Jump to content
johnburn

Panduan Keselamatan

Recommended Posts

Tip Keselamatan Perkomputeran

Pastikan PC anda dilengkapi dengan perisian AntiVirus, Firewall, dan AntiSpyware

  • Jika anda tidak mempunyai perisian tersebut, sila dapatkannya di sini.

  • Sila pastikan anda TIDAK memasang perisian yang terdapat dalam senarai ini. Perisian ini telah disenarai-hitamkan kerana reputasi yang meragukan.

  • Jangan memasang lebih dari satu jenis perisian AntiVirus dan Firewall. Ini kerana perisian tersebut mempunyai perlindungan automatik(real-time) yang boleh mengurangkan prestasi sistem anda apabila dua produk AntiVirus atau Firewall tersebut mengakses fail yang sama pada satu masa. Selain itu, perisian AntiVirus atau Firewall yang berbeza mungkin tidak sesuai(compatible) antara satu dan yang lain.

  • Anda juga disarankan melakukan imbasan virus secara online pada selang waktu tertentu. Anda boleh menggunakan pengimbas virus online yang terdapat disini(Pengimbas Virus/Trojan/Spyware Online).
Pastikan anda mengemaskini Windows anda
  • Windows yang tidak dikemaskini mudah terdedah kepada ancaman walaupun telah dipasang dengan perisian AntiVirus dan Firewall terbaik. Jadi layari http://windowsupdate.microsoft.com/ untuk mengemaskini Windows anda.

  • Sila baca artikel ini dan ini.

Elakkan melayari laman web yang meragukan

  • Ini merupakan penyebab utama untuk sistem anda dijangkiti dengan pelbagai malware. Jika anda kerap melayari laman h a c k/w a r e z - dan lain-lain laman yang meragukan, sistem anda terdedah kepada pelbagai risiko. Ini kerana, sistem anda mungkin akan dijangkiti dengan pelbagai malware walaupun dengan satu klik pada laman-laman tersebut.
Berhati-hati dengan lampiran email
  • Malware juga boleh disebarkan melalui email, terutama melalui lampiran email(email attachements).

  • Anda mungkin pernah menerima email yang menyatakan sistem anda dijangkiti dan email tersebut dilampirkan dengan 'removal tool' untuk membaikinya, email yang dilampirkan dengan kod untuk mengaktifkan produk yang anda tidak ketahui, atau email yang menawarkan kemaskini sekuriti. Jangan percayakan email-email tersebut dan anda dinasihatkan untuk terus membuang email-email tersebut tanpa membukanya.

  • Anda juga mungkin pernah menerima email dari kenalan anda yang mempunyai lampiran yang meragukan dengan kandungan yang pelik. Keadaan ini mungkin berlaku apabila kenalan anda itu atau orang yang mempunyai alamat email anda dalam buku alamatnya telah dijangkiti dengan malware(worm/spambot) yang menghantar email tersebut kepada anda tanpa pengetahuannya.

  • Jangan klik pada mana-mana pautan(link) yang disertakan dalam email dari orang yang anda tidak kenali kerana pautan tersebut tersebut mungkin membawa anda ke laman yang mengandungi malware.

  • Dapatkan perisian Anti-spam yang membantu anda menguruskan email anda. Perisian yang disarankan adalah

    Mailwasher.

Berhati-hati ketika melayari laman web
  • Jangan klik pada sebarang pautan(link) dalam tetingkap popups.

  • Jangan klik kepada pautan mesej spam yang menyatakan sistem anda dijangkiti dan menawarkan perisian AntiSpyware untuk mengatasinya. Ini kerana, kebanyakan perisian tersebut merupakan spyware.

  • Muat turun perisian percuma(freeware) dari laman atau sumber yang anda percayai sahaja. Ini kerana, kebanyakan perisian percuma(freeware) ini didatangkan dengan software lain seperti toolbar dan spyware.

  • Berhati-hati ketika anda menonton video secara online terutamanya di laman yang meminta anda memasang codec tertentu untuk membolehkan anda melihat video tersebut. Ini kerana codec yang disediakan di laman tersebut mungkin merupakan malware. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini dan di sini.

  • Jangan memasang plugin ActiveX jika anda tidak tahu mengenainya atau bagaimana ia berfungsi.

  • Perisian yang berguna ketika melayari internet ialah SpywareBlaster(Aplikasi anti Trojan/Spyware/Hijacker). SpywareBlaster bukan berfungsi untuk mengimbas dan membersihkan sistem anda dari malware, tetapi ia dapat mengelakkan sistem anda dijangkiti. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai SpywareBlaster disini.

  • Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan "MVP Hosts File" yang berfungsi untuk menghalang anda dari melayari laman yang berisiko dengan menggunakan fail hosts.

  • Patikan anda menggunakan versi terkini Internet Explorer atau pelayar alternatif seperti Firefox atau Opera(Pelayar Web)yang lebih selamat. Harus diingat, jika anda melayari laman yang meragukan seperti yang telah dinyatakan di atas, tiada pelayar web yang cukup selamat untuk anda.

Berhati-hati dengan apa yang anda muat turun

  • Jika anda ingin memuat turun sesuatu perisian, pastikan anda mendapatkannya dari laman rasmi pembina perisian tersebut.

  • Harus diingat, sesetengah perisian terutamanya perisian percuma(freeware) didatangkan dengan perisian tambahan termasuklah toolbar, spyware atau adware. Jadi, anda hendaklah memastikan yang ia benar-benar selamat sebelum menginstalnya.

