Jump to content
nie feng

Kenyataan Pope Benedict

Recommended Posts

Pernah dengar tak kisah Nabi Muhammad S.A.W pergi mengikut bapa saudaranya ke syam untuk berdagang ? masa tu Nabi Muhammad S.A.W kecil lagi ..dan seorang padri ternampak Nabi Muhammad S.A.W ..lalu berjumpa dengan bapa saudaranya ?

Kisah Nabi Muhammad saw.

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad

Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.

Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)

Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.

Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Penurunan Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan

Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Kewafatan Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Penghijrahan Ke Madinah

Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

http://www.islamway.com/mohammad/?lang=eng

Share this post


Link to post
Share on other sites

Maafkan saya ChloeAgnew, tapi saya perlu "qoute"kan posting awak disebabkan ada beberapa fakta yang mengelirukan saya dan pemahaman saya mengenai Bible dan Al-Quran itu sendri. Saya ada beberapa persoalan dan ini mungkin akan offtpic. Tapi posting nih terpaksa di"qoute"kan.

Menyebut mengenai bukan semua penganut kristian tu sama.. ya itu adalah saya sokong. Tapi.... :-

orang itu takutkan holy water, pasal kalau minum nanti terus jadi gila/murtad tak boleh mengucap.... tapi kalau betul they all mau buat, senang saja, masukan holy water dalam dam air.... habis semua malaysians jadi christians lah... fikir lah. holy water itu tak ada apa... nothing, just a water blessed by the priest. oopppsss!!! ONLY by the ROMAN CATHOLIC PRIEST. protestant church tak ada ini semua. malah protestant church (methodist, anglican, baptist, pentecostal, seventh day adventist & banyak lagi.....) church mereka tak ada patung-patung.... kerana benda ini bercanggah dengan apa yang terkandung dalam bible sendiri.

malah adventist tak percaya pada cross langsung, kerana pada mereka, "y should we have a cross sign when the cross caused death to christ?, this is blapshemy"......

Untuk holy water.. saya tanak komen apa-apa disebabkan banyak perkara mengenai holy-water tu sendiri yang agak kabur samada air itu "dijampi" atau memang betul-betul air dari berkat ROMAN CATHOLIC PRIEST. Saya pun tak pasti tapi mostly banyak yang saya jumpa memang diakui mereka yang terminum jadi "bengong" seketika. Tu yang saya heran dan nampak sendiri dek mata kepala saya.

Apa yang saya nak bincangkan untuk "qoute" pertama adalah baris yang telah saya boldkan. Betul benda nih bercanggah dengan bible itu sendiri tetapi kepana diorang keluarkan kenyataan camtu? Sedangkan bible sendiri memberitahu yang Jesus tersebut mati dikorbankan kerana nak menebus dosa manusia? Kenapa ada "caused death to Christ"?

ada banyak lagi lah perbezaan/percanggahan yang amat ketara bagi 2 mazhab ini....

mendiang john paul mati, if u all notice somethin' keranda dia tak ada pun macam special.. biasa saja, serupa macam keranda orang islam... y? didalam arabic/malay bible, God digantikan dengan Allah juga... cuma perbezaan bahasa saja yang menjadi soal disini.

Ini saya tak kesah, sebab ustaz yang meninggal pun diberikan keranda yang biasa..malah lagi buruk hanya menggunakan kayu kertas / papan lapis untuk keranda.

Yes..dalam bible memang God digantikan dengan Allah..dan sebab itu yang banyak umat Islam yang pendek akidahnya terpesong disebabkan penggantian tersebut. Sebab? Mudah saja, dengan penggantian seperti itu nampak seperti Bible seolah-olah "buku agama" dengan ajaran yang memudahkan manusia mengikut naluri hati, bukan berdasarkan landasan norma kehidupan.

kita mau cakap pasal agama lain boleh, tapi make sure kita faham the basic fundamental agama tersebut.

saya muslimah kerana saya percayakan Tuhan itu Esa, Tuhan itu Maha Agung seperti yang tertulis didalam Old & New Testament... seterusnya... The Final Testament (Al-Quran)... kerana ajaran yang terkandung didalam kitab-kirab sebelum ini semuanya orang islam yang ikut, bukan christians....

Sebut mengenai benda yang diboldkan diatas, Old & New Testament adalah hasil gubahan manusia diatas ekplotasi dari kerajaan ROM dan paderi mereka pada zaman dulukala terhadap Injil selepas ketiadaan Nabi Isa. Dalam erti kata lain, Bible atau Old & New Testament bukan lagi kitab suci yang boleh dipercayai lagi. Gubahan tersebut disebabkan mereka yang iniginkan kitab berkenaan berjalan seperti naluri hati mereka. Benda nih amat sensitif untuk dibincangkan dan saya tak mahu teruskan lagi.

