Jump to content
Shahril Zainuddin

Cara untuk membina pelayan web sendiri

Recommended Posts

A'salam

saya nak tanya macam maner nak buat server webpage sendiri , ermm maksud saya yang lebih jelas "komputer di rumah di jadikan server atau host utk web sendiri " apa kah program yang di perlukan ? dan nak kena daftar DNS ke ? kalau kena daftar ada service yg percuma tak ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak buat server webpage sendiri , ermm maksud saya yang lebih jelas "komputer di rumah di jadikan server atau host utk web sendiri "apa kah program yang di perlukan ? dan nak kena daftar DNS ke ? kalau kena daftar ada service yg percuma tak ..

guna program webserver mcm apache, IIS, Xitami, Abyss dll. nak daftar DNS pon boleh .. tanak daftar pon boleh. service percuma ada .. mcm dyndns.org. tp nnt nama ko pon jd mcm ni - http://www.namakonak.dyndns.org . tanak dyndns tu .. kena bayo. maklumat psl dyndns ni .. cuba tanya en azuan .. dia guna servis ni.

Edited by DarkWan

Share this post


Link to post
Share on other sites

and kalo gune dyndns and kalo nak serve webpage then elok ade 24hr internet connection la cam steamyxx ke

and pas register dyndns tu elok ko download ade satu program die yang tolong updatekan/sync-kan ip ko dengan url ko, pasal kan steamyxx gune dynamic ip so ip berubah2.

Share this post


Link to post
Share on other sites

lebih kurang mcm tu la ..

-install apache kat pc cam PHPTriad

PHPTriad ni mem'bundle' kan program Apache, mysql dan php dlm satu pakej. statement ' install apache cam phptriad' - 50% tak tepat la .. apache is apache. cuma dlm phptriad tu ada skali apache.

Edited by DarkWan

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo ako

ako install miniserver (pegi google). pasal kecik gile, siap apache la mysql phpmyadmin lagi tu

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku lagi suka install satu-satu. rasa mcm 'complete control' sbb kita tau version apache mana kita install, php version, mysql dll.

tapi terpulang kat korang la. ada member aku guna phpdev utk rapid development. bg aku .. utk development mmg sesuai guna package. tp, utk buat server, kena tau satu-satu. sbb kalo ada security vuln apa semua tu, kita tau dan boleh amek langkah berjaga-jaga.

btw, tengah usha miniserver. mana tau .. boleh ubah persepsi aku kat barang bundle mcm phptriad nih.

thanks c-fu for the info ..

Share this post


Link to post
Share on other sites

pastikan anda teramat amat jarang sekali; restart, shutdown pc la apa la itu la ini la. kalau nak run webserver sendiri, uptime pun mesti la cantik tak gitu? melainkan faktor persekitaran macam petir ke, kilat ke, ribut ke tu takleh cerita la. pc aku ni pun selalu shutdown sebab tripped bila petir je. lepasni mungkin sambar UPS la senang.

satu lagi kalau guna dyndns.org ni, apa2 la jenis dynamic hostname, once ko update tak semestinya dia update onthespot. sebabtu aku kata tadi, seboleh2nya jangan selalu sangat restart pc/redail connection. kebanyakan dns server (satu dunia) diorang 'cache'kan host tu ke IP address berjam jam lamanya. jadi kekadang ko update host tu pukul 8 pagi, silap2 pukul 12 tengahari kang baru dia resolve ke ip baru ko disebabkan cache tu. soal "platform" yang ko nak guna untuk run webserver tu terpulang la ikut selera ko sendiri. nak pakai IIS dalam windows ke, nak pakai PWS add-ons dalam windows ke, nak guna apache ke, netscape ke apa ke suka hati kau la. tapi pepandai la jaga, sebab satu dunia yang boleh akses website kau, memacam jenis orang ada. aku yang run IIS boleh dikatakan 24jam sehari ni pun, kalau bukak logfile IIS dan logfile firewall, beratus2 jenis log merepek aku jumpa.

