Jump to content
cikgureza

Tips Berjaya Untuk Graduan Ict-part 2.1.0

Recommended Posts

Bab 2.0.2 Mencipta market korang sendiri (unik)

Apa maksud cipta market sendiri?

Maksudnya adalah korang membuat sebuah laluan yang mana hanya bisnes korang je yang akan untung besar tanpa perlu risau kan persaingan..

Ceritanya camni..

Pernah tak korang rasa market yang ada ni dah tepu? Maksudnya, saingan terlampau banyak sampai bisnes pun dapat ciput-ciput je..Sebagai contoh, kalau korang ada kedai komputer,ada lagi lapan ratus kedai komputer kat depan tu yang bersaing dengan korang.Masa tu korang rasa cam nak bisnes benda lain je bila kena camni..

Camaner nak buat supya tak jadi begini?

Masa ni le korang kena pikirkan cara supaya korang dapat satu market sendiri, maksudnya, korang tak kisah dah pasal persaingan, tetapi pesaing tu yang risaukan korang. Dan kalau dulu korang yang terikut cra pesaing2 tu meniaga, sekarang ni diorang pula cuba nak tiru cara korang berniaga, tetapi gagal,sebab apa? sebab korang ada satu sistem yang unik..

Kita ambik contoh industri auto dunia. Pernah dengar tak iklan yang bunyi nye camni " Paling terhandal dalam kelasnya yang tersendiri". Paham tak quote tu? Tak paham? Ok takpe. Pikirkan pasal SUV yang ada kat market, ada tak yang sama?maksudnya, Honda, Nissan, Toyota,Mitsu dan lain2. Ada tak yang sama?

Tak paham lagi? Ok, pernah dengar tak Honda CRV? CRV stands for " comfortable roundabout Vehicle",Ada tak sesapa yang buat CRV yang lain dalam dunia ni? Takde kan sebab orang lain buat x-trail (Nissan). x-Trail pulak maksudnya "extreme trail"(maksudnya, kenderaan tu boleh lanyak trail (laluan) ang extreme tak ingat), dan jugak orang lain buat YRV (toyota kalau tak silap). YRV=Youth Roundabout Vehicle.

Nampak tak kat sini tak mana yang unik? Kenderaan SUV tu lebih kurang sama, tapi, di sebabkan segemnt yang dibuat, masing-masing tak perlu bersaing.Macam honda, dia unik kan diri dia dgn mengiklankan bahawa dia tu adalah selesa walaupun dimana jua berada. Xtrail pulak, memaparkan imej gagah dan lasak .YRV pulak dia buat imej keremajaan .

Unik market ni macam2. Ada yang buat dakam bentuk cc engine. Sebagai contoh, Toyota Avanza, dia pegang MPV segment 1.3cc sedangkan ada MPV yang lain dengan cc yang besar. Dan setakat ni takde lagi MPV yang satu kelas dengan dia. Jadi dia buleh jual banyak.

Macam tu jugak lah korang kena buat bisnes korang. Unik dan org lain tak leh nak bersaing ngan korang.

Macam ada satu kedai gunting rambut. Mana2 pun ada kedai gunting rambut, tapi kedai mamat ni jugak yang akan di serbu bila org nak gunting rambut anak diorang. Sebab apa? sebab dia ada idea yang unik.

Bebudak kecik bila nak gunting rambut tak buleh duduk diam kan? so apa yang mamat ni buat adalah dia tempah kerusi gunting yang berbentuk dinosour dan lain2 binatang. Jadi bebudak ni pun suka bila diorang dapat duduk atas benda tu. Dan semejak dari tu, semakin ramai parents yang tahu pasal kedai tu dan akan hantar anak ke sana untuk gunting rambut.

Unik market (UM) ni mempunyai beberapa ciri sebelum ia menjadi UM.

* Kena betul2 unik (lain dari yang lain, walaupun barang tu sama dengan org)

*Exciting untuk target market korang.

*Sesuatu yang akan buat org ramai sentiasa bercakap2 mengenainya.