Dalam Al-Quran, disebut hanya 4 jenis kitab yang diturunkan kepada manusia iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran. Dua kitab untuk kaum laknatullah Yahudi iaitu Zabur dan Taurat, satu untuk kaum Nabi Isa iaitu Injil dan satu kitab yang diturunkan khas untuk seluruh umat manusia iaitu Al-Quran. Zabur, Taurat dan Injil sudah "hilang" keaslian dan kesuciannya disebabkan diubah oleh manusia, yang tinggal hanya Al-Quran sahaja yang masih kekal dalam keadaannya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

maksud saya, adventist ini langsung tak ada cross/crucifix pada church mereka. pada mereka... itu semua adalah idols... tak boleh & dilarang sama sekali.

betulah itu... "kenapa kita harus ambil cross itu sebagai tanda, kerana cross itulah yang menyebabkan christ mati"... jadi... patutkah kita mengambil cross sebagai tanda agama christian?

macam itu lah... :)

banyak muaalaf yang memeluk islam yang asalnya christians, apabila dikaji... jawapanya adalah islam didalam bible. contoh :-

1. tak boleh makan babi

2. lelaki wajib berkhatan

3. tak boleh menyembah sebarang bentuk berupa patung

4. Tuhan itu Esa (satu)

5. christ tak pernah cakap dia itu Tuhan, dia hanya cakap dia anak Tuhan kerana dikatakan dulunya, perkataan anak & bapa menunjukan betapa rapatnya hubungan tersebut tak lebih dari itu. kerana kesemua orang alim dulu kala pun menganggap mereka itu anak Tuhan. contoh... orang pun panggil priest "father"

6. perempuan wajib bertudung kepala

7. kedatangan Nabi Muhammad adalah benar, yang disebut sebagai Ahmad...

pasal ini holy water, its nothing lah... tapi of course lah jangan lah pergi minum kerana banyak air lagi yang boleh diminum kan? kalau u cakap terjadi didepan mata u, terjadi yang macam mana? kerana dulunya saya selalu minum itu holy water & holy communion (sejenis roti symbolik untuk the body of christ)... Alhamdullilah... tak jadi apa pun.... lantas terus membawa saya kepada islam.

perhaps itu adalah air yang memang under some evilspell, itu pasal ada orang cakap air itu berhantu. tapi untuk normal holy water, its nothing.

kita banyak menuduh agama lain macam itu & ini, sedangkan agama lain juga turut memperkatakan islam ini agama pengganas hanya kerana disebabkan sesuatu golongan. ini tidak adil. so... sama sajalah semuanya... bagi orang yang tahu, itu tak apa... tapi bagi yang kurang tahu.. itulah selalu terjadi masalah kerana kurang pengetahuan terhadap sesuatu....

p/s : pergi cari debate, "muaalaf vs. murtad, kenapa saya tinggalkan salib & kenapa saya tinggalkan mesjid"

dibarisi oleh 3 orang ustaz yang asalnya christian & 3 orang pastor & paderi yang dulunya muslim.

IPB Image

Edited by ChloeAgnew

Share this post


Link to post
Share on other sites

Haaa... lama juga saya menunggu list nih, akhirnya muncul juga :-

1. tak boleh makan babi

2. lelaki wajib berkhatan

3. tak boleh menyembah sebarang bentuk berupa patung

4. Tuhan itu Esa (satu)

5. christ tak pernah cakap dia itu Tuhan, dia hanya cakap dia anak Tuhan kerana dikatakan dulunya, perkataan anak & bapa menunjukan betapa rapatnya hubungan tersebut tak lebih dari itu. kerana kesemua orang alim dulu kala pun menganggap mereka itu anak Tuhan. contoh... orang pun panggil priest "father"

6. perempuan wajib bertudung kepala

7. kedatangan Nabi Muhammad adalah benar, yang disebut sebagai Ahmad...

Sebab itu lah saya berani kata, kalau bible ditukar kepada bahasa melayu ia mampu mengubah akidah orang islam yang khususnya tak ada pegangan kukuh mengenai Islam.

Yes, tepat sekali list tu. Sama seperti apa yang dijumpai oleh saya. Inilah yang menjadi persoalan utama sebab apa para pederi menyembunyikan kebenaran. Saya akan huraikan benda nih sebab saya rasa ianya perlu dihuraikan.

