johnburn 6 Report post Posted June 5, 2007 (edited) Tip Keselamatan PerkomputeranPastikan PC anda dilengkapi dengan perisian AntiVirus, Firewall, dan AntiSpyware Jika anda tidak mempunyai perisian tersebut, sila dapatkannya di sini. Sila pastikan anda TIDAK memasang perisian yang terdapat dalam senarai ini. Perisian ini telah disenarai-hitamkan kerana reputasi yang meragukan. Jangan memasang lebih dari satu jenis perisian AntiVirus dan Firewall. Ini kerana perisian tersebut mempunyai perlindungan automatik(real-time) yang boleh mengurangkan prestasi sistem anda apabila dua produk AntiVirus atau Firewall tersebut mengakses fail yang sama pada satu masa. Selain itu, perisian AntiVirus atau Firewall yang berbeza mungkin tidak sesuai(compatible) antara satu dan yang lain. Anda juga disarankan melakukan imbasan virus secara online pada selang waktu tertentu. Anda boleh menggunakan pengimbas virus online yang terdapat disini(Pengimbas Virus/Trojan/Spyware Online).Pastikan anda mengemaskini Windows anda Windows yang tidak dikemaskini mudah terdedah kepada ancaman walaupun telah dipasang dengan perisian AntiVirus dan Firewall terbaik. Jadi layari http://windowsupdate.microsoft.com/ untuk mengemaskini Windows anda. Sila baca artikel ini dan ini.Elakkan melayari laman web yang meragukan Ini merupakan penyebab utama untuk sistem anda dijangkiti dengan pelbagai malware. Jika anda kerap melayari laman h a c k/w a r e z - dan lain-lain laman yang meragukan, sistem anda terdedah kepada pelbagai risiko. Ini kerana, sistem anda mungkin akan dijangkiti dengan pelbagai malware walaupun dengan satu klik pada laman-laman tersebut.Berhati-hati dengan lampiran email Malware juga boleh disebarkan melalui email, terutama melalui lampiran email(email attachements). Anda mungkin pernah menerima email yang menyatakan sistem anda dijangkiti dan email tersebut dilampirkan dengan 'removal tool' untuk membaikinya, email yang dilampirkan dengan kod untuk mengaktifkan produk yang anda tidak ketahui, atau email yang menawarkan kemaskini sekuriti. Jangan percayakan email-email tersebut dan anda dinasihatkan untuk terus membuang email-email tersebut tanpa membukanya. Anda juga mungkin pernah menerima email dari kenalan anda yang mempunyai lampiran yang meragukan dengan kandungan yang pelik. Keadaan ini mungkin berlaku apabila kenalan anda itu atau orang yang mempunyai alamat email anda dalam buku alamatnya telah dijangkiti dengan malware(worm/spambot) yang menghantar email tersebut kepada anda tanpa pengetahuannya. Jangan klik pada mana-mana pautan(link) yang disertakan dalam email dari orang yang anda tidak kenali kerana pautan tersebut tersebut mungkin membawa anda ke laman yang mengandungi malware. Dapatkan perisian Anti-spam yang membantu anda menguruskan email anda. Perisian yang disarankan adalah Mailwasher.Berhati-hati ketika melayari laman web Jangan klik pada sebarang pautan(link) dalam tetingkap popups. Jangan klik kepada pautan mesej spam yang menyatakan sistem anda dijangkiti dan menawarkan perisian AntiSpyware untuk mengatasinya. Ini kerana, kebanyakan perisian tersebut merupakan spyware. Muat turun perisian percuma(freeware) dari laman atau sumber yang anda percayai sahaja. Ini kerana, kebanyakan perisian percuma(freeware) ini didatangkan dengan software lain seperti toolbar dan spyware. Berhati-hati ketika anda menonton video secara online terutamanya di laman yang meminta anda memasang codec tertentu untuk membolehkan anda melihat video tersebut. Ini kerana codec yang disediakan di laman tersebut mungkin merupakan malware. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini dan di sini. Jangan memasang plugin ActiveX jika anda tidak tahu mengenainya atau bagaimana ia berfungsi. Perisian yang berguna ketika melayari internet ialah SpywareBlaster(Aplikasi anti Trojan/Spyware/Hijacker). SpywareBlaster bukan berfungsi untuk mengimbas dan membersihkan sistem anda dari malware, tetapi ia dapat mengelakkan sistem anda dijangkiti. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai SpywareBlaster disini. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan "MVP Hosts File" yang berfungsi untuk menghalang anda dari melayari laman yang berisiko dengan menggunakan fail hosts. Patikan anda menggunakan versi terkini Internet Explorer atau pelayar alternatif seperti Firefox atau Opera(Pelayar Web)yang lebih selamat. Harus diingat, jika anda melayari laman yang meragukan seperti yang telah dinyatakan di atas, tiada pelayar web yang cukup selamat untuk anda.Berhati-hati dengan apa yang anda muat turun Jika anda ingin memuat turun sesuatu perisian, pastikan anda mendapatkannya dari laman rasmi pembina perisian tersebut. Harus diingat, sesetengah perisian terutamanya perisian percuma(freeware) didatangkan dengan perisian tambahan termasuklah toolbar, spyware atau adware. Jadi, anda hendaklah memastikan yang ia benar-benar selamat sebelum menginstalnya. Untuk mengetahui tentang sesuatu perisian dan apa yang didatangkan bersamanya, pastikan anda membaca EULA(End User License Agreements) yang didatangkan bersama perisian tersebut. Anda boleh menggunakan perisian EULAlyzer untuk menganalisis EULA. Dapatkannya di sini di bahagian Aplikasi Keselamatan PC Pengunaan perisian perkongsian P2P(Peer to Peer) seperti Kazaa(yang mana didatangkan dengan adware/spyware), Limewire, Ares, dan lain-lain lagi sentiasa mendedahkan anda kepada risiko kerana anda tidak mengetahui dengan pasti apa sebenarnya yang sedang anda muat turun. Ini kerana fail yang dimuat turun biasanya tidak seperti yang dinyatakan. Selain itu, perisian perkongsian ini juga biasanya didatangkan dengan pelbagai spyware/adware. Untuk mengetahui perisian perkongsian mana yang selamat dan yang mana meragukan, anda boleh merujuk senarai ini. Anda disarankan membaca tips untuk muat turun yang selamat di sini. Anda juga disarankan membaca artikel ini yang diterbitkan oleh Ares mengenai bahaya perisian P2P.Maklumat Tambahan "How did I get infected in the first place" oleh Tony Klein Prevent Re-infection Microsoft - Security at Home Edited June 5, 2007 by johnburn Share this post Link to post Share on other sites
dragon 0 Report post Posted June 5, 2007 maklumat yg memang berguna.. Share this post Link to post Share on other sites
Amer 0 Report post Posted June 5, 2007 (edited) haha..bagus johnburn..lepas ni ko tolong buat panduan camna nak guna hijackthis pulak..dan jugak panduan macam mana nak buang virus..masalah pasal taskbar/regedit/folder options tak boleh bukak tu pun jugak..buat semak je pos mintak tolong analisis log hijackthis..kalau ko buat panduan hijackthis, mungkin diorang boleh buat sendiri lain kali~ Edited June 5, 2007 by aMer Share this post Link to post Share on other sites
johnburn 6 Report post Posted June 5, 2007 haha..bagus johnburn..lepas ni ko tolong buat panduan camna nak guna hijackthis pulak..dan jugak panduan macam mana nak buang virus..masalah pasal taskbar/regedit/folder options tak boleh bukak tu pun jugak..buat semak je pos mintak tolong analisis log hijackthis..kalau ko buat panduan hijackthis, mungkin diorang boleh buat sendiri lain kali~Pasal hijackThis tu sebenarnye dlm proses..Tak tahu lg bile leh siap.. Share this post Link to post Share on other sites
joetbg_x 0 Report post Posted June 5, 2007 tips yg bagus. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. heheh.. Share this post Link to post Share on other sites
OkEsh 1 Report post Posted June 5, 2007 thanx 4 d precious in4mation byk jugak list software yg disenarai hitamkan erk.. n majoritinya utk adware n spyware punye tools Share this post Link to post Share on other sites
Zen-X 0 Report post Posted June 5, 2007 huhuwat laa post care nk gune hijackthis plakaku pn reti sket2 je Share this post Link to post Share on other sites
johnburn 6 Report post Posted June 5, 2007 Kalo korang ade nak tambah per2, post ler kat sini.. Share this post Link to post Share on other sites
nucxhazardx 1 Report post Posted June 5, 2007 Tips yg amat brguna...Byk mnfaat utk pgguna yg mmg blur dlm ciri2 keselamatan ni...Neway...thanks...teruskan usaha... Share this post Link to post Share on other sites
are_zn 0 Report post Posted June 5, 2007 Kan ke dekat website hijackthis tu die bole buat analysis gak?ko try masuk hijackthis.de Share this post Link to post Share on other sites