*Sesuatu yang tak begitu mudah untuk di tiru, ataupun apabila inaya di tiru, akan menjadikan bisnes peniru tu lingkup.

Ketika nak mengenalpasti UM tu, kenalah tanya soalan ni:

*Kenapa (perlu ada UM) ?

*Siapa (target market korang) ?

* APA ( yang menjadikanya unik) ?

*Apa (janji2 yang perlu ditunaikan) ?

*Bagaimana (janji2 tu akan di tunaikan) ?

Bila ada semua ni, barulah korang akan dapat UM, dan masa tu saingan korang akan terkebil2 tengok bisnes korang. Dan diorang akan amik jangka masa yang lama untuk memahami bisnes model korang sebab dia tak paham UM yang korang cipta ni..

Dari aku sendiri, untuk contoh, UM aku adalah pada konsep tiada TCO (total cost of ownership), maksudnya, customer tu tak perlu beli application software aku, sebaliknya dia hanya perlu bayar servis caj, yang mana dia rasa sgt rendah dan mampu di miliki.

Dell pulak, dia berjaya sebab dia banyak buat sales dia online. Rahsia dia adalah, dia ada page/form khas yang di custom made kan untuk satu2 customer. Jadi customer tu punya pegawai pemesan akan rasa selesa bila buat order barang2 dell sebab web form/web order form tu mengikut bentuk yang dia kehendaki, bukan yang Dell kehendaki. Dengan itu, dia merasakan itu sesuatu yang bagus untuk diri dia dan takde company lain yang tawarkan benda yang sama.

Dan banyak lagi contoh. Maybe ada sesapa yang nak kongsi UM dia atau pun plan UM dia..

Share this post


Link to post
Share on other sites

hummm.. UM saya tak cipta lagi buat masa ni. Ada UM tapi takut nak share, sebab tak unik dan boleh di cilok bila-bila masa.. kuang x3. Ada sapa-sapa ada UM unik cam cikgu reza?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Jgn le takut nak share UM...

Ni ada satu lagi kisah UM...

Kat Singapore dulu, tahun lepas tak silapnya..ada satu kedai roti baru bukak. Jadi untuk jump terus ke market cam tu, diorang telah buat satu iklan sebagai promosi. Iklan tu keluar di semua akhbar utama, iklan tu lebih kurang camni.. " Tukar roti lama anda (yang sudah tak elok) dengan roti baru dari kedai kami. Dtg terus ke alamat..sekian..sekian...". Dengan iklan yang camtu, dan ditambah dgn Kiasu org singapore, pada tarikh kedai tu buat promosi pertukaran tu, berduyun-duyun lah singaporean turun ke kedai tu..masing-masin bawak roti diorang, ada yang berkulat dah, ada yang dah expired, ada yang dah makan setengah dan macam2 lagi. Disebabkan terlampau ramai org ang nak tukar roti diorang, maka telah menarik perhatian press (suratkabo) dan tv. Maka dapatlah diorang promosi free. Yang org nak tukar pulak, disebabkan malu-malu alah, sambil tukar roti tu, diorang beli jugak seketul dua roti dari kedai tu. So hari pertama bukak tu dah abis roti, dan kedai roti tu, dgr cerita makin maju sampai skang..semuanya di sebabkan UM yang diorang pikirkan.

Jadi,kalau nak share UM, maybe, dengan izin Allah aku buleh bagi idea. Cuma apa yang korang kena buat skang ni adalah bagitau aku apa bisnes yang korang nak buat..ok..

Share this post


Link to post
Share on other sites

fuuhh.. Baru baca sebahagian.. Penulisan yang praktikal.. CikguReza dulu study kat mana yer?

Bab develop aplikasi server side amat saya setuju + pakai teknologi open source. Tapi skrg sy just buat servis website statik secara online.. Apa2 hal client akan hantar prob atau request melalui emel atau SMS. Jimat kos transport dan lain2 mcm cikgureza cakap. Cara mcm ni sy buat untuk kumpul modal utk buka company nanti.. ;)

Teruskan 'bercerita' cikgureza.. :)

PS. Jika tak membebankan cikgureza, leh tak listkan apakah software open source yg pernah dan sedang cikgureza pakai? TQ.