Satu, mengenai persoalan mengenai tak boleh makan babi. Mereka tahu yang babi tak tidak boleh dimakan then kenapa mereka makan juga? Saya pernah bertanya hal itu pada paderi dan beliau menjawab "Makanlah kerana makan itu nikmat dunia, dagingnya sedap dan amat rugi kalau umat Islam tidak merasainya"..jawapan saya kepadanya "Rugilah kepada orang yang menjadi paderi kerana mereka tidak boleh berkahwin...itulah nikmat sebenarnya dalam dunia".

Dua, persoalan mengenai berkhatan. Yang nih saya tanak huraikan sebab tak leh nak buat kesimpulanlah pulak.

Ketiga, tak boleh menyembah sebarang patung. YES memang benar tapi dimanakah arah sembahan kristian? Kalau Islam ia ditumpukan pada pusat Kaabah tapi untuk kristian, dimana?

Keempat, persoalan mengenai Christ tak pernah membahasakan dirinya tuhan tapi anak tuhan. Sebenarnya, senario diatasa disebabkan kelahiran Christ yang tanpa bapa. DAN ibunya pula seorang yang DARA yang hanya mengurungkan diri dalam sebuah bilik. Kalau ikut logik, ibunya bersetubuh / berkahwin dengan sapa sehingga kelahiran anak sedangakn ibunya tak pernah keluar dari bilik tempat beribadatnya? Sebab tu dalam Old & New Testament diorang mengalihkan kenyataan tauhid Injil kepada 3 jenis tuhan iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak.

Kelima, persoalan mengenai perempuan yang bertudung kepala. Kenapa saya tak pernah nampak at least seorang kristian menutup kepala dalam hidup saya? Yang saya nampak bila masa kematian, tu pun ambil syarat ker tutup kepala dengan kain hitam.

Keenam, dan yang nih adalaah persoalan utama dalam kuiz nih. Merupakan penyelesaian terbesar. YA saya akui yang memang ada tertulis dalam Bible tentang kehadiran Muhammad, lelaki yang terakhir yang akan meneruskan perjuangan tauhid. Tapi kepana paderi tak mahu berubah ke ajaran tauhid lelaki berkenaan (Muhammad) sedangkan mereka ini pon tahu yang nabi Muhammad itu utusan terakhir dan penamat Nabi-nabi terdahulu?

Mengenai holy water dan holy communion, ini memang luar dari kajian saya. Sebab saya kurang arif tentang makanan-makanan asas nih. Dalam Islam takder makanan asas cam nih, yang ada kuih-kuih raya untuk sambutan AidilFitri...hehehehe :P Tapi untuk holy water, mungkin air itu sudah dijampi atau bukannya holy water just air yang ada santau..mungkin.

kita banyak menuduh agama lain macam itu & ini, sedangkan agama lain juga turut memperkatakan islam ini agama pengganas hanya kerana disebabkan sesuatu golongan. ini tidak adil. so... sama sajalah semuanya... bagi orang yang tahu, itu tak apa... tapi bagi yang kurang tahu.. itulah selalu terjadi masalah kerana kurang pengetahuan terhadap sesuatu....

Sebab tu saya pernah kata pada post terdahulu, kalau semua orang mengikut ajaran agama mereka maka tak adalah berbalahan, tak ada peperangan, tak ada sifat-sifat kemusnahan. Saya tak pernah menuduh dalam setiap posting saya yang setiap agama tu salah sebab perbincangan nih saya simpulkan kepada NAFSU manusia itu sendiri, bukan berdasarkan agamanya. Kalau tak takkan pope nak kelaur kenyataan camtu sedangkan dia tau yang tu akan menyebabkan benda laian akan berlaku?

P/S:: Saya lebih suka tengok ahmad deedat berdebat dengan paderi dari tengok VCD tu. :)

Edited by ahmades

Share this post


Link to post
Share on other sites

they all bukan sembunyikan kebenaran lah En. Ahmades.... just the way they all interprete adalah totally diff than what the muslims interpreted.

kalau they all pun sama macam kita, tak adalah christianity. u tak boleh samakan they all dengan kita lah.