Share this post


Link to post
Share on other sites

one step at a time la... buat yang simple dulu. bila webserver dah running, baru la buat mende2 yg lebih kompleks..

1. memula dapatkan line streamyx dari tmnet. kena ambik pakej yg dia bagi satu fix ip address. kalau pakej utk home user biasa takleh.... sebab ip tak fix.

2. pc tu install win xp profesional atau windows 2000 server. hostkan website dgn IIS yg ada dlm tu.

3. register dgn mynic untuk dapatkan www.namawebsite.com

ni kena bayar tahunan.

kalau taknak bayar pakai je domain dgn nombor ip cth http://202.100.16.18/

register kat www.cjb.net untuk redirect url www.namawebsite.cjb.net ke nombor ip tadi.

4. kalau carik client utk letak website, kena bagi url ni je la

www.namawebsite.com/namaclient/

sebab pakej yg ambik tadi cuma satu fix ip. kalau client tu nak dot com sendiri, kena beli pakej dari tmnet yg bagi lebih dari satu fix ip.

5. kalau nak bagi service email pulak.... download software IMail dari www.ipswitch.com

kena beli software ni.... pastu boleh la set-up [email protected]

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau kau nak pakai domain sendiri cam yg aku buat, kau leh beli ngan IPSERVEONE. for .com, .net, .org = RM48 setahun and for *.my = RM100 setahun kalau tak silap. payment leh buat through bank transfer, cam aku aku transfer dari BCB aku ke BCB dia.

tapi ni domain semata2 sahaja, kau still perlukan DNS server. aku sekarang pakai Zone Edit, cache dia agak OK, kalau aku chande IP, less than 10 minit dia dah spread ke serata dunia.

yg penting nak run server ni, kena pandai maintain server sendiri, kalau ade patch keluar sila2 la update or nanti akan ade satu page dalam server kau berbunyi macam ni:

hokhokhokhokhokhokhokhohkohkohkohkohkkkkk

aik lupa lak: kan dah kena edit;;;;

IPserveone

Edited by mus3na

Share this post


Link to post
Share on other sites

kata orang

linux -> apache

windows -> iis

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmm bagus jugak idea tuh , tapi kalau pakai PHPTriad jadi web server bole ker selain IIS

aku lebih suka kata Apache dlm PHPTriad tu jadi webserver. PHPTriad bundle Apache+mysql+php dll (aku tatau sgt .. tp mmg antara komponen dia mcm tu la). mcm miniserver yg C-Fu kata sblm ni tu, dia ada tambahan Perl support utk run script Perl.

kalau nk jadikan PHPTriad sbg webserver, pendapat peribadi aku, aku tak suka. utk development sahaja, OK. sbb aku tak reti mcm mana nk deal ngan security spt mcm mana nk patch dan sebagainya kalo guna brg bundle nih. cara dia configure pun dh di ekjas berbanding produk asal.

mcm PHPDev (adik beradik ngan PHPTriad, EasyPHP), aku penah main2 dan secara default, ia cuma utk localhost jer. maksud aku, aku install kat komputer A, hanya komputer A yg boleh view web page. aku akses dlm LAN, tak boleh nak akses. aku godek2 dekat 1 hari tak boleh nk ekjas jugak, last2 aku install semula apache+mysql+php satu-satu.

tengok atas orang la. utk aku, aku rasa install satu-satu lagi senang dr install bundle. wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hmmmm....memang senang tanya google tapi berpuluh ribu pages nak kene study. ph34r.gif

Saya rasa cara penerangan tu kurang berkesan sebab saya sendiri pun tak paham. Dah la baru belajar.

Saya agak bersetuju dengan DarkRanger punyer pendekatan. Kalau lagi detail, lagi bagus sbb saya pun bercadang nak bangunkan domain sendiri untuk pharmacy saya.

Kalau bulah saya nak tau jugak cara untuk Web atas Linux platform. Kita buat dua version. Tak perlu guna jargon2 yang mengelirukan. Make it simple for dummies.