Share this post


Link to post
Share on other sites

fuuhh.. Baru baca sebahagian.. Penulisan yang praktikal.. CikguReza dulu study kat mana yer?

Bab develop aplikasi server side amat saya setuju + pakai teknologi open source. Tapi skrg sy just buat servis website statik secara online.. Apa2 hal client akan hantar prob atau request melalui emel atau SMS. Jimat kos transport dan lain2 mcm cikgureza cakap. Cara mcm ni sy buat untuk kumpul modal utk buka company nanti.. ;)

Teruskan 'bercerita' cikgureza.. :)

PS. Jika tak membebankan cikgureza, leh tak listkan apakah software open source yg pernah dan sedang cikgureza pakai? TQ.

saya study kat "University of i didnt go to University"

softwarte yang saya guna adalah- ubuntu linux Breezy badger- sebagai OS server dan OS untuk databse server saya. Mysql databse as the database server( dalam package Ubuntu), Apache2 as the webserver,PHP5. Vi text editor as the text editor :P , dan yang tu jelah..

codes2 yang saya guna semua dari source forge...

oh lupa ,lak, saya tgh tunggu Ubuntu Dapper Drake Full , untuk new server saya, so next month saya dah pakai Dapper Drake dan tak pakai Breezy .. :D

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikumm kepada cikguREZA dan semua yang membaca, aku tergerak lak nak menaip kat sini wlaupun sebenarnya aku ni jenis tak berapa rajin mengarang dan menaip.

Ok first of all, ucapan tahniah utk cikgureza kerna telah berjaya dan jutaaan terima kasih diatas tip itp yang aku nampak sungguh ikhlas. Saje nak kasi tau ni, masa first time aku click topik ni aku tengok panjang sangat then lepas baca 2, 3 baris aku terus scroll kepenghujung, then dah puas hati baru sambung baca line by line sampai habis then terus minat nak reply ni. Korang tau tak kenapa aku buat camtu?? maaf ya cikgu,, pasal aku dah phorbia dgn mail yang nak kenakan orang dan yang ade hidden agenda.,, punya khusuk baca spend few minutes baca last last itu hanya mimpi, jokes dan kalau berminat sila hubungi blah blah, untuk jadi agen MLM dsb.

Aku pun berkecimpung dalam bisnes ICT tapi more on hardware. Walaubagaimanapun banyak panduan dan tips yang berguna boleh aku cedok dari cikgu ni. Aku akan apply nanti supaya lebih maju syarikat aku.

Cuma aku nak bitau all muslim, yang mana yang dah rasa cukup hisab tu jangan lupa zakat, sebab zakat tu wajib dan sekiranya kita patut bayar dan kita tak bayar umpama kita guna duit bukan hak kita. Jangan sampai nanti Allah ambil balik kesenangan kita. Jangan kira sgt betul ke tidak pengurusan agensi itu, mereka telah dilantik. Tugas kita hanya mengeluarkan bahagian yang bukan hak kita. Begitu juga dengan jutawan atau ratus ribuwan melayu, hmmm buat apa la nak simpan duit byk2 tu?? bukan boleh bawa kekubur pun, dan jgn le simpan aset yang tak bergerak. Rajin-rajin la menderma kepada yang miskin (mereka miskin bukan sebab malas tapi tiada peluang untuk jadi kaya macam tuan tuan) dan bantu usahawan melayu berpontensi untuk dia menjalankan perniagaan. Beri dia pancing jangan beri dia ikan.

