Jump to content
wadud

Usahawan Tani

Recommended Posts

tak banyak artikel pasal agrotek ...kaedah pertanian malaysia dlm google ..aku dah puas cari ...tErutama pasal ...pertanian tanpa tanah..ape name die ..aku pon dahx ingat

Share this post


Link to post
Share on other sites

assalamualaikum wbt semua..den baru balik dari kampung..hehe..dah banyak mesej kek sini rupanya..thanks.. biggrin.gif

lembu - ada 2 stail satu pakai tanah satu main fidlot. pakai tanah kena besar pasal sekor makan berapa kilo sehari so kalau ko nak ada  100 ekor lembu kena ada lebih 10 ekar tanah, tapi lembu bleh buat side income lembu susu gak. kalau pakai fidlot tanah tak besar tapi belanja nak buat kandang memang mahal gak, honestly lembu kalau ko nak untung kena ada modal besar (at least lebih 200K) paling penting ada tanah/sumber air berdekatan

kambing - kambing boer permintaan melebehi pengeluaran sekarang ni, so kalau ko bela ni (aku plan kalau ada modal) confirm tak terlayan permintaan dari peraih for at least 6-10 years lagik.

ayam - ni agak senang (orang cakap) tapi kena ingat ko nyer harga sentiasa akan lebih tinggi berbanding ayam import (china/thai) cuma ni paling lazim, u won't get out of biznez.

itik - ok gak bleh buat telur masin sekali.

ni contoh paperwork sikit pasal Lembu fidlot

http://www.jphpk.gov.my/Malay/Fidlot1.htm , kira bleh bagi ko rough idea camana nak buat kerja jadi penternak.

p/s: jaga ternakan ni cam ko jaga makan anak, kalau anak ko cukup makan benda bagus, bagus la jadinya ....

den tengok ekau cam banyak ilmu ttg mende ni..leh kongsi lg x apo yg ekau tau. pasal lembu tu..apo yg dimaksudkan dgn fidlot? dan apo lak satu lg jenis tu? yg den tau lembu ni yg ramai org bela sekarang ni lembu daging..tapi den ingat nak bela lembu kampung je hehe

ayam lak den ingat nak bela ayam kampung gak..senang nak jaga..pastu harga pun mahal..telur pun mahal.. biggrin.gif

kambing boer tu apo? den ingat nak bela kambing gak..dulu arwah bapak den bela kambing gak..kandang kek bawah umah hehe laugh.gif

cam best jer jadik usahawan kambing.. aku nk join bleh..? nnt bleh la kwn2 aku panggil nayoe kambing.. hahhah..

ko duk area mana wadud..?

hehe..90% rezeki tu datang nya dari perniagaan..usahawan memang best..sendiri bos sendiri kuli..pastu dapat hasil pun puas hati sbb hasil usaha sendiri hehe biggrin.gif

den duk kek mersing johor..la ni ado kek UM kl la..keje kontrak je..dah tamat pun 1 aribulan ari tu hehe

HOHohoh.....ade degree baik mintak ..load dr PUM ke PUS ...program keusahawanan siswa....sekali Bg maks 250 000

PUM/PUS tu mende umai?

Share this post


Link to post
Share on other sites

den tengok ekau cam banyak ilmu ttg mende ni..leh kongsi lg x apo yg ekau tau. pasal lembu tu..apo yg dimaksudkan dgn fidlot? dan apo lak satu lg jenis tu? yg den tau lembu ni yg ramai org bela sekarang ni lembu daging..tapi den ingat nak bela lembu kampung je hehe

ilmu tu tak banyak mana, cuma lately aku banyak buat research sendiri pasal plan 2/3 tahun lagi aku nak start benda ni ..

fidlot (feedlot) - Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sendasa berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat

1 orang bleh jaga sampai 200 ekor lembu dengan fidlot dengan cara manual, kalau automated bleh up to 400 ekor lembu sorang jaga heheh

ayam lak den ingat nak bela ayam kampung gak..senang nak jaga..pastu harga pun mahal..telur pun mahal..

ni lagi senang jaga tapi faham2 la musim bird flu sekarang ni haha

kambing boer ni kat agrotek ada tunjuk hari tu, ni kambing sesuai sangat di ternak nampak pun garang, isi pun banyak

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe..ekau kalu ado web-web yg boleh dibuat rujukan utk usaha ni, pos la kek sini.. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

td ada terjumpa paper lama, dlm awal oktober. sisipan mega dlm utusan. dlm tu ada artikel pasal usahawan tani CIMA Agro (Cendawan Industri Malaysia). Diorang ada buka peluang kepada sesiapa yg berminat.

So, tanak cuba ke?

Share this post


Link to post
Share on other sites

kek mano lak den nak cari paper lama tu hehe biggrin.gif anyway thanks ttg info tu cool.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe..thanks..tapi tu macam nak suruh kita jd ejen dia je tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

tambah lagik

nak ternak ayam bleh ternak kontrak (korang ternak utk company besar - big players cam kfc holdings dll) cuma aku tak tau la sebab kalau bagi ngan satu peraih besar jangan2 dia ambik murah berbanding jual sendiri hehehe diorang kan comodity players sure bleh main supply & demand utk manipulate

banyak lagi bleh ternak sebenarnya

ternak kutu paling best laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

tambah lagik aku cekup dari http://agrolink.moa.my/jph/dvs/booklets/a-to-z/fidlot.html

1. APA ITU FIDLOT ?

Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara sendasa berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat.

2. APAKAH KEPERLUAN ASAS UNTUK MENTERNAK SECARA FIDLOT ?

Mentemak lembu secara fidlot boleh dipertimbangkan sekiranya sudah dikenalpasti dan ditentukan sumber makanan lembu yang bermutu dengan harga yang berpatutan, bekalan lembu pengganti (feeder) yang sesuai dan tempat untuk pasaran. la fidak memerlukan kawasan tanah yang luas.

3. BAGAIMANA MENTERNAK SECARA FIDLOT

Satu cara ialah untuk anak lembu jantan yang muda beratnya kira-kira 150 -200 kg digemukkan di dalam kandang. Dalam masa tidak lebih 6 bulan, lembu itu akan mencapai berat antara 330 - 350 kg. dan boleh dijual untuk disembelih.

4. ADA BERAPA SISTEM MENTERNAK LEMBU FIDLOT ?

Ada dua sistem :

1. Sekali masuk sekali keluar ialah memelihara sekumpulan lembu sahaja sehingga tamat penggemukan. Selepas dijual habis barulah dimasukkan kumpulan baru.

2. Masuk keluar berterusan pula ialah memelihara beberapa kumpulan lembu secara berperingkat-peringkat berterusan mengikut tempoh tertentu, misalnya tiap-tiap bulan. Jumlah temakan akan tetap apabila semua peringkat kumpulan telah dipenuhi.

5. APAKAH BAKA LEMBU YANG SESUAI ?

Baka lembu tempatan :- Kedah - Kelantan

6. KENAPA LEMBU IMPORT ?

Bekalan lembu tempatan yang sesuai untuk diternak secara fidlot adalah terhad. Satu cara untuk mendapatkan bekalan satu kumpulan lembu pengganti yang sama besar ialah melalui import.

7. TIDAKKAH LEMBU IMPORT ITU LIAR ?

Harap bersabar jika lembu yang baru ada kelihatan agak liar. Ini kerana ia belum sesuai dengan keadaan sekeliling yang baru. Kandang dan kemudahan yang kukuh serta pemberian makanan dan air yang cukup pasti menentukan kejayaan

8. MAKANANNYA BAGAIMANA ?

Apa juga baban makanan yang bermutu boleh digunakan, sama ada sebagai makanan tunggal atau campuran. Yang penting ialah makanan itu boleh memberi pertambahan berat sehari yang maksimum dengan harga yang paling murah.

