Zen-X 0 Report post Posted December 26, 2006 PUTRAJAYA: Meriam Ahmad Shaharudin, wanita yang mengaku dirinya sebagai seorang daripada empat rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w kini semakin berani menyebarkan dakyahnya dengan memutarbelitkan ayat suci al-Quran untuk kepentingan peribadi.Dalam e-mel terbaru bertajuk 'Bukti saya sebagai rasul perempuan dan tugas saya yang dimajukan sendiri oleh Meriam' kepada Harian Metro semalam tetapi ditulis kelmarin, wanita yang pernah mendakwa sebagai Imam Mahdi pada 1993 itu menggunakan tiga petikan ayat suci al-Quran untuk menegakkan benang basahnya.Dia terpaksa berbuat demikian selepas menerima kritikan bertalu-talu daripada umat Islam yang berang dengan perbuatan hinanya selepas didedahkan akhbar ini kelmarin.Selain tidak mengaku perbuatannya bertentangan dengan Islam, Meriam turut menyalahkan golongan ulama yang didakwa kononnya menyebarkan ajaran 'salah'.Meriam juga sanggup memutarbelitkan ayat 14, Surah at-Taubah yang berbunyi: "Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman."Kamu dalam ayat itu didakwa Meriam merujuk kepada dirinya.Lebih keji, Meriam turut memutarbelitkan ayat 40, Surah al-Ahzaab yang mendakwa ayat terakhir itu merujuk sifat Tuhan Yang Maha Berkuasa dan boleh berbuat apa saja yang dikehendaki, justeru dakwaannya sebagai rasul wanita tidak boleh dik e t e p i k an .Biarpun majoriti pengirim e-mel mengkritik Meriam, termasuk menyuruhnya bertaubat, dakyah itu perlu dibendung oleh Jabatan Agama Islam Perak supaya tiada umat Islam terpesong.Seorang pengirim e-mel sambil menasihatkan Meriam kembali ke pangkal jalan mendedahkan, seorang daripada tiga rasul lain yang dimaksudkan Meriam iaitu Neale Donald Walsch bukan beragama Islam.“Saya sudah baca biodatanya di laman webnya. Dia bukan seorang Muslim dan mendakwa dirinya sebagai Messenger Of God (utusan Tuhan)," katanya.Muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan seorang wanita yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya Imam Mahdi pada 1993, kini muncul semula dengan kejutan lebih hebat apabila mengisytiharkan kononnya dia antara empat rasul Tuhan.Meriam dalam emel bertarikh 16 Disember lalu mendakwa selain dia sebagai rasul wanita tunggal, tiga lagi rasul yang kononnya diutuskan Tuhan ialah Nabi Isa, Neale Donald Walsch dan seorang setiausaha sulit kanan pembesar negara.Pada 1993, akhbar melaporkan, Meriam, seorang bekas guru lulusan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, mendakwa beliau dipilih sebagai Imam Mahdi bagi mengingatkan masyarakat Islam supaya membuat kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.Sebelum itu, akhbar melaporkan polis sudah mengeluarkan dua waran tangkap ke atas Meriam kerana gagal hadir di Mahkamah Syariah bagi menghadapi tuduhan menyebar ajaran sesat. Share this post Link to post Share on other sites
hampeh 21 Report post Posted December 26, 2006 gile tul ... ni aku rasa bawak gi hospital bahagia pun tak elok gak .. dari tahun 93 tuh .. ape nak jadik nih Share this post Link to post Share on other sites
Shinkoban 0 Report post Posted December 26, 2006 hahahaha....aku rasa die ni x penah blaja pendidikan islam kt skolah ni sbb rasul hanya dari golongan lelaki sahaja..aku ingat org laki2 sajer yg jenis cmni tp org pompuan pon ade... Share this post Link to post Share on other sites
Navigator® 6 Report post Posted December 26, 2006 kalau nak hukum bunuh kesian...tu la... org yang belajar tinggi2 ilmu agama ... cabaran dia kuat... tengok setan .. baru trick sket .. dah mula merapu merapan.... haih.. balik la kepangkal jalan Share this post Link to post Share on other sites
sharemalaysia 6 Report post Posted December 26, 2006 sesat betul pompuan ni..yang aku pelik dia tak sedar2 yang perbuatan dia ni sesat lagi MENYESATKAN walaupun dah diberitahu.. Share this post Link to post Share on other sites
Navigator® 6 Report post Posted December 26, 2006 sesat betul pompuan ni..yang aku pelik dia tak sedar2 yang perbuatan dia ni sesat lagi MENYESATKAN walaupun dah diberitahu..ye... mungkin pada mata dia semua dia rasa betul dan percaya.. tapi hakikatnye. dia lupa apa yang dia sudah pon mengetahui , Share this post Link to post Share on other sites
Zen-X 0 Report post Posted December 26, 2006 tp yg xbest nye kn, die tu bekas pelajar kt maktab aku skrg laa...maktab perguruan temenggong ibrahim,jb.. Share this post Link to post Share on other sites
Navigator® 6 Report post Posted December 26, 2006 tp yg xbest nye kn, die tu bekas pelajar kt maktab aku skrg laa...maktab perguruan temenggong ibrahim,jb..ye ke... famous la maktab ko huhu Share this post Link to post Share on other sites