saya cuma bagi pandangan, pasal ini debate pasal bekas muslim & bekas christian.. kita boleh tengok dalam konteks bagaimana seseorang boleh menukar agama & masing-masing ada hujah-hujah. 3 orang mualaf tersebut mengatakan, "didalam mengkaji & mendalami bible, Injil lah yang membawa kami kepada islam seterusnya Al-Quran". apa maksud dia itu? & murtad tadi semua cakap, mereka bermimpi bertemu christ... BUT!!! dalam bible sendiri ada bagi warning, "berhati-hati pada mimpi". diakhir debate itu, mualaf tadi mengajak murtad tadi, bertaubat & menerima islam semula.... i find it very interesting compares to the common debates.

berlainan dengan debate Ahmed Deedat & paderi semua...dimana mereka kekal pada agama masing-masing & ingin membuktikan agama masing-masinglah yang benar.

ahmades... u ini tau kah tak tau kandungan bible? jangan salah faham, saya hanya sekadar bertanya sahaja...

pasal u cakap Keempat, persoalan mengenai Christ tak pernah membahasakan dirinya tuhan tapi anak tuhan. Sebenarnya, senario diatasa disebabkan kelahiran Christ yang tanpa bapa. DAN ibunya pula seorang yang DARA yang hanya mengurungkan diri dalam sebuah bilik. Kalau ikut logik, ibunya bersetubuh / berkahwin dengan sapa sehingga kelahiran anak sedangakn ibunya tak pernah keluar dari bilik tempat beribadatnya? Sebab tu dalam Old & New Testament diorang mengalihkan kenyataan tauhid Injil kepada 3 jenis tuhan iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Ibu dan Tuhan Anak.

dimana lah u dapat ada Tuhan Bapa, Tuhan IBU & Tuhan Anak lah... & mana pula dalam Old Testament cakap ini semua, kalau dalah Old Test. cakap ini.. maka judaism terpaksalah menerima christianity.. & this is Trinity.... The Father, The Son & The Holy Spirit. tak ada Tuhan IBU. & trinity hanya ada didalam New Testament.

contoh... macam saya cakap, kita pandai bercakap pasai agama lain itu & ini when kita bukan faham sangat pun.

tolong jangan blaspheme Maryam/Mary the mother of christ, kita orang islam menghormati beliau. there is NO 2 way interpretations on how Mary conceived & gave birth to christ. cara u cakap macam orang protestant & jehovah witness. mau tau lebih lanjut... pergi tanya orang protestants/jehovah witness.

p/s: kalau tak mau tak apa..... tapi kalau boleh bila mau bercakap elakan dari bercakap macam orang yang sombong.

Edited by ChloeAgnew

Share this post


Link to post
Share on other sites

isk isk isk ..korang nie .....soal agama adalah soal yg sgt sensitive...mmg la pope menghina nabi kita...jgn lupe Nabi Muhammad telah dihina sejak baginda masih hidup lagi ...ape tindakan baginda??....

nabi dgn hati yang mulia telah maafkan semua para musyrikin mekah yang telah menhina baginda, walaupun baginda berkuasa untuk menjatuhkan hukuamn mati keatas mereka setelah peristiwa fatah makkah..

so kite sebagai umat baginda ..patut ikut akhlak yang telah ditunjukan oleh baginda ...betul x.....

pope pon dah menyatakan kekesalan die so ..kite terima je la...x yah la persoalkan lagi keikhlasan die...

ISLAM TU AMAN ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bapak panjang2 post korang dah jadi macam karangan STPM, korang budak sastera ker?

Aku pun tak tau nak masok mane lagi tentang topik ni. Bende ni sume dah berlaku dan die pun dah mintak maaf, so tak de la ape lagi. Jangan la nak menaikkan balik darah2 yang tersirat kat dalam tubuh badan aku ni. Nanti aku punyer komen lebih panjang dari artikel yang korang kasi ni.

So jadilah insan yang pemaaf seperti Nabi kita tu, tak payah la nak kutuk diorang balik. Itu sume rancangan diorang sejak dari zaman Nabi dulu.

Dunia bebas tanpe sempadan.*

*banyak maksud tersirat jangan salah anggap yer.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok, mungkin korang x setuju ngan apa yg sebenarnya terjadi. Pope Benedith tu sebenarnya x menghina Islam, kenyataan dia disalah ertikan. Dia ni sebelum menjadi Pope adalah seorg Professor bidang Teologi, mengkaji perkembangan agama.

Pada masa tu dia sedang memberi syarahan tentang pandangan beliau tentang bukan je agama Islam, malah Kristian aliran Protesten dan agama Yahudi kat University of Regensburg di German. Yang sebenarnya dia memetik kenyataan seorg pemimpin Kota Constantinople pd abad ke-14 sebelum kota tu jatuh kat tangan tentera empayer Tukri. Pemimpin Constantinople ni iaitu Emporer Manuel II kata ajaran yg dibawa oleh Muhammad ini baru dan disebarkan melalui mata pedang.

