taklah berat sangat.. ^_^

Edited by Supersirap

Share this post


Link to post
Share on other sites

yups betul tu. bukan si suami jadi suri rumah.. rasanya dah salah tu. melainkan si suami sakit, tak mampu utk bekerja..

aku penah wat keje pat time dulu wat kuih raya kat umh member my mum. auntie ni keje skali ngan my mum ar. dia ni ader pangkat gaks ar. hubby dia keje cam pekerja am rendah je kat gov. keje pun half day jer. balik keje hubby dia tolong siang lauk, siang bawang, angkat baju then dia bawak naik atas. so aku tatau la dia lipat ke tak baju tu. bila auntie ni balik dalam kul 600, auntie ni terus masak. hubby dia da siapkan sumer tinggal auntie ni masak jer. then derang solat sesama. takder masalah pun aku tgk derang tu. auntie tu hormat sangat kat hubby dia walaupun hubby dia bergaji rendah. n aku tak nampak yang hubby dia tu cam queen control ke or dayus ke sebab tolong wife dia... rasa bangga lagi ada la...

sumer ni atas sikap dan rasa hormat masing2. kalo isteri sedar dan tak lupa diri yang syurga ditapak kaki suami, everythings will goes fine.

back to topic.. memang takleh la suami dok umah jadi househubby.. tak sesuwaiiii

Share this post


Link to post
Share on other sites

suami tak salah tolong bini wat keje2 umah malah mmg sunnah nabi s.a.w pun tolong menolong dlm urus rumahtangga ;) pasal nafkah basic keluarga tu mmg kewajipan dan perintah Allah s.w.t pun towards seme yg bergelar suami...kalo suami tu sakit or mmg btul2 tak mampu bekerja itu lain bab...

so kalo langgar perintah agama confirm 110% pincanglah institusi keluarga...jgn la dok membabi buta buat2 modification...

Share this post


Link to post
Share on other sites

sesapa yang dah berumah tangga batu tu . tau la apa makna suami . isteri dan tugas serta tanggungjawab... keh keh keh keh..

offtopic.. :

loco.. aku suke ko punye footer quote .. hehhehe ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

suami tolong isteri dengan kerja2 rumah tu tak salah..malah digalakkan..sunnah nabi...tapi untuk meletakkan tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuhnya ke bahu suami adalah sangat tidak wajar...bercanggah dengan tuntutan agama yang menjadikan suami sebagai ketua keluarga, pemberi nafkah...ada kewajarannya para isteri masa kini berpangkat lebih tinggi daripada suami..tapi itu bukan alasan untuk para isteri merasakan mereka lebih berkuasa dalam rumah tangga..tanggungjawab isteri adalah untuk taat kepada suami dalam apa jua perkara selagi tidak bertentangan hukum syarak..termasuklah membantu suami dalam mencari nafkah...tetapi suami wajib menyediakan keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal kepada isteri dan anak-anak...tidak boleh menggunakan duit isteri untuk tujuan itu...lagi satu, tiada nas yang mengatakan syurga isteri terletak di telapak kaki suami..itu hanyalah sekadar simbolik kepada kewajipan isteri untuk taat dan patuh kepada suami..syurga hanyalah terletak di telapak kaki ibu...kalo nk bincangkan pasal masalah ni memang tak cukup ruang..yang penting sekali, kedua2 suami dan isteri mestilah menyedari tanggungjawab masing-masing dalam menjaga keharmonian rumah tangga..kepada para isteri, walau setinggi mana pun kedudukan anda, hormatilah dan taatilah suami anda...dan kepada para suami, jangan malas bekerja. tunaikan tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga...bukan sekadar mencari duit untuk mengisi perut...bahkan pendidikan duniawi dan agama secukupnya untuk mengisi minda, hati dan jiwa...kelak akan ditanya di hari pembalasan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

maybe apa yg akan aku coret kat sini cam lari topik sket.. tapi ni fenomena yang ada skang...

aku terkilan betul dengan keadaan ni.. tak semua.. diulangi tak semua lelaki macam tu dan tak semua perempuan baik....

permulaan perkahwinan, segalanya nampak elok.. bahagia... si isteri membantu sang suami mencari rezeki... setelah usia perkahwinan meningkat, kehidupan semakin baik.. suami semakin ringan bebanan bila si isteri juga turut naik pangkat dan sebagainya... dan disinilah bermulanya cerita... suami mula memandang ringan tentang pengurusan belanjawan rumahtangga.... isteri malas nak minta2 dari suami lalu menggunakan wang gajinya utk membiayai keperluan dirumah.... tiba2 si isteri dapat satu hadiah terbesar dari suami... seorang wanita lain yang bergelar madu.... wajar ke sumer tu.. isteri berhempas pulas kerja utk menyara anak2, dan suami menyara insan lain.... aku tak menentang poligami.. tapi pada aku kalau suami benar2 mampu dari segi kewangan, masa, batiniah... its ok.. tapi si isteri masih perlu bekerja mencari rezeki utk keluarga dan si suami lepas tangan... pulak tu kalo kawin ngan ibu tunggal yang memerlukan bantuan tu memang la sunnah nabi.. tapi cari yang muda bergetah dan layak dipanggil anak.... arghhh camtu ok ker??? sorry ter emo plak...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kat kg saye ader sorang mamat nih..... dier jadik househusband.... mmg dier uruskan rumahtangga... and bini dier g keje (as in main provider)..... kitorang tau pon sbb dier yg suke citer..... tp yg tak best nyer.... dier asik2 citer camner dier nih sorang yg pandai masak, wat keje umah, jaga anak, TAK MCM BINI DIER....... allo dey! rumah tuh pon potong gaji bini kot.... takkan nk hambur citer mengate bini lak...agak2 la kalau nk puji diri tuh....

jadik.... ape kaitan ngan topic? saye rase lelaki mmg tak sesuai jadik househusband...mcm mamat atas tuh, dah jadik cam makcik mengumpat lak saya tgk...... tanggungjawab as a provider tuh kan lelaki nyer.... pompuan bantu ajer.... and bkn haram ke lelaki makan harta bini? unless bini dier kasi.....kalau saye tak salah paham blajar munakahat dedolu.....

pasal ramai pompuan lam ipta nih..... mmg dh lame.... takkan nk salah kan bdk pompuan lak sbb lagik rajin berusaha.... dh byk dh saye dgr usaha2 dijlnkan nk meramaikan lelaki lam ipt..... kalau tak silap.... mmg bdk lelaki lagik senang nk dpt sambung blajar..... nk dpt keje....nak jadik cikgu..... mmg lagik senang byk drp bdk pompuan.....itupon ramai lagik yg komplen.... sanggup duduk diam menganggur dr carik keje...... ingat keje nk dtg bergolek(hangin tul lah)

yg saya tau bdk lelaki... kalau dier usaha lebih sket jer..... takyah byk2, peluang sambung blajar mencurah2... itupon tanak ker? tak paham la ...

sbb tuh saya paling ske tgk org yg berusaha...... kalau usaha ke jln yg baik.... insyaallah baik la hasilnyer...... peace! ^_^

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...