encik pot pet 0 Report post Posted August 8, 2004 (edited) Overclocking: Frequently Given Answers (FGA)1. Apakah maksud overclocking?Overclocking bermaksud menaikkan kelajuan sesebuah processor(CPU/GPU/VPU) atau DRAM daripada kelajuan asal yang telah ditetapkan oleh pengeluar.Ini bermaksud kita mendapat kelajuan yang lebih dengan harga yang lebih murah.2. Adakah setiap pc boleh di overclock?Proses ini bergantung kepada jenis cpu/gpu/ram serta motherboard dan chipset yang digunakan. Terdapat beberapa pengeluar motherboard seperti Abit, DFI, Asus yang menyokong overclocking. Oleh itu kita perlu memilih perkakasan yang sesuai utk meng'overclock'. Senarai perkakasan yang menyokong baik overclocking boleh dirujuk di website2 perkakasan yang sentiasa memberikan review terhadap sesuatu perkakasan.Selain itu, banyak forum-forum perkakasan yang membincangkan mengenai topic overclocking seperti lowyat.net, putera.com dan sebagainya.3. Bagaimana nak melakukan proses overclocking?Kebanyakan motherboard yang terkini, setting utk kepantasan sesebuah processor/ram boleh di ubah dalam bios. Pada asasnya, setting kelajuan processor dikira melalui Front Side Bus(FSB) yang didarabkan dengan pekali (mutliplier).Setting ini biasa nya telah ditetapkan oleh pengeluar tetapi boleh di ubah secara menaikkan nilai atau menurunkan nilai.Sebagai contoh bagi sebuah processor AMD Athlon XP 1800+ yang beroperasi pada 1530Mhz telah ditetapkan sebagai133Mhz x 11.5 = 1530Mhz. Jika kita menaikkan FSB iaitu 133Mhz kepada 166Mhz, maka166Mhz x 11.5 = 1909MhzDengan ini kelajuan processor kita meningkat sebanyak 25%.Perlu diingatkan bahawa kita hendaklah menaikkan FSB beransur-ansur seperti 2Mhz secara menaik. Ini utk mengelakkan sistem menjadi tidak stabil, dan paling teruk merosakkan perkakasan kita yang sangat bernilai itu.Jika processor yang digunakan mempunyai unlocked multiplier, kita boleh mendapatkan prestasi yang optimum jika kita menurunkan nilai pekali dan menaikkan FSB. Sebagai contoh bagi Athlon XP 1800+,200Mhz x 9.5 = 1900Mhz.Jika dibandingkan antara 166Mhz x 11.5 = 1909Mhz dan 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz, setting pertama mempunya nilai frequency lebih tinggi.Sebaliknya dari segi prestasi sebenar, 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz beroperasi dengan lebih laju kerana kelebihan FSB yang tinggi. FSB tinggi bermaksud bandwidth untuk memori/RAM juga meningkat jika frequency ram ditetapkan sama laju dgn FSB.4. Apakah maksud multiplier locked/unlock?Untuk mengelakkan daripada overclocking, pengeluar chip seperti Intel dan AMD mengunci pekali dari diubah sesuka hati oleh para overclockers.Ini kerana processor yang mempunyai unlocked multiplier yang menjadi overclocking king yang akan merugikan pengeluar processor tersebut kerana pnegguna mendapat prestasi yang maximum dgn harga yang minimum.5. Bagaimana hendak menentukan kestabilan sistem dan penambahan prestasi yang dicapai setelah meng'overclock'?Banyak perisian yang telah ditulis utk mengukur prestasi sistem sesebuah pc seperti PCMark 2004, SiSoft Sandra dan perisian lain seperti Super Pi, Prime95, PiFast dan sebagainya.Walaubagaimana pun perisian Prime95 iaitu program utk mencari nombor perdana Mersenne mempunyai fungsi khas utk menentukan kestabilan sistem. Tambahan pula perisian telah menjadi de facto standard serta diiktiraf oleh ramai overclockers.p/s:para oc2 digalakkan utk meng ekjas/menokok tambah FGA di atas. Edited August 8, 2004 by zeph Quote Share this post Link to post Share on other sites