Di Malaysia, ada banyak bahan-bahan sampingan pertanian yang boleh digunakan untuk makanan lembu. Contohnya ialah hampas isirong palma (PKC), enapcemar kelapa sawit (POME), dedak padi, kulit koko, hampas kelapa, ubi kayu, pati gula dan sebagainya.

Ada makanan boleh diberikan secara tunggal iaitu hampas isirong palma (PKC). Yang lain perlu dibuat rumusan untuk menambahkan mutunya. Jika harga PKC agak mahal, ia boleh dicampur dengan bahan-bahan lain supaya lebih murah.

9. APA ITU PKC ?

Hampas isirong Palma atau Palm Kernel Cake (PKC) ialah hasil sampingan apabila isirong kepala sawit diperah untuk mendapatkan minyaknya. Ia mengandungi kira-kira 16% protin kasar dan boleh diberikan kepala lembu secara makanan tunggal. Ia mudah didapati, mudah dikendalikan dan boleh disimpan lebih lama. Lagipun, lembu suka memakannya.

10. BERAPA BANYAK HIARUS DIBERI MAKAN ?

Biasanya dalam sehari seekor lembu memakan kira-kira 5 kg berat bahan kering. Lembu itu mesti boleh membesar pada kadar antara 600-800 gm sehari.

11. AIR BAGAIMANA PULA ?

Air yang bersih mesfilah ada setiap masa. Jangan menggunakan air paip kerana ianya mahal. Cukup sekadar air telaga atau air sungai yang dipamkan. Membasuh kandang janganlah menggunakan air yang berlebihan.

12. SIAPAKAH BOLEH MENTERNAK LEMBU FIDLOT ?

Sesiapa juga beleh menternak lembu fidlot tetapi seorang penternak itu mestilah :

* berminat

* mempunyai kawasan tanah

* mempunyai modal

* boleh mengerjakannya

* boleh menjual lembu setelah selesai penggemukan.

13. BAGAIMANAKAH MEMILIH KAWASAN ?

Kawasan untuk fidlot mestilah :

1. Cukup ruangan untuk kandang iaitu 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi tiap-tiap seekor lembu.

2. Mempunyai jalan keluar masuk yang baik.

3. Mudah mendapatkan makanan temakan.

4. Mudah mendapatkan air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.

5. Mempunyai saliran yang baik supaya tidak mencemar alam sekitar.

6. Jauh dari rumah kediarnan, supaya bau kandang tidak mengganggu orang ramai.

7. Hampir dengan tempat menjual lembu dan pasar menjual daging.

14. BAGAIMANA CARANYA MEMBINA KANDANG YANG BETUL ?

1. Kandang mestilah berlantai konkrit. Luas lantai untuk seekor lembu ialah 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi). Misalnya untuk 10 ekor lembu, kandang itu mestilah 10 meter Lebih kurang 30 kaki) panjang dan 3 meter (lebih kurang 10 kaki) lebar. Tingginya ialah di antara 2.5 - 3.0 meter (lebih kurang 8 - 10 kaki).

2. Tiang dan palang dinding hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya kayu yang mahal. Kayu lama atau kayu hutan yang baik boleh digunakan menjimatkan kos. Atap nipah atau zing boleh digunakan sebagai bumbung.

3. Lantai konkrit mestilah baik dan tahan supaya kuku lembu tidak cedera. Kecerunan mesti sesuai supaya air tidak bertakung dan ternakan berdiri dengan selesa.

4. Palung makanan boleh dibuat dari konktrit, papap atau tong minyak dibelah dua. Ruangan untuk makan ialah 0.5 meter (lebih kurang 1.5 kaki) seekor.

