March 19, 201115 yr comment_1065162 Macam mana nak hilangkan kegatalan tekak yang amat sangat ni,nak kata batuk bukan...walaupun aku keje bidang ubat tapi aku dah cuba semuanya masih tak jalan jugak.Aku cuba rawatan tradisional macam kicap campur dengan limau,minum madu dengan limau dan air asam jawa,kegatalan tu masih tak kurang.Malam ni aku hanya dapat tidur beberapa jam je. Kalau sesiapa yang ada cara rawatan lain,boleh tolong sharekan di sini. Report
March 19, 201115 yr comment_1065169 Ni mesti kes batuk kering nih. Elakkan makanan berais buat mase ni cth Kopi o ais, icecream, air sejuk dalam peti ais. Makan makanan yang panas, kalau nasik atau lauk da sejuk kalau nak makan tu panaskan dulu. Cube minum minuman yang agak masam cth asam jawa, limau, oren dan tak yah taruk gula kalau boleh pekat dan panas. Kalau batuk tu datang jangan di ikutkan sangat, cube tahan-than sikit kang terkeluar lak macam-macam. Ni aku jumpe dalam google yang aku seach dalam 2 saat yang kebanyakannye aku tak pernah tau ngan buat. [spoiler]Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk; -Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi. -Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya. -Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu. -Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari. -Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya. -Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum. -Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang. [/spoiler] Report
March 19, 201115 yr comment_1065170 Salam, macam ku kenal orang yang batuk ni mengutarakan masalah di Yahoo Updates...baru baru ni... Batuk ni biasa saya kena dan nak pulih susah... biasanya akan batuk bila cuba bercakap, makan makanan berminyak, sejuk, dll.. Dapat hilangkan batuk ni baru2 ni guna sejenis ubat bernama "Copastin - No. Kelulusan KKM: MAL 19973698A", hisap ubat tu pada hujung lidah belakang sampai habis (memang pahit walaupun ubat dah habis). Cubalah insyaAllah boleh hilang. Report
March 19, 201115 yr comment_1065193 aku kalau batok2 ni aku makan coklat hacks yg kaler hitam tu jer dah boleh hilang rr. Report
March 20, 201115 yr Author comment_1065235 Thanks EX ,aku nak cuba petua no 2 dan 4 tu,nampak macam sedap je... basx : Haha aku dah cuba,jangan kata copastine,segala macam ubat batuk aku dah telah tak jalan jugak,last skali aku makan ubat selesema nak bg aku tido.Amanlah kejap rumah aku malam tuh Rosdi : uih coklat ? tak pernah dibuat orang ,jangan lagi gatal sudah ..pape pun terima kasih bagi petua,mana yang ok tu aku pertimbangkan untuk buat Report
March 20, 201115 yr Author comment_1065254 akan aku cuba....tunggu hudsons jujubes aku ni habis dlu,baru try yang lain.sayang rugi xmakan Report
March 20, 201115 yr comment_1065255 yang jujubes pusat kesihatan uitm selalu kasi tu berkesan jugak tapi kena tahan pahit lepas gula dia ilang. pahit dia memang antara ubat yang paling tak best aku pernah makan... Lagi satu aku rasa ko minum air tak bersih kot. aku pernah kena jugak gatal2 ni pasal minum air watercooler kat asrama dulu. Kalau ada mineral filter kat umah ko try tengok2, kot2 ada kotoran atau lumut ke masuk dalam takungan air yang da ditapis tu Report
March 20, 201115 yr Author comment_1065261 wah yeke ? aku tak tahu pun u ada bagi pelajar mende tu,bagus... walaupun aku keje kedai ubat,aku sebenarnya tak brape suka makan ubat2 ni.aku lagi suka cara lain selain ubat2 ni,vitamin ke... Rumah aku tak de water filter,air direct masuk cerek Report
March 20, 201115 yr comment_1065263 [quote]Rumah aku tak de water filter,air direct masuk cerek [/quote] baik cek cerek tu, takut karat/lumut(?) ke apa yang dah terkumpul. Report
March 20, 201115 yr Author comment_1065264 HAhaha mau kene cek ka ? kang pelik plak mak aku tgk aku cek cerek dia...tak pernah2 aku belek cerek tu. Oit,cantik post ko tuh,6699 Edited March 20, 201115 yr by ogGY Report
March 20, 201115 yr comment_1065281 [quote name='hampeh' timestamp='1300625441' post='1065255'] Lagi satu aku rasa ko minum air tak bersih kot. aku pernah kena jugak gatal2 ni pasal minum air watercooler kat asrama dulu. Kalau ada mineral filter kat umah ko try tengok2, kot2 ada kotoran atau lumut ke masuk dalam takungan air yang da ditapis tu [/quote] Air rasa lain selalu waktu sakit tekak. Yang ni, kalau aku waktu belajar dulu air water cooler tu aku buat air suam, air panas + air sejuk baru boleh masuk tekak. Nasihat untuk cik Oggy, minum "air mineral sahaja" ingat air mineral sahaja, kalau beli dekat kedai ada dua air, satu air paip masuk botol satu lagi air mineral tulen. Air mineral tulen ni boleh masuk tekak. Kalau minum air masak dekat rumah minum air panas/suam sahaja. Edited March 20, 201115 yr by BasicCX Report