encik pot pet 0 Report post Posted August 8, 2004 The.Book.of.Overclocking.Tweak.Your.PC.To.Unleash.Its.Powerhttp://euz.lostinthoughts.com/zeph/No.Star...r.eBook-LiB.chm Quote Share this post Link to post Share on other sites
mohdfadly 24 Report post Posted August 8, 2004 (edited) damn cool! aku dah add kat dlm akunyer artikel .. thankshttp://www.ilmuit.com/content.php?article.138 Edited December 31, 2005 by puteranetwork Quote Share this post Link to post Share on other sites
encik pot pet 0 Report post Posted August 8, 2004 banyak lagi aku nak tokok tambah/edit... Quote Share this post Link to post Share on other sites
sarge 1 Report post Posted August 8, 2004 tak tau mane nak letak..cube laa Prime 2004 Quote Share this post Link to post Share on other sites
zer0Nehza 7 Report post Posted August 9, 2004 tepat pon letak kat sinih sarge... aku pon dah dload sp2004 tuh..dapat ngn dak lowyat..huehueh...interface cun...so igt nak test men o/c balik... Quote Share this post Link to post Share on other sites
quakecon 0 Report post Posted August 9, 2004 fulammax ! mcm ni la bagus !blh PIN le ke atas, ahaks Quote Share this post Link to post Share on other sites
overclocker11 0 Report post Posted August 10, 2004 topik dipinnedkeep up da good work Quote Share this post Link to post Share on other sites
cade 0 Report post Posted August 11, 2004 camner nal overlocked?kena check kat BIOS ker??? SP4 kat sarge section tuh utk apa? Quote Share this post Link to post Share on other sites
Jeopardice 1 Report post Posted August 11, 2004 kalu citer camner nak oc kat sinie mmg x abis nyer.........ape kate ko masok kat link nie Quote Share this post Link to post Share on other sites
encik pot pet 0 Report post Posted August 11, 2004 tidak dinafikan berlambak tutorial utk overclocking kat internetkat google:Results 1 - 10 of about 643,000 for overclocktapi kebanyakan dalam bahasa inggeris.. aku sajer nak buat dalam bahasa melayusebab putera.com ni forum berbahasa melayudan aku buat faq dgn kepala aku sendiri..bukan terjemahan dari mana2..kalau ada serupa..kebetulan semata2 Quote Share this post Link to post Share on other sites
encik pot pet 0 Report post Posted August 11, 2004 camner nal overlocked?kena check kat BIOS ker??? SP4 kat sarge section tuh utk apa? bergantung kepada mainboard..lain m/b lain la plak caranyapaling penting awak kena siasat sendiri m/b mana bagus utk ockat net memang banyak site bincang benda2 ni Quote Share this post Link to post Share on other sites
Phoenixwunin 12 Report post Posted August 11, 2004 Aku test overclock computer sepupu aku.... pastu terus gelap. Apasal hah.Sampai la ni tak elok. Heh... aku diam je la. Quote Share this post Link to post Share on other sites
encik pot pet 0 Report post Posted August 11, 2004 ko dah terover overclock la tu kalau nkoo oc kut bios..kalau nak idup balik kena reset cmos..cara paling senang awak cabut batery dalam 10 minit..lepas tu on balik..cuba cuba jgn cubakohkohkhoh Quote Share this post Link to post Share on other sites
overclocker11 0 Report post Posted August 11, 2004 Aku test overclock computer sepupu aku.... pastu terus gelap. Apasal hah.Sampai la ni tak elok. Heh... aku diam je la. yup..ko kene clear cmos...off sumer power..pastuh cabut bateri kat mobo tuh..pasang balik lepas 10 saat Quote Share this post Link to post Share on other sites