Kenyataan Emporer Manuel II

Emperor stated: "Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached."

masa tu pada tahun 1391, ada dialog antara Emporer Emporer Manuel II dengan seorang Parsi terpelajar.

Pope pd masa tu ditanya apa pandangan Kristian terhadap Islam. Pope ni memetik apa pandangan org kristian pd masa zaman pertengahan terhadap agama Islam.

* Kenyataan Pope disalah ertikan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

ChloeAgnew, ahmades dan tengku_haadi boleh terus berbincang.

Yang lelain diminta kepada mereka-mereka yang ada panas baran, darah tinggi, kencing manis tidak digalakkan membuat sebarang pos di dalam thread ni.

Kalau rasa-rasa tak pandai berhujah, lebih baik berdiam diri dan jadilah sebagai pembaca saja. Diingatkan di sini bukan tempat nak buat provokasi, sini tempat berbincang. Kalau masing-masing nak menegakkan benang yang basah, sampai bila hidup takkan aman.

Yang tak biasa berforum tu, cuba masuk forum-forum antarabangsa, cuba tengok macam mana debat-debat antara orang islam dengan orang bukan islam dijalankan. Takde gaduh-gaduh. Kebanyakan dari mereka-mereka ni adalah pemikir-pemikir islam dan kristian yang sedang mencari penyelesaian pada masalah yg sedang dihadapi. So, kalau rasa diri tu belum cukup ilmu lagi, tolong sedar diri dan tolong jangan buat provoke kat sini.

Sini tempat utk berkongsi maklumat.

Aku dah mintak Supervisor pantau thread ni sama.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehe ... kalau kata nak berbincang tak kan buat mcm nie kot ;) kena la dengar pendapat org lain gak ....

mana ada emosi2 nie ...aku cuma cerita apa yg aku tau ...kalau nak kepastian kena la tanya org yg lebih tau ;)

so ini ke nama nye perbincangan ...sampai nak delate post aku ...

kalau ko kata itu perbincangan ...teruskan ...

semua org fikir diri dia hebat .... rasa hebat kan ..dia tau segalanya ..tapi perlu ingat .. kita nie manusia . tak lari dari kesilapan ;)

wassalam

Share this post


Link to post
Share on other sites

"Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap, dan kecelakaanlah bagi kamu disebabkan apa yang kamu sifati ( Mensifatkan Allah dengan sifat-sifat yang tak layak baginya) TQM Surah Al- Anbiya (21):18"

"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al Quran dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya ..." TMQ al-Hijr (15):9

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. “Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk ( yang benar)â€. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi jadi pelindung dan penolong bagimu.†[TMQ Al Baqarah (2) : 120]

Share this post


Link to post
Share on other sites

thread akan dipantau dari semasa ke semasa... no provokation no gado2 k.. :lol:...

kalu buleh tu janganlah di kunci atau delete thread ni disebabkan oleh segelintir user yg cube mulekan gaduh.cantas je post2 yg mane tidak berkenaan dgn topik. :D isu agame ni memang sensitif, tapi kalu dibincang secare aman mungkin kite dapat memahami pendirian dan pegangan masing2.

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita sama islam

bukankah pendirian dan pegangan kita sama?

lagi satu kenapa nak bela pope tu?lantak la dia disalah fahami ke ape ke..yg penting org2 kafir akan terus memusuhi Islam..n we got to fight 4 our right

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebenarnya, saya sudah baca dan faham dengan Bible. Di rumah saya pun terdapat bible yang saya dapat khas dari seorang paderi, just untuk bacaan dan kajian sewaktu saya berada di sekolah pondok.

Apa yang membuatkan saya menampilkan posting sebegini, kerana sukar untuk saya menerima apa yang Bible cuba sampaikan berbanding kitab kita iaitu Al-Quran. Sedikit persamaan dengan Al-Quran dan banyak pula kekeliruan yang berlaku dalam Bible itu sendiri, malah saya berani tekankan disini susah untuk diterima. Cik ChloeAgnew maafkan saya, adakah Cik nih betul-betul memahami kandungan Bible? Maafkan saya sekadar bertanya.

