Jump to content
nie feng

Kenyataan Pope Benedict

Recommended Posts

Pelbagai negara kecam - Isu jihad: Kenyataan Pope Benedict cetus kemarahan

Pemimpin- pemimpin Islam dari pelbagai negara semalam menyelar ketua gereja Roman Katolik, Pope Benedict XVI berhubung kenyataan beliau tentang Islam ketika kunjungannya ke Jerman dan menuntut beliau supaya meminta maaf.

Ketua Persaudaraan Islam di Mesir menyeru negara-negara Islam mengancam akan memutuskan hubungan dengan Vatican kecuali jika Pope Benedict menarik balik kenyataannya.

Seorang pemimpin agama terulung di Turki mencadangkan agar Pope Benedict mempertimbangkan semula lawatan ke Turki yang dirancang November ini.

Beliau membuat kenyataan mengenai Islam dalam satu ucapan lalu membacakan petikan dari sebuah buku yang mengisahkan perbualan antara Maharaja Kristian Empayar Byzantine, Manuel Paleologos II dengan seorang cendekiawan Parsi mengenai kebenaran agama Kristian dan Islam.

“Maharaja bercakap mengenai isu jihad,†katanya.

“Saya memetik kata-katanya, ‘tunjukkan ajaran baru yang dibawa oleh Muhammad kepada saya dan dalam ajaran itu kamu hanya akan menemui perkara-perkara jahat dan kejam, seperti perintahnya supaya agama yang dibawanya disebarkan dengan pedang’,†kata beliau lagi.

Pope Benedict yang jelas menyedari betapa sensitifnya isu tersebut mengulangi ‘saya memetik’ sebanyak dua kali sebelum menyebut kata-kata maharaja mengenai Islam itu dan menyifatkannya sebagai 'kasar'.

Beliau tidak pula secara terang-terangan menyetujui atau menyangkal kata-kata maharaja tersebut.

Di Islamabad, Parlimen Pakistan hari ini meminta beliau menarik balik kenyataan kontroversinya yang mengaitkan Islam dengan keganasan, sementara pejabat luar negara pula menuduhnya sebagai jahil.

“Kumpulan ini menuntut Pope Benedict menarik balik kenyataannya demi kepentingan harmoni di antara agama,’’ katanya dalam resolusi yang salinannya dibacakan kepada AFP oleh pegawai Parlimen.

Di Amman, aktivis Islam aliran utama di Jordan memberi amaran kenyataan seumpama itu hanya akan menambah perselisihan antara Islam dan Barat dan memperlihatkan rasa benci yang mendalam terhadap pengikut kepercayaan masing-masing.

Ketua Majlis Syura Barisan Tindakan Islam, Sheikh Hamza Mansour berkata, hanya kemaafan peribadi boleh membaiki “penghinaan yang dibuat dalam komen provokatif†terhadap berbilion penganut Islam itu.

Organisasi berpengaruh di negara Arab, Persaudaraan Islam, melalui ketuanya, Mohamed Mahdi Akef berkata, Pope Benedict telah membangkitkan kemarahan seluruh dunia Islam dan memperkukuhkan perdebatan yang mengatakan Barat bermusuhan dengan apa-apa yang berkaitan dengan Islam.

Di Turki, agensi berita Anatolia, memetik Ketua Pengarah Hubungan Hal Ehwal Agama, Ali Bardakoglu sebagai berkata, kenyataan tersebut “amat dikesali.â€

Ali yang mengawal semua imam di Turki dan menghantar pemimpin solat ke seluruh dunia, turut mengingatkan semula tentang kekejaman yang pernah dilakukan oleh Roman Katolik semasa Zaman Pertengahan atas nama memerangi Kristian Ortodoks, Yahudi dan Islam.

Di Qatar, cendekiawan Islam terkenal, Sheikh Youssef al-Qaradawi menolak komen Pope Benedict dan mengatakan Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian dan mempunyai sebab bagi setiap tindakan.

Di Gaza, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh memberitahu, gereja Katolik seharusnya berhenti daripada “menyerang Islam.â€

bengang betul aku dengar berite ni semalam.selambe si mangkuk tu hina nabi. :angry: ni pun salah satu agenda israel nak start perang kembali selepas lubnan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

diorg xde modal lain nak carik gaduh la tue...kalo umat Islam mengganas sbb ni makne nyer kita dah masuk perangkap la jwbnyer...protes musti protes but dgn cara yg rasional la...pope tu kata Islam ganas bla bla..kita pun buleh ungkit keganasan diorg mase crusade war tu, kalo bace sejarah byk lg buleh wat modal org Islam plak nak debate..huhu

Share this post


Link to post
Share on other sites

Abis tu korang nak buat apa sekarang nih? Nak mogok tembak Pope tu ka? Elek la tuan-tuan dan puan-puan. Relek semua tu adalah serangan "minda" jer tu. Dalam erti kata lain yang dipanggil Perang Saraf diantara PopeCORN dan dunia Islam. Relek, bertenang dan cool. Jangan ambil berat sangat. PopeCORN tu bukannya dia tatau yang BIBLE yang dia perjuangkan tu semuanya PALSU belaka. Dia saja mengeluarkan kenyataan tu sebab nak amik publisiti BUSHBUSH... tu nak tampung dana untuk Gereja VATICAN tu.... depa pon pengemis jugak tu. Nak cari duit dengan cara camtu ler.. RELEK arr.. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

dulu aku pernah terbaca yg pihak2 tertinggi gereja sebenarnye tahu yg agama diorang tu seleweng...n klu ade org nazak...paderi2 tertinggi akn berbisik kat telinga org yg nazak tu yg Islam adalah yg sebenar2nye...aku x tau la cite ni betul ke tak...ade sape2 tau??

Share this post


Link to post
Share on other sites

mereka mana tahu ajaran mereka tu palsu. Takkan lah saje je diorang nak masuk neraka FREE.

Cthnya Raja Najasyi pada mulanya mana tahu Islam tu ajaran sebenar. Akhirnya masuk gak Islam...

Bagi mereka, ajaran yg dibawa Nabi Muhammad tu ajaran baru n Jesus mereka x pernah bagitau. Tu kepercayaan mereka turun menurun. x bleh salahkan mereka.

Macam2 dakwaan BODOH pernah saya dengar kat Vatican tu. Kononnya paderi n Sister berzina, kat perpustakaan ada kitab Injil sebenar, Semua dakwaan ni mengarut dan BODOH...percayalah kalu org bukan Islam tahu, memang diorang ni akan ketawa besar. Pikir lah banyak kali pd mereka yg percaya ngan benda ni...

Try lah masuk kat forum Cari, baca post kat Religion, Spirituality and Faith. Diorg pertahan agama mereka sebab pada mereka, mereka di pihak yg sebenar. Cam kita gak lah percaya kita di pihak yg sebenar...

Memanglah ada yg benci kat Islam tapi sebahagian besar punca org Islam kena tindas sebab org Islam sendiri. Berfikiran fanatik, jumud (masalah paling BESAR) dan perasan (jugak masalah paling BESAR). Golongan ni kebanyakan org camni ada kat Pakistan, Afghanistan n negara2 Islam yg mundur. Bayangkan kat Somalia ada yg kena bunuh semata-mata tengok bola. Salah satu cth pemikiran Org Islam jumud.

Perasan gak masalah besar org Islam. Perasan org bukan Islam selalu je cari jalan nak hancurkan Islam. Musuh Islam tu sedikit je jumlahnya. Jgn salahkan plak yg terpengaruh Islam tu jahat.

