Jump to content
Sign in to follow this  
slaughters

Prosessor Xeon Saya Laju, Tau!

Recommended Posts

A disappointed Streamyx user:

Kecewa khidmat Internet Streamyx

Saudara Pengarang,

SAYA baru sahaja menggunakan perkhidmatan Internet Streamyx selama seminggu dan saya dapati kelajuan streamyx ini sangatlah perlahan iaitu kelajuan 10.0 Mbps sedangkan saya menggunakan pakej RM99 sebulan yang sepatutnya boleh mencapai kelajuan sebanyak 1 GATE.

Memanglah untuk mencapai kelajuan sebanyak 1 GATE adalah susah, sekurang-kurangnya kelajuan 500.0 Mbps dapat dicapai.

Tetapi kelajuan yang saya dapat hanyalah kelajuan 10.0 Mpbs sedangkan komputer saya menggunakan dua prosesor Xeon yang sangat laju dan memorinya sebanyak 2 GATE.

Jadi saya pun menghubungi Streamyx untuk memberitahu masalah yang saya hadapi.

Respons yang diberikan amatlah mengecewakan. Mereka menyuruh saya menunggu sebentar sambil menghidangkan muzik yang entah apa-apa.

Saya terpaksa menunggu hinggalah duit kad prabayar saya sebanyak RM30 melayang.

Kemudian keesokannya saya cuba menghubungi Streamyx sekali lagi.

Kali ini barulah mereka melayan saya. Saya pun menceritakan masalah saya dan kemudian mengikut arahan yang diberikan tetapi tidak juga dapat meningkatkan kelajuan Internet tersebut.

Saya menghubungi mereka sekali lagi dan menyuruh mereka menghantar orang untuk memeriksa modem saya. Tetapi mereka mengatakan terpaksa membuat report dahulu.

Setelah memberikan report bernombor 3145629 bertarikh 28/4/2005, mereka berjanji dalam masa satu hingga dua jam kemudian, mereka akan menghubungi saya kembali.

Tetapi sampai keesokan harinya mereka masih tidak menghubungi saya dan sehingga ke hari ini, langsung tiada panggilan daripada pihak Streamyx untuk menyelesaikan masalah saya ini. -

PELANGGAN KECEWA, Gombak, Selangor.

source link here :

http://mel.icious.net/blog/2005/05/09/pros...-saya-laju-tau/

Share this post


Link to post
Share on other sites

huhuhu..

Pengadu kurang mahir tentang Internet

Saudara Pengarang,

SAYA ingin merujuk kepada aduan oleh Pelanggan Kecewa dari Gombak bertajuk Kecewa Khidmat Internet Streamyx yang tersiar di ruangan ini pada Jumaat 06/05/2005.

Banyak kekeliruan dan kesalahan dalam aduan yang ditulis. Oleh itu saya menganggap bahawa Pelanggan Kecewa hanyalah pengguna komputer biasa yang kurang pakar dalam bidang komputer dan rangkaian.

Dalam aduan tersebut, pengadu mengambil pakej RM99 sebulan yang sepatutnya mendapat kelajuan 1 GATE, tetapi hanya mendapat kelajuan 10.0 Mbps.

Kekeliruan pertama adalah tidak ada istilah GATE dalam dunia Internet dan perangkaian komputer.

Oleh itu biarlah saya cuba terangkan situasi sebenar yang dapat saya andaikan.

Saya percaya pengadu melanggan pakej RM99 sebulan iaitu akses Internet tanpa had 1 Mbps (atau bersamaan 1000 Kbps) dan modem ADSL diberikan.

Sebagai perbandingan akses Internet dial-up hanyalah 56 Kbps.

Kelajuan Internet jalur lebar (seperti Streamyx) yang mampu ditawarkan oleh mana-mana teknologi masakini hanyalah setakat 2 Mbps.

Saya berharap pengadu jangan terkeliru dengan kelajuan akses rangkaian setempat seperti di pejabat (LAN) berbanding kelajuan untuk capaian Internet.

Ini adalah kerana capaian rangkaian LAN biasanya 10 Mbps atau 100 Mbps dan hanya sekiranya menggunakan perkakasan terkini mampu mencapai 1000 Mbps atau juga disebut 1 Gbps (Gigabit sesaat).