March 21, 201115 yr comment_1065335 hah, yang basicCx cakap tu aku selalu buat, entah la, kalo rase2 tekak tu macam nak dapat sakit, makin aku minum air tapis, makin sakit.... so aku beli 2 botol air mineral minum pakai air tu jer dengan izinNya, berkesan gak la Report
March 21, 201115 yr Author comment_1065372 Buat masa sekarang ni,aku kene pantang makan makanan seperti ikan masin,sambal belacan dan makanan yang menyebabkan gatal tekak,alhamdulillah makin kurang sikit,sekarang ni aku banyakkan minum air suam dan dalam kereta aku dah stand by kan air mineral botol besar macam yang korang nyatakan. Rasa kurang tadi dapatlah aku buat kerja dengan selesa sikit,masa jmpa custmr td, cover2 sikit batuk kecil , itupun dah pandang semacam je kat aku,tau2 jelah orang jepun honda punya disiplin ketat gila. Report
June 27, 201114 yr comment_1070795 Hi oggy.. saya adalah wellness coach. saya boleh tunjukkan awak sesuatu yg boleh membina sistem imun badan yg lengkap dan kuat ( bukan ubat!bukan barang tp ianya makanan ). so daya tahan sakit oggy akan lebih baik dari yg sekarang. Kalau berminat: boleh datang ke office saya, kerana kami juga mempunyai seorang clinical dietitian dari canada. Oggy akan dpt byk nasihat dr sana serta boleh buat pemeriksaan badan secara percuma.( x kena byr apa2 pun) jgn malu utk call saya: yan ( 013-2979 777) Report
September 14, 201114 yr comment_1072217 Sejak kecil, arwah nenek aku aja kalo batuk or demam je makan madu asli. Mujarab. Dulu madu asli arwah atok amek dari pokok, skrg mereka berdua sudah tiada... kena beli. Nak beli leceh, ramai penipu dari yang betul. Report
January 12, 201214 yr comment_1078263 Kalau pergi klinik, selain Doc bagi ubat batuk, ada satu lagi antibiotik untuk ilang kan batuk yang berpanjangan. Selalunya bukan sekali pergi, at least 3 kali pergi check semula kat klinik tadi. Kadang2 tangkap urat belakang kalau yang batuk terlampau kuat. Sakit jugak. Report
January 12, 201214 yr comment_1078264 jangan minum susu lembu, produk dari susu lembu selama batuk ada mari. Makan buah mulberi setiap hari, atau makan pucuk mulberi yang paling muda .... tujuannya adalah untuk menyediakan persekitaran dalam darah supaya kuman tak berminat untuk lepak. Malam time tido, elok tidur meniarap tapi jangan la sampai telengkup muka, nanti kang dok pasal2 kojol! kalau batuk teruk, tido menungging ah!!! Minum mahkotadewa setiap malam, untuk kasi panas badan!!!! Kalau jenis perokok tegar, batuk tu tanda tar ada melekat sana itu punya trakea!!!!. Report
February 1, 201214 yr comment_1078758 masa dulu ada sejenis ubat batuk yang dicampur codein phosphate, cukup kuat. tapi orang salah guna ( drug addict ). skrang dah takde. Jadi di bawah akta racun. Report
March 18, 201214 yr comment_1080195 satu lagi batuk berpanjangan ni tanda akhir...... hehehehe..... tanya dokto la.... kalo jenis batuk kokol memang tak bagi ubatnye!!! Report
May 11, 201214 yr comment_1081884 [quote name='syairazi' timestamp='1336677243' post='1081872'] try minum jus monavie...... [/quote] iklan ke hang nih.. semua thread hang nak suh orang minum monavie... pe benda... chaiitt... Report
May 13, 201214 yr comment_1081897 Kurangkan aktiviti merokok yang boleh menjejaskan tekak anda.. Report
September 30, 201213 yr comment_1084914 [quote name='ogGY' timestamp='1300509169' post='1065162'] Macam mana nak hilangkan kegatalan tekak yang amat sangat ni,nak kata batuk bukan...walaupun aku keje bidang ubat tapi aku dah cuba semuanya masih tak jalan jugak.Aku cuba rawatan tradisional macam kicap campur dengan limau,minum madu dengan limau dan air asam jawa,kegatalan tu masih tak kurang.Malam ni aku hanya dapat tidur beberapa jam je. Kalau sesiapa yang ada cara rawatan lain,boleh tolong sharekan di sini. [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/smile.gif[/img] [/quote] Salam, Cuba minum susu kambing! Kita cuma berusaha allah yang tentukan kesembuhan penyakit itu.Jika nak cuba boleh PM sy :[email protected] Report
October 1, 201213 yr comment_1084925 Kita boleh amalkan minum air rebusan patawali/batang wali. [img]http://i.imgur.com/NfXqX.gif[/img] Report
Join the conversation
You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.