Kalu tanya pasal Buddha ramai yg anggap penganut Buddha sembah Buddha. Buddha dianggap tuhan. Padahal, penganut Buddha x sembah Buddha n dlm ajaran Buddha mana ada konsep Tuhan. Ajaran Buddha mengajar penganutnya ajaran yg mengelak mereka dari mengalami kelahiran semula. Tu je...

Share this post


Link to post
Share on other sites

adakah bendani propaganda diorang sendiri?

tp..klu x nak percaya pun..rasa mcm nak percaya...yela..mcm org putih yg gi kebulan yg dgr azan tu...ko percaya x?..dan mcm mn plk ngn org yahudi?diorang tahu yg Islam ni betul kan??

Share this post


Link to post
Share on other sites

rasanya dari orang Islam Bangang sendiri. Neil Armstrong sendiri terkejut bila ada org dakwa dia masuk Islam. Ada plak tu kata dia dengar org azan kat bulan. Apa ke jadah plak bunyi bleh bergerak dlm ruangan vakum (bulan/angkasa lepas).

Sape kata org Islam semuanya baik2. Ni golongan yg kononya nak dapatkan simpati dari masyarakat antarabangsa. X sedar ke sebenarnya diorang ni menyusahkan kita...

Orang Palestin BANGANG (berpura-pura kena tembak)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sapa kata mereka tatau tengku haadi? Sedangkan dalam Bible tu sendiri menunjukkan ayat yang mana akan datang seorang manusia yang akan membimbing semua umat manusia ke jalan yang benar? Pederi sana semuanya dah tau. Kalau tak camner saya nak keluarkan kenyataan nih? Malah diorang pon tau yang bible tu merapu. Bukan diorang tatau, kalau tak tak ramailah ahli filosof diorang masuk islam setelah buat kajian pasal kitab-kitab agama didunia.

Tapi disebabkan DUIT... diorang kelabu mata, menyembunyikan apa yang benar dari pandangan mata orang penganut agama mereka. DUIT menyebabkan popeCORN mengeluarkan kenyataan camtu. DUIT adalah punca segala-galanya yang menyebabkan mereka terus menyembunyikan kebenaran sebenar.

rasanya dari orang Islam Bangang sendiri. Neil Armstrong sendiri terkejut bila ada org dakwa dia masuk Islam. Ada plak tu kata dia dengar org azan kat bulan. Apa ke jadah plak bunyi bleh bergerak dlm ruangan vakum (bulan/angkasa lepas).

Jangan keluarkan statment camni tengku haadi, sebab azan dari seorang yang ikhlas menyeru orang untuk bersolat melepasi sehingga ke langit yang ke-7 Kuasa tuhan sapa tahu tengku haadi? Teknologi pon takbleh menandinginya. Kalau pasal Niel Armstrong tu biaq pi kat depalah. Kita cakap pasal Yusuf Islam pasal apa dia masuk islam.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sapa kata mereka tatau tengku haadi? Sedangkan dalam Bible tu sendiri menunjukkan ayat yang mana akan datang seorang manusia yang akan membimbing semua umat manusia ke jalan yang benar? Pederi sana semuanya dah tau. Kalau tak camner saya nak keluarkan kenyataan nih? Malah diorang pon tau yang bible tu merapu. Bukan diorang tatau, kalau tak tak ramailah ahli filosof diorang masuk islam setelah buat kajian pasal kitab-kitab agama didunia.

Tapi disebabkan DUIT... diorang kelabu mata, menyembunyikan apa yang benar dari pandangan mata orang penganut agama mereka. DUIT menyebabkan popeCORN mengeluarkan kenyataan camtu. DUIT adalah punca segala-galanya yang menyebabkan mereka terus menyembunyikan kebenaran sebenar.

Jangan keluarkan statment camni tengku haadi, sebab azan dari seorang yang ikhlas menyeru orang untuk bersolat melepasi sehingga ke langit yang ke-7 Kuasa tuhan sapa tahu tengku haadi? Teknologi pon takbleh menandinginya. Kalau pasal Niel Armstrong tu biaq pi kat depalah. Kita cakap pasal Yusuf Islam pasal apa dia masuk islam.

btul tuh ahamades, aku sokong statement hang.. kuasa tuhan, kite tak boleh nak lawan.. ruang angkasa tuh die yg punye, kalau die nak bagi org tuh dgr bunyi azan kat matahari skalipon, smuanye kuasa Allah swt.. pemikiran kite ade batasnye kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan die..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jgn percaya tuduhan tertentu walhal kita tak ada bukti. Jgn paranoid...

Sapa kata mereka tatau tengku haadi? Sedangkan dalam Bible tu sendiri menunjukkan ayat yang mana akan datang seorang manusia yang akan membimbing semua umat manusia ke jalan yang benar? Paderi sana semuanya dah tau. Kalau tak camner saya nak keluarkan kenyataan nih? Malah diorang pon tau yang bible tu merapu. Bukan diorang tatau, kalau tak tak ramailah ahli filosof diorang masuk islam setelah buat kajian pasal kitab-kitab agama didunia.

Tapi disebabkan DUIT... diorang kelabu mata, menyembunyikan apa yang benar dari pandangan mata orang penganut agama mereka. DUIT menyebabkan popeCORN mengeluarkan kenyataan camtu. DUIT adalah punca segala-galanya yang menyebabkan mereka terus menyembunyikan kebenaran sebenar.

Jangan keluarkan statment camni tengku haadi, sebab azan dari seorang yang ikhlas menyeru orang untuk bersolat melepasi sehingga ke langit yang ke-7 Kuasa tuhan sapa tahu tengku haadi? Teknologi pon takbleh menandinginya. Kalau pasal Niel Armstrong tu biaq pi kat depalah. Kita cakap pasal Yusuf Islam pasal apa dia masuk islam.

Habis tu, apasal Raja Najasyi masih lagi menganut Kristian ?? Kalu x kerana org Islam berhijrah dari Mekah ke Habsyah, mesti Raja Najashi tu masih beragama Kristian...

kita dakwa kononnya Paderi besar tahu kebenaran Islam, tapi diorang kelabu mata sebab duit. Kita ada bukti ke tuduhan kita tu?? Tahu x apa plak dakwaan org bukan Islam pasal Kaabah?? Mereka dakwa kita ni sembah Kaabah n kat dlm kaabah ada patung. Mereka juga tuduh kita sembah Batu Hajarul Aswad. Mereka kata kita ni penganut ajaran Pagan. Kita rasa munasabah ke dakwaan mereka tu?? X munasabah kan. Camtu lah jugak mereka rasa kalu kita tuduh camtu,

Mungkin kita pun sembunyikan sesuatu kat diorang kot...kot2 diorang percaya yg bila kita ni bila masa nak mati, kita convert ke Kristian plak...

Sape yg dah tahu yg Datuk Azhar Mansur dah convert ke Kristian. Mesti yg akan ada yg tuduh dia convert sebab kelabu mata kat duit jugak kot?? Kalu kita beranggapan camtu, mesti diorang pun sama gak. Pd kita, seseorg tu masuk Islam sebab dapat hidayah dari Allah. Tapi dlm fikiran mereka plak?? Sama ke ngan kita ke??

Pope tu berfahaman Kristian Katholik, Bush tu plak berfahaman Kristian Protesten. Katholik ngan protesten tu x sebulu n berbunuhan sesama mereka. Atau pun diorang berpura-pura je kot?? Sebab kelabu mata ngan duit jugak kot?? Kita percaya ajaran yg kita anuti adlah benar, tapi sebab apa masih ada yg x menganut agama Islam?? Sebab mereka cam kita jugak, percaya agama masing2 adalah benar. Bukan sebab berpura-pura. Kalu x, pandai plak kita melenting...