Memang benar, sebenarnya saya juga telah melihat VCD berkenaan dan bagi saya, ianya sesuatu yang mungkin tidak menarik. Mereka bukan membincangkan isu murtad dan muslim bukan dari segi Ilmiah tetapi dari segi dari mana mereka mendapat pedoman / hidayah. Kalau dari segi Ilmiah itu memang menarik perhatian saya untuk turut serta, seperti apa yang kita bincangkan kat sini.

dimana lah u dapat ada Tuhan Bapa, Tuhan IBU & Tuhan Anak lah... & mana pula dalam Old Testament cakap ini semua, kalau dalah Old Test. cakap ini.. maka judaism terpaksalah menerima christianity.. & this is Trinity.... The Father, The Son & The Holy Spirit. tak ada Tuhan IBU. & trinity hanya ada didalam New Testament.

Saya suka kenyataan nih, Trinity.... The Father, The Son dan The Holy Spirit. Saya dapat tahu semua nih bukan dalam Bible tetapi dalam ajaran mereka itu sendiri. Malah dalam bible itu sendiri menunjukkan Christ membahasakan God tersebut sebagai Father :-

Then Jesus said, `Father, you are Lord of heaven and earth. I thank you because you have hidden these things from people who are wise and know many things. But you have shown them to people who are like children.

New Testament : Matthew 11:24-26

ChloeAgnew, mereka sendiri yang megeluarkan kenyataan Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ibu. Sebab? Christ sendiri membahasakan God dengan perkataan Father. Cuba tengok statment lain :-

They shouted, `Jesus, Son of God, what do you want to do to us? Have you come here to punish us before it is our time?

New Testament : Matthew 8:28-30

Bukankah dalam bible sendiri menggambarkan yang The Father, The Son & The Holy Spirit jugak sebahagian dari Tuhan? Dan tuhan ibu tu sendiri diorang gambarkan sebagai The Holy Spirit yang sebenarnya juga disebut sebagai Rohulqudus (Jibril A.S) dalam Islam?

Baiklah, satu kisah dari dari bible itu sendiri :-

18 : In the morning he went back to the city. On the way he was hungry.

19 : Along the road he saw a fig tree. He went to the tree. There was no fruit on it, only leaves. He said to the tree, `No fruit will ever grow on you again!' Right away the tree died.

20 : The disciples saw it and were surprised. They said, `So soon the fig tree has died!'

21 : Jesus said to them, `I tell you the truth. Believe God. Do not doubt him. Then you can do what I did to this fig tree. But that is not all. You can even say to this hill, "Go and jump into the sea" and it will be done.

22 : When you ask God for anything, believe that you will have it. Then you will have it.'

New Testament : Matthew 21

Saya harap awak bacalah yang nih dan renung-renungkanlah kesimpulan yang dapat dibuat.

tolong jangan blaspheme Maryam/Mary the mother of christ, kita orang islam menghormati beliau. there is NO 2 way interpretations on how Mary conceived & gave birth to christ. cara u cakap macam orang protestant & jehovah witness. mau tau lebih lanjut... pergi tanya orang protestants/jehovah witness.

Saya hanya menghormati beliau Mariam ibu kepada Nabi Isa A.S. Bukannya Mary the mother of christ disebabkan :-

171 : Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al-Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang Pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

Surah An-Nisaa', ayat 171

Dan satu lagi :-

157 : Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.

158 : Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah AN-Nisaa', ayat 157 - 158

Cukuplah setakat nih posting saya, memang cara posting saya seperti orang protestant & jehovah witness. Tapi cara awak cakap pun maaflah saya tamau buat andaian. Tepuk dada tanya iman.

Maafkan atas apa yang saya posting dalam thread nih, puteranetwork aku mohon jasa baik ko kalau posting aku berfaedah, biarkan tapi kalau posting aku agak "kasar" then terpulanglah pada budi bicara ko dan moderator lain.

P/S: "tapi kalau boleh bila mau bercakap elakan dari bercakap macam orang yang sombong."

Kepada tengku_haadi, untuk qoute nih :-

Pope pd masa tu ditanya apa pandangan Kristian terhadap Islam. Pope ni memetik apa pandangan org kristian pd masa zaman pertengahan terhadap agama Islam.

Rasanya kenapa ye Pope nih memetik kenyaaan pada zaman pertengahan? Bukannya dari pandangan Beliau sendiri sedangkan beliau adalah seorang yang terpelajar.....mesti boleh bagi kenyataan berdasarkan pemahaman dan pandangan beliau. Ia nampak seolah-olah seperti "menyembunyikan" sesuatu dalam ucapan apabila menghuraikan sesuatu.

Walaupun pope nih dah minta maaf..well...anggaplah semuanya telah berakhir.

