rinadin75 0 Report post Posted November 8, 2012 [url="http://kahwinthaibest.blogspot.com/"]http://kahwinthaibest.blogspot.com/[/url] [url="http://drinamayra.blogspot.com/p"]http://drinamayra.blogspot.com/p[/url] ... an-di-thailand.html [url="http://drinamayra.blogspot.com/p"]http://drinamayra.blogspot.com/p[/url] ... an-di-thailand.html apakah pendapat anda???? Quote Share this post Link to post Share on other sites
TonikCapGajah2013 175 Report post Posted November 8, 2012 Kenapa perlu kawin di Thailand. Orang Malaysia kawin di Malaysia la. Ikut peraturan di Malaysia. Kecuali menetap di Thailand. Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted November 8, 2012 [code]Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini. Seksyen 31 (5) menyebut bahawa, sekiranya perkahwinan itu lewat didaftarkan, ia boleh didaftarkan kemudian tetapi tindakan akan diambil terhadap pasangan suami isteri. Denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini berdasarkan Seksyen 125 (2) akta yang sama. http://intim.wordpress.com/2007/10/21/dilema-status-nikah-di-thailand/[/code] Quote Share this post Link to post Share on other sites
TonikCapGajah2013 175 Report post Posted November 8, 2012 Pendapat tuan rumah TS macamana plak, ada cita2 ker nak kawin di Thailand. Quote Share this post Link to post Share on other sites
dvdbane 86 Report post Posted November 8, 2012 ini patut msok ruangan iklan ni hahahaha..perkhidmatan kawin kat thailand Quote Share this post Link to post Share on other sites
Panglima Khalid 132 Report post Posted November 8, 2012 (edited) memang nikah di sana sah dari sudut hukum, tak daftar nikah pun nikah sah, bukan setakat thailand, dalam belukar belakang rumah pun boleh berakad nikah cuma, saya agak kurang setuju dengan iklan seperti ini. alasan saya :- 1- tak perlu ke thailand, peruntukan undang-undang syariah negeri Perlis dan Pulau Pinang (dan mungkin negeri lain juga) tidak mewajibkan keizinan isteri pertama untuk poligami. maka kenapa perlu ke thailand ? 2- iklan di website berkenaan seolah-olah menggalakkan muda-mudi yang ghairah bercinta untuk mengetepikan keluarga dan pergi bernikah mengikut nafsu dan hati muda membara mereka. mereka sepatutnya dibimbing kerana pengalaman yang masih cetek dan pemikiran yang masih muda remaja. [edit: lama tak dengar lagu ni http://youtu.be/g-0SbLyIcg8] 3- dan website berkenaan juga menggalakkan keretakan rumah tangga terhadap lelaki yang sudah beristeri tetapi mahu berpoligami secara senyap-senyap. bukti point dua dan tiga boleh dilihat dalam setiap blog-post di link terdapatnya ayat berikut :- [quote] [b] NIKAH SIAM NIKAH THAILAND KAHWIN SIAM KAHWIN THAILAND KAHWIN SENYAP SESAMA KITA[/b] [/quote] 4- saya tak rasa semudah itu (nikah, daftar di konsulat, siap). orang konsulat pun perlu beramanah dan berhati-hati untuk sebarang penipuan dan ambil kesempatan. jika semudah itu, rasanya takkan berlaku masalah pernikahan yang tidak berdaftar. kalau semudah itu, budak2 mesir sini nak nikah takde lah nak merungut masalah pengurusan yang merumitkan. -=-=-=-=-=-=-=- nikah di siam, atau di india, atau di acheh atau di indonesia, atau di manila, atau di jepun, atau di brunei atau di mana sekalipun, sah jika cukup syaratnya. mungkin jadi pertikaian, di sana wali tiada, atau tidak direstui wali justeru kahwin lari ke sana, menyalahi pandangan yang digunapakai dalam negara selama ini atau dengan kata lain syaratnya tak cukup. jawapannya, di sana mengamalkan mazhab yang lain dari mazhab di sini. kaedah mazhab sana, walaupun wali tidak izinkan, nikahnya masih sah. kerana itu, undang-undang malaysia cuma mengarahkan pasangan yang berkahwin di luar negara membuktikan rekod pernikahan mereka dan seterusnya berdaftar dengan pihak yang berkenaan. tanpa pendaftaran rasmi, pernikahan itu boleh dianggap tidak berlaku yang akan menyukarkan proses mengeluarkan sijil kelahiran anak. untuk sah nikah, perlu ada 5 rukun (Suami Isteri Saksi Wali Akad) dalam mazhab syafie suami ada tapi di tempat lain, boleh diwakilkan. wali pun boleh diwakilkan. saksi, sesiapa sahaja dua orang lelaki yang aqil baligh, akad ijab dan qabul. selesai. susah? nak kena ke siam? tak perlu pun. niat yang jujur dan ikhlas, agama menjadi keutamaan, insyaAllah Allah mudahkan. Edited November 8, 2012 by Panglima Khalid Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted November 10, 2012 sah ?? sah?? alhamdulillah, ehehehhe kalo kat Malaysia agak sukar sket sebab prosedur dia tu, lagi2 kalo nak poligami, tp pada pandangan aku la kan, proses memang menyusahkan sebenarnye... nak berurusan dengan juru nikah dengan pejabat agama lagi pulak yang jenis wali takde/hilang ini pengalaman aku sendiri la, walaupun same negeri, tp prosedur macam2 nak kene wat... kawan aku yang nak kawin pasangan lain negeri pun pening... huhuhu Quote Share this post Link to post Share on other sites