Jangan keluarkan statment camni tengku haadi, sebab azan dari seorang yang ikhlas menyeru orang untuk bersolat melepasi sehingga ke langit yang ke-7 Kuasa tuhan sapa tahu tengku haadi? Teknologi pon takbleh menandinginya. Kalau pasal Niel Armstrong tu biaq pi kat depalah. Kita cakap pasal Yusuf Islam pasal apa dia masuk islam.

saya x nafikan, tapi dakwaan tu x berasas sebab empunya diri pun dah beritahu semua tu xbetul...

* Jgn marah, nanti kena jual. Kita semua berhujah x guna emosi kan??...

* Jgn salah anggap hujah saya ni cam menyokong Kristian plak. Tujuan saya bukan je sebab saya x percaya tuduhan2 kononnya Paderi besar tahu kebenaran Islam, tapi sembunyikan kebenaran. walhal kita x ada bukti. Neil Armstrong kononnya masuk Islam n dengar azan n padahal Neil Armstrong menafikankan dakwaan tu (kalu betul kan bagus). Saya x nak org bukan Islam memandang rendah kat kita sebab percaya ngan benda2 mengarut camni. Tuduhan lebih tepat, Org Islam paranoid. Kalu kita ada bukti jelas, OK lah jugak...cam Sept 11 tu, kta ada bukti. Kita nak bukti camtu lah, baru bleh pertahan org Islam, bukannya percaya ngan benda x berasas...

Islam sekarang ni diperang bukan sebab mereka tahu kebenaran Islam, tapi pekakkan kebenaran. Manusia kan lahir tanpa tahu apa2. Kita diperangi sebab pd mereka kita ni Bangsa perosak. Tanpa kita, dunia kembali aman. Tu dakwaan mereka. Sebab apa?? Sebab mereka x tahu kebenaran ajaran Islam n golongan cam Osama n Taliban ni lah memalukan Islam...wallahualam

Edited by tengku_haadi

Share this post


Link to post
Share on other sites

rasanya dari orang Islam Bangang sendiri. Neil Armstrong sendiri terkejut bila ada org dakwa dia masuk Islam. Ada plak tu kata dia dengar org azan kat bulan. Apa ke jadah plak bunyi bleh bergerak dlm ruangan vakum (bulan/angkasa lepas).

Sape kata org Islam semuanya baik2. Ni golongan yg kononya nak dapatkan simpati dari masyarakat antarabangsa. X sedar ke sebenarnya diorang ni menyusahkan kita...

Orang Palestin BANGANG (berpura-pura kena tembak)

klu kita la tanah air ita senang or nak rampas ape tindakan kita ??

Share this post


Link to post
Share on other sites

klu kita la tanah air ita senang or nak rampas ape tindakan kita ??

err...saya x persoal pun pasal sama ada mereka memang patut pertahan tanah air mereka ke x.

Wajar ke kita berpura2 camtu

wajar je kita guna cara ni?? Rasanya org yg pada mulanya rasa kasihan tengok org Palestin kena tindas, mungkin bleh berubah hati kalu tengok video ni. Jangan sampai ada yg percaya selama org palestin berpura2 je jadi mangsa. Harap lah jangan sampai camtu.

Org bukan Islam yg kalu selama ni diajar yg org Islam ni bangsa Perosak dan berpura-pura baik, mungkin bertambah rasa benci kat org Islam. Mungkin diorg anggap, terbukti jugak akhirnya sikap pura2 org Islam. Nak ke org bukan Islam anggap kita camtu ke??

Persoalannya, terdesak sangat ke sampai kena berpura-pura camtu??

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jgn percaya tuduhan tertentu walhal kita tak ada bukti. Jgn paranoid...

Habis tu, apasal Raja Najasyi masih lagi menganut Kristian ?? Kalu x kerana org Islam berhijrah dari Mekah ke Habsyah, mesti Raja Najashi tu masih beragama Kristian...

Sebab dia tahu terang-terang disampaikan padanya ajaran Islam dari pendatang Islam yang berhijrah. Dan popeCORN tu bukan tak pernah selak helaian Al-Quran. Saya tak menuduh tapi inilah kenyataan yang awak tak bleh cari walaupon dari google. Buat apa saya keluarkan statment dengan yakinnya kalau saya tak tahu? Dia sendiri tahu yang mekah tuh orang agama lain takleh menjejakkan kaki ke sana.

kita dakwa kononnya Paderi besar tahu kebenaran Islam, tapi diorang kelabu mata sebab duit. Kita ada bukti ke tuduhan kita tu?? Tahu x apa plak dakwaan org bukan Islam pasal Kaabah?? Mereka dakwa kita ni sembah Kaabah n kat dlm kaabah ada patung. Mereka juga tuduh kita sembah Batu Hajarul Aswad. Mereka kata kita ni penganut ajaran Pagan. Kita rasa munasabah ke dakwaan mereka tu?? X munasabah kan. Camtu lah jugak mereka rasa kalu kita tuduh camtu,

Dakwaan orang bukan Islam? Nak saya huraikan, baiklah. Pernah baca kisah mastika yang pernah kelaur satu masa dahulu. Seorang pembantu rumah yang lenyap apabila kereta yang dinaikinya menjejak ke bumi mekah? Apa yang boleh dijadikan iktibar dari kisah nih? Mudah jer...bumi Mekah diharamkan dari dipijak oleh orang yang bukan dari agama Islam. Itu jer. Diorang boleh buat andaian itu dan ini sebab diorang takleh masuk. Tapi... kita yang yang boleh buat andaian sebab kita sendiri yang dah tau. Buat apa saya nak tuduh mereka. Saya tak tuduh mereka. Saya simpulkan apa yang mereka bawa tu salah DAN apa yang mereka buat pada masa sekarang nih... hanya untuk mengapikan keadaan.

Mungkin kita pun sembunyikan sesuatu kat diorang kot...kot2 diorang percaya yg bila kita ni bila masa nak mati, kita convert ke Kristian plak...

Sebab tu saya berani kata sewaktu dalam thread Bible Melayu dulu tu..... orang bodoh jer pikir camtu. Sebab? Mudah saja..tgk berapa ramai penganut mereka yang betul-betul membaca bible? Almost takdak. Sebab diorang nih dosa bleh diampun dengan beli surat ampun dosa kat GEREJA..what mean of this?

Sape yg dah tahu yg Datuk Azhar Mansur dah convert ke Kristian. Mesti yg akan ada yg tuduh dia convert sebab kelabu mata kat duit jugak kot?? Kalu kita beranggapan camtu, mesti diorang pun sama gak. Pd kita, seseorg tu masuk Islam sebab dapat hidayah dari Allah. Tapi dlm fikiran mereka plak?? Sama ke ngan kita ke??

Betul ke Datuk Azhar Mansur masuk kristian? Pada fikiran kita yes maybe kita akan anggap diorang tu mata duitan. But untuk statment nih, betul ka dia masuk kristian? Kalau dia masuk sebab apa? Apa yang diajarkan oleh pendakwah kristian tu sampai dia bleh masuk kristian?

Mostly kalau masuk Islam..kita selalu dengar statment camni (mostly) yang kata yang mereka tu dapat hidayah selepas buat kajian, mimpi, pengalaman blablabla... mereka yang masuk tu sendiri cakap. Dan mereka sendiri yang mencari Kebenaran.

