Jump to content
daun828

Soalan Basic Php & My Sql

Recommended Posts

Sbnarnya saya dah google bnyk dah pasal php ni tapi basic die saya tak paham......

kalau pasal coding tu boleh la paham.....Antara yang saya tak paham:

1)Apa kaitan php dengan my sql? Sekiranya my sql adalah untuk pengkalan data (menyimpan data), tidak bolehkah data tersebut di simpan di remote server sahaja?

2)Andai kata dah buat file.php dgn menggunakan notepad, bolehkah saya test terus file tersebut di IE atau memerlukan penginstallan sebarang software terlebih dahulu?

3)(Sekiranya software diperlukan) Adakah masih perlu diinstall sekiranya saya sudah mempunyai dreamweaver atau front page?

4)Bolehkah file.php diuji secara offline (local host sebagai root web)?

5)Sekiranya boleh, ketika menguji page berbentuk form, bolehkah data yang dimasukkan disimpan di local host juga?

6)Apa beza web hosting yang support php & my sql dan yang tak?

7)Adakah terdapat cara untuk menjadikan server yang tak support php & my sql untuk berinteraksi dengan page dalam format php?

8)Adakah cpanel berhubung kait dengan php dan my sql? Apa gunanya? Bagaimanakah cara mendapatkan cpanel? Adakah sebarang pendaftaran atau penginstallan diperlukan?

9)Adakah terdapat page yang hanya boleh berfungsi dengan menyediakan kedua-dua html page dan php page? Apakah contoh penggunaannya?

10)Sekiranya terdapat page sedemikian, adakah coding untuk kedua-dua format tadi boleh dilihat oleh visitor dengan menggunakan kaedah view source?

......HARAP DAPAT JAWAB..........

Share this post

Link to post
Share on other sites

Nie soalan yg ko terfikir ker ataupun lecturer ko kasik? kalau nak jawab exam baik ko explore sendri dan pahami sebaik mungkin fungsi php tue sendiri, kalau buat untuk lulus jer nanti menyesal kemudian hari......

aku tak jawab satu pun soalan ko cuma nasihat jer

Share this post

Link to post
Share on other sites

Haha dari soalan dia takde berbaur esaimen pun, berbau confuse ada la... :P

clearkan terms2 ni dulu, baru baca seterusnya:

server = pelayan = software. So dalam satu komputer boleh ada banyak server(software). Or satu komputer leh ada satu server je pada satu masa. Mana komputer yg ada software server dipanggil...well..server.

software server ni kira "service"...sebab dia bagi service (application server bagi application jalan, database server bagi database jalan, web server bagi web jalan etc etc etc...)

1. mysql = simpan data, terletak di server database (mysql server).

PHP plak satu software yg interpret(alih bahasa) skrip .php supaya dapat dipaparkan di browser (senang cakap programming language).

Untuk application php mysql based (maknanya pakai programming cop/jenama php... dan store data di server cop/jenama mysql) Ko nak manipulate data di apps yg pakai PHP programming..so ko guna la php utk kutip data di database server..dan proses data tu. (mysql simpan data je...php guna utk manipulate data)

2. PHP ni satu software (tapi bukan server), so kena install dulu. Dan dia kalau nak PHP jalan kena bantuan satu lagi server, iaitu web server. Katakan amek contoh web server jenama apache. ko install php, pastu ko install php pada server apache tu...baru apache leh jalankan kod php ko tu.

6. web hosting yg support php mysql = web server yg ada install php dan mysql server di dalamnya (dan dia bukak service tu utk digunakan)

8. cpanel software nak manage server-server dan service ko (settings etc)

localhost yg ko cakapkan tu maknyanya webserver yg diinstall di pc ko sendiri...bukan di pc 192.168.56.14 or pc bernama pelayan. Ko faham konsep ni sepatutnya dah menjawab banyak soklan ko. sekian

Edited by electroboy

Share this post

Link to post
Share on other sites

Ni bukan soalan assignment tapi soalan2 yg membuatkan ak konfius.

Terima kasih electroboy......Dari penerangn ko tu ak paham la sikit pasal

php dan my sql ni.....

Err.....Kenapa kena simpan data kat my sql gak? Data tu tak boleh simpan sekali dengan file2

lain kat dalam remote server ke?

Share this post

Link to post
Share on other sites

ko ni nk bte lmn web ke aper?gne software phpmyadmin tu...senang jer...dyer dh configure kn

Jangan peningkan lagi beliau dgn menambah satu lagi phpmyadmin plak.

Ni bukan soalan assignment tapi soalan2 yg membuatkan ak konfius.

Terima kasih electroboy......Dari penerangn ko tu ak paham la sikit pasal

php dan my sql ni.....

