Jump to content
encik pot pet

Overclocking: Frequently Given Answers (fga)

Recommended Posts

Overclocking: Frequently Given Answers (FGA)

1. Apakah maksud overclocking?

Overclocking bermaksud menaikkan kelajuan sesebuah processor(CPU/GPU/VPU) atau DRAM daripada kelajuan asal yang telah ditetapkan oleh pengeluar.

Ini bermaksud kita mendapat kelajuan yang lebih dengan harga yang lebih murah.

2. Adakah setiap pc boleh di overclock?

Proses ini bergantung kepada jenis cpu/gpu/ram serta motherboard dan chipset yang digunakan. Terdapat beberapa pengeluar motherboard seperti Abit, DFI, Asus yang menyokong overclocking.

Oleh itu kita perlu memilih perkakasan yang sesuai utk meng'overclock'. Senarai perkakasan yang menyokong baik overclocking boleh dirujuk di website2 perkakasan yang sentiasa memberikan review terhadap sesuatu perkakasan.

Selain itu, banyak forum-forum perkakasan yang membincangkan mengenai topic overclocking seperti lowyat.net, putera.com dan sebagainya.

3. Bagaimana nak melakukan proses overclocking?

Kebanyakan motherboard yang terkini, setting utk kepantasan sesebuah processor/ram boleh di ubah dalam bios.

Pada asasnya, setting kelajuan processor dikira melalui Front Side Bus(FSB) yang didarabkan dengan pekali (mutliplier).

Setting ini biasa nya telah ditetapkan oleh pengeluar tetapi boleh di ubah secara menaikkan nilai atau menurunkan nilai.

Sebagai contoh bagi sebuah processor AMD Athlon XP 1800+ yang beroperasi pada 1530Mhz telah ditetapkan sebagai

133Mhz x 11.5 = 1530Mhz. Jika kita menaikkan FSB iaitu 133Mhz kepada 166Mhz, maka

166Mhz x 11.5 = 1909Mhz

Dengan ini kelajuan processor kita meningkat sebanyak 25%.

Perlu diingatkan bahawa kita hendaklah menaikkan FSB beransur-ansur seperti 2Mhz secara menaik. Ini utk mengelakkan sistem menjadi tidak stabil, dan paling teruk merosakkan perkakasan kita yang sangat bernilai itu.

Jika processor yang digunakan mempunyai unlocked multiplier, kita boleh mendapatkan prestasi yang optimum jika kita menurunkan nilai pekali dan menaikkan FSB. Sebagai contoh bagi Athlon XP 1800+,

200Mhz x 9.5 = 1900Mhz.

Jika dibandingkan antara 166Mhz x 11.5 = 1909Mhz dan 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz, setting pertama mempunya nilai frequency lebih tinggi.

Sebaliknya dari segi prestasi sebenar, 200Mhz x 9.5 = 1900Mhz beroperasi dengan lebih laju kerana kelebihan FSB yang tinggi.

FSB tinggi bermaksud bandwidth untuk memori/RAM juga meningkat jika frequency ram ditetapkan sama laju dgn FSB.

4. Apakah maksud multiplier locked/unlock?

Untuk mengelakkan daripada overclocking, pengeluar chip seperti Intel dan AMD mengunci pekali dari diubah sesuka hati oleh para overclockers.

Ini kerana processor yang mempunyai unlocked multiplier yang menjadi overclocking king yang akan merugikan pengeluar processor tersebut kerana pnegguna mendapat prestasi yang maximum dgn harga yang minimum.

5. Bagaimana hendak menentukan kestabilan sistem dan penambahan prestasi yang dicapai setelah meng'overclock'?

Banyak perisian yang telah ditulis utk mengukur prestasi sistem sesebuah pc seperti PCMark 2004, SiSoft Sandra dan perisian lain seperti Super Pi, Prime95, PiFast dan sebagainya.

Walaubagaimana pun perisian Prime95 iaitu program utk mencari nombor perdana Mersenne mempunyai fungsi khas utk menentukan kestabilan sistem. Tambahan pula perisian telah menjadi de facto standard serta diiktiraf oleh ramai overclockers.

p/s:

para oc2 digalakkan utk meng ekjas/menokok tambah FGA di atas.

Edited by zeph

Share this post


Link to post
Share on other sites

tepat pon letak kat sinih sarge... aku pon dah dload sp2004 tuh..dapat ngn dak lowyat..huehueh...interface cun...so igt nak test men o/c balik...