Pope tu berfahaman Kristian Katholik, Bush tu plak berfahaman Kristian Protesten. Katholik ngan protesten tu x sebulu n berbunuhan sesama mereka. Atau pun diorang berpura-pura je kot?? Sebab kelabu mata ngan duit jugak kot?? Kita percaya ajaran yg kita anuti adlah benar, tapi sebab apa masih ada yg x menganut agama Islam?? Sebab mereka cam kita jugak, percaya agama masing2 adalah benar. Bukan sebab berpura-pura. Kalu x, pandai plak kita melenting...

Saya berani kata YA, mereka berpura-pura. Kalau tak takkan popeCORN tu bleh keluar statment camtu? Dan kalau awak tanya saya sebab apa mereka tak menganuti ajaran Islam, jawapan saya mudah... tak sampai lagi hidayah untuk mereka. Mesti lepasni awak akan keluarkan kenyataan yang mereka pon cakap camtu gak nanti..then kesimpulannya mudah. Tgk berapa ramai yang nak tukar agama dari Islam ke Kristian tu. Adakah mereka betul-betul mengamalkan ajaran Islam? Nak saya hurai lagi?

saya x nafikan, tapi dakwaan tu x berasas sebab empunya diri pun dah beritahu semua tu xbetul...

* Jgn marah, nanti kena jual. Kita semua berhujah x guna emosi kan??...

* Jgn salah anggap hujah saya ni cam menyokong Kristian plak. Tujuan saya bukan je sebab saya x percaya tuduhan2 kononnya Paderi besar tahu kebenaran Islam, tapi sembunyikan kebenaran. walhal kita x ada bukti. Neil Armstrong kononnya masuk Islam n dengar azan n padahal Neil Armstrong menafikankan dakwaan tu (kalu betul kan bagus). Saya x nak org bukan Islam memandang rendah kat kita sebab percaya ngan benda2 mengarut camni. Tuduhan lebih tepat, Org Islam paranoid. Kalu kita ada bukti jelas, OK lah jugak...cam Sept 11 tu, kta ada bukti. Kita nak bukti camtu lah, baru bleh pertahan org Islam, bukannya percaya ngan benda x berasas...

Dan saya tak pernah kata Niel Armstrong tu masuk Islam atau apa sebab tak pernahnya saya keluar statment camtu. Bagi saya, yang lebih tepat lagi..umat Islam yang tatau apa-apa pasal agamanya. Tatau langsung pasal kisah-kisah orang terdahulu yang disebutkan dalam Al-Quran. Dan lebih teruk lagi, hanya pegang nama sekadar ISLAM. Orang camtu yang selalunya memporak-porandakan keadaan.

Dengan bukti apa? Sebab tu lah wujudnya peristiwa Isra' Makraj. Nak tengok sejauh mana kepercayaan sahabat terhadap kebenaran Rasulullah SAW. Agaknya benda tu bleh percaya ke? Tapi tak der bukti sebab Rasulullah SAW pon dah meninggal tapi boleh ker percaya? Nak saya cakap camni supaya nampak apa yang dikatakan bukti?

Dan saya tak pernah ada marah dalam setiap posting saya, saya anggap benda nih sebagai perbincangan terbuka dalam konsep dunia zaman sekarang nih.

Islam sekarang ni diperang bukan sebab mereka tahu kebenaran Islam, tapi pekakkan kebenaran. Manusia kan lahir tanpa tahu apa2. Kita diperangi sebab pd mereka kita ni Bangsa perosak. Tanpa kita, dunia kembali aman. Tu dakwaan mereka. Sebab apa?? Sebab mereka x tahu kebenaran ajaran Islam n golongan cam Osama n Taliban ni lah memalukan Islam...wallahualam

Kalau camni.. saya berani kata yang awak adalah silap. Sebab? Agak-agaknya awak tahu tak apa alasan yang diberikan bush sewaktu menyerang Afganistan? Sebab sorokkan pengganas. Dan Awak tahu tak sewaktu peristiwa 11/9 tu, seorang yahudi pon takdak dalam bangunan tu? Kenapa yer?

Dan diorang serang Iraq atas alasan senjata nuklear? Tapi kenapa sampai sekarang pon tak jumpa? Tapi yang herannya lepas jer diorang serang Iraq harga minyak teruh jer naik, apasal? Dan baru-baru nih diorang nak sekat ekonomi Iran pasal wujudkan semula nuklear factory. Tapi tak dapat nak buat sebab Iran pon keras kepala kata diorang takkan tunduk pada mana-mana kuasa. Siap tunjuk kuasa tentera diorang lagi.

Awak tahu tak ekonomi America dijana oleh siapa? Oleh orang Yahudi. Sebab tu America nih defend sangat kat negara Zionis tu. Takkan yang nih pon saya nak kena cerita.

**Maaflah..jangan ambil hati..ini sekadar perbincangan

Share this post


Link to post
Share on other sites

:: Off topik ::

Kebanyakkan Nabi dan Rasul kita berketurunan Yahudi..

Kaum yahudi dulu ditindas oleh kaum2 yang lain..jadi aku rase mereka menggunakan peluang yg ade untuk membalas dendam serta menunjukkan keegoan mereka...

:: On topik ::

Pegi jahanamla Pope Benedict tuh.. :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kenape die tak kutuk agame2 yang baru cam Satanism atau Black Metal... Lagi Ganas...

Aku bace The Satanic Bible tu lagi hancur... Kelakar pon ade... Huhuhu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

OK, ahmades...

nampaknya kita ada pendapat sendiri pasal benda pura2 ni...

saya pernah baca kejadian ni. Pada kita kejadian ni memang tanda kekuasaan Allah, tapi pd bukan Islam ni sekadar cerita murahan nak mengagungkan Islam. Kita perlu bukti kukuh nak buktikan benda ni memang betul. x pun kita hantar sorang bukan Islam hantar kat sempadan kawasan Mekah wat eksperimen. Hilang ke x bahan eksperimen ni. Kalu hilang, pergi kat mana?? Disembnyikan??

Pasal Sept 11 saya pun tahu 3000 org Yahudi yg bekerja kat bangunan tu hilang sebelum kejadian tu berlaku. n ada sekumpulan org Yahudi yg menari-nari gembira sebab rancangan mereka nak runtuhkan bangunan WTC berjaya. Tapi kita sebenarnya tidak berkonflik dengan org Yahudi tapi kita berkonflik dengan bangsa bukan Yahudi yg memeluk agama yahudi pada abad ke 7 yg sekarang ni dipanggil Yahudi Khazan. Lebih dari 90% penduduk Israel adalah Khazan n Yahudi asal x tinggal kat Israel. Sebab apa?? Sebab adalah berdosa bagi mereka tinggal kat Israel tanpa Messiah mereka. Kebanyakan Yahudi asal ni tinggal kat Eropah n AS...

Pasal surat ampun dosa kalu kita baca sejarah Tamadun dunia, menyebabkan kristian berpecah kpd 2 iaitu Katholik dan Protesten. Protesten membantah penggunaan surat ampun dosa ni kerana bercanggah dengan ajaran Kristian tu sendiri...

* saya tahu awak x marah, saya berseloroh je... ;)

Kenape die tak kutuk agame2 yang baru cam Satanism atau Black Metal... Lagi Ganas...

Aku bace The Satanic Bible tu lagi hancur... Kelakar pon ade... Huhuhu...

Kristian cam kita gak, ada jugak ajaran sesat. Antaranya gerakan David Koresh yg mengaku dia ni Nabi...

Edited by tengku_haadi

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kristian cam kita gak, ada jugak ajaran sesat. Antaranya gerakan David Koresh yg mengaku dia ni Nabi...

