Jump to content
Zen-X

Wanita Mengaku Rasul Semakin Berani Salah Guna Ayat Al-quran Untuk Kep

Recommended Posts

PUTRAJAYA: Meriam Ahmad Shaharudin, wanita yang mengaku dirinya sebagai seorang daripada empat rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w kini semakin berani menyebarkan dakyahnya dengan memutarbelitkan ayat suci al-Quran untuk kepentingan peribadi.

Dalam e-mel terbaru bertajuk 'Bukti saya sebagai rasul perempuan dan tugas saya yang dimajukan sendiri oleh Meriam' kepada Harian Metro semalam tetapi ditulis kelmarin, wanita yang pernah mendakwa sebagai Imam Mahdi pada 1993 itu menggunakan tiga petikan ayat suci al-Quran untuk menegakkan benang basahnya.

Dia terpaksa berbuat demikian selepas menerima kritikan bertalu-talu daripada umat Islam yang berang dengan perbuatan hinanya selepas didedahkan akhbar ini kelmarin.

Selain tidak mengaku perbuatannya bertentangan dengan Islam, Meriam turut menyalahkan golongan ulama yang didakwa kononnya menyebarkan ajaran 'salah'.

Meriam juga sanggup memutarbelitkan ayat 14, Surah at-Taubah yang berbunyi: "Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman."

Kamu dalam ayat itu didakwa Meriam merujuk kepada dirinya.

Lebih keji, Meriam turut memutarbelitkan ayat 40, Surah al-Ahzaab yang mendakwa ayat terakhir itu merujuk sifat Tuhan Yang Maha Berkuasa dan boleh berbuat apa saja yang dikehendaki, justeru dakwaannya sebagai rasul wanita tidak boleh dik e t e p i k an .

Biarpun majoriti pengirim e-mel mengkritik Meriam, termasuk menyuruhnya bertaubat, dakyah itu perlu dibendung oleh Jabatan Agama Islam Perak supaya tiada umat Islam terpesong.

Seorang pengirim e-mel sambil menasihatkan Meriam kembali ke pangkal jalan mendedahkan, seorang daripada tiga rasul lain yang dimaksudkan Meriam iaitu Neale Donald Walsch bukan beragama Islam.

“Saya sudah baca biodatanya di laman webnya. Dia bukan seorang Muslim dan mendakwa dirinya sebagai Messenger Of God (utusan Tuhan)," katanya.

Muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan seorang wanita yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya Imam Mahdi pada 1993, kini muncul semula dengan kejutan lebih hebat apabila mengisytiharkan kononnya dia antara empat rasul Tuhan.

Meriam dalam emel bertarikh 16 Disember lalu mendakwa selain dia sebagai rasul wanita tunggal, tiga lagi rasul yang kononnya diutuskan Tuhan ialah Nabi Isa, Neale Donald Walsch dan seorang setiausaha sulit kanan pembesar negara.

Pada 1993, akhbar melaporkan, Meriam, seorang bekas guru lulusan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, mendakwa beliau dipilih sebagai Imam Mahdi bagi mengingatkan masyarakat Islam supaya membuat kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.

Sebelum itu, akhbar melaporkan polis sudah mengeluarkan dua waran tangkap ke atas Meriam kerana gagal hadir di Mahkamah Syariah bagi menghadapi tuduhan menyebar ajaran sesat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

gile tul ... ni aku rasa bawak gi hospital bahagia pun tak elok gak .. dari tahun 93 tuh .. ape nak jadik nih

Share this post


Link to post
Share on other sites
:lol::lol::lol: hahahaha....aku rasa die ni x penah blaja pendidikan islam kt skolah ni sbb rasul hanya dari golongan lelaki sahaja..aku ingat org laki2 sajer yg jenis cmni tp org pompuan pon ade...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau nak hukum bunuh kesian...

tu la... org yang belajar tinggi2 ilmu agama ... cabaran dia kuat... tengok setan .. baru trick sket .. dah mula merapu merapan.... haih.. balik la kepangkal jalan

Share this post


Link to post
Share on other sites

sesat betul pompuan ni..yang aku pelik dia tak sedar2 yang perbuatan dia ni sesat lagi MENYESATKAN walaupun dah diberitahu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

sesat betul pompuan ni..yang aku pelik dia tak sedar2 yang perbuatan dia ni sesat lagi MENYESATKAN walaupun dah diberitahu..

ye... mungkin pada mata dia semua dia rasa betul dan percaya.. tapi hakikatnye. dia lupa apa yang dia sudah pon mengetahui ,

Share this post


Link to post
Share on other sites

tp yg xbest nye kn, die tu bekas pelajar kt maktab aku skrg laa...

maktab perguruan temenggong ibrahim,jb..

Share this post


Link to post
Share on other sites

tp yg xbest nye kn, die tu bekas pelajar kt maktab aku skrg laa...

maktab perguruan temenggong ibrahim,jb..

ye ke...

famous la maktab ko huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites

C-fu mesti percayer nyer benda nih muahahahahaahahahah

Share this post


Link to post
Share on other sites

"Ku tinggalkan untuk mu 2 perkara (pusaka), tak lah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah (Al Quran) dan Sunnah Rasul-Nya"

kalaulah perempuan tu tahu

ish ish ish

Share this post


Link to post
Share on other sites

korang bace harian metro x? lagi klaka citer pasal meriam ni...

meriam ni kater ader lagi 3 lagi rasul... satu nabi isa, satu mat saleh amerika, satu lg setiausaha sulit kanan pembesar negara.... dan diorang ni sume xleh berjumpe satu same lain KECUALI DENGAN JEMPUTAN PAK LAH......

hahahahahahaha.. x boleh tahan gelak aku bace citer pompuan gile ni.... :lol:

Edited by HexPhoenix

Share this post


Link to post
Share on other sites

kompom dh x cium bau syurga nie..

tapi macam mana kalau dia betul2 tak siuman,.. i mean gila..

tapi.. kalau ikutkan.. dah pandai baca Quran ... hmmm.. haih .. pikir2.. mmg gila...jahiliah la

Edited by Navigator®

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau nak hukum bunuh kesian...

tu la... org yang belajar tinggi2 ilmu agama ... cabaran dia kuat... tengok setan .. baru trick sket .. dah mula merapu merapan.... haih.. balik la kepangkal jalan

Aku rasa dia jadi camni bukan sebab cabaran hebat dari setan la.... aku rasa dia ni kena salah satu daripada banyak2 jenis sakit mental... ada pernah aku baca dulu somewhere ada satu jenis sakit mental yg mana individu pesakit perasan dirinya sebagai saviour kepada seluruh umat alam semesta, or posessed kuasa kononnya dari tuhan utk selamatkan alam sejagat. Hahaha...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku rasa dia jadi camni bukan sebab cabaran hebat dari setan la.... aku rasa dia ni kena salah satu daripada banyak2 jenis sakit mental... ada pernah aku baca dulu somewhere ada satu jenis sakit mental yg mana individu pesakit perasan dirinya sebagai saviour kepada seluruh umat alam semesta, or posessed kuasa kononnya dari tuhan utk selamatkan alam sejagat. Hahaha...

hurm. interesting .

kira dah tak betul la dia tu huhuhuhu

Share this post


Link to post
Share on other sites

KECUALI DENGAN JEMPUTAN PAK LAH......

ahahaha..ni kes nak melancong free kot ...

tah cube la ngaku spiderman ke superman ke ultraman ke super woman ke

gile nanti kene pakai costume superman spender kat luar ,susah ar dia ..tu dia taknak mengaku yg tu :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...