5. Palung air boleh dibuat diri konkrit, tong minyak dikerat dua atau tong plasitik. Ruangan untuk minuman ialah 0.2 meter (lebib kurang 3/4 kaki tiap-tiap) seekor.

6. Kalau boleh di sekeliling kandang ada pokok-pokok teduhan, tetapi tidak menghalang pengudaraan kandang yang baik.

15. APA LAGI PERLU DIBINA?

1. Stor makanan hendaklah berlantai dan berbumbung supaya sentiasa kering. Ia mesti berhampiran dengan kandang supaya mudah mengangkut makanan. Awas, jika tidak disusun rapi, tikus akan bersarang.

2. Sebuah takungan Tinja (Najis) berukuran 0.03 meter padu (lebih kurang satu kaki padu) untuk seekor sehari perlu dibuat. Ia berguna untuk menampung pepejal tinja. Hanya air jernih saja yang keluar ke dalam longkang besar. Ini akan niengurangkan pencemaran air. Mendapan tinja boleh dikumpulkan untuk dijadikan baja tanaman.

3. Tempat Memunggah pula diperlukan supaya mudah ternakan turun ketika mula-mula sampai dan naik lori kmka dijual nanti. Pagarnya mestilah kuat supaya lembu tidak terlepas lari.

4. Pasung pula diperlukan untuk memeriksa dan membuat rawatan kepada tern,ikan atau untuk mcnimbang lembu. Harus diingat, jangan berbelanja berlebihan untuk membuat kandang dan kemudahan-kemudahan tersebut. Yang perlu ianya dibuat dengan sempuma dan kukuh. Jika kandang terialu mahal, untung akan berkurangan. Jika palung makanan bocor, makanan akan terbuang dan membazir.

16. BERAPA ORANG BOLEH BEKERJA ?

Menternak leinbu secara fidlot tidak memerlukan banyak tenaga. Bergantung kepada bentuk pengurusan, anda seorang boleh menjaga sehingga 200 ekor lembu tanpa masalah. Seorang lagi ahli keluarga boleh membantu apabila diperlukan.

17. APAKAH KERJA HARIAN DI KANDANG FIDLOT ?

Mudah saja ! Kerja-kerja berikut adalah mengikut susunan. Boleh diubahsuai di mana perlu. Biasanya ia dibuat di sebelah pagi :

1. Perhatikan dahulu ternakan secara keseluruhan jika ada temakan yang kelihatan sakit. Camkan kalau ada yang kurang sihat atau tidak mahu makan, tempang, berak cair, keluar liur, berbunyi ganjil atau terbaring.

2. Periksa palung makanan dan palung air, perhadkan sisa dedak dan anggarkan makanan yang perlu ditambah hari itu.

3. Basuh lailtan kandang dan jika perlu ternakan itu sekali. Basuh palung air dan gantikan airnya. Awas, palung makanan jangan dibasuh. Jika basah dedak akan cepat berbau dan lembu tidak memakannya.

4. Palung makanan perlu disapu sahaja. Sisa dedak bolch ditolak ketepi. Setelah meleta dedak baru, sisa dedak tadi bolch ditabur di atasnya. Jika dibuang, ia menbazir.

5. Jika sah terdapat lembu yang sakit, Pejabat Haiwan yang paling hampir perlu dipanggil untuk memeriksa lebih lanjut dan memberi rawatan. Dengan 10 - 50 ekor temakan masa yang perlu digunakan di kandang ialah antara 2 - 4 jam sehari. Masa yang masih terluang boleh digunakan untuk membuat kerja lain.

18. ADA KERJA-KERJA LAIN YANG PERLU DI BUAT ?

1. Seminggu sekali gali dan kumpulkan mendapan tinja dari dalam takungan tinja. la boleh dijadikan baja untuk sayur-sayuran atau pokok buah-buahan.