Saya percaya kelajuan 10.0 Mbps seperti yang dinyatakan pengadu adalah kelajuan antara kad rangkaian komputer dengan model ADSL tersebut sahaja dan bukan capaian ke Internet.

Saya juga menjadi hairan apabila pengadu menyatakan komputernya menggunakan dua processor Xeon dan memori (RAM) sebanyak 2 GB (Gigabyte bukan GATE) kerana kebiasaannya hanya terdapat pada komputer pelayan (Server) yang berharga lebih RM 20,000.

Capaian Internet yang perlahan juga mungkin disebabkan oleh talian telefon jenis kuprum yang telah lama.

Talian ini menghubungkan kediaman pengadu ke pusat Streamyx dan kemudiannya melalui talian fiber optik ke Internet.

Apa sekalipun, saya berharap pihak Telekom Malaysia membantu pengadu menyelesaikan masalah akses rangkaiannya dan pengadu sendiri perlu atasi masalah perkakasan dan perisian komputernya. - ROSLI ABAS, System Engineer, Subang Jaya, Selangor.

hmm ada yang mengatakan Rosli Abas salah apabila beliau mengatakan 1Mbps = 1000Kbps. Tapi mengikut unit SI untuk binary digit http://physics.nist.gov/cuu/Units/binary.html, pernyataan Rosli Abas itu didapati benar.

1Mbps = 1000Kbps

1Mibps = 1024Kibps

Mib = Mega binary bit

Kib = Kilo binary bit

http://blog.mypapit.net/2005/05/dillema-pe...-kecewa-ii.html

http://blog.mypapit.net/2005/05/dillema-pe...gan-kecewa.html

:P:lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ada budak dah post kat bahagian pilih moderator.

itu silap pilih tempat

kat sini boleh laa..

slaughters,apa pandangan ko??

Share this post


Link to post
Share on other sites

itu silap pilih tempat

kat sini boleh laa..

slaughters,apa pandangan ko??

pandangan aku ? aku sedih.. even aku tak pandai sangat.. tp, ni mende asas.. huhu..

aku harap takde la warga putera yang jadi camnie.. :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe..

diaorg baru nk tambah ilmu dengan line stimik baru diaorg tu..sian diaorg wehh.. diaorg tak bsalah.. :P

tapi mmg tak patut la ish3...

Share this post


Link to post
Share on other sites

mende2 ni biase la. manusia 1001 ragam. macam kawan kepade kawan aku, die tanye, ATI dgn Radeon mane lagi bagus.

newbie2 yg baru berjinak2 dgn komputer biase la. aku pun macam tu gak. semua org pun penah melalui proses ni. bill gates lahir2 pun bukan nye terus expert dlm komputer ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tmnet mungkin atau telah dilabelkan oleh sesetengah individu atau organisasi sebagai penyedia khidmat internet yg tidak berjaya.Bukan seorang yg memikirkan hal semacam ni. Cuba cungkil skit kat bhg hal ehwal pengguna atau MCMC ttg ni..

Share this post


Link to post
Share on other sites

cam xkene jer posting nih

kene la tu . :rolleyes: . kalo nak komen pasal customer yang komplen salah info tu , aku rasa salah dia gak pasal tak selidik dulu hal2 yang berkaitan sebelum menghantar komplen tu

Share this post


Link to post
Share on other sites

setakat ni isp yg provide kelajuan internet tertinggi ialah jepun...

biasala...

negara maju...

dah la laju.. x plak nak sibuk2 nak throttle..

syabas B)

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe ni cerita bape tahun lepas dah nih . :ph34r:

ada keluar dalam utusan malaysia bahagian forum...................masa aku baca tu mmg muka aku merah padam pasal banyak istilah salah atau less informer berlaku............ <_< ..........ini mesti kes x baca agreement ngan terms condition ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku selalu jumpa orang macam ni..

cakap macam semua dia tahu..

padahal dia x tahu yang orang sedang gelakkan dia..

bukan salah kalau x tahu..

yang salahnya ialah x tahu tapi buat macam tahu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...