Jump to content
Jfk

Pemanasan Global

Recommended Posts

MACHANG: Beberapa lokasi rendah di negara ini yang berada separas dengan laut berisiko tinggi lenyap ‘ditelan laut’ berikutan kemungkinan berlaku fenomena air laut meningkat disebabkan kepanasan global.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah, berkata kerajaan bagaimanapun tidak akan berdiam diri, sebaliknya berusaha mencari langkah terbaik yang akan diambil bagi mengatasi fenomena itu.

“Sekiranya kita tidak berbuat sesuatu kemungkinan nasib yang menimpa beberapa negara Eropah seperti Belanda akan menimpa negara kita,†katanya kepada pemberita selepas menziarahi 73 penduduk uzur dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pangkal Melerek, di sini semalam.

Beliau berkata, negara memerlukan langkah jangka panjang sekurang-kurangnya membina benteng terutama bagi kawasan yang berisiko tinggi seperti di Batu Pahat, Johor dan Pantai Sabak di Kelantan.

Katanya, peruntukan berbilion ringgit diperlukan bagi kerja itu dan kementerian memerlukan sokongan semua pihak terutama pihak berkuasa kerajaan tempatan dan kementerian lain.

Sazmi berkata, masalah di Batu Pahat sangat merumitkan apabila banjir di kawasan itu berlaku akibat hujan lebat berterusan kerana air sungai tidak dapat mengalir ke laut berikutan paras laut hampir menyamai daratan.

Katanya, sementara kawasan seluas setengah kilometer di Pantai Sabak sudah dihakis ombak sejak beberapa tahun lalu menyebabkan puluhan rumah kepunyaan penduduk di situ musnah dan dihanyutkan ombak besar pada musim tengkujuh.

Beliau berkata, kedua-dua kawasan itu lebih berisiko tinggi apabila berlaku gempa bumi berhampiran negara secara berterusan.

Bagaimanapun, beliau berharap penduduk yang tinggal di kawasan itu harus bersabar kerana fenomena itu baru berlaku dan memberi peluang kepada kerajaan mengatasinya. – Bernama

Share this post


Link to post
Share on other sites

ini yang membuat aku risau sangat nie,, cuaca di batu pahat sekarang masih hujan rintik-rintik dari pukul 2 petang tadi, sampai sekarang pukul 12 malam, masih belum berhenti lagi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

nape singapura x tenggelam??

sbb byk dpt pasir dari malaysia??

hm...

Kalau tengok bentuk mukabumi Singapore nampak rendah jer kan..kawasan paling tinggi pon Bukit timah jer tu pon cam bukit biasa jer...keliling dah laut...maka tekanan "hawa" dia tu leh diketegorikan sebagai kepulauan...kalau hawa kepulauan ni biasanya panas...

Share this post


Link to post
Share on other sites

...keliling dah laut...maka tekanan "hawa" dia tu leh diketegorikan sebagai kepulauan...kalau hawa kepulauan ni biasanya panas...

macamane tu?

------

risau gak sebab kampung aku kat batu pahat...

*macamane 2 daerah ni nanti bila aku dah tua nanti??....

Share this post


Link to post
Share on other sites

ada berita dr singapura, PM singapore dah pun panggil saintis2 dr serata dunia duduk mesyuara beberapa hari utk bincang pasal beberapa isu, antaranya pemanasan global..dan satu ramalan tsunami besar akan berlaku dalam tempoh terdekat yg mana tsunami tu kalau jd akan buatkan singapore hilang, malaysia jd pulau..dan lain2 tempat serata dunia akan terkena... (fakta ini diberitahu oleh seorang Dr. dari IPTA tempatan dlm satu bengkel, kalau salah...aku sebarkan berita salah..)

sapa2 ada member dr singapore...cuba2 la risik2...dalam paper tak ada sebut singapore...sbb paper tu hanya fokus pada negeri2 dalam negara jer... kat malaysia ni rakyat nampak mcm kurang alert...n kurang info pasal isu pemanasan global yg mana kalau kat barat...boleh katakan isu ini di ambil perhatian...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo gitu aku yang dok kat bandar JB ni berisiko tinggi ker?.... risau gak :ph34r:

off topic :

aku terbaca dalam paper bila ntah, dalam taun ni kot...

satu kajian kat satu pulau gunung berapi sebelah barat pantai Morocco, pulau tu boleh runtuh bila2 masa apabila gunung berapi tu meletup... sais tsunami terhasil dijangka mencecah 100m... dijangka memusnahkan bahagian pantai barat portugal, new york dan sekitarnya... huhuhu :ph34r: :ph34r:

aku takut kes bergitu melanda kita nanti..huhuhuhu mintak dijauhkan.. amin

Edited by neko

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau Tsunami takkan jadik pulau pon Malaysia ni..Tsunami tu ombak besar...maka bila melanda tentu akan surut...air laut tu takkan stay setempat jer...mesti surut!..tapi pas surut tu colecteral la..kemusnahan sana sini..mayat bergelimpangan....waaa bestnyee..