Pegi la membanteras ajaran sesat agame sendiri sebelom nak masok pasal agama orang lain... Lagi satu agame lain tak nak lak dikacaunyer... Hindu ke Buddha ke... pelek tol.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pegi la membanteras ajaran sesat agame sendiri sebelom nak masok pasal agama orang lain... Lagi satu agame lain tak nak lak dikacaunyer... Hindu ke Buddha ke... pelek tol.

pd saya, mereka cam kita gak, nak sebarkan agama Kristian kerana pd mereka agama mereka benar...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum ...

Satu je aku nak cakap ..Bab agama nie kekadang tak boleh terfikir oleh akal manusia ....apa yg kita dengar dan baca , hanya Allah yg tahu kebenarannya .

Yg pasti ...Islam walau di mana sekali pun Al-Quran tetap satu , tetap sama walaupun ada fahaman hanafi dan seeah ...kenapa ? kerana Allah pelihara Al-Quran. Sehingga bila ? Allah sahaja yg maha mengetahui . Baik tanya org yg mengkaji Al-quran dan hadis .

Sebenarnya apa yg di ceritakan pasal kat gereja ada injil sebenar mungkin ada kebenarannya ..sebab benda tu utusan ada keluarkan artikel pasal seorang ustaz org sarawak yang pernah jadi padri di sana . dan akhirnya masuk islam ..

nanti kalau aku jumpa artikel tu dalam utusan aku akan hantar

Share this post


Link to post
Share on other sites

20 September 2006

27 Syaaban 1427

Utusan Express

Utusan Malaysia

Muka Hadapan

Dalam Negeri

Politik

Luar Negara

Ekonomi

Korporat

Sukan

Parlimen

Mahkamah

Persidangan

Laporan Khas

Rencana

Bicara Agama

Forum

Hiburan

Rancangan TV

Pendidikan

Megabait

Keluarga

Kesihatan

Polis & Tentera

Sastera

Kartun

Laman Khas

Search Archives

Feedback

Corporate Info

bicara agama

Yusuf Islam: Al-Quran menjelaskan segalanya

Mengapa Saya Masuk Islam?

Dengan kerjasama dan

izin Perniagaan Jahabersa

SAYA dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di rumah sakit.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang - Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, ``Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya.''

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, ``Stevens''. Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

E-mail: [email protected]

| Terms of Use |

Kebenaran Islam - Saya ingin semua orang tahu

Oleh ZUARIDA MOHYIN

RUTIN harian Jamal Abdullah (kanan) sentiasa sibuk dengan hal ehwal saudara baru dan pejabatnya terbuka buat mereka, khususnya di daerah Hulu Selangor.

JAMAL Abdullah, 42, berasal dari Taiping, Perak tidak pernah menyangka suatu hari nanti beliau memeluk agama Islam. Apatah lagi, pengetahuannya tentang Islam, sekadar mengetahui bahawa agama tersebut anutan orang Melayu.

Hidayah itu datang katanya, sewaktu bekerja sebagai pembantu kedai dengan seorang peniaga kain berasal dari Pakistan, yang membuka kedainya di Jalan Taming Sari, Taiping.

"Selama tiga tahun saya bekerja dengan Mohd Sultan, barulah saya tahu serba sedikit tentang agama Islam. Hinggakan, ucapan salam sudah terbiasa keluar secara tidak sengaja apabila ada pelanggan yang menyapa saya.

"Saya tidak salahkan mereka, mungkin kerana raut wajah saya tidak mirip pemuda India, agaknya. Jadi kebanyakan mereka menyangka saya beragama Islam.

"Malah setiap kali tiba bulan Ramadan, saya juga turut sama berpuasa seperti mereka. Puasa saya bukanlah dalam erti kata sebenar seperti umat Islam berpuasa, tetapi hanya menahan lapar dan dahaga," cerita Jamal sewaktu ditemui di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, baru-baru ini.

Menurut Penolong Pegawai Agama Islam (Unit Dakwah Saudara Kita) ini lagi, sikap mengambil berat majikannya, terbukti apabila beliau sanggup menyediakan tempat tinggal untuk Jamal.

Selain itu, pada masa sama, hubungan akrab yang terjalin antara Jamal dengan teman-teman sekerja, tidak kira Melayu atau Pakistan, akui beliau turut menyumbang banyak ke arah pemahaman, sekali gus penerapan nilai-nilai Islam di dalam diri.

"Lama-kelamaan, saya semakin faham dan berminat bergelar Muslim. Lebih-lebih lagi, majikan sentiasa menunjuk contoh seorang Muslim yang sebenar serta kerap menunjuk ajar.

Pengislaman

"Tanpa banyak soal, saya menyuarakan isi hati untuk memeluk agama Islam dan beliau kemudian membawa saya ke Pejabat Agama Islam di Taiping melakukan pengislaman," terang Jamal yang mengucap dua kalimah syahadah pada 1983.

Menyambung ceritanya, kata Jamal selepas sah bergelar Muslim, pihak pejabat agama mengesyorkan beliau belajar asas-asas Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Taiping.

Selama tiga hingga empat bulan mengikuti kelas-kelas anjuran Perkim secara formal, barulah jelas pengertian Islam kepada Jamal, dan secara tidak langsung beliau mengakui penghayatan nur Islam semakin mudah diterima.

"Apabila saya benar-benar faham akan kebenaran Islam dan jaminan keselamatan dan kebahagiaan bagi umat yang setia dan ikhlas, hati saya berkobar-kobar untuk terus menuntut ilmu.

"Malah saya mahu, kebenaran Islam ini sampai kepada mereka yang masih belum Islam. Boleh dikatakan kelas Ustaz Hassan Adli tidak pernah saya tinggal. Lantas, saya bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan harapan berdakwah ke jalan yang benar," jelas anak keempat daripada sembilan orang adik-beradik ini.

Akhirnya, doa Jamal termakbul dan beliau memulakan pengajiannya di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) di Wisma Selangor, Petaling Jaya selama lima tahun dan berjaya menggenggam Sijil Rabi' Sanawi pada 1987.

Selepas tamat pengajian, Jamal tidak mendapat sebarang tawaran kerja. Oleh kerana itu, beliau tekun dan sabar melakukan apa sahaja kerja di Pejabat Agama Islam Negeri Ipoh, sebelum dilantik sebagai Pegawai Mualaf di Pejabat Agama Islam Sungai Manggis, Kuala Langat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 1992.

Pada 2000, beliau bertukar ke PAID Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru sehingga kini.

Menurut Jamal, setiap kali cuti beliau pulang ke kampung dengan hasrat menggunung mahu berdakwah kepada ahli keluarga terdekat lebih dahulu. Berpegang teguh bahawa agama Islam adalah satu agama yang universal, beliau berazam menjelaskan kekeliruan keluarga yang menganggap masuk Islam, bererti sudah menjadi Melayu.

"Agama Islam dan Hindu ada persamaan, terutamanya dari segi adat perkahwinan dan makanan. Yang menjadi penekanan saya, ialah dari aspek akidah atau kepercayaan yang perlu dijelaskan kepada mereka.

Berdakwah

"Hakikatnya, tugas berdakwah akan menjadi lebih mudah sekiranya kita bukan sahaja mahir dengan ilmu agama Islam tetapi dalam masa sama, perlu menguasai dan faham dengan agama-agama lain.

"Melalui Ustaz Mohd Fitri yang dahulunya seorang sami, saya banyak mempelajari selok-belok perbandingan agama, dan sekali gus memudahkan kita berdakwah," terang Jamal yang mula berminat dengan bidang dakwah selepas mengikuti pengajian di IDIP.

Akui Jamal lagi, berdakwah dengan bukan ahli keluarga lebih mudah berbanding keluarga sendiri. .