Satu lagi aku amat setuju dengan cikgureza pasal ilmu. Kia jangan kedekut ilmu terutama kepada sesama bangsa dan agama. Penurunan ilmu itu adalah satu saham dunia akhirat yang amat besar. Bayangkan kita ajar sesuatu kat sesorang, pastu dia ajar lak kat org lain dan seterusnya. Aku pernah dengar ceramah agama oleh sorang pendakwah (ustaz) bebas yang ada phd dan pernah duduk di indonesia, eropah dan negara arab. Mengikutya kekuatan yahudi (omputih) adalah kerana sikap kongsi ilmu mereka yang kukuh dan sikap bantu ,membantu. Kelemahan islam dan melayu ialah sikap hasad dengki dan kedekut ilmu. Cuba bayangkan israel yang diekelilingi negara2 islam lebih kuat dari negara2 islam. Ini adalah kerana sapot yg kuat dari sekutunya terutama amerika. ,,hmm renunmgkanla , ni orang melayu kita pandai jer sikit, biler org tanya taknak kasi tau, takut dia potong trip, percaya la rezeki ada mana2, berkat kesabaran kita nanti Allah akan kasi rezeki yang lain.. . Dulu saya buat catering, masa mula start tu beli la peralatan, cawan, pinggan. periuk dll.. sekali biler dah nampak baru nak bernafas, org lak potong trip,, terpaksa la simpna alat2 tu, tapi saya sabar dan tak bermusuh dengan kawan saya yang potong trip, [pastu Allah kasi rezeki cara lain.

ok la setakat ini, dulu

bye bye

Share this post


Link to post
Share on other sites

btul tu.. bayau zakat bila cukup nisab.... ni sy pun buat ala cenggini jugak... tp bisnes yg sy link tu bukan org lain punya psl bapak sy punya enterprise.. sy handle bab komputer (monitor je).. guna contact ayah sy (yg seumur keja dia handle Invoice-LO stuff).. bezanya sy letak nama as partner (still modal bukan sy punya - target skadar nak tampung bil je, tapi slalu blebih).. keroja gomen main tender.. kami pun tk buat pun keja tu.. main percent jugak.. tugas carik dan handle contact.. bila daftar ent letak banyak jenis kerja pastu subkan ke outsource... sronok.. ni kira main market bumis... sape nak antor profile bleh anto, depend dr mana (especially central area - StokPC, hware/sware, servis).. utk gomen punya keja tipsnya mesti aware tentang budget negara (RMK ke), contact dgn pebendaharaan, bhgn kewangan client ngan kenal big boss - PR kena kuat... ops, sy tk buat full time lg.. ni kalau tk target besau sgtle.. cam cikgureza besau sket... n very good plan is crucial... plan, plan, plan, dan senyum

Share this post


Link to post
Share on other sites

bioniguem....

minta maap ler...rasenyer tak baper nk paham la bisness yg ko wa tu..supply monitor ker....

cikgureza...

sedikit pertanyaan ....kenapa ya cikgureza memilih os ubuntu berbanding distro yg lelain...dan klu tak keberatan boleh tak cikgureza citer spec server ker masa memula setup bisness tuh....

Share this post


Link to post
Share on other sites

cikgureza...

sedikit pertanyaan ....kenapa ya cikgureza memilih os ubuntu berbanding distro yg lelain...dan klu tak keberatan boleh tak cikgureza citer spec server ker masa memula setup bisness tuh....

distro yg lain takde masalah kalau nak guna. Saya guna Ubuntu, sebab lebih kurang cam nak promote kan Ubuntu memandangkan saya tgh apply untuk jadi partner Ubuntu untuk Malaysia (kalau buleh Asia).Lagipun Ubuntu dari Debian Core, dan setakat yg saya tahu, Debian punya community menjaminkan bahawa, support dari diorang akan sentisa free, walaupun bertukar kepada Enterprise.

webserver:

Rack 1u (80) dari chamoxa. p4 3.0 (32-bit) dual Processor.4 Gb of Ram DDR.Intel server Board.100 GB of HDD.

database server:

Rack 4u (60) dari chamoxa. p4 2.8 dual processor (32-bit). 4Gb of Ram DDR. Intel server board.6 SCSI HDD x 100GB

RAID 5.

harga : 1) RM lebih kurang RM 3800, (2) tak termasuk 6 keping HDD, dalam RM2800.(barebone-termasuk board dan jugak CPU +RAM)

Harap membantu..

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

Lama tak masuk sini dah.

Aku cuma nak ulang balik pasal outsource division korang tu...