Share this post


Link to post
Share on other sites

nauzubillahiminzalik.

takut betul dengan apa yang terjadi skang ni.. sana sini cuaca tak menentu. ada tempat panas tahap teruk, ada tempat kesejukan plak.. kat sini plak asyik ujan jer.. tak nampak matahari langsung... apa akan jadi?? huhuhu takut nak membayangkan.. batu pahat lenyap... huhu tempat bekas bakal mak mentua tu... hehehe.. apa pun kita kena sama2 wat sesuatu...

ada sesapa tau tak n leh list kan tak apa yang patut kita wat n tak patut kita wat utk panduan sesama kita...

cth: air cond kete - tgk yg cfc free(betul ke tak??)

Share this post


Link to post
Share on other sites

sepanjang aku belajar GEO ni yang dapat aku listkan

1. banyakkan pokok kat tepi jalan besar, highway... salah satu cara memerangkap habuk, kurangkan pencemaran bunyi dan menyerap co2 dari asap kenderaan

*stakat pokok hiasan tinggi sekaki tu rasa kurang berkesan kot, cuba pakai pokok jati tanam banyak2 macam kat highway PLUS... besar sikit macam pokok balak :lol:

2. kalo boleh gunakan kenderaan awam, setidak2nya kuranglah sikit pencemaran udara

---

kalo nak wat tembok pengawal air laut macah kat netherland (eropah) tu... besar sikit kosnya

Edited by neko

Share this post


Link to post
Share on other sites

tu je jln yg terbaik nak halang dr johor hilang dari peta....

wat cam negara netherland tu...

tebus guna kws persisiran laut...

tp takut jugak, sbb jiran sebelah kite confirm marah :lol:

projek jambatan bengkok pn dorg tolak....

Share this post


Link to post
Share on other sites

tp takut jugak, sbb jiran sebelah kite confirm marah :lol:

projek jambatan bengkok pn dorg tolak....

Leader kita pon setuju "ditolak" nak wat camner...keh..keh..keh

Jangan la bimbang sangat..kawasan tanah rendah ni mungkin senang takung air..tapi senag gak serap air..tu pasal la kat JB dulu kene banjir pelik cepat jer surut kan..

p/s aku citer bukan kerana saintifik..pengalaman yang tak seberapa semata2 ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Malaysia jadi kepulauan???

Huhuhu

sukar ntok dibayangkan...

Tapi serius crita,

rakyat Malaysia ramai yg x sedar isu nie...

Slalu gak aku tgk dorang yang tau cakap,

tapi x pernah wat pun...

huhuhu

Malaysia jadi kepulauan???

sukar ntok dibayangkan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

banjir kat batu pahat hari tu dengar cerita sebab parit n sungai yang dah lama tak korek...

parit sebelah rumah atuk aku, last korek = 5 tahun lebih

tapi nasib baik rumah atuk aku ni rumah tinggi (rumah melayu lama), jiran yang rumah atas tanah semua kene pindah kat sekolah rendah

Edited by neko

Share this post


Link to post
Share on other sites

parit sebelah rumah atuk aku, last korek = 5 tahun lebih

Ok latu baru 5 tahun...kat Pekan Nanas ni sungai dah 10 tahun tak korek2...harap tebas lalang kat tebing jer,...dulu ait leh mandi skang dah cetek..lumpur lej yang ada...tu pon pihak berwajib tak peduli..bukan apa kalau hujan lebat tanpa henti2 hari jer silap2 leh bainjir..ye la air cepat naik tebing...kekadang masa hujan lebat jer cecah jalan raya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

teringat kenangan dulu2 time aku berkubang dalam parit, paling best lepas diorang korek parit sebab dasar parit akan berpasir sebab pasir dari bukit turun n mendap kat dasar, macam mandi air terjun

skarang tak korek, berselut, tak pasal2 aku terjun dalam tu pastu terpersok dalam selut n lemas :ph34r:

ari tu banjir, nama JB, Batu Pahat, Kota Tinggi naik dalam berita, kecoh satu dunia... hokhokhok

Edited by neko

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kat mana pula parit tu...sungai kat Kampung Pasir ker...kat sana kan banyak pasir. tapi sungai tu dah cetek la..Kalau air pasang jer Ketam leh masuk dalam rumah...huhu..(dulu aku duduk area situ)..

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak le, parit biasa kat akmpung aku.. skarang dah dicemari ngan baja taik ayam

ketam yang masuk tu yang leh wat makan tu ker?

*jauhnya kita menyimpang... off topik :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa kata kita mulakan dirumah...

wat kitar semula. sy pun skang ni tgh cuba wat kitar semula. benda yg leh dikitar letak dalam satu plastik lain, yg boleh dibuang dalam plastik lain... skang ni da byk kan plastik yang boleh di... aper word yang sesuai eh.. didispose la... ada tak sesapa tau plastik aper. dengar kata plastik tesco leh dispose.

Share this post


Link to post
Share on other sites

fiy

as akan tenggelam kalo suhu tempat diorang lebih sejuk dari sekarng walaopown musim sejuk

jadi

singapore pown berkonsep camtu gak

nak jadikan cite

pula2 nie memang panas

Share this post


Link to post
Share on other sites

rajin2 lah tanam pokok,

dan tak menggunakan barangan2 yang ada CFC

kurangkan wat pembakaran terbuka

*langkah yang aku rasa antara langkah boleh dimulakan dari rumah

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...