Jump to content
sharemalaysia

Misi 7-sebelas

Recommended Posts

Kemeja papar gambar seks

Oleh HAFIZAN TAIB

TAIPING: “Biadap dan menjijikkan.†Itulah reaksi seorang suri rumah apabila menemui sehelai kemeja T berwarna kelabu tertera beberapa lakaran aksi perlakuan seks di dalam bilik anak lelakinya, kelmarin.

Saribah Abdul Hamid, 45, dari Simpang dekat sini, berkata dia terkejut apabila menatap kemeja T berkenaan yang ditemuinya ketika mengemas bilik anaknya yang berusia 16 tahun.

Menurutnya, dia memasuki bilik anaknya kira-kira jam 9.30 pagi untuk mengumpul mana-mana baju untuk dibasuh, tetapi menemui sesuatu yang di luar dugaannya.

“Saya terkejut dan tergamam apabila menatap kemeja T ini serta berasa jijik dengan gambar yang tertera di depannya. Anak lelaki mendakwa ia diperoleh daripada seorang rakannya.

“Ini sesuatu di luar dugaan dan tidak menyangka perkara seperti ini berlaku dalam rumah saya,†katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Kemeja T berwarna kelabu memaparkan tajuk ‘7-catalog’ berserta tujuh lakaran aksi perlakuan seks berwarna hijau, putih, merah, jingga dengan lambang menyerupai logo kedai 24 jam.

Saribah berharap perkara itu mendapat perhatian serius pihak berkuasa dan siasatan perlu dibuat bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab membuat dan mengedarkan kemeja T berkenaan.

Sementara itu, suaminya, Mat Saad Mohamad, 47, seorang pesara tentera, berkata perkara itu sememangnya di luar dugaan dan yakin pakaian seperti itu tidak dijual di pasaran terbuka.

Menurutnya, keadaan itu perlu dipantau segera sebelum menjadi wabak yang boleh merosak dan mencemarkan maruah orang ramai, terutama generasi muda, sebagai pengguna.

“Gejala seperti ini adalah pengaruh yang dibawa atau ditiru dari luar dan tidak bersesuaian dengan gaya kehidupan masyarakat kita yang kaya dengan adab sopan dengan nilai ketimuran.

“Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menyiasat dan menangani perkara ini kerana ia mencerminkan sesuatu yang negatif serta mendatangkan aib,†katanya.

Sumber: Harian metro.

Apakah misi 7-Eleven sebenarnya ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ala, aku boleh aja buat gambar mcm tu, perempuan dengan lelaki *ehem*ehem*, jalur merah putih serata badan, pastu dekat puncak bukit dua belah tu dibuatkan bintang warna putih. Pastu kata "Misi Amerika".

Kalau nak dapatkan gambaran apa aku ckp ni, kau search keyword ni dalam Google.

America flag

Macam gitu la maksud aku.

Benda boleh buat. Ala, kau tahu jelah surat khabar nak lariskan jualan. Dan juga pak cik/mak cik yang tahu salahkan pengaruh luar, tak hal dia sendiri tak ikut perkembangan semasa atau mungkin juga tak pandai jaga anak sendiri.

Aku rasa anak dia beli baju bundle tu. Takpun, beli kat Kodai Sopan :lol: <- gurau je neh .. tak pepasal nanti kang kena aku sedas dua .. kekeke ..

Edited by DarkWan

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku penah jumpe baju design camtuh..

bukan gambar 7-eleven jer..

macam-macam, yg aku ingat coke pon ade

dulu ader jual kat bulk lyn..

banyak gak orang beli..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya ada baca dalam metro. memang ada gambar dia.

Gambar baju yang ada cop 711 ada gambar aksi seks dan dijual di seven eleven itu..

Kengkawan boleh tengok di tabloid tu muka surat 6. Ada gambar makcik tunjuk baju tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

takkan heboh nak tgk gambar tu...

dah la gambar tu da terang2 dinyatakan bukan gambar yg sesuai.. ^-0

Saya rasa sapa yang ada scaner boleh la tolong uploadkan..

Gambar dalam tabloid telah di sensor, maka ianya tak salah di letakkan disini untuk tatapan forumer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

xda gmba baju die la..ish3..aku pon nk tgk gak..

asalnya ada kat link aku bagi tu...ni tetiba jer jadi ads lain..hampeh betul la metro ni.. :angry:

Share this post


Link to post
Share on other sites

KO biar betul bro.?

Benda2 lucah takkan la dijual berlambak..

Saya orang KL gak...jujur ni saya kata..tak pernah pon saya nampak benda ni dijual. :unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites

KO biar betul bro.?

Benda2 lucah takkan la dijual berlambak..

Saya orang KL gak...jujur ni saya kata..tak pernah pon saya nampak benda ni dijual. :unsure:

Takkan la takde jual?aku rasa kl la paling banyak tshirt2 mcm ni..kalau tak kat mana lg..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Takkan la takde jual?aku rasa kl la paling banyak tshirt2 mcm ni..kalau tak kat mana lg..

Jenis yang seven 11 keluarkan la.. :unsure:

yang lain memang banyak..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Takperla..lagi baik saya tak jumpa baju camtu...

wat rosak minda saya sahaja..

Patutnya dalang kat seven e tu di tangkap dan disoal siasat, kenapa mesti keluarkan produk macam tu.. :unsure:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Takperla..lagi baik saya tak jumpa baju camtu...

wat rosak minda saya sahaja..

Patutnya dalang kat seven e tu di tangkap dan disoal siasat, kenapa mesti keluarkan produk macam tu.. :unsure:

Aku rasa sbb dah terlampau byk yg buat baju mcm ni pihak berkuasa pun dah tak kuasa nak amik tau

Jd tu biarkan jelah,nanti ada lg isu mcm ni panas pun nanti sejuk balik

:ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ala,byk la moral rakyat malaysia ni dah rosak...pasal tshirt la baru nak sibuk pasal keruntuhan akhlak la ape laa tu yg berlambak2 jd gro,jual dadah sume tu tak cakap lak ganjil betul laa orang malaysia ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bukan isu tu sirap,..tapi dakyah ni kat kedai public sesapa leh dapatkan senang2..kalau derang jual kat pasar biasa memang la cepat kantoi..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bukan isu tu sirap,..tapi dakyah ni kat kedai public sesapa leh dapatkan senang2..kalau derang jual kat pasar biasa memang la cepat kantoi..

Eh,bukan ker kat pasar2 tu ada yng tshirt mencarut2 tu Mcdog la Mcshit la tu tak kena ban lak,musykil laa...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tu tak hairan la..pasar tu bukan kedai formal pun..

Seven 11 tu kedai yang banyak cawangan..sepatutnya derang tak buat benda ni..patutnya jaga reputasi derang..

Kalau jual arak tu aku dah tahu kita tak sibuk pun..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...