Share this post


Link to post
Share on other sites

that doesnt prove anything, Mr. Ahamdes, u masih nak kata, adanya Tuhan Ibu. oklah.. pergi tanya lah priest u. its true... in catholicsm Mary dianggap mediator between men & God. tapi itu tidak membuatkan beliau seorang Tuhan. walaupun banyak terdapat doa-doa memuji mary ini.... & juga doa-doa dipohon kepada Mary instead of God. amalan ini memeng ditentang keras oleh protestants. however, the catholics tidak menganggap beliau Tuhan. tapi u sendiri tak habis-habis cakap adanya Tuhan Ibu. siapakah dia itu Tuhan Ibu? adakah Mary..... or ada lain?

dengan adanya bible, bukan bermakna u faham... kalau faham surely u takkan cakap adanya Tuhan Ibu.

apa bezanya Mariam & Mary the Mother of Christ? ada beza dari bahasa saja... itu pun mau jadi issue kah?... ok fine, u quoted the Quranic verses pertaning Mariam... adakah dengan mengatakan Mary the Mother of Christ terus u tak hormat, pasal apa? pasal ada perkataan christ kah? u faham kah maksud christ itu apa? or pasal ia dalam english, jadi tidak selari dengan pemahaman u... oklah, setahu saya orang melayu memanggil Mariam dengan nama Siti Mariam, when i was told, Siti ini orang melayu yang bagi sendiri untuk bahasa ringkas Saidatina... dalam Quran tak ada pun nama Siti. so, did u get my point here? hanya bahasa yang nampak perbezaan.

oklah kalau pemahaman u macam itu, its up to u...

ada beza kah Ahmed, Ahmad, Muhammad, Muhamad, Muhammed, Mohamed? jelas kita tau siapakah yang dimaksudkan jika bercakap dalam konteks kenabian.

icic, u sudah tengok itu vcd & adalah lebih sopan & baik jika u berkata demikian dari dulu habis cerita.

mana agama pun sama lah, agama ajar lain, pengikut buat lain... dalam islam pun apa kurangnya juga. so kita jangan tengok orang ini & itu untuk memahami ajaran yang mereka anuti. dalam masa yang sama kita juga tak suka orang memandang serong terhadap kita hanya kerana segelintir pihak.

pasal saya ini seorang perempuan & pasal u cakap actually u tau pasal bible....

Kelima, persoalan mengenai perempuan yang bertudung kepala. Kenapa saya tak pernah nampak at least seorang kristian menutup kepala dalam hidup saya? Yang saya nampak bila masa kematian, tu pun ambil syarat ker tutup kepala dengan kain hitam

... itu catholic nuns bertudung kepala... u tak pernah nampak kah? kalau bible tak cakap.. then they all bertudung kepala kenapa? ok.. baca lah ini... or u sudah tau kah?

: Be imitators of me, as I am of Christ.

2: I commend you because you remember me in everything and maintain the traditions even as I have delivered them to you.

3: But I want you to understand that the head of every man is Christ, the head of a woman is her husband, and the head of Christ is God.

4: Any man who prays or prophesies with his head covered dishonors his head,

5: but any woman who prays or prophesies with her head unveiled dishonors her head -- it is the same as if her head were shaven.

6: For if a woman will not veil herself, then she should cut off her hair; but if it is disgraceful for a woman to be shorn or shaven, let her wear a veil.

7: For a man ought not to cover his head, since he is the image and glory of God; but woman is the glory of man.

8: (For man was not made from woman, but woman from man.

9: Neither was man created for woman, but woman for man.)

10: That is why a woman ought to have a veil on her head, because of the angels.

11: (Nevertheless, in the Lord woman is not independent of man nor man of woman;

12: for as woman was made from man, so man is now born of woman. And all things are from God.)

13: Judge for yourselves; is it proper for a woman to pray to God with her head uncovered?

1 cor 11.

agak keras ayat diatas...

bukan muslims saja yang bertudung kepala, golongan arab druz pun semua bertudung kepala malah cara mereka bertudung macam muslim pun, tapi mereka bukan muslim.

in my case, saya juga beberapa kali membaca bible yang ada sekarang & pemahaman saya sama macam muslim... jika mau cerita memang saya sudah tak mampu, tapi cukuplah dengan mengatakan macam-macam yang saya jumpa lantas.. maka saya menjadi muslimah sekarang. Alhamdulliah.. Praise be to the Lord, our God. Allah the Almighty the most gracious & the most mercy giving. Amen.

i rest my case here.