  • Untuk mengetahui tentang sesuatu perisian dan apa yang didatangkan bersamanya, pastikan anda membaca EULA(End User License Agreements) yang didatangkan bersama perisian tersebut. Anda boleh menggunakan perisian EULAlyzer untuk menganalisis EULA. Dapatkannya di sini di bahagian Aplikasi Keselamatan PC

  • Pengunaan perisian perkongsian P2P(Peer to Peer) seperti Kazaa(yang mana didatangkan dengan adware/spyware), Limewire, Ares, dan lain-lain lagi sentiasa mendedahkan anda kepada risiko kerana anda tidak mengetahui dengan pasti apa sebenarnya yang sedang anda muat turun. Ini kerana fail yang dimuat turun biasanya tidak seperti yang dinyatakan. Selain itu, perisian perkongsian ini juga biasanya didatangkan dengan pelbagai spyware/adware. Untuk mengetahui perisian perkongsian mana yang selamat dan yang mana meragukan, anda boleh merujuk senarai ini.

  • Anda disarankan membaca tips untuk muat turun yang selamat di sini.

  • Anda juga disarankan membaca artikel ini yang diterbitkan oleh Ares mengenai bahaya perisian P2P.
Maklumat Tambahan Edited by johnburn

Share this post


Link to post
Share on other sites

haha..bagus johnburn..lepas ni ko tolong buat panduan camna nak guna hijackthis pulak..dan jugak panduan macam mana nak buang virus..masalah pasal taskbar/regedit/folder options tak boleh bukak tu pun jugak..buat semak je pos mintak tolong analisis log hijackthis..kalau ko buat panduan hijackthis, mungkin diorang boleh buat sendiri lain kali~

Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

haha..bagus johnburn..lepas ni ko tolong buat panduan camna nak guna hijackthis pulak..dan jugak panduan macam mana nak buang virus..masalah pasal taskbar/regedit/folder options tak boleh bukak tu pun jugak..buat semak je pos mintak tolong analisis log hijackthis..kalau ko buat panduan hijackthis, mungkin diorang boleh buat sendiri lain kali~

Pasal hijackThis tu sebenarnye dlm proses..

Tak tahu lg bile leh siap..

Share this post


Link to post
Share on other sites

thanx 4 d precious in4mation ;)

byk jugak list software yg disenarai hitamkan erk.. :huh:

n majoritinya utk adware n spyware punye tools

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kan ke dekat website hijackthis tu die bole buat analysis gak?

ko try masuk hijackthis.de

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kan ke dekat website hijackthis tu die bole buat analysis gak?

ko try masuk hijackthis.de

mmg aa boleh

tp xramai yg reti camne nk wat pas analisis tu haa

Share this post


Link to post
Share on other sites

mmg aa boleh

tp xramai yg reti camne nk wat pas analisis tu haa

Kepada sape yg berminat, leh sertai training program kat sini..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kan ke dekat website hijackthis tu die bole buat analysis gak?

ko try masuk hijackthis.de

mmg aa boleh

tp xramai yg reti camne nk wat pas analisis tu haa

Ye la..macam mana nak reti kalau nak paste log kat situ tu pun malas..sanggup pulak datang paste kat forum ni..padahal site analisis log hijackthis tu straight forward giler..takkan tak reti baca kot..yang baris ada tanda amaran tu baca la note kat tepi dia tu..kalau dalam log tu ada cam fail exe mencurigakan, tak reti-reti nak google nama exe tu? tak faham betul aku.

pesal takde emotikon tepuk dahi kat sini

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak boleh..ko kena buat panduan jugak untuk hijackthis tu...tulis dalam bm..dan guna bahasa mudah..aku masak sngat ngan perangai bebudak sini..ko letak link gitu, berapa kerat je yang rajin gi klik dan baca tutorial tu dari dari mula smpai habis..kalau ada yang klik pun, diorang gi tengok gamba-gamba je..skrol sampai bawah pastu close..penerangan kat situ tu diorang baca gitu-gitu je..

sori kalau ada yang terasa~

Share this post


Link to post
Share on other sites

thanx bro , link tu mmg bergune , aku skrg ni mmg kene ngan xp security center yg tipu tu ....

ContraVirus yg ade dlm PC ko tu pn ade dlm senarai tuh..

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku br nk blajar guna hijack this ni.thank for your effort

Thread ni sbnrnye bukan pasal hijackThis tp tip keselamatan perkomputeran..

So, kalo ko ade tip, kongsi la kat sini..

Share this post


Link to post
Share on other sites

di harapkan member member putera yg pakar dlm bidang nie amat amat di alukan menyalurkan informasi dan maklumat yg berguna supaya pengguna pengguna IT yg baru menceburi bidang ini dapat mempelajari dengan lebih efektif dan cepat :)..teruskan lagi perjuangan anda :)..

Share this post


Link to post
Share on other sites

eh apsal SpyDefense ada dalam senarai ko tu?...........aku pakai OK je.....

Pertamenye, tu bukan senarai yg aku buat, tp hasil evaluation otai kat spywarewarrior tu.. :lol:

Kalo pasal SpyDefense, ko leh bace ni dan ni..

Tp, secare personal, aku tak tahu s/w tu ok ke tak sbb tak penah gune.. :rolleyes:

Edited by johnburn

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...