Ingat ye, sebagai start up bisnes, maybe korang dapat rasakan keperitan nak buat market untuk system2 korang, jadi, mcm aku ckp kat ats2 tu, jgn lupa mengoutsource kan dirri/bisnes korang pada company2 lain.

Aku pun masih berbuat demikian walaupun dan beberapa tahun meniaga ni..dan aku rasa selesa,sebab aku tak yah lobby sesapa..

Baru2 ni, ada satu company kawan aku dapat offer untuk buat dua web apps kat dua jabatan kat negeri X (bukan negeri sebenar), dan dia sub kat aku je.Aku letak berapa value yg aku nak daro jobs2 tu, dan dia markup sikit, so, win-win..aku happy, dia happy, dan jabtan tu pun happy..

So, aku ulangi, kalau rasa takleh nak buat marketing, carilah company2 lain yg boleh di buat kawan, dan offerkan kepakaran korang kat diorang.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

bila cikgu nak sambung pasal RAS?

hehe

(walaupun korang baru grad, sentiasa tanamkan mind set korang sebagai expert dalam field korang (klau bidang programming,make sure korang rasa korang expert in programming), sebab bila korang tanamkan mind set, satu sensor akan di activatekan (R.A.S) pastu otak korang akan mula bertindak macamana korang boleh jadi expert, dan korang akan nampak jalan2 yang boleh membawa kepada menjadi expert)(tips ni aku dapat dalam satu business coaching seminar) - cikgureza

sy fresh graduate dalam bidang komputer engineering ni... nak jadi expert yg leh jadi outsource division cam cikgureza cakap hehe. (nak gak jadi expert bidang lain yg sy minat, yg tak de kaitan ngan komputer eng. hehe )

pasal FUD tu, menarik gak, main2 emosi, hmm.. skrg ni bnyk program yg byk main ngan fantasi dan imajinasi org contohnya "bygkan 1 tahun dari skrg, anda pakai keta mewah... bygkan anda tidak perlu riso lagi pasal berat badan kalo pakai produk ni..." cam tu...

pasal UM=Unique marketing lak, dia ade nama lain iaitu USP=unique selling proposition dan juga NM=niche marketing

cam citer cikgu pasal kedai gunting rambut pakai kusi dinasour tu, dia niche marketing yg target kanak2... so dia kira bijak la sbb jadi yg pertama buat cam tu kat kawasan dia. kalo orang lain nak tiru, buat kat kawasan dia yg mana seme kedai gunting lain tak penah buat cam tu lagi, aku rasa mesti bleh wat untung cam org yg dalam citer tu gak.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bila cikgu nak sambung pasal RAS?

hehe

sy fresh graduate dalam bidang komputer engineering ni... nak jadi expert yg leh jadi outsource division cam cikgureza cakap hehe. (nak gak jadi expert bidang lain yg sy minat, yg tak de kaitan ngan komputer eng. hehe )

pasal FUD tu, menarik gak, main2 emosi, hmm.. skrg ni bnyk program yg byk main ngan fantasi dan imajinasi org contohnya "bygkan 1 tahun dari skrg, anda pakai keta mewah... bygkan anda tidak perlu riso lagi pasal berat badan kalo pakai produk ni..." cam tu...

pasal UM=Unique marketing lak, dia ade nama lain iaitu USP=unique selling proposition dan juga NM=niche marketing

cam citer cikgu pasal kedai gunting rambut pakai kusi dinasour tu, dia niche marketing yg target kanak2... so dia kira bijak la sbb jadi yg pertama buat cam tu kat kawasan dia. kalo orang lain nak tiru, buat kat kawasan dia yg mana seme kedai gunting lain tak penah buat cam tu lagi, aku rasa mesti bleh wat untung cam org yg dalam citer tu gak.

Tips-tips ni,..kalau nak di amalkan memang boleh..kalau sudi.

USP adalah nama sebenarn bagi UM, dan UM tu saya yg reka sendiri terms dia, supaya senang nak ingat.

R.A,S pulak adalah "Reticular Activating System". dan ianyanya bolehlah di definisikan sebagai kompas otak..