Share this post


Link to post
Share on other sites

tidak dinafikan berlambak tutorial utk overclocking kat internet

kat google:

Results 1 - 10 of about 643,000 for overclock

tapi kebanyakan dalam bahasa inggeris..

aku sajer nak buat dalam bahasa melayu

sebab putera.com ni forum berbahasa melayu

dan aku buat faq dgn kepala aku sendiri..bukan terjemahan dari mana2..

kalau ada serupa..kebetulan semata2

Share this post


Link to post
Share on other sites

camner nal overlocked?kena check kat BIOS ker??? SP4 kat sarge section tuh utk apa?

wink.gif

bergantung kepada mainboard..

lain m/b lain la plak caranya

paling penting awak kena siasat sendiri m/b mana bagus utk oc

kat net memang banyak site bincang benda2 ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku test overclock computer sepupu aku.... pastu terus gelap. Apasal hah.

Sampai la ni tak elok. Heh... aku diam je la.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko dah terover overclock la tu tongue.gif

kalau nkoo oc kut bios..

kalau nak idup balik kena reset cmos..

cara paling senang awak cabut batery dalam 10 minit..lepas tu on balik..

cuba cuba jgn cuba

kohkohkhoh

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku test overclock computer sepupu aku.... pastu terus gelap. Apasal hah.

Sampai la ni tak elok. Heh... aku diam je la.

yup..ko kene clear cmos...off sumer power..pastuh cabut bateri kat mobo tuh..pasang balik lepas 10 saat

Share this post


Link to post
Share on other sites

yup..ko kene clear cmos...off sumer power..pastuh cabut bateri kat mobo tuh..pasang balik lepas 10 saat

*lari topic ckit.

apsal MSI punye mobo clear cmos lama sgt? K7N2 Delta, NF2 U400, clear cmos kurang2 lima minit. kadang2 lebih...

oc11

klu clear cmos (jumper 1-2 kpd 2-3) & pd masa yg sama, cabut bateri gak, bleh ke clear cmos?

...

Share this post


Link to post
Share on other sites

*lari topic ckit.

apsal MSI punye mobo clear cmos lama sgt? K7N2 Delta, NF2 U400, clear cmos kurang2 lima minit. kadang2 lebih...

oc11

klu clear cmos (jumper 1-2 kpd 2-3) & pd masa yg sama, cabut bateri gak, bleh ke clear cmos?

...

kalo cabut bateri mmg dier clear cmos...kalo tukar jumper pun clear gak..memane pun bleh...

MSI nyer mobo aku tak penah pakai..tapi aku penah try repair pc member aku...cabut bateri...lepas sminit lebey kurang,baru aku masuk balik...

time aku pakai nf7 dulu, takyah susah2 nak cabut bateri...main jumper jer...tp skrg DFI leceh sket...kene of sumer power, tukar jumper,then on balik dalam 10 saat..off balik...pastuh baru tuka jumper....lg senang kalo cabut bateri...

Share this post


Link to post
Share on other sites

dah lama aku tak cakap ayat ni...o/c ni senang nak buat.tapi susah nak optimize.so kalau blh JANGAN o/c sblm tahu ape cara+risk die

"kalau tidak kamu akan menyesal"

SPEEDS KILLLS

Edited by sarge

Share this post


Link to post
Share on other sites

Setelah aku baca ngan teliti mesej ko rang pasal OC nie.. aku tak jumpa pun yang berkaitan dengan Voltage. berapa voltage yang sesuai untuk CPU, RAM dan VRAM? Yang nie penting juga.. wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Setelah aku baca ngan teliti mesej ko rang pasal OC nie.. aku tak jumpa pun yang berkaitan dengan Voltage. berapa voltage yang sesuai untuk CPU, RAM dan VRAM? Yang nie penting juga.. wink.gif

pasal voltage tu dah advance laa...lagipun benda ni bergantung kepada ape yg kita ade.cthnya RAM..

winbond BH5 mampu utk handle vdimm sehingga 3.3volt.tapi kalau chip cam infineon mampu ker??

Share this post


Link to post
Share on other sites

pasal voltage tu dah advance laa

Laaa. O/C kan dah advanced. jadi kenalah berhati-hati ngan bab teknikal nie.

Newbie kena tahu yang O/C berkaitrapat dengan penggunaan bekalan kuasa, bukan sekadar FSB*pekali jer. wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Wehh aku pernah nampak RAM Kingston PC3200 chipset Elpida, ok ker?

Tak pernah dengar pun nama Elpida nihh...

Share this post


Link to post
Share on other sites

wehh.. tolong sat. aku OC aku nyer AMD64 nih naik paii 2479MHz tapi yg problem nyerr, bila aku nak run super pi tak boleh. apa jer program yg aku nak run, kuar mesej error, kenaper ahh?

okies.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...