"Kalau boleh saya mahu semua umat di dunia ini beragama Islam. ini kerana, Islam adalah agama yang syumul, lengkap dan sesuai pada semua zaman.

"Lantaran itu, saya berkeyakinan sekiranya teknik atau kaedah berdakwah diubah, pasti ia dengan mudah sampai kepada sasarannya. Kita kena ambil contoh bagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w. menegakkan syiar Islam.

"Setakat kuantiti sahaja tidak mencukupi kerana jumlah yang ramai itu sekadar pada nama. Hanya dengan ilmu akan melahirkan keyakinan, sayang, cinta kepada Islam. Lantaran itu, walau seberat mana rintangan yang mendatang, kita pasti berani mengharunginya kerana telah nampak kebenaran Islam," tegas beliau mengenai kepentingan menuntut ilmu dalam membina kekuatan dalaman seseorang saudara baru itu.

Perbezaan mazhab dalam Islam bawa rahmat

Allah berfirman, Jika Tuhanmu mengkehendaki pastilah Dia menjadikan semua manusia itu sebagai umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. (Hud: 118). Dan Allah juga berfirman, Dan tiadalah Kami menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya, dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (an-Nahl: 64).

Ayat-ayat di atas membuktikan bahawa Islam membenarkan perselisihan namun ia perlu dikawal selia berlandaskan sumber utama hukum Islam iaitu al-Quran dan al-Sunah.

Hal ini seterusnya membawa kepada fenomena mazhab di kalangan Ahli Sunah Wal Jamaah yang banyak diwarnai oleh mazhab Abu Hanifah, Malek, al-Syafie dan Ahmad bin Hanbal.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual pensyarah Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Anzaruddin Ahmad bagi menjelaskan persoalan mazhab ini.

Apakah maksud mazhab dan bilakah ia mula wujud?

ANZARUDDIN: Perkataan mazhab berasal daripada bahasa Arab. Dari segi bahasa ia bermakna tempat pergi atau tempat ambilan. Dalam istilah fikah pula ia bermaksud pandangan-pandangan yang terhasil daripada pendekatan atau metodologi yang diguna pakai oleh para ulama iaitu imam-imam mazhab dalam mengambil hukum daripada al-Quran dan Sunah Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya bibit pertumbuhan mazhab telah bermula sejak zaman para sahabat lagi. Telah wujud apa yang boleh dinamakan sebagai mazhab Abdullah Ibnu Umar, mazhab Aisyah, mazhab Abdullah Ibnu Abbas dan seumpamanya. Seterusnya sejak awal abad ke-2 hingga pertengahan abad ke-4 Hijrah atau bersamaan dengan awal abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-10 Masihi pula muncul 13 ulama mujtahidin yang mana koleksi ijtihad mereka telah dibukukan oleh para pengikut masing-masing.

Para ulama tersebut ialah al-Hasan al-Basri (di Basrah), Abu Hanifah dan Sufyan al-Tsauri (di Kufah), Sufyan bin Uyainah (Makkah), Malik bin Anas (Madinah), al-Syafie dan al-Laits bin Saad (Mesir), al-Awza‘ie (Syam), Ishaq bin Rahuwaih (Naisabur), serta Ahmad bin Hanbal, Daud al-Zahiri, Abu Tsaur dan Ibnu Jarir al-Tabari (Baghdad).

Walau bagaimanapun, kebanyakan mazhab itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah kerana para pengikutnya telah pupus. Apa yang masih kekal hanyalah mazhab empat seperti mana yang kita kenali sekarang.

Fenomena mazhab yang wujud pada zaman para sahabat secara umumnya membawa kepada munculnya dua madrasah utama iaitu az-Zawahir yang menafsir nas-nas al-Quran dan al-hadis secara literal atau harfiah, dan al-Maqasid yang banyak menafsirkan nas-nas dengan terlebih dahulu melihat kepada keseluruhan roh syariat Islam serta tujuan asal sesuatu nas itu diturunkan.

Contohnya, sejurus perang Ahzab atau perang Khandak, Rasulullah s.a.w. memerintahkan sebahagian para sahabat ke perkampungan Bani Quraizhah untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianatan semasa peperangan. Sebelum bertolak Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia solat asar melainkan di Bani Quraizhah. Para sahabat dari madrasah az-Zawahir menafsir hadis itu secara literal sehingga menyebabkan mereka melewatkan solat asar sehinggalah mereka tiba di perkampungan Bani Quraizhah walaupun telah masuk waktu maghrib.

Para sahabat dari madrasah al-Maqasid melakukan solat asar ketika di perjalanan kerana berpandangan bahawa tujuan Rasulullah s.a.w. berkata begitu ialah supaya para sahabat bersegera ke sana.

Ketika disampaikan hal itu kepada Rasulullah, Baginda tidak menyalahkan mana-mana golongan. Inilah antara bukti bahawa Rasulullah s.a.w. sangat meraikan perbezaan pendapat di kalangan para sahabat malah Baginda membiarkan mereka beramal mengikut ijtihad masing-masing.

Perkara bagaimana yang dibolehkan bercanggah pendapat dalam Islam sehingga mewujudkan mazhab?

Hanya dalam hal furu’ atau cabang dibolehkan perselisihan. Perkara usul atau prinsip tidak dibenarkan.

Dalam hal berkaitan solat, contoh perkara usul ialah bilangan rakaat solat seperti maghrib yang telah ditetapkan tiga rakaat baik bagi yang bermusafir mahupun bagi yang bermukim. Maka, kita tidak boleh lagi berselisih pendapat ataupun berijtihad untuk menambah atau mengurangkan bilangan rakaatnya.

Bagaimanapun, dalam hal furu’ atau yang bukan rukun seperti cara mengangkat kedua-dua tangan ketika takbir, perbezaan pendapat dibenarkan kerana Rasulullah s.a.w. sendiri pernah menunjukkan beberapa cara yang berbeza.

Sebagai pengamal mazhab Syafie, adakah rukhsah (keringanan) yang membolehkan kita bertaklid kepada mazhab lain?

Sejarah membuktikan bahawa pengamalan mazhab Syafie dalam pendidikan dan perundangan di Malaysia sudah berlangsung begitu lama. Malah pihak berkuasa negeri-negeri (kecuali Perlis) terus menjadikan mazhab ini sebagai asas kepada perundangan Islam seperti mana yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam mereka. Bagaimanapun, terdapat juga peruntukan yang membenarkan dibuat penafsiran hukum berdasarkan kepada mazhab-mazhab yang lain jika pandangan mazhab Syafi‘ie dalam permasalahan tertentu menimbulkan masyaqqah (kesusahan) atau berlawanan dengan kemaslahatan umum.

Misalnya, Seksyen 39 (2) Akta Pentadbiran Agama Wilayah Persekutuan (1984) menyebut, “Jika mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie akan membawa keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, mufti bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.â€

Di Malaysia, sebagai contoh kita mengguna pakai pandangan mazhab Hanafi dalam ibadat zakat. Ini kerana mengikut mazhab Syafie, zakat fitrah ditunaikan menggunakan makanan ruji bagi sesebuah negara seperti beras, gandum dan seumpamanya. Bagaimanapun, oleh kerana penggunaan beras boleh menimbulkan masalah dari segi pengangkutan dan penyimpanan serta kesulitan untuk menukarkannya semula kepada wang ringgit maka para ulama bersetuju zakat dibayar dengan duit mengikut nilaian beras.