~Wasallam~

Edited by ChloeAgnew

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sebab awak bandingkan Protestants dengan Katolik, sebab itu sampai bila hujah kita tak akan ke mana. Perlunya disini saya kaitkan sekali dengan 4 mazhab Islam tapi semuanya lebih kepada ketetapan fardhu ain, jadi tak dapat dikaitkan.

Priest yang saya jumpa adalah Katolik, dan awak berhujah bagi pihak Protestants. Dan saya bercakap mengenai issue islam dan christ. Dalam erti kata lain, kalau qoute saya adalah untuk fahaman christ awak akan memaparkan posting fahaman Protestants.

Mary dan Mariam..apa yang ingin saya sampaikan kalau awak masih kabur lagi adalah perbezaan fahaman diantara maksud penceritaan dalam AL-Quran dan Bible. Saya tak dapat membuktikan pada awak yang bible adalah hasil modifikasi tangan manusia dari Taurat dan Injil pada zaman dulu kat sini, tapi kalau awak nakkan bukti yang jelas dan nyata, inilah dia :-

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

Al- Baqarah, ayat ke-79

Al-Quran sendiri menjelaskan, dan kalau Mary the mother of Christ bukan disebabkan perkataan yang sama erti, tapi kepada penceritaaan Mary dan Mariam. Itu saya tidak akan menerimanya. Kalau Siti itu mana melayu then memang tak der dalam Al-Quran nama Siti, itu just nama yang common melayu duk pakai. Dulukala pon melayu penah gak guna mana Bunga Tanjung, still tak der nama tu adlam Al-Quran. Nama Britney Spear pon tak der dalam Bible right? Saya bukan kaitkan pasal nama, tapi mengenai penceritaan.

ada beza kah Ahmed, Ahmad, Muhammad, Muhamad, Muhammed, Mohamed? jelas kita tau siapakah yang dimaksudkan jika bercakap dalam konteks kenabian.

Cuba awak eja nama nih dalam bentuk jawi, sama tak? Sebutan jer lain still maksudnya adalah sama kalau nama berkenaan dieja dalam jawi / arab. Dan nih bukan konteks kenabian kalau nak bandingkan nama-nama yang dieja dalam kemelayuan. Lebih kepada tatabahasa.

Awak ada membaca Bible, apakata awak memahami Al-Quran pulak? Cari maksud sebenar-benarnya terhadap Yahudi dan Nasrani (Kristian). Saya yakin lepas nih mesti awak akan posting sama seperti cara saya posting : seperti orang protestant & jehovah witness.

Tentang golongan arab druz pun semua bertudung kepala malah cara mereka bertudung macam muslim pun, tapi mereka bukan muslim. Satu jer persoalan saya kat awak, pernahkah awak tertanya-tanya kenapa diorang nih tudung kepala sedangkan Malaysia rilek jer buka tudung. Golongan arab druz tu tinggal di mana? Kalau di negara arab cam Mesir, Iran, Afganistan and so on, jangan harapler diorang nak bukak tudung pasal undang-undang negara tersebut mewajibkan diorang pakai tudung walaupon non-muslim.

Ada beberapa soalan saya kepada awak, lepas nih takkan ada soalan dah untuk awak. Awak tak perasan ke bila awak baca Bible seolah-olah awak sedang membaca sebuah diari kehidupan Jesus? Bukannya sebuah kitab yang sepatutnya membenarkan dan mengesahkan ajaran tauhid dalam Taurat? Seperti Al-Quran yang membenarkan dan mengesahkan ajaran tauhid dalam Injil dan Taurat? (Bukan Old and New Testament...yang tu bukan asli tapi hasil modifikasi).

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Waallahualam

P/S::

icic, u sudah tengok itu vcd & adalah lebih sopan & baik jika u berkata demikian dari dulu habis cerita.

Banyak sungguh perkataan "sopan" diterapkan dalam setiap post awak, tak cukup sopan ke posting saya? :(

Edited by ahmades

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo zaman dulu orang hina Nabi, ape Nabi buat ek?

protes berbulan2?

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo zaman dulu orang hina Nabi, ape Nabi buat ek?

protes berbulan2?

Nabi buat derkk jer.. habis kurang dia berdoa semoga orang yang menganiayai baginda tu terbuka hatinya menerima Islam.. C-fu ko dah teliti dah ker thread nih?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ya betul... Nabi tabah dan sabar,,, berdoa lagi agar orang yg aniaya dia tu terbuka hati... insaf... bukannya macam masyarakat skang... berdoa keburukan ada la.. contoh nya dok main bomoh... huhuhuhu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...