Share this post


Link to post
Share on other sites

as'kum...

saya pembaca no 1 cikgureza dan edot_jamil...

kerana cara tulisan dan penyampaian mereka mmg best...

takde punyer yang nak berselindung... :P

so, cikgureza... erm, bila lagi nak sambung nih (tip berjaya utk graduan) ?

hehe.. :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ni soalan yg aku dpt kat msgbox aku..

A'kum ,

Saya Zamlan dari Senawang. Saya amat tertarik dengan tulisan cikgureza mengenai bagaimana nak start perniagaan IT. Saya bukan orang IT, background saya mekanikal.

Sekarang bekerja sbg production officer di salah sebuah kilang di sini. Sebenarnya saya sedang memikirkan idea untuk buat bisnes kecil2lan, iaitu buat website untuk peniaga2 kecil. Since saya tak terer IT, saya pikir utk buat JV dgn seorang member yang memang dalam bidang IT, tapi dia pun tak tau sangat pasal bisnes ni..

So, saya nak tanya nasihat cikgureza la, bagaimana nak start perniagaan sebegini? Contohnya, bagaimana nak buat agreement yang sesuai, apa perlu ada dalam agreement supaya customer pun happy dan of course boleh untung.. Atau bolehkah cikgu kenalkan website local yang boleh saya jadikan guide ..

Saya dah survey, memang banyak syarikat kecilan di sini yang berminat untuk memiliki website sendiri. Dan saya yakin peluang tu agak cerah.

Thank you.

Okess..jadi dah ada dua faktor untuk kau start bisnes ni, iaitu, management bisnes dari kau dan jugak management dari segi technical.iaitu,kawan kau tadi..

Jadi, step seterusnya bukan agreement,sebaliknya kena start cari marketeer/ reseller supaya buleh generate duit.

Jadi, seperti dlm thread ni yg lepas2, aku nasihtakn ,kalau takleh bayar marketeer yg bagus-bagus, mulakan JV dengan orang lain atau company lain.

Perniagaan website ni dah mula since 1996 (awal lagi pun ada!) kat Malaysia ni,jadi kena bersaing sikit. Cuma, kena ingat, ada segmen market yg big player tak berapa concentrate, sebab diorang target big money, so, yg ni lah yg kau buleh mulakan untuk target.

Contoh yang paling senang, herbal product yg dari start up company..tak perlu aku namakan yg mana satu, sebab banayk herbal product skang ni, so kau buleh lah start promote service /product kau kat diorang..

Dari segi client pulak, soalan yg sering bermain kat kepaa diorang sebelum diorang invest kat kau adalah, antaranya:

1) "Buleh ke website ni tarik ramai client untuk kenal product aku? "<-ni adalah perasaan Fear/ Takut.

2) "Kalu aku invest duit kat site ni berbalaoi ke? Bolehke aku dapat ROI nanti?" <---yang ni adalah Uncertainty / Tak keruan.

3) "Bisnes kecik cam aku ni, patut ke pakai website? Lagipun apa janji after sales services dari webmaster aku ni?" <----yang pulak adalah Doubt/ Keraguan

Jadi, kalau kau dapat buang FUD (Fear, Uncertainty dan Doubt) dari otak client kau dengan product yg kau nak introduce tu..insyallah, Job/Contract tu milik kau..

Selamat berjaya, dan harap membantu,...

Share this post


Link to post
Share on other sites

sorry kalo menyampuk... sebenarnya sy pon ada gak buat bisness e-dagang ni... bisness ni baru bermula br berusia 2 blan....

tapi sy baru join dalam seminggu....

sy merupakan antara orang yang kedua puluh di terengganu yang join benda ni...

blan lapan ni kitaorang buat perjumpaan kat ampang...

dia jgak guna plan a dan b dlm bisness ni...

dalam seminggu saya dah dapt rm700 rgit...

tak ke lumayan tu...

kalo berminat sila mail kat sayer...

tp sy syor untuk pelajar ipt lah... pasal bisness ni on line terus melalui internet....

kalo tak percaya nnti saya antar income sy... camner...

nak keterangan lanjut hbungi saya k...