2. Seminggu sekali stok makanan perlu ditambah supaya makanan atau dedak tidak terputus.

3. Seminggu sekali persekitaran kandang perlu dibersihkan supaya kelihatan kemas dan bersih.

19. BILAKAH MENIMBANG LEMBU ?

1. Semasa tiba, lembu ditimbang supaya dapat diketahui berat asal setiap ekor lembu.

2. Menimbang sebulan atau dua bulan sekali, bagi memeriksa pertumbuhan dan penggemukan lembu. Mungkin ada yang telah terbantut.

3. Ketika menjual juga perlu ditimbang kerana jualan mesti berasaskan timbangan berat hidup.

20. BILAKAH LEMBU SESUAI DIJUAL ?

Masa sudah tiba untuk lembu di jual jika :

1. Lembu sudah mencapai berat 330-350 kg. (Lembu boleh diperbesarkan lebih dari berat badan ini jika ada pasaran yang memerlukan).

2. Lembu sudah tidak bertambah berat walaupun memakan sama banyak dedak.

3. Lembu yang tercedera tau berbantut.

4. Walaupun berat tertinggi belum tercapai, tetapi telah ada pembeli yang menawarkan harga yang sangat baik.

5. Walaupun berat tertinggi belum tereapai, musim perayaan telah tiba.

21. BAGAIMANA MENJUAL TERNAKAN ?

Ada 4 cara :

1. Anda boleh menjual sendiri dengan bebas, untuk mendapatkan harga yang paling baik.

2. Dengan sistem lelong, beberapa orang pembeli dipanggil ke kandang untuk menawarkan harga. Sesiapa menawarkan harga paling mahal, dia berjaya membeli lembu tertentu.

3. Pejabat Haiwan boleh diminta untuk menyelaras urusan jual beli, Ini jika melibatkan Rancangan Jabatan Haiwan, atau Pinjaman Bank atau penjualan secara besar-besaran.

4. Melalui Pasar Tani, penternak mendapat kemudahan untuk menjual daging lembu hasil fidlot nya secara terus kepada pembeli.

22. PERLUKAH MENYIMPAN REKOD ?

Sudah tentu ! Perbelanjaan harian, timbangan ternakan dan segala aktiviti harian mestilah direkodkan. Rekod perbelanjaan adalah berguna untuk mengira untung rugi.

23. BERAPA MODALNYA DAN DIMANA BOLEH DAPAT ?

Dengan perkiraan kasar, seekor lembu setelah tamat digemukkan akan menelan belanja kira kira RM1,000 setelah mengambil kira semua kos tetap dan kos operasi. Sekiranya tiada modal sendiri, pinjaman bank boleh dipohon. Bank Pertanian dan beberapa bank perdagangan yang lain bersedia memberi pertimbangan permohonan pinjaman untuk penternakan fidlot.

24. BERAPA KEUNTUNGAN YANG SAYA DAPAT ?

Kadar pulangan adalah dianggarkan pada 15-25% dari modal. Ini bergantung kepada kos pengeluaran, pengurusan, dan harga jualan.

25. ADA APA-APA PETUA SUPAYA LEBIH UNTUNG ?

Bukan petua, tetapi .... PERINGATAN KHAS. Menternak fidlot adalah satu usaha bercorak komersial. Kecekapan menternak; perancangan yang baik dan penjimatan perbelanjaan perlu diberi perhatian supaya mempastikan keuntungan.

Segala pembaziran input melalui makanan, air. Bahan api dan pembinaan kandang hendaklah dielakkan. Jangan menghabiskan masa berlebihan di kandang, kerana ia boleh digunakan untuk membuat kerja yang lain.