Zen-X 0 Report post Posted June 5, 2007 Kan ke dekat website hijackthis tu die bole buat analysis gak?ko try masuk hijackthis.demmg aa bolehtp xramai yg reti camne nk wat pas analisis tu haa Share this post Link to post Share on other sites
johnburn 6 Report post Posted June 6, 2007 mmg aa bolehtp xramai yg reti camne nk wat pas analisis tu haaKepada sape yg berminat, leh sertai training program kat sini.. Share this post Link to post Share on other sites
Amer 0 Report post Posted June 6, 2007 Kan ke dekat website hijackthis tu die bole buat analysis gak?ko try masuk hijackthis.demmg aa bolehtp xramai yg reti camne nk wat pas analisis tu haaYe la..macam mana nak reti kalau nak paste log kat situ tu pun malas..sanggup pulak datang paste kat forum ni..padahal site analisis log hijackthis tu straight forward giler..takkan tak reti baca kot..yang baris ada tanda amaran tu baca la note kat tepi dia tu..kalau dalam log tu ada cam fail exe mencurigakan, tak reti-reti nak google nama exe tu? tak faham betul aku.pesal takde emotikon tepuk dahi kat sini Share this post Link to post Share on other sites
MenCaRi 10 Report post Posted June 6, 2007 tima kasih john Share this post Link to post Share on other sites
johnburn 6 Report post Posted June 9, 2007 Untuk tutorial hijackThis yg bagus, korang leh bace ni Share this post Link to post Share on other sites
Amer 0 Report post Posted June 9, 2007 tak boleh..ko kena buat panduan jugak untuk hijackthis tu...tulis dalam bm..dan guna bahasa mudah..aku masak sngat ngan perangai bebudak sini..ko letak link gitu, berapa kerat je yang rajin gi klik dan baca tutorial tu dari dari mula smpai habis..kalau ada yang klik pun, diorang gi tengok gamba-gamba je..skrol sampai bawah pastu close..penerangan kat situ tu diorang baca gitu-gitu je..sori kalau ada yang terasa~ Share this post Link to post Share on other sites
mujahid_madani 0 Report post Posted June 9, 2007 thanx bro , link tu mmg bergune , aku skrg ni mmg kene ngan xp security center yg tipu tu .... Share this post Link to post Share on other sites
johnburn 6 Report post Posted June 9, 2007 thanx bro , link tu mmg bergune , aku skrg ni mmg kene ngan xp security center yg tipu tu ....ContraVirus yg ade dlm PC ko tu pn ade dlm senarai tuh.. Share this post Link to post Share on other sites
Tuan Mazwan Misbah 0 Report post Posted June 9, 2007 aku br nk blajar guna hijack this ni.thank for your effort Share this post Link to post Share on other sites
johnburn 6 Report post Posted June 9, 2007 aku br nk blajar guna hijack this ni.thank for your effortThread ni sbnrnye bukan pasal hijackThis tp tip keselamatan perkomputeran..So, kalo ko ade tip, kongsi la kat sini.. Share this post Link to post Share on other sites
Balthazor 1 Report post Posted June 9, 2007 eh apsal SpyDefense ada dalam senarai ko tu?...........aku pakai OK je..... Share this post Link to post Share on other sites
hairulfadly 27 Report post Posted June 10, 2007 Klik link ni untuk anda semua tahu apakah maksud-maksud LOG yang ada dalam HijackThishttp://www.spywareinfo.com/~merijn/htlogtutorial.php Share this post Link to post Share on other sites
Impreza_2004 0 Report post Posted June 10, 2007 di harapkan member member putera yg pakar dlm bidang nie amat amat di alukan menyalurkan informasi dan maklumat yg berguna supaya pengguna pengguna IT yg baru menceburi bidang ini dapat mempelajari dengan lebih efektif dan cepat ..teruskan lagi perjuangan anda .. Share this post Link to post Share on other sites
johnburn 6 Report post Posted June 10, 2007 (edited) eh apsal SpyDefense ada dalam senarai ko tu?...........aku pakai OK je.....Pertamenye, tu bukan senarai yg aku buat, tp hasil evaluation otai kat spywarewarrior tu.. Kalo pasal SpyDefense, ko leh bace ni dan ni..Tp, secare personal, aku tak tahu s/w tu ok ke tak sbb tak penah gune.. Edited November 14, 2007 by johnburn Share this post Link to post Share on other sites
Impreza_2004 0 Report post Posted June 10, 2007 buat benchmark sendiri .. Share this post Link to post Share on other sites