ahmades 2 Report post Posted December 26, 2006 C-fu mesti percayer nyer benda nih muahahahahaahahahah Share this post Link to post Share on other sites
HexPhoenix 1 Report post Posted December 26, 2006 pompuan x btol jgn dilayan. Share this post Link to post Share on other sites
Balthazor 1 Report post Posted December 26, 2006 pompuan x btol jgn dilayan.kalo amoi leh? Share this post Link to post Share on other sites
thalz142 0 Report post Posted December 26, 2006 kalo amoi leh? aku igt pompuan ni dah short wayar dia kot.ade hati nk jd rasul Share this post Link to post Share on other sites
Navigator® 6 Report post Posted December 26, 2006 "Ku tinggalkan untuk mu 2 perkara (pusaka), tak lah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah (Al Quran) dan Sunnah Rasul-Nya"kalaulah perempuan tu tahuish ish ish Share this post Link to post Share on other sites
HexPhoenix 1 Report post Posted December 26, 2006 (edited) korang bace harian metro x? lagi klaka citer pasal meriam ni...meriam ni kater ader lagi 3 lagi rasul... satu nabi isa, satu mat saleh amerika, satu lg setiausaha sulit kanan pembesar negara.... dan diorang ni sume xleh berjumpe satu same lain KECUALI DENGAN JEMPUTAN PAK LAH...... hahahahahahaha.. x boleh tahan gelak aku bace citer pompuan gile ni.... Edited December 26, 2006 by HexPhoenix Share this post Link to post Share on other sites
alieN_005 0 Report post Posted December 26, 2006 kalo amoi leh? adeh mastertech.. x abeh2 ngan amoi cuTe dio... adui ... dia mutar belit kan ayat al-quran tuh aku x tahan... Share this post Link to post Share on other sites
Zen-X 0 Report post Posted December 26, 2006 kompom dh x cium bau syurga nie.. Share this post Link to post Share on other sites
Navigator® 6 Report post Posted December 26, 2006 (edited) kompom dh x cium bau syurga nie..tapi macam mana kalau dia betul2 tak siuman,.. i mean gila..tapi.. kalau ikutkan.. dah pandai baca Quran ... hmmm.. haih .. pikir2.. mmg gila...jahiliah la Edited December 26, 2006 by Navigator® Share this post Link to post Share on other sites
roronoazoro 1 Report post Posted December 26, 2006 dunia akhir zaman... xtau nk kata ape..jijik aku dgn pompuan ni..takut la aku dgn dunia akhir2 ni..byk peristiwa pelik2 Share this post Link to post Share on other sites
electroboy 3 Report post Posted December 26, 2006 kalau nak hukum bunuh kesian...tu la... org yang belajar tinggi2 ilmu agama ... cabaran dia kuat... tengok setan .. baru trick sket .. dah mula merapu merapan.... haih.. balik la kepangkal jalanAku rasa dia jadi camni bukan sebab cabaran hebat dari setan la.... aku rasa dia ni kena salah satu daripada banyak2 jenis sakit mental... ada pernah aku baca dulu somewhere ada satu jenis sakit mental yg mana individu pesakit perasan dirinya sebagai saviour kepada seluruh umat alam semesta, or posessed kuasa kononnya dari tuhan utk selamatkan alam sejagat. Hahaha... Share this post Link to post Share on other sites
Zen-X 0 Report post Posted December 26, 2006 adeh..xkn laa sampai nk ngaku nabi la..pape ke.. Share this post Link to post Share on other sites
Navigator® 6 Report post Posted December 26, 2006 Aku rasa dia jadi camni bukan sebab cabaran hebat dari setan la.... aku rasa dia ni kena salah satu daripada banyak2 jenis sakit mental... ada pernah aku baca dulu somewhere ada satu jenis sakit mental yg mana individu pesakit perasan dirinya sebagai saviour kepada seluruh umat alam semesta, or posessed kuasa kononnya dari tuhan utk selamatkan alam sejagat. Hahaha...hurm. interesting .kira dah tak betul la dia tu huhuhuhu Share this post Link to post Share on other sites
thalz142 0 Report post Posted December 26, 2006 adeh..xkn laa sampai nk ngaku nabi la..pape ke..tah cube la ngaku spiderman ke superman ke ultraman ke super woman ke Share this post Link to post Share on other sites
hampeh 21 Report post Posted December 26, 2006 KECUALI DENGAN JEMPUTAN PAK LAH...... ahahaha..ni kes nak melancong free kot ... tah cube la ngaku spiderman ke superman ke ultraman ke super woman kegile nanti kene pakai costume superman spender kat luar ,susah ar dia ..tu dia taknak mengaku yg tu Share this post Link to post Share on other sites
PinguSpy 3 Report post Posted December 26, 2006 medula oblogata dier terpusing... Share this post Link to post Share on other sites
abixpert 0 Report post Posted December 27, 2006 hehe.... dah gila la tu Share this post Link to post Share on other sites