Bagi yang mengerjakan haji atau umrah pula, salah satu rukunnya ialah tawaf di mana wuduk perlu dijaga daripada batal. Dalam mazhab Syafie, bersentuh tanpa lapik antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sama ada dengan syahwat atau tanpanya dianggap membatalkan wuduk. Dalam hal ini, para jemaah dibenarkan mengguna pakai pandangan mazhab lain seperti Hanafi atau Hanbali yang mana bersentuhan tanpa lapik antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram secara sengaja atau tidak tanpa disertakan dengan syahwat dianggap tidak membatalkan wuduk.

Ini adalah keringanan kepada para jemaah kerana jumlah yang mengerjakan haji atau umrah itu sangat ramai pada setiap tahun dan kemudahan mengambil wuduk juga agak jauh dari Kaabah.

Apakah syarat yang perlu ada sebelum boleh bertaklid kepada mazhab lain?

Paling utama kita perlu ada ilmu. Kita tidak boleh taklid buta atau ikut-ikutan secara semberono. Kita perlu kepada proses pembelajaran berguru.

Kedua, seseorang itu mestilah mengetahui sesuatu dengan kadar yang mencukupi.

Apakah contoh amalan yang bertaklidkan mazhab lain yang diguna pakai di negara kita?

Pertamanya ialah zakat seperti yang dijelaskan di atas. Contoh lain ialah dalam bab muamalat seperti bai’ as-salam (penjualan secara tempahan).

Para ulama Syafi’iyyah (ulama dalam mazhab Syafi‘ie) secara umumnya tidak membenarkan jual beli begini. Mereka hanya membenarkan jual beli yang dibuat ke atas barang yang sudah tersedia atau yang sudah siap. Ini bagi menjaga hak dan kebajikan si tukang jahit kerana ada pelanggan yang membuat tempahan tetapi tidak mengambilnya apabila siap.

Namun keharusan diberikan jika bayarannya dijelaskan secara keseluruhan dan tidak cukup hanya dengan membayar deposit. Bagaimanapun, para ulama dalam mazhab selain Syafie membenarkan bai’ as-salam walaupun dengan membayar deposit sahaja.

Demikian juga dalam hal-hal yang berkait dengan muamalat seperti urus niaga perbankan Islam di negara kita. Banyak pandangan para ulama dalam mazhab Hanafi diguna pakai. Ini mungkin kerana al-Imam Abu Hanifah itu sendiri adalah seorang ulama yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan.

Apakah hikmah wujudnya pelbagai mazhab kepada umat Islam?

Perselisihan pendapat di kalangan manusia adalah lumrah. Dalam bab wuduk, misalnya, pengamal mazhab Maliki yang tinggal di utara Afrika seperti Mesir dan Sudan menganggap perbuatan menggosok anggota wuduk adalah termasuk rukun wuduk. Hal ini mungkin terjadi kerana keadaan geografi negara tersebut yang berdebu selain jumlah bekalan airnya yang terhad berbanding di negara kita. Sedangkan dalam mazhab Syafi‘ie, menggosok anggota wuduk adalah sunat.

Begitu juga persoalan najis dalam air. Mengikut mazhab Maliki, sebaldi air yang dimasuki tahi cicak dianggap tidak najis jika tidak berubah warna, rasa dan baunya. Oleh itu tahi cicak itu boleh dibuang dan air itu masih dianggap air mutlak yang boleh digunakan untuk bersuci.

Bagaimanapun, al-Imam al-Syafie mensyaratkan kadar air tersebut mestilah sekurang-kurangnya dua kolah. Barulah ia dianggap tidak terkesan dengan najis tahi cicak itu.

© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

E-mail: [email protected]

Share this post


Link to post
Share on other sites

OK, ahmades...

nampaknya kita ada pendapat sendiri pasal benda pura2 ni...

saya pernah baca kejadian ni. Pada kita kejadian ni memang tanda kekuasaan Allah, tapi pd bukan Islam ni sekadar cerita murahan nak mengagungkan Islam. Kita perlu bukti kukuh nak buktikan benda ni memang betul. x pun kita hantar sorang bukan Islam hantar kat sempadan kawasan Mekah wat eksperimen. Hilang ke x bahan eksperimen ni. Kalu hilang, pergi kat mana?? Disembnyikan??

Pasal Sept 11 saya pun tahu 3000 org Yahudi yg bekerja kat bangunan tu hilang sebelum kejadian tu berlaku. n ada sekumpulan org Yahudi yg menari-nari gembira sebab rancangan mereka nak runtuhkan bangunan WTC berjaya. Tapi kita sebenarnya tidak berkonflik dengan org Yahudi tapi kita berkonflik dengan bangsa bukan Yahudi yg memeluk agama yahudi pada abad ke 7 yg sekarang ni dipanggil Yahudi Khazan. Lebih dari 90% penduduk Israel adalah Khazan n Yahudi asal x tinggal kat Israel. Sebab apa?? Sebab adalah berdosa bagi mereka tinggal kat Israel tanpa Messiah mereka. Kebanyakan Yahudi asal ni tinggal kat Eropah n AS...

Pasal surat ampun dosa kalu kita baca sejarah Tamadun dunia, menyebabkan kristian berpecah kpd 2 iaitu Katholik dan Protesten. Protesten membantah penggunaan surat ampun dosa ni kerana bercanggah dengan ajaran Kristian tu sendiri...

* saya tahu awak x marah, saya berseloroh je... ;)

Kristian cam kita gak, ada jugak ajaran sesat. Antaranya gerakan David Koresh yg mengaku dia ni Nabi...

Seriously Tengku Haadi, saya dan awak memang bebeza pendapat dalam hal ini dan pandangan awak pon berbeza dari pandangan saya. Tapi tengku haadi, bagi saya ini bukanlah perkara yang pura2 berdasarkan kata-kata orang bijakpandai : "Lidah lebih tajam dari mata pedang".

Okeh, saya huraikan sebab apa diorang tak buat kajian yang adakah betui orang dari agama lain akan hilang. Pertama yang saya akan huraikan adalah berkenaan bezanya Al-Quran dan Bible. Ada sekumpulan pelajar dari satu Universiti di America pernah menjalankan kajian terhadap Bible dan Al-Quran. Kajian mereka meliputi :-

  1. Struktur Bahasa
  2. Sumbangan terhadap teknologi
  3. Pengetahuan Am
  4. Sumbangan terhadap keharmonian masyarakat

Untuk dijadikan kisah, mereka malukukan kajian pertama iaitu dengan cara Struktur Bahasa. Kalau sesebuah kitab tersebut kalau didakwa datang terus dari Tuhan maka struktur bahasanya pon mesti bercirikan "ketinggian Tuhan". Struktur susunan bahasa Tuhan tak akan sama dengan bahasa manusia. Dan dalam kajian tersebut, mereka akan cuba menambah ayat-ayat tertentu dalam surah berkenaan untuk melihat sejauh mana perubahan tokok berkenaan boleh merubah ayat berkeaan.

Kajian mereka dimulakan dengan Bible terlebih dahulu, kalau tak silap saya mereka mengkaji surah Matthew. Disebutkan kisah, selepas kajian selesai kemudian mereka mula mengarang ayat untuk meniru struktur bahasa tuhan berkenaan. Surah berkenaan ditokok-tambah dengan pelbagai strutur grammar atas tujuan ak melihat sekiranya penambahan dibuat, maksud sebenar ayat berkenaan akan merubah. Hasil dari kajian tersebut, ternyata kalau mereka menambah beberapa grammar sekalipon maksud ayat berkenaan tetap boleh dibaca dan difahami. Serupa dengan struktur bahasa manusia.