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehehe.. ada orang tersesat kat cni kot...

apa kata u cerita cni jer..

letak gambo kat cni besar2...

dan bleh dapatkan nasihat disini

Edited by civ3

Share this post


Link to post
Share on other sites

[info yg best...!!

Edited by PinguSpy

Share this post


Link to post
Share on other sites

Okeh..skang ni yg paling penting dlm bisnes IT ni sebenarnya bukanlah duit! Tetapi sales & marketing punya division.

Dan kepada korang yg nak start up bisnes IT ni, aku nasihatkan jgn buat sebrang loan yg besar2 (lebih dari RM5000) dari mana2 institusi kewangan samada berlesen atau tak berlesen.

Jadi, kalau dah tak buat loan, camner nak buat modal? kalau korang tanya soalan tu..jawapan aku adalah, korang semua ni merupakan bisnesman Gen Y, aku dulu Gen X,so, sepatutmya korang lebih advance dari segi survival (bisnes IT ni dikira kejayaanya melalui survival.) Dan macam aku pernah cerita kat atas2 ni, korang kena berkorban!

Sebagai contoh, korang develop satu system yg ada promising punya future. Dan dgn development tu, korang sertakan sekali dengan beberapa business model, iaitu caner korang punya plan untuk berjaya menjual sebanyak mungkin system tersebut (letakan sekali FUD dan juga USP/UM pada business model tu). Dan jugak jgn lupa, berapa profit yg korang estimate buleh dapat dari system tu..

So, once semua tu dah siap, tibalah masanya untuk korang berkorban! Jadi, skang ni korang kenalah jaja system yg dah siap tu pada company2 IT yg lebih besar dan lama bertapak (aku cadangkan propose pada company caa yaa nun alif- sebab diorang lebih memahami bisnes dan jugak business plans ni). Tapi korang bukan nak jual system tu untuk dia guna! Sebaliknya, korang nak jual Intelectual Property termasuk segala code2, hak cipta dan sebagainya dari system tu kepada diorang, dengan satu harga Lump Sum.

Dan sebagai panduan, katakanlah system tu korang jangkakan buleh dapat RM500,000 dalam masa setahun, jadi, korang quote lah harga lebih kurang 35% dari RM500,000 tu (amik cost development je- dan tolak cost maintenance sebab korang tak buat maintenance dah.)

Dan dgn duit tu lah korang buat modal.

Dan sekali lagi aku nasihatkan, jgn sesekali hutang bende2 bodoh macam beli kereta ke, rumah ke, kredit kad ke.Ni nasihat untuk korang yg baru nak start up bisnes je! kalau dah lama binses tu, beli lah kepala keretapi sekalipun ,aku peduli hapa.Itu korang dah memang berduit.Cuma nasihat ni untuk yg betul2 baru nak start bisnes!

Dan dengan modal tu pulak, jgnlah berabis kan duit tu, beli brang ala kadar je..kalau tak perlu PC/workstation yg spec tinggi2, tak yah lah beli, unless korang game developer ke, lainlah.

Dan belajar2 lah guna Open Source untuk meng ultimatekan penjimatan bisnes korang.

Nanti aku sambung balik..

Edited by cikgureza

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tapi korang bukan nak jual system tu untuk dia guna! Sebaliknya, korang nak jual Intelectual Property termasuk segala code2, hak cipta dan sebagainya dari system tu kepada diorang, dengan satu harga Lump Sum.

yang ni aku tak berapa paham...

kalau kita dah jual system kita, otomotik system kita tu dah jadik hak milik kekal pembeli tu kan ?

erm, camner hek kalau diorang tak guna, tapi diorang tak beli tu ?

confuse eden... :D

saya budak baru belajar... :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

yang ni aku tak berapa paham...

kalau kita dah jual system kita, otomotik system kita tu dah jadik hak milik kekal pembeli tu kan ?

erm, camner hek kalau diorang tak guna, tapi diorang tak beli tu ?

confuse eden... :D

saya budak baru belajar... :D

Oh..aku lupa nak bagitau..yg korang jual tu, untuk company yg nak jadi reseller. Maksud aku, bukan dia yg nak guna system tu, tapi dia cuma nak jual balik pada oraginization lain dan dapat untung. System yg korang jual tadi kat company reseller tu pulak, akan di rebrand dan jugak di ubah-maybe 100%. So, memang korang dah takde hak dah atas system tu..