26. SAYA INGIN MULA MENTERNAK LEMBU SECARA FIDLOT, APA HARUS SAYA BUAT ?

Anda boleh mendapatkan Latihan dan Khidmat Nasihat dengan berhubung kepada Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang paling hampir atau Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri masing, Khidmat Nasihat dan maklumat lanjut juga boleh didapati dengan menghubungi:

Unit Perusahaan Pedaging,

Bahagian Pembangunan Industri

Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan

Tel: 2540077

Fax: 2540092

PENASIHAT:

DATUK DR. AHMAD MUSTAFFA HJ. BABJEE

DR. HAWARI HUSSEIN

DISEDIAKAN OLEH:

DR. MOHD. ZAIRI HJ. SERLAN

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak banyak artikel pasal agrotek ...kaedah pertanian malaysia dlm google ..aku dah puas cari ...tErutama pasal ...pertanian tanpa tanah..ape name die ..aku pon dahx ingat

ni hydroponic pakai air utk supply nutrien direct pada akar, tak perlu tanah aku dah check benda ni aku pernah gak buat dulu time sekolah pun tengah terfikir camana nak turn benda ni jadi keuntungan, ada aku save artikel dia

anyway aku setup satu blog http://blogternak.blogspot.com/ (nama memang saja camtu hehe) saja je letak info cam dalam forum ni kat sana supaya senang kalau korang nak buat rujukan ke sila lerr ke sana.

Pasal buat ni aku memang plan nak venture dalam pertanian + penternakan 2/3 tahun lagi so aku nak sebanyak boleh info pasal bidang ni almaklum la mana tau akan datang bleh masuk biotechnology plak bulih gak applicate ilmu IT + engineering dalam perladangan + penternakan

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe..thanks ed_thix..ekau memang best..banyak info yg den dah dapek..

badan yg boleh kita rujuk utk dapatkan ilmu ttg usaha ni apo ek..pejabat pertanian? pejabat haiwan? industri kecil sederhana? pejabat usahawan? atau apo laie? atau semua berkait? atau ado laie yg kena rujuk..? unsure.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

badan yg boleh kita rujuk utk dapatkan ilmu ttg usaha ni apo ek..pejabat pertanian? pejabat haiwan? industri kecil sederhana? pejabat usahawan? atau apo laie? atau semua berkait? atau ado laie yg kena rujuk..?

yups mana2 pun bulih, ko fon tanya ada kursus utk masuk kursus sebab jabatan2 camni selalu ada anjur kursus utk start venture benda2 camni ... kebanyakan jabatan peladang/tani ada buat ni

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe.. wadud.. ni baru anak mlayu sejati.. sejuk perut mak ngadung demo.. tp aa wadud, kalo ko minat betul2 pada menatang n x kisah bau najis mereka x pe,.

minat yg penting n aku selalu gak ikuti kisah usahawan tani or peladang moden ni, selalunya derang lengkapkan ngan ilmu. aku baca derang biasanya ada kerjasama ngan jabatan2 yg berkaitan n jabatan2 ni biasanya suka menolong krn x ramai lagi yg sanggup buat kerja gini,.. tu pasal selalu kita dgr ada bantuan, benih ikan la.. kursus.. sampai pemasaran pon ready tip top..

n biasa gak aku dgr kalo starting mula2 tu sanggup yg pergi tido skali ngan binatang takut kena pau kt org len.. pau n semelih trus.. ngeee~

org tanam sayur skang jutawan woo.. cina ramai, melayu pon ada, .. ada satu lagi buah, dragon fruit.. dia warna merah keorenan.. mahal woo.. itu baru nk naik, baik ko kaji betul2.. hehe.. itu la yg aku ingat sedikit sebanyak.. kalo salah rilek sudahh wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

hehe..binatang nya bau insyaAllah xde hal nya..den dah biaso bela ayam dulu..ayam kampung hehe..den pun dah jd cam ayam gak hehe.. laugh.gif

tu la..den ingat kalu ado kursus-kursus yg berkaitan, leh gak den join..minat wooo

Share this post


Link to post
Share on other sites

dragon fruit memang ok tapi nak tanam banyak research ko kena buat, dragon fruit pun dah jatuh harga sekarang (stabil) dari dulu memang mahal hehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...