Kemudian, mereka mengkaji pula Al-Quran. Surah yang dipilih adalah Surah Al-Fil. Surah dalam bahasa arab tersebut dikaji untuk memahami maksud ayat berkenaan. Selesai kajian, mereka merubah strutur ayat dalam surah Al-Fil dengan menambah beberapa grammar dalam bahsa arab. Alangkah terkejutnya mereka, dengan menambah 2 jenis perubahan sahaja surah tersebut terus tidak dapat difahami, malah gagal membawa maksud sebenar yang ngin disampaikan.

Dari situ, mereka buat kesimpulan Al-Quran tidak dapat diubah. Kalau diubah walaupun satu huruf arab maka keseluruhan ayat berkenaan akan lari dari maksud sebenar. Berbalik kepada kisah asal sebab diorang tak buat kajian kenapa tanah Mekah tak boleh dipijak oleh orang bukan Islam. Kajian menunjukkan, burung-burung yang berterbangan pon tak pernah melintasi atas bumbung kaabah, mana mungkin kajian tu boleh dijalankan alau binatang pon menunjukkan kesan-kesan positif? Tengku Haadi bukan senang nak buat kajian yang melibatkan dengan keselamatan manusia.

Sebab apa saya cerita bab kajian Al-Quran? Apa kaitannya dengan Tanah Mekah? Kalau Al-Quran telah memberitahu yang tanah mekah tu haram dari orang bukan Islam then beranikah orang bukan Islam tu nak masuk saja-saja? Mereka dah buat kajian dah pasal nih. Tapi biasalah.....sembuyikan kebenaran dengan dakwaan palsu.

Yahudi asli ka, atau Yahudi Khazan.. mereka nih mempunyai tujuan yang sama....menghapuskan umat Islam dari mata mereka. Sebut jer yahudi, mereka nih menganggap bangsa mereka sahaja yang mulia, bangsa lain adalah ibarat anjing terbiar. Nak tau sebab apa diorang anggap sampai macam tu sekali? Sebab layanan Allah SWT terhadap bangsa mereka dahulu-kala pada zaman nabi Musa terdahulu. Pernah dengar kisah makanan yang turun dari langit yang khas untuk Puak mereka dalam Al-Quran? Pernah dengar kisah nabi Musa yang mengetukkan tongkatnya hanya untuk memberikan mereka pancaran mata-air dari batu?

YAHUDI...bangsa nih memang sihyal pasal banyak demand itu-dan-ini daripada nabi Musa. Tu pun masih tanak berubah. Saya tamau sebut kisah silam pasal benda nih pon ada dalam Al-Quran. Nak tau sebab apa diorang benci sangat kat Nabi Muhammad? Mudah saja alasannya....kerana Nabi Muhammad itu tidak berasal dari kaum mereka. Tak seperti nabi-nabi terdahulu. Sebab tu merika nih riyak, takkabur dan menganggap bangsa mereka sahaja yang layak berpijak kat bumi nih.

Masuk bab Kristian Katholik dan Protesten. Yes memang saya tahu kisah tu dan saya tak nafikan. Tapi adakah dengan cara camtu jer yang diorang bleh berpisah? Banyak lagi kisah kalau awak baca sejarah Zaman Kegelapan Eropah. Awak boleh tahu segalanya kalau baca kisah tu sebab apa diorang nih berpecah kepada dua mazhab. Dan sebab apa mazhab dalam Islam terbahagi kepada 4 bahagian :: Maliki, Hanbali, Syafie, Hanafi. ? Mudah sahaja sebabnya... ia disebabkan kerana Ijtihad. Sebab zaman Rasullulah SAW tak wujud masalah-masalah fardu Ain seperti masalah sekarang. Dan 4 mazhab nih mempunyai Ijtihadnya yang tersendiri dalam permasalahan berkenaan.

Dalam bab agama ada ajaran sesat..kita tengok skop dari ajaran Langit Ayah Pin. Tengok dia punya "kerajaan" kat terengganu. Dan tengok sendiri kekayaan yang diraihnya dalam ajaran sesat berkenaan. Diorang nih just nak mendapatkan tempat dalam masyarakat yang tak tau apa-apa. Yang bingung dan yang bodoh dalam urusan agama mereka. Dari situ mereka yang "bijak" nih menanam jarum supaya masayarat yang bodoh nih dapat ikut mereka. Dan sekaligus dapat meraih kekayaan mudah serta "penghormatan" dari masyarakat bodoh berkenaan. Ayah Pin jangan kata orang Islam bangang pon ikut dia, tuk sami Hindu pon sembah kaki dia minum air kaki dia...uwekkkkk :wacko: Camner tu? Ajaran global nih...heheehh

Pandagan saya, lebih mejurus kepada sifat munusia itu sendiri. Kalau mereka percayakan 100% agama mereka (except YAHUDI) maka tak akan berlaku peperangan, tak akan berlaku tindasan kuasa, tak akan berlaku semua perkara buruk pasal tak dak agama dalam DUNIA (except YAHUDI) nih yang ajar cara hidup yang tak bertamadun. Betul tak? Sifat manusia yang diselubungi dengan NAFSU SERAKAH yang menyebabkan semua benda buruk terjadi...samalah macam popeCORN tu mengeluarkan kanyataan camtu.

**Pandai awak berseloroh... :P

Share this post


Link to post
Share on other sites

pd saya, mereka cam kita gak, nak sebarkan agama Kristian kerana pd mereka agama mereka benar...

Mestilah... mereka masuk agama mereka pasal mereka kata benar. Lain kalau ateis / free thinker...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mestilah... mereka masuk agama mereka pasal mereka kata benar. Lain kalau ateis / free thinker...

Camner nak cakap? Hmpppppppppp....

Kalau awak maksudkan yang mereka memihak pada agam mereka then betullah. Tapi dari segi sosial-ekonomi..payahlah nak kaitkan dengan AGAMA kalau ia hanya semata-mata mengejar kekayaan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

yes, betul itu tengku haadi, catholic & protestant saling bercanggah dengan 1 sama lain...

surat pengampunan itu hanya ada di catholic chuch saja, BUKAN di semua gereja. jangan kita ingat semua christianity itu sama.

orang itu takutkan holy water, pasal kalau minum nanti terus jadi gila/murtad tak boleh mengucap.... tapi kalau betul they all mau buat, senang saja, masukan holy water dalam dam air.... habis semua malaysians jadi christians lah... fikir lah. holy water itu tak ada apa... nothing, just a water blessed by the priest. oopppsss!!! ONLY by the ROMAN CATHOLIC PRIEST. protestant church tak ada ini semua. malah protestant church (methodist, anglican, baptist, pentecostal, seventh day adventist & banyak lagi.....) church mereka tak ada patung-patung.... kerana benda ini bercanggah dengan apa yang terkandung dalam bible sendiri.

malah adventist tak percaya pada cross langsung, kerana pada mereka, "y should we have a cross sign when the cross caused death to christ?, this is blapshemy"......

ada banyak lagi lah perbezaan/percanggahan yang amat ketara bagi 2 mazhab ini....

mendiang john paul mati, if u all notice somethin' keranda dia tak ada pun macam special.. biasa saja, serupa macam keranda orang islam... y? didalam arabic/malay bible, God digantikan dengan Allah juga... cuma perbezaan bahasa saja yang menjadi soal disini.

kita mau cakap pasal agama lain boleh, tapi make sure kita faham the basic fundamental agama tersebut.

saya muslimah kerana saya percayakan Tuhan itu Esa, Tuhan itu Maha Agung seperti yang tertulis didalam Old & New Testament... seterusnya... The Final Testament (Al-Quran)... kerana ajaran yang terkandung didalam kitab-kirab sebelum ini semuanya orang islam yang ikut, bukan christians....

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...