Panglima Khalid 132 Report post Posted November 10, 2012 nikah je dulu hehe pakat dengan wali perempuan, dengan beberapa orang terdekat, nikah di rumah perempuan berwalikan wali asal (ayah atau sedara lelaki pengantin atau seterusnya) cukup syarat cukup rukunnya, dan lepas tu baru [b]sambung [/b]urusan daftar. buat urusan daftar macam tak nikah lagi, kalau pihak berkenaan suruh akad nikah sekali lagi, buat akad nikah lakonan, sambil dengan buat majlis macam baru je nikah. memang kebanyakan urusan pernikahan tu tak penting pun, tapi diadakan jugak oleh pihak berkenaan untuk mengelakkan masalah masa mendatang kalau ada penipuan dan sebagainya. cuma.... benda tu semua tak didaftarkan secara online/central, menyebabkan kes macam 'ust Razis' berlaku yang sepatutnya takkan berlaku Quote Share this post Link to post Share on other sites
K.A. 312 Report post Posted November 10, 2012 ustaz playboy tu memang dia bijak menipu.. so kes tu mungkin lain sket dengan kes kebanyakan orang yg nak nikah ne Quote Share this post Link to post Share on other sites
Panglima Khalid 132 Report post Posted November 12, 2012 [size=4]cer baca berita bawah nih...bukan senang nak terus daftar di luar negara beb. pendaftaran nikah di konsulat a[/size]da prosedur dia... sumber :[font=arial,helvetica,sans-serif][size=4] [url="http://jalanpulang1978.blogspot.com/2011/01/panas-artis-kantoi-diserbu-jais.html"]http://jalanpulang1978.blogspot.com/2011/01/panas-artis-kantoi-diserbu-jais.html[/url][/size][/font] [b] [/b] [size=4][quote][/size] [b] [size=3]Tuesday, January 18, 2011[/size][/b] [b] PANAS!! Artis Kantoi Diserbu JAIS!![/b] [url="http://www.hmetro.com.my/articles/HaleedanikahdiThailand/Article"][color=#3d85c6][b]Haleeda Nikah Di Thailand![/b][/color][/url] [center][spoiler][/center] [center][url="http://1.bp.blogspot.com/_qyxHOFrMS4s/TTTEi5Ey46I/AAAAAAAACpw/CK2lxE5FDXs/s1600/images.jpg"][img]http://1.bp.blogspot.com/_qyxHOFrMS4s/TTTEi5Ey46I/AAAAAAAACpw/CK2lxE5FDXs/s400/images.jpg[/img][/url][/center] [center][/spoiler][/center] Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu. Menurut sumber pengakuan pasangan terbabit yang mereka sudah bernikah di negara jiran diperoleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selepas seorang pengadu membuat laporan kepada Jais, sering melihat pelakon lelaki terbabit ke rumah dramatis itu pada waktu malam dan hanya keluar pada awal pagi. Difahamkan wanita itu dihubungi Jais Khamis lalu untuk tujuan siasatan namun dia menafikan perkara itu. Sumber itu berkata, berikutan penafian itu pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka. “Berdasarkan pengakuan lelaki terbabit pihak berkuasa tidak jadi untuk menyerbu rumah dramatis yang terletak di Taman Keramat, dekat sini kerana pasangan berkenaan mengaku sudah bernikah. “Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk,” katanya di sini, semalam. Menurut sumber itu lagi, pelakon lelaki berkenaan ketika datang untuk membuat pengakuan terbabit, turut menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di Thailand dan selepas menelitinya pegawai di pejabat agama itu berpuas hati mereka sudah bernikah serta menyerahkan kes pernikahan luar kariah itu kepada pihak mahkamah. Katanya, kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pendakwaan. Penyanyi dan pelakon wanita itu boleh didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Manakala suaminya pula boleh didakwa bersubahat terhadap pertuduhan yang dihadapi isterinya itu. Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 133 yang dibaca bersama Seksyen 40(2) Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan yang membawa hukuman sama. Difahamkan pasangan terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jumaat ini bagi sebutan kes pernikahan mereka di negara jiran itu. Sementara itu, usaha mendapatkan komen daripada pelakon wanita berkenaan gagal kerana ketika dihubungi taliannya berada di luar kawasan. Pelakon terbabit sebelum ini hangat diperkatakan apabila kes perceraian dan tuntutan nafkah dengan bekas penyerang kebangsaan itu menjadi tumpuan media. Dramatis terbabit berkahwin dengan pemain bola sepak itu pada 27 Januari 1995 dan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003 serta dikurniakan seorang cahaya mata. Kes tuntutan nafkahnya pula diselesaikan di luar mahkamah Oktober tahun lalu, selepas kedua-duanya bersetuju mencari penyelesaian secara baik. [/quote] Quote Share this post Link to post Share on other sites
TonikCapGajah2013 175 Report post Posted November 13, 2012 Cuba permudahkan prosidur nikah-kawin nie seperti yang dianjurkan oleh Islam. Yang menjadi masalah sosial sekarang ialah salah satunya disebabkan prosidur yang complicated. Quote Share this post Link to post Share on other sites