lanuncyber 0 Report post Posted August 11, 2004 yup..ko kene clear cmos...off sumer power..pastuh cabut bateri kat mobo tuh..pasang balik lepas 10 saat *lari topic ckit.apsal MSI punye mobo clear cmos lama sgt? K7N2 Delta, NF2 U400, clear cmos kurang2 lima minit. kadang2 lebih...oc11klu clear cmos (jumper 1-2 kpd 2-3) & pd masa yg sama, cabut bateri gak, bleh ke clear cmos?... Quote Share this post Link to post Share on other sites
overclocker11 0 Report post Posted August 12, 2004 *lari topic ckit.apsal MSI punye mobo clear cmos lama sgt? K7N2 Delta, NF2 U400, clear cmos kurang2 lima minit. kadang2 lebih...oc11klu clear cmos (jumper 1-2 kpd 2-3) & pd masa yg sama, cabut bateri gak, bleh ke clear cmos?... kalo cabut bateri mmg dier clear cmos...kalo tukar jumper pun clear gak..memane pun bleh...MSI nyer mobo aku tak penah pakai..tapi aku penah try repair pc member aku...cabut bateri...lepas sminit lebey kurang,baru aku masuk balik...time aku pakai nf7 dulu, takyah susah2 nak cabut bateri...main jumper jer...tp skrg DFI leceh sket...kene of sumer power, tukar jumper,then on balik dalam 10 saat..off balik...pastuh baru tuka jumper....lg senang kalo cabut bateri... Quote Share this post Link to post Share on other sites
zer0Nehza 7 Report post Posted August 12, 2004 cabut bateri clear cmos..klo nk clear cmos + password..sesetengah mobo harus clear jumper sekali..setengah mobo bateri jerk... Quote Share this post Link to post Share on other sites
sarge 1 Report post Posted August 12, 2004 (edited) dah lama aku tak cakap ayat ni...o/c ni senang nak buat.tapi susah nak optimize.so kalau blh JANGAN o/c sblm tahu ape cara+risk die"kalau tidak kamu akan menyesal"SPEEDS KILLLS Edited August 12, 2004 by sarge Quote Share this post Link to post Share on other sites
Power 0 Report post Posted August 12, 2004 Setelah aku baca ngan teliti mesej ko rang pasal OC nie.. aku tak jumpa pun yang berkaitan dengan Voltage. berapa voltage yang sesuai untuk CPU, RAM dan VRAM? Yang nie penting juga.. Quote Share this post Link to post Share on other sites
sarge 1 Report post Posted August 13, 2004 Setelah aku baca ngan teliti mesej ko rang pasal OC nie.. aku tak jumpa pun yang berkaitan dengan Voltage. berapa voltage yang sesuai untuk CPU, RAM dan VRAM? Yang nie penting juga.. pasal voltage tu dah advance laa...lagipun benda ni bergantung kepada ape yg kita ade.cthnya RAM..winbond BH5 mampu utk handle vdimm sehingga 3.3volt.tapi kalau chip cam infineon mampu ker?? Quote Share this post Link to post Share on other sites
Power 0 Report post Posted August 13, 2004 pasal voltage tu dah advance laaLaaa. O/C kan dah advanced. jadi kenalah berhati-hati ngan bab teknikal nie.Newbie kena tahu yang O/C berkaitrapat dengan penggunaan bekalan kuasa, bukan sekadar FSB*pekali jer. Quote Share this post Link to post Share on other sites
Hoodlums 0 Report post Posted August 14, 2004 Wehh aku pernah nampak RAM Kingston PC3200 chipset Elpida, ok ker?Tak pernah dengar pun nama Elpida nihh... Quote Share this post Link to post Share on other sites
gengstapo 0 Report post Posted April 1, 2005 wehh.. tolong sat. aku OC aku nyer AMD64 nih naik paii 2479MHz tapi yg problem nyerr, bila aku nak run super pi tak boleh. apa jer program yg aku nak run, kuar mesej error, kenaper ahh?okies. Quote Share this post Link to post Share on other sites
zer0Nehza 7 Report post Posted April 8, 2005 dh prime test ker? voltage camner? Quote Share this post Link to post Share on other sites