Err.....Kenapa kena simpan data kat my sql gak? Data tu tak boleh simpan sekali dengan file2

lain kat dalam remote server ke?

mmg betol pun ko faham sket je, iskh... banyak program skang simpan data dalam relational database. relational database ada banyak cap/jenama, salah satunya cap mysql. sebab tu simpan data dlm mysql. file kalau org simpan dalam....... ...file server la.. haha.. (it's true). Tp kalau web based apps dia simpan file php tu dalam mana tempat dia suka, asalkan dapat dicapai oleh apache (or apa2 cap web server lain) melalui configuration yg boleh ditetapkan di webserver tu.

istilah remote server tu makna ko server yg luar/jauh dari pc yg ko tgh pegang ke? A ah btol la tu..kalau mysql server tu ada jauh dari pandangan ko (tak semestinya.. tp lupakan dulu yg ni) maka kira remotely sotred la..kalau mysql server tu kat dalam pc ko (happens where ko code software php tu) so kira simpan dalam pc ko la iskh ko ni takkan istilah "remote" pun leh confuse...haha

Share this post

Link to post
Share on other sites

1)Apa kaitan php dengan my sql? Sekiranya my sql adalah untuk pengkalan data (menyimpan data), tidak bolehkah data tersebut di simpan di remote server sahaja?

Jawapan : php adalah sejenis bahasa pengaturcaraan yang berasaskan web. MYSQL adalah sejenis pangkalan data. Biasanya kedua-duanya digabungkan sekali untuk proses pembinaan sesebuah webpage.

2)Andai kata dah buat file.php dgn menggunakan notepad, bolehkah saya test terus file tersebut di IE atau memerlukan penginstallan sebarang software terlebih dahulu?

Jawapan : Ko kena install phpTriad terlebih dahulu dan savekan fail .php tu dalam folder htdocs.

3)(Sekiranya software diperlukan) Adakah masih perlu diinstall sekiranya saya sudah mempunyai dreamweaver atau front page?

Jawapan : Kena install software phpTriad tu dulu baru boleh run php. Dremaweaver dan Frontpage sebagai platform untuk memudahkan ko mengubahsuai antaramuka dan coding dalam php.

4)Bolehkah file.php diuji secara offline (local host sebagai root web)?

Jawapan : Boleh.

5)Sekiranya boleh, ketika menguji page berbentuk form, bolehkah data yang dimasukkan disimpan di local host juga ?

Jawapan : Boleh.

6)Apa beza web hosting yang support php & my sql dan yang tak?

Jawapan : Ada web host yang free dan ada yang web host yang berbayar untuk kita larikan php dan mysql ni.

7)Adakah terdapat cara untuk menjadikan server yang tak support php & my sql untuk berinteraksi dengan page dalam format php?

Jawapan : Ada. Install phpTriad dahulu.

8)Adakah cpanel berhubung kait dengan php dan my sql? Apa gunanya? Bagaimanakah cara mendapatkan cpanel? Adakah sebarang pendaftaran atau penginstallan diperlukan?

Jawapan : aku tak tahu pasal cpanel ni.

9)Adakah terdapat page yang hanya boleh berfungsi dengan menyediakan kedua-dua html page dan php page? Apakah contoh penggunaannya?

Jawapan : Ada. Contoh untuk portal utusan, forum putera.com ni, dan forum-forum yang lain.

10)Sekiranya terdapat page sedemikian, adakah coding untuk kedua-dua format tadi boleh dilihat oleh visitor dengan menggunakan kaedah view source?

Jawapan : Boleh. Kena buka nama fail tu dahulu menggunakan perisian notepad atau Dreamweaver.

Harap menjawab persoalan.

Share this post

Link to post
Share on other sites

2)Andai kata dah buat file.php dgn menggunakan notepad, bolehkah saya test terus file tersebut di IE atau memerlukan penginstallan sebarang software terlebih dahulu?

Setiap fail PHP tidak boleh diuji terus dengan web browser.

PC mestilah dijadikan sebagai php webserver terlebih dahulu.

Install pakej EasyPHP, Xampp atau seumpamanya untuk UJI FAIL PHP.

3)(Sekiranya software diperlukan) Adakah masih perlu diinstall sekiranya saya sudah mempunyai dreamweaver atau front page?

Dreamweaver adalah program untuk buat laman web,

Termasuk fail html, asp, php dan lain-lain dokumen web.

Nak preview fail2 nie kena guna web browser (IE)

Maka jika nak preview (uji) fail php, masih perlu install program web server seperti di atas.

4)Bolehkah file.php diuji secara offline (local host sebagai root web)?

Boleh dengan syarat install program seperti di atas

5)Sekiranya boleh, ketika menguji page berbentuk form, bolehkah data yang dimasukkan disimpan di local host juga ?

Data yang ambil dari FORM boleh disimpan dalam berbagai bentuk seperti teks fail atau database.

8)Adakah cpanel berhubung kait dengan php dan my sql? Apa gunanya? Bagaimanakah cara mendapatkan cpanel? Adakah sebarang pendaftaran atau penginstallan diperlukan?

