Jump to content
pidos

Pemborong Perkakasan Dan Perisian.

Recommended Posts

Ada sesapa boleh tolong tak.

sapa tau camner nak cari supplier/distributor area Pahang atau negeri yang berhampiran dengannya (cth KL).

walaupun masih student ipt lg, saya ni bergiat aktif dalam pertubuhan kebajikan.

dengan lebih tepat ialah sebagai seorang sukarelawan.

memandangkan negara kita dah lama masuk era teknologi maklumat, jadi timbullah satu cadangan untuk merapatkan jurang digital kepada OKU.

memandangkan saya ni budak kursus teknologi maklumat, jadi saya diamanahkan untuk membuat kertas kerja

cadangan menubuhkan Deaf Cyber Centre (DCC).

serba sedikit ttg cadangan ni ialah :-

> sebagai pusat OKU mempelajari dan menggunakan kemudahan komputer dan internet secara percuma.

> sama seperti konsep Cyber Cafe. cuma tak guna CC management dan x dikenakan bayaran.

> OKU boleh belajar komputer dengan bantuan sukarelawan.

> Pusat teknologi maklumat dalam komuniti.

> permulaan 20 PC + 1 Server

dalam kertas cadangan ni ada masalah sikit.

iaitu masalah berkenaan dengan BUDGET.

maklumlah, Persatuan kebajikan. bukannya kaya sangat.

sumber kewangan untuk tubuhkan DCC ni datang dari sumbangan orang ramai dan badan korporat.

so, kena seminimum mungkin budget dia..

anggaran budget kalau beli PC dan software dari penjual (cth kat low yat) ada la dalam lingkungan RM130k

jadi saya ingat kalau beli terus dari pemborong tentu dapat kurangkan anggaran budget.

so, minta bantuan dari ahli-ahli putera kat sini macamana nak contact

1) pemborong barangan komputer

2) pemborong perisian komputer.

3) pemborong peralatan untuk networking.

p/s: pantun untuk orang suka berbudi.

Sibur-sibur di pinggir sumur,

terbang hinggap di daun padi.

Jangan asyik membilang umur,

sampai lupa meninggalkan budi.

Edited by pidos

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau termasuk semua dari A to Z..total mungkin tak sampai 100K..tapii bergantung kepada tempat yang nak ko guna..kalau sewa kawasan high memang la mahal..kalau dah ada tempat lagi la kurang budget ko...kalau dah ada tempat dalam budget +-30K cukup 20PC..ok ngamm.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nak buat betul2 on the ground atau nak buat kertas kerja sahaja.

Distributor terengganu tak nak ker? :D

Kalau guna software original harga semua kurang dari RM50K

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmmm.....

memandang cc ni org kurg upaya,mst beberapa kemudahan tambahan dperlukan....

software,renovation,equipment,etc...

jd budget dh naik d situ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku buleh supply brg network+PC.W/pun aku bukan kat Kuantan.Tapi jgn risau..bisa di atur :P

utk keterangan lanjut kita bincang kat PM

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pernah tgk org kurang upaya (deaf n mute) nie lagi banyak guna IT technology.... cth kita x guna 3G selalukan, diorang selalu guna 3G n msg... pastu webcam especially camfrog application.. sbb diorang ada community tersendiri...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalau termasuk semua dari A to Z..total mungkin tak sampai 100K..tapii bergantung kepada tempat yang nak ko guna..kalau sewa kawasan high memang la mahal..kalau dah ada tempat lagi la kurang budget ko...kalau dah ada tempat dalam budget +-30K cukup 20PC..ok ngamm.

ha ah... budget tu smua termasuk guna original software. xnak lah ambik risiko guna yang [lanun], xnak ada problem di kemudian hari. selain pc, beberapa alatan tambahan seperti projector, slide skrin, webcam, alatan bantuan mengajar, hiasan dalaman, mesin fotostat, colour lazer printer, belanja luarjangka, kos operasi untuk 5 bulan pertama, dan lain-lain lagi. sebab tu smua anggaran dia hampir 130k

Nak buat betul2 on the ground atau nak buat kertas kerja sahaja.

Distributor terengganu tak nak ker?

Kalau guna software original harga semua kurang dari RM50K

haah, kalau 20 pc (tak termasuk server dan pc teacher) yang guna original software mmg around 50k. tapi kalau termasuk pc teacher, server dan lain-lain A-Z smuanya hampir 130k.

distributor kat terengganu pun boleh gak.. asalkan berjiran dgn negeri pahang.

setakat ni mmg atas kertas saja... tengok la, bila kertas kerja ni diluluskan dan mendapat sokongan dr JKM dan kerajaan negeri ia akan jadi baru jadi on the ground.

mmmm.....

memandang cc ni org kurg upaya,mst beberapa kemudahan tambahan dperlukan....

software,renovation,equipment,etc...

jd budget dh naik d situ...

ha ah... sebab tu ngapa skg ni x byk swasta nak sediakan kemudahan untuk OKU... xnak tanggung kos tambahan...

aku pernah tgk org kurang upaya (deaf n mute) nie lagi banyak guna IT technology.... cth kita x guna 3G selalukan, diorang selalu guna 3G n msg... pastu webcam especially camfrog application.. sbb diorang ada community tersendiri...

hehee macam ada pengalaman je bergaul ngan deaf nie... sbb camfrog tu x ramai deaf sendiri tau kewujudan dan cara guna dia. umumnya member camfrog (deaf) ni yang ada PC dan line internet kat umah parent dia. so kebanyakan mereka ni anak orang berkemampuan la katakan.

jadi dengan adanya DCC (walaupun atas kertas) boleh merapatkan jurang digital kerana mereka boleh guna kemudahan ini secara PERCUMA.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...