Apa kata kita amik base drpd apa yang Dark Ranger buat. Put them in order.

1. Dapatkan fixed IP. Register streamyx 512k ( 1 IP) atau 2Mb (5 IPs).

2. Register DNS dengan mynic reseller untuk dptkan "xxx.com" atau "xxx.com.my".

Bayaran "xxx.com" = RM 88 setahun, "xxx.com.my" = RM 100 setahun.

3. Dapatkan PC yang bersesuaian untuk runkan Web Server.

Spec: a) Pentium 3 or 4 ke?, 5 Gb - 20 Gb. Besau pun OK gak.

cool.gif OS Window 2000/3 Server atau apa.

c) Configure DNS (Install Active Directory dan activate DNS yang kita register tu dulu. Ini agak susah jugak. Kene configure Host (A) dan Mail Exchanger (MX) jika nak buat mail server sekali. Refer Microsoft Knowledgebase untuk keterangan lanjut. Lepas tu test "nslookup" untuk pastikan domain kita dapat dicapai oleh orang luar. Dalam kes ni, jangan syok sendiri yakin yang kita punyer DNS dapat dicapai oleh orang luar. Test "ping" ke public IP yang diberi TMNet yang mana kita configure kat mynic handle tadi tu. Ping tengok kat Host (A) atau Mail Exchanger yang kita assigned semasa configure DNS tadi tu. Contoh: create Host "www" dan masukkan satu fixed Public IP yg diassigned kat mynic handle. Nanti kita kene test connection dengan meng"ping" kat "www.xxx.com.my" atau "www.xxx.com". Ikut nama yang kita register tu lah.

4. Masuk website mynic, configure mynic handle dulu. Masukkan IP dan dapatkan password drpd MIMOS mynic center sebelum dibenarkan masuk. Dia akan email password kat kita. Sediakan email "[email protected]" untuk berinteraksi dengan mynic service untuk apa2 update tentang DNS kita register tu.

5. Bila ini semua dah siap, install la apa2 yang patut untuk web server kita tu. Anti Virus, Activate atau install firewall. Ikut kemampuan la kan. Tak nak install pun tak pe. Tunggu 2-3 bulan pun buleh.

6. Macam mana nak hostkan website IIS yang ada kat dalam server kita tu? Ini saya tak tau. Tulung explain sikit.

7. Start design webpage. Ini pun saya tak reti lagi. Budak baru belajarlah katakan.

Saya setuju dengan cadangan DarkRanger tu "One step at a time la... buat yang simple dulu. bila webserver dah running, baru la buat mende2 yg lebih kompleks.."

Baru nak start ni. Masih jauh lagi nak runkan webpage. ohmy.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

hmm aku setuju jugak , tapi kita kena akui sesetengah orang mempunyai fikiran yang kompleks tapi bende yang paling senang pun susah nak handle .

Bak kata orang bende yang senang susah , bende yang susah jadi senang bagi sesetengah orang

tapi ini dalam forum tak kisah la apa orang nak kata samada tutor itu komplex,senang atau susah ...

Aku dah develop web page hampir 3 tahun dan ilmu yang aku dapat itu masih belum cukup walaupun aku dah mahir CGI dan PHP , lagikan HTML dan SHTML.

Tapi itu bahasa lama , dan paling baru pon PHP jerk kot sekarang nie sebab macam plug&play pon ada ?? bagi sesetengah keadaan

so kat sini aku bukak topik nie pon pasal dah dah reti install PHPTRiad untuk tengok samaada script php yang aku buat itu ada error , ke atau tidak sebelum di publish ke web server

Cuma yang tertinggal satu sahaja , macam mana aku nak jadikan ianya online seperti azuan sebab azuan pakai IIS webserver pada WinXp , errk betul ke azuan

tapi thx la kepada ramses.ii kerana memendekan pendapat yang sedia ada , tapi nak tanya sikit , ada ke webserver untuk CGI

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...