CPanel atau Control Panel adalah satu Interface Bergrafik yang disediakan oleh Web Provider kepada pelanggannya.

cPanel digunakan untuk tujuan Manage/Urus webhosting/webserver seperti;

1. Setting Emel dan FTP

2. Cipta Subdomain

3. Urus Database (salah satu kaitan cPanel dengan MySQL)

4. Urus Fail

dsb.

Cara nak dapat cPanel

Sewa/beli share webhosting atau reseller package dengan mana-mana web hosting provider (biasanya Linux Hosting)

Tutorial cPanel:

http://www.spry.com/support/docs/index.php...d_WHM_Tutorials

TQ

Edited by PowerRootTongkatAli_GS

Share this post

Link to post
Share on other sites

najmi_hacks,

sebelum tu aku nak tanya kau,

1) apa yang kau faham tentang php?

2) apa yang kau faham tentang mysql?

3) berapa banyak kau tahu tentang database

4) cuma senaraikan nama-nama database yang kau tahu

dan popular digunakan serata dunia

setiap orang ada fahaman masing-masing terhadap php & mysql

bagi aku php & mysql ni kawan baik punya ditambah dengan apache.

tu belum lagi join dengan linux.

hasilnya LAMP in english

dlm bahasa melayu LAMPU :lol:

U for you hehehe

Edited by amin007

seronok aku bc ko nyer post..

Share this post

Link to post
Share on other sites

setakat yang aku tau

10)Sekiranya terdapat page sedemikian, adakah coding untuk kedua-dua format tadi boleh dilihat oleh visitor dengan menggunakan kaedah view source?

VISITOR hanya akan nampak html, kalau tak percaya, view source putera.com ni :lol: konfem tak nampak satu coding php pun

Share this post

Link to post
Share on other sites

yer betul.

sebab php adalah skrip sebelah pelayan (server side script)

pelayan akan tukar skrip php ke skrip html (aspek keselamatan)

html adalah skrip sebelah pelanggan.

sebab tu kod/tag html boleh dilihat.

Edited by PowerRootTongkatAli_GS

Share this post

Link to post
Share on other sites

1)Apa kaitan php dengan my sql? Sekiranya my sql adalah untuk pengkalan data (menyimpan data), tidak bolehkah data tersebut di simpan di remote server sahaja?

bagi aku php tu bahasa programming aje. mysql adalah pangkalan data.

serupa juga dengan konsep vb dan access.

aku rasa ko tak beberapa faham tentang konsep database ni.

orang cipta database bertujuan nak memudahkan penyimpanan data,

dan semua programming boleh capai database yang sama

contoh opis aku pakai ms sql server.

jadi aku boleh capai ms sql server melalui vb.net & php.

janji ko tahu kata laluan sudah

2)Andai kata dah buat file.php dgn menggunakan notepad, bolehkah saya test terus file tersebut di IE atau memerlukan penginstallan sebarang software terlebih dahulu?

3)(Sekiranya software diperlukan) Adakah masih perlu diinstall sekiranya saya sudah mempunyai dreamweaver atau front page?

laa, tu kena install apache/iis. kalau ko bukak IE, scrip ko tak jalan laa

dreamweaver,frontpage & notepad tu editor nak buat fail *.php atau fail-fail lain ....

nak test, kena pakai localhost

4)Bolehkah file.php diuji secara offline (local host sebagai root web)?

5)Sekiranya boleh, ketika menguji page berbentuk form, bolehkah data yang dimasukkan disimpan di local host juga?

tulah tujuan kena install apache/iis. untuk test *.php yang ko buat.

jadi ko dapat buat sistem sebijik seolah-olah berada di website

baca topik ni -http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=40624&st=0

6)Apa beza web hosting yang support php & my sql dan yang tak?

beza? memang bezalah. kalau ko upload kat geocities, php memang boleh upload

tapi run??? tak boleh punya

7)Adakah terdapat cara untuk menjadikan server yang tak support php & my sql untuk berinteraksi dengan page dalam format php?

tu ko kena tuan punya server laa

8)Adakah cpanel berhubung kait dengan php dan my sql? Apa gunanya? Bagaimanakah cara mendapatkan cpanel? Adakah sebarang pendaftaran atau penginstallan diperlukan?

rujuk jawapan PowerRootTongkatAli_GS

9)Adakah terdapat page yang hanya boleh berfungsi dengan menyediakan kedua-dua html page dan php page? Apakah contoh penggunaannya?

10)Sekiranya terdapat page sedemikian, adakah coding untuk kedua-dua format tadi boleh dilihat oleh visitor dengan menggunakan kaedah view source?

ko mesti faham php tu bahasa programming. kalau ko papar dalam localhost,

dia akan tukar kod php ko tu kepada kod html

Share this post

Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...