Jump to content
Uwais Al-Qarani

Software Baca Surah Dan Ayat2 Al-quran

Recommended Posts

Assalamualaikum

kat maner nak cari software yg leh perdengarkan surah2 dan ayat Al-Quran nie?sebab aku ingat nak betulkan tajwid dgn mengikut apa yg dibaca tu

thx ^^

Share this post


Link to post
Share on other sites

boleh kalau nak baca depan komputer/mp3/mp4/henset/cdPlayer/apa-2 jenis alat dan mesin yang membantu tapi...

kurang umphhh !

better kalau nak betulkan al-Quran ni dengan guru/kawan...

tapi boleh je dengan alat-2 bantuan tu cuma..kurang la...alat tu xleh nak tegur kesalahan kita kalau buat silap..

cuba try cari software keluaran syarikat 'Harf' ... boleh dengar bacaan, boleh belajar tajwid, ada tafsir dsb...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Alhamdullillah lar aku dah berguru ngan mak aku,cuma aku skarang nie jauh dari family aku,so aku jz nak perbetulkan skit2 jer apa yg xbtol,hehe

bole x rekemen kan site dia trus?thx

Share this post


Link to post
Share on other sites

cuba try cari software keluaran syarikat 'Harf' ... boleh dengar bacaan, boleh belajar tajwid, ada tafsir dsb...

mana nak cari? aku nak google pon xtau nak google apa....apa nama software tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

keluaran syarikat nih xde yg version donlod rasanya...

aku dulu dapat iklan dia masa aku ngaji kat klang...dijual oleh ejen di skolah tahfis sebelah sungai klang...sebelah BSN..

ada kedai komputer kat situ..tingkat ground..

aku plak xcukup duit nak beli...so pasang angan-2 je...

sapa yg dok dekat-2 dengan BSN klang...dekat dgn pasar jawa dan Mydin tu tlg servey tengok...

-----------------

nama dia...xingat la...

tapi lebih kurang sejenis dan semacam software quran yg biasanya diberi percuma kalau pelanggan muslim beli komputer tu...

cuma keluaran harf nih lebih banyak sumber rujukan tafsir dan ada banyak orang yg membacanya...

Edited by panglimakhalid

Share this post


Link to post
Share on other sites

link: (disebabkan logo dia sama)

1. http://www.harf.com/mal/ (Bahasa Melayu)

2. http://www.harf.com/ (Bahasa Arab)

------------------------>>edited<<------------

haa..kan betul ejen dia sekolah HAFIZ tuh...

Malaysia

Flag:

Company: HAFIZ MULTIMEDIA CENTER

Contact Person: -

Tel.: (60) 03-3425872

Fax: (60) 03-3410904

E-mail: [email protected]

Address: 2, Jalan batu 3, 41300, Klang, Selangor, Malaysia.

Edited by panglimakhalid

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebelum tu, elok kalau aku peringatkan kepada diri aku sendiri khususnya dan kengkawan

putera sekalian umumnya...

B'mana nak memperkemaskan bacaan Al-Quran kita?

= Jawapannya dengan mempelajari ILMU TAJWID!

-Ilmu Tajwid ni, adalah satu ilmu yg m'bicarakan ttg kalimat2 Al-Quran dari segi meletakkan

hak2 huruf dan kepentingannya.

-Apa maksud hak2 huruf? Iaitu Makhrajnya, Sifatnya yang tak boleh berpisah seperti

sifat Hamas dan Jahr.

-Maksud kepentingannya pula adalah dari segi Sifat2 huruf yang mendatang, [ada huruf yg kadang2

kena baca tebal dan ada masanya pula kena baca nipis!]

-B'mana cara nak mempelajarinya? Nak tak nak memang kena mengadap GURU, kalau ikut kitabnya,

hendaklah melatihkan lidah [sebutan] dengan cara mengulang2 [latih tubi kata org skrg!] di hadapan guru

segala bahagian/bab dalam Ilmu Tajwid.

Persoalan bab Ilmu Tajwid panjang jika nak dibincangkan di sini... seeloknya carilah seorang guru yang

mahir dalam Ilmu Tajwid ni...

Apa pun tahniah la aku nak ucapkan pada sedare Divine yg berusaha nak memperelokkan bacaannya! Mabrouk!

Elok juga kalau dengar bacaan qori2 terkenal seperti Syeikh Jibril, Sa'ad Ghamidy, Masyari Rashid dan ramai lagi...

sekurang2nya dapat juga kita pelajari cara sebutan mereka pada kalimah2 tertentu yg kita rasa payah nak

menyebutnya... TETAPI... amatlah disyorkan supaya memperdengarkan bacaan kita kepada MEREKA yang arif

dalam ilmu Tajwid supaya kita tak sekadar syok sendiri dgn bacaan kita, walhal cara sebutan kita sebenarnya salah!

Berbalik kepada permintaan member kita ni, aku ada satu link utk s/w percuma yang boleh memperdengarkan bacaan

dan sambil tu akan mempamirkan teks Al-Quran beserta terjemahannya dlm beberapa bahasa [bM xde!]

S/w ni menggunakan bacaan S.Sa'ad Ghamidy [kena donlod la dulu fail mp3 Al-Quran 30 juzuk dia, ada link dlm site ni!]

Kemudian ikut je arahan yg diberikan...

Ni screen shot dia:

qrscreenshotsmall.gif

Keterangan lanjut & muat-turun di sini...

Edited by annamir

Share this post


Link to post
Share on other sites

mm...boleh guna jugak Holy Quran.

ada byk bahasa. bahasa melayu pon ada gk.

rasa2nya ada jual kat kedai2 yg jual ayat2 Al-Quran kot.

download xde rasanya..

aku guna version 6.31. lama punya..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tertinggal satu maklumat...

Aku mengesyorkan kalau nak mendengar bacaan Al-Quran yang dikira sebagai amat bagus dari segi tajwidnya,

eloklah rujuk kepada bacaan Al-Marhum Syeikh Kholil Khusory [Qori Mesir]... tetapi kena lihat betul2, dia ada dua versi

rakaman bacaan 30 juzuk mengikut riwayat Hafs [bacaan yang biasa kita baca!], seeloknya ambil bacaan beliau yang

membaca Mad Jaiz Munfasil dengan kadar 4 harakat! Kerana satu lagi rakaman beliau membacanya dgn kadar 2 harakat

sahaja!

Kemudian bolehlah rujuk bacaannya... tapi jgn lupa bak kata aku kat atas tu, afdhalnya carilah seorang guru tajwid untuk

memastikan bacaan kita benar2 terpimpin! :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

thx for all bro,Insyallah,aku nak dgr n nanti aku baca dpn mak aku blk,skarang nie payah skit cuz aku jauh,nga study lagi,nak cari tok guru kat surau pun,surau kadang ader org,kadang xder org -_-

Share this post


Link to post
Share on other sites

:lol: Ass'kum... Mawarsoft QariCD dan Mawarsoft Q Player, Al-Quran multimedia dengan sistem bacaan berpenunjuk, lengkap 30 juzuk dengan terjemahan Inggeris, Melayu dan Indonesia. Boleh didapati dengan bacaan Sheik Mahmud Khalil, Sheihk Saad Ghamidi atau Sheikh Mashari Rashid. Versi donlod (penilaian) pun ada... Sila tengok kat sini: http://www.mawarsoft.com

OK, salam...

Edited by CFoo++

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...