Ada faham?

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagus topik nie..thanks cikgu reza

Oh..aku lupa nak bagitau..yg korang jual tu, untuk company yg nak jadi reseller. Maksud aku, bukan dia yg nak guna system tu, tapi dia cuma nak jual balik pada oraginization lain dan dapat untung. System yg korang jual tadi kat company reseller tu pulak, akan di rebrand dan jugak di ubah-maybe 100%. So, memang korang dah takde hak dah atas system tu..

Ada faham?

saya setuju jugak..walaupun kita dah tak de hak ketas isitem tu...tapi ilmu yg kita dapat sepanjang development process tu masih bernilai..boleh gunakan teknik/algorithm yg asma..tapi code yg berlainan utk next project..tul x ?

lagipun teknik/alogithm tu kadang2 cedok dari internet jugak..hehehe...

Share this post


Link to post
Share on other sites

cikgureza

saya mmg berminat nak buat bisnes sendiri ni. masalah utama saya ialah bagaimana mahu mencari client. memandangkan masih baru dalam dunia perniagaan nih. boleh tak cikgureza berkongsi pengalaman bagaimana nak kenal pasti potential client kita. dan bagaimana cara terbaik nak approach mereka.

p/s: saya ada kepakaran dalam pembangunan website dan networking. sekarang pun act as webmaster kat syarikat saya bekerja. degree IT UKM

Share this post


Link to post
Share on other sites

cikgureza

saya mmg berminat nak buat bisnes sendiri ni. masalah utama saya ialah bagaimana mahu mencari client. memandangkan masih baru dalam dunia perniagaan nih. boleh tak cikgureza berkongsi pengalaman bagaimana nak kenal pasti potential client kita. dan bagaimana cara terbaik nak approach mereka.

p/s: saya ada kepakaran dalam pembangunan website dan networking. sekarang pun act as webmaster kat syarikat saya bekerja. degree IT UKM

Nak tak nak, kos untuk marketing+ sales perlu di laburkan dlm bisnes. Sebab client tak dtg bergolek sebelum adanya marketing. (cth: kalau satu budak kecik bagitau yg opis kita ada buat web portal, pastu client yg dgr tu call kita untuk confirm dan subscribe-maka, itu jugak marketing)

Jadi, kena ada budget untuk mencari marketeer/sales person. Aku jugak mengalami maslah yg sama masa aku decide untuk jual sendiri apps2 yg aku ada , jadi seperti yg aku citer dlm post2 yg lepas, gunakan strategic partner untuk menjadi marketeer/sales kau.

JV ngan mana2 IT company yg kita kenal. Dan sebenarnya bagi aku, tak kisah pun kalau company aku ni di sub kan kerja, sebab lebih senang. Ingat melobi org takde kos ke?

Sebab tu lah, aku tak berapa kisah sgt kalau org(client) tak kenal company aku , tapi diorang bayar untuk product aku..

hahahahaha

:lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak buat JV dgn company IT ni susah skit la Cikgureza, sebab kebanyakkan yang saya jumpa, diorang cakap lebih kurang mcm ni la --> daripada bagi ko projek website tu, baik company aku buat. :huh:

setakat ni blm berjumpa yang sudi menJV kan diri mereka.

sbb tu saya plan nk sendiri cari client yg blm ada website, market diri kat dia, pastu buat mcm Cikgureza ckp tu, caj bulan-bulan selama 1 thn. so dia tak payah risau pasal nak update ke apa ke.. cari dalam 10 client mcm ni, cukup la sbg permulaan.

agak-agak boleh berjaya ke? sbb tu saya tanya sblm ni mcm mana nak